Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81.1K subscribers
9.13K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
👍6
👍63
👍82
👍9
#TabungDiri

Jika ada kawan kita atau saudara kita yang banyak wang, bukan bermakna mereka tidak tidak perlukan wang. Sehingga kita berfikir,

“Duit dia banyak, bolehlah aku pinjam nanti ya”

Sahabat yang mulia,

Wang banyak itu bukan bermakna mereka tidak akan guna wang itu, atau wang itu berlebihan buat mereka. Dengan mudah kita ingin meminjam sahaja.

Mari kita fahami juga,

Mereka yang wangnya lebih dari kita, boleh jadi sabarnya lebih banyak dari kita ini.

Mereka banyak ‘berpuasa’ menahan diri dari jualan Shopee atau yang tidak perlu buat diri sendiri.

Wang itu selalu bersama dengan orang yang sabar dan meninggalkan orang yang tidak sabar .

Wang yang banyak itu bukan dikumpul dalam sehari, dan mungkin jika hilang atau dipinjam mereka tidak akan mampu mengumpulnya lagi.

Ia perlukan masa dan kesabaran yang tinggi.

Tidak semua orang bila duit banyak ia mampu bersabar.

Mereka ada impian yang kuat untuk beli kediaman sendiri, kenderaan impian atau pendidikan anak mereka dimasa depan.

Mereka sedang merancang masa depan keluarga mereka.

Jangan mudah untuk meminjam wang jika terlihat saudara kita berada, kerana jika saudara kita telah mula meminta.

Maka mereka akan mula rasa sedih dan bingung, antara memilih impian keluarga atau memberi pinjam buat kita sahabat atau saudaranya.

Belum lagi risiko yang lainnya,

Hubungan persaudaraan boleh terputus akibat hutang kerana sesungguhnya hutang adalah pemutus silaturahim yang paling tajam.

Bila hutang yang tak kunjung bayar, membuat sebuah hubungan menjadi renggang.

Malah yang berhutang selalu menjadi pemarah dan menghina pemberi hutang.

“Alah tak kayalah dengan hutang banyak tu, ada nanti aku bayarlah”

“Macam bagi banyak sangat, tak hadaplah duit kau tu”
Kawan kawan yang mulia,

Tulisan ini bukan sindiran, ia ingatan buat yang sedang menulis ini agar tiadak ambil kesempatan buat kawan kawan yang kita nampak banyak duit dan senang.

Kita banyak melihat bagaimana orang berhutang dan biarkan beban tu kepada orang yang memberi hutang.

Kita tak tahu duit yang kita pinjam itu boleh jadi duit pengajian anaknya atau duit untuk menjaga ibunya yang telah tua.

Jangan buat hidup orang derita kerana hutang kita.

Berhutang itu dibolehkan dalam agama, tetapi janglah sampai kita berhutang dan tiada usaha untuk membayarnya.

Kita harus persiapkan diri untuk membayar hutang bila kita mula berhutang.

Tulisan ini bukan untuk sesiapa,

Tetapi sebagai ingatan buat kita semua dalam keadaan sekarang semakin banyak saudara yang dengan mudah meminta hutang dari saudaranya tanpa berfikir bagaimana ingin lunaskan hutangnya nantinya.

Salam Malam Jumaat buat kita semua.

Jaga keluarga, buat simpanan dan jangan pernah berhenti berdoa meminta padaNya

Azizul Azli Ahmad
Jaga Keluarga Kita
29👍16
SHAH ALAM - Lima tip penting rakyat perlu tahu untuk berjimat-cermat susulan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik di Asia Barat termasuk mengawal perbelanjaan besar dan menukarkan liabiliti kepada aset penjanaan pendapatan.

Pakar Kewangan dan Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, ia kerana dalam keadaan krisis, rakyat perlu bijak memberi keutamaan kepada penyusunan semula kehidupan termasuk melibatkan komitmen besar seperti bayaran ansuran rumah dan kenderaan.

“Ramai orang terlalu fokus menjimatkan perbelanjaan kecil seperti makan di luar, tetapi pada masa sama menanggung komitmen besar yang tidak sepadan dengan kemampuan.

“Contohnya, kereta kita bayar antara RM1,500 hingga RM1,800 sebulan, manakala rumah pula mencecah RM3,000 hingga RM8,000 sebulan. Jadi, ia tidak selaras dengan jumlah penjimatan yang dilakukan.

“Jika perlu, lakukan penstrukturan semula pinjaman, turunkan komitmen atau lepaskan aset membebankan bagi memastikan aliran tunai lebih sihat,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ujar Azizul, langkah menukarkan liabiliti kepada aset juga sesuai dilakukan ketika krisis, dengan mengubah cara melihat perbelanjaan kepada peluang menjana pendapatan tambahan.

“Kebiasaannya, orang akan memotong perbelanjaan (untuk berjimat), tetapi ada segelintir melihat ia boleh ditukar menjadi pendapatan. Contohnya, rumah boleh dijadikan sewaan bilik.

“Kereta jarang digunakan pula boleh dijadikan sumber pendapatan seperti e-hailing atau disewakan.

“Kemahiran yang ada juga boleh memanfaatkannya untuk menjana pendapatan melalui kelas, sesi bimbingan atau perniagaan dalam talian,” ujarnya.

Menurut Azizul, rakyat turut disaran mengelakkan membuat komitmen baharu sebelum menerima pendapatan, selain mengubah persekitaran sosial dan menyediakan simpanan yang mudah diakses untuk kegunaan kecemasan.

“Jangan terlalu awal rancang perbelanjaan sebelum ada pendapatan sebenar seperti bonus atau keuntungan yang belum pasti. Ini boleh menyebabkan tekanan kewangan di kemudian hari.

“Selain itu, ubah juga lingkaran atau persekitaran sosial kepada kelompok lebih positif dan melihat krisis sebagai peluang, bukan sekadar masalah.

“Walau apa pun status kita, manfaatkan waktu ini untuk menambah pendapatan. Terdapat pelbagai peluang ada sekarang ini seperti perniagaan digital, produk dalam talian atau kerja sambilan yang boleh membantu meningkatkan pendapatan,” kata beliau.

-Tamat-
12👍3
👍5🔥2
#TabungPersaraan

TUA DAN MISKIN?

Kita semua akan tua, kita mungkin tak sempat tua, jika ajal datang lebih awal.

Maka jangan jadi miskin hingga susahkan anak dan cucu kita.

Dalam diam kita mengambil hak hak mereka sebab kita tak bersedia.

Kita banyak enjoy waktu muda,

Kita suka masuk skim cepat kaya,

Kita percaya hidup ini sekali, enjoy dulu.

Kita kata duit KWSP nanti rugi jika tak sempat merasa.

Kita suka berhutang dalam semua benda.

Maka,

Bersedialah kita untuk susah dihari tuan . Atau kita masih perlu bekerja kembali untuk tampung kehidupan dihari tua.

Semunya adalah pilihan buat kita.

Azizul Azli Ahmad
24👍5
#TabungHutang

KEBIASAAN BURUK

Selesai kuliah, ada pelajar pelajar datang kebilik saya bersembang. Mereka tahu saya banyak bercerita bab kewangan walau diluar topik perbualan.

Pelajar ini bercerita, kekecewaannya bila kawan mintak tolong bayar makan dulu 'split bil' tetapi hingga kini tidak bayar hutangnya.

Bagi kita mungkin kecil, bagi pelajar ia nilai yang besar.

Anak ini malu untuk meminta.

Kita faham perasaannya, saya biarkan dia meluahkan apa yang dia rasa. Kawan kawannya hanya senyum dan sesekali mengiakan sahaja.

Maka saya bahaskan bersama mereka,

Orang yang meminjam dan memberi pinjaman keduanya ada tanggungjawab bersama.

"Pinjam duit, WAJIB bayar balik"
"Bagi PINJAM wajib MINTA balik duit"

"Tapi Sir orang yang pinjam lah kena sedar diri?" suara mencelah.

Kedua pihak harus sedar diri.
Manusia dewasa tidak akan memiliki kesedaran diri pada orang lain kebiasaannya.

Maka, saya tak setuju bila kita tak berjaya menagih hutang dan kita bagitau semua, "Tak apalah, aku ikhlaskan sahaja" tapi bertahun tahun diceritakan benda yang sama.

Jika nak ikhlaskan, jumpa dia atau telefon dia sahaja :

"Duit yang hang pinjam, tak yah bayar. Aku sudah ikhlaskan keanak cucu hang sepanjang hayat"

Tutup buku, selesai bukan?

Tadi kita bahas bab tuntut hutang. Sekarang kita bahas akibat tak bayar hutang!

1. Kita Kehilangan Nilai

Kamu sudah tak ada nilai lagi dimata orang lain. Tiada siapa lagi akan menolong kamu.

Kehilangan kepercayaan, jika berniaga akan susah untuk orang bekerjasama.

Orang tidak bayar hutang, bermakna dia merosakan masa depannya.

2. Menyusahkan Keturunanya.

Jika kita sebagai orang tua tak bayar hutang, keturunan kita harus membayar. Anak anak menjadi korban keegoan kita.

"Jadi boleh berhutang tak?"

BOLEH, Jika kita benar benar memerlukan hutang dan bertanggujawab bayar tepat masanya.

Beri hutang boleh, asal kita berani meminta hutang kembali. Jika tak berani, jangan beri nanti kita sakit hati.

Mereka angguk angguk tanda faham.

"Tapi kadang yang pinjam nie pompuan Sir, malu nak mintak balik"

Azizul Azli Ahmad
Layan pelajar bercerita
👍74