Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81.1K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
Ekonomi perang bukan masa untuk menjadi kaya raya dengan cepat, tetapi masa untuk menjadi orang yang terakhir bertahan The Last Man Standing.

Azizul Azli Ahmad
Bersedia Dengan Kemungkinan
❀6
πŸ‘15❀1
#TabungRaya

WOW RAYA INI.

Rayakan secara sederhana raya ini.

Jangan buat hutang baru, tetapi berusaha kurangkan hutang yang ada.

Jika kita layak beli kereta RM96,000, apa salahnya beli kereta yang RM50,000-RM70,000 sahaja.

Semakin rendah kemahuan kita,
Semakin sejahtera hidup kita.

Fahami bahawa kereta bukan alat untuk bergaya, tetapi hanya untuk sampai ketempat kerja.

Semakin kecil kereta kita,
semakin sejahtera hidup kita.

"Rewards diri sikit la bang, kerja dah macam kerbau. Belilah kereta sedap sikit".

"Kita orang rewards diri beli rumah dik, tak beli kereta jadi besi nie". Kata Daniel Baharom dengan riak dan angkuh dibulan mulia ini.

Gittew dia bagi 😌

Azizul Azli Ahmad
Jangan Terlalu Bergaya.
πŸ‘24❀7
πŸ‘19❀11
Salam Aidilfitri buat semua. Moga kita semua dirahmati Allah dan nabi
πŸ‘13πŸ₯°6
#TabungDiri

JIKA USIA KITA 20-40AN, BOLEH BACA INI.

Dalam belajar tiada istilah terlambat selagi kita ada keinginan untuk belajar.

Definasi gagal atau berjaya itu berbeza disetiap peringkat usia, gagal pada orang usia 20an, boleh jadi itulah kejayaan orang usia 40an.

Agar kewangan kita makin matang dan stabil, sedikit panduan bersama :

1. Membina Peluang.
Jangan hanya menanti peluang, kerana ada perkara dalam hidup ini kita harus bina sendiri. Ingatlah, dari 10 kesempatan yang datang, mungin hanya 2-3 sahaja yang beri keuntungan besar.

2. Being You.
Jangan mudah sangat nak follow semua orang, mengikut tanpa matlamat. Maka kita mudah terjebak. Jadi versi diri kita yang lebih baik. Tahu apa yang sesuai buat diri kita. Orang lain mungkin boleh sukses, tetapi dengan gaya kita mungkin tidak sesuai.

3. Sebagus Mana Pun Idea.
Kekal tidak berfungsi tanpa tindakan. Selagi kita tidak ushakan dan debatkan idea kita mungkin belum benar benar tajam. Kita hanya akan syok sendiri sahaja.

4. Menjaga Mulut dan jari.
Jika ingin tingkatkan darjat dan maruah diri, kurangkan komen disosial media. Boleh jadi ia tak sesuai dengan polisi tempat kerja kita. Hidup ini terbatas, jadi tinggalkan pesan yang baik baik biar berguna hidup orang yang membaca.

5. Sifat Experimental.
Dalam pelaburan, kita tidak boleh andaikan berdasarkan pandangan sifu, influencer, pakar atau sesiapa sahaja selagi kita tidak cuba dan tahu batas diri kita. Pandangan mereka adalah berdasarkan apa yang mereka alami, belum tentu ia sesuai dengan daya tahan diri kita.

kawan kawan,

Jika mula kerja, pegang 5 prinsip kecil ini sampai kita capai level senior nanti.

Pastikan kewangan kita makin bagus, suasana kediaman kita selesa dan selase serta tempat kerja kita nyaman dan terpesona.

Azizul Azli Ahmad
Catatan Raya ke 3
πŸ‘19❀11πŸ”₯3
πŸ‘6❀1
❀1
#TabungGaji

"Bang, saya kalau menabung mesti akan habis bang.
Duit banyak sikit mesti nafsu kuda belang datang"

"Belajar simpan tempat susah keluar la macha?"

"Susah macam mana pun saya akan korek juga bang"

"Pernah menabung emas?"

"Belum bang"

"Belajar simpan emas tiap bulan, tiap kali gaji kau
simpan 1 dinar, 1 gram, 1 kilo baru lah senang"

"Baik saya cuba bang, impian saya meminang
Nabila Razali moga tercapai ya bang"

"Abang doakan"

Kawan kawan,

Asas bila dapat gaji bukan melabur, tetapi menyimpan. dah cukup SIMPANAN baru MELABUR.

Gegadis tak suka kita simpan hati mereka lama lama, mereka suka kita melabur untuk dapatkan cinta mereka. Gittew😁 .
πŸ‘12❀8
Photo from azizulazli
βœ… RAHSIA KEMBANGKAN SIMPANAN DENGAN ASBF

βœ… Nak belajar strategi ASBF sebenar untuk maksimumkan keuntungan?
βœ… Nak tahu cara langsai hutang rumah lebih awal?
βœ… Nak gandakan keuntungan ASBF dengan teknik yang betul & selamat?
βœ… Nak tahu teknik bagaimana dividen ASB Β±5.75% boleh dioptimumkan jadi 20%–30% setahun dengan strategi kewangan yang bijak?

🎯 Semua ini saya kongsikan PERCUMA melalui Telegram Channel rasmi & Group WhatsApp Teknik Bijak Kewangan.

πŸ“Œ Dalam channel & group ini anda akan belajar:
▢️Teknik ASBF yang ramai ejen tak cerita
▢️Kesilapan biasa yang buat ASBF jadi beban
▢️Pelbagai teknik-teknik ASBF

πŸ‘‰ JOIN TELEGRAM RASMI (PERCUMA)
πŸ”— https://telegram.me/RostamRaselip

πŸ‘‰ JOIN GROUP WHATSAPP
TEKNIK BIJAK KEWANGAN 29
(Group 1–28 DAH PENUH)
πŸ”— https://chat.whatsapp.com/KN73GLrsNurF8yb4d1FNX6

Urus wang dengan ilmu. Buat keputusan dengan strategi. Capai kebebasan kewangan lebih cepat.

Semoga bermanfaat 🀝
❀7
#TabungEkonomi

TIPS SELAMAT DARI KRISIS 2026–2030

1. Hentikan Paylater & Hutang: Jangan tambah beban hutang baru hanya kerana nak jaga imej. Selesaikan baki sedia ada supaya tidur malam tak dihantui bil melampau yak amat.

2. Kekal Rendah Diri: Tak perlu gelojoh mahu jadi bos atau kembang bisnes bukan-bukan. Fokus jaga apa yang sudah ada supaya tetap stabil. Tak perlu gaya founder timbang kilo dulu kala.

3. Jangan Mudah Berhenti Kerja: Dalam waktu gawat, gaji tetap adalah satu kemewahan. Simpan dulu ego, selamatkan aliran tunai cashflow.

4. Hidup Berpadu (Frugal Living): Potong belanja yang tak perlu. Nak self-reward boleh, tapi biarlah berpada, jangan sampai poket bocor. Henti budaya pamer apa sahaja benda kita beli. Cukup cukuplah!

5. Jangan Terikut Trend Pelaburan Say No FOMO: Jangan mudah tergoda dengan skim cepat kaya, Ponzi, atau MLM yang janji bulan bintang. Simpan modal anda di tempat yang selamat dan rendah risiko. Jangan bermain risiko besaq waktu begini.

6. Tukar Simpanan ke Aset Fizikal: Apabila nilai mata wang makin mengecil, alihkan sebahagian simpanan kepada emas atau barang keperluan yang tahan lama. Emas tak boleh dicetak sesuka hati oleh bank.

7. Asah Kemahiran Survival: Belajar ilmu asas yang boleh digunakan jika sistem lumpuh seperti berkebun di balkoni, dalam poly bag, membaiki barang sendiri, atau ilmu pertolongan cemas. Skil lebih berharga daripada sijil.

8. Bina Komuniti, Bukan Tembok: Jangan hidup kera sumbang. Kenali jiran dan bina rangkaian sokongan. Waktu susah nanti, jiran yang akan hulur bantuan dahulu, bukan pengikut di media sosial. Jangan sebok kejar ramai follower!

9. Kawal Kalori & Kesihatan: Kos perubatan makin melambung. Jaga makan dan bersenam sekarang adalah pelaburan ekonomi paling besar supaya tak habiskan duit simpanan untuk bayar bil hospital kemudian hari.

10. Tingkatkan Literasi Geopolitik: Jangan hanya baca gosip artis banyak dengarkan ZRA strim. Ambil tahu hal dunia kerana harga minyak di luar sana yang akan menentukan harga nasi di atas meja kita esok dan lusa.

Azizul Azli Ahmad
Belajar Kawal Diri
❀56πŸ‘35πŸ”₯7
Salam selamat petang Dr Azizul.. Perkenalan diri nama saya Damian.. Berasal dari Sarawak berumur 38 tahun dan kini bekerja di sebuah hospital di Johor Bahru.. Dengan rasa besar hati dan terima kasih saya ucapkan kepada Dr atas bimbingan Dr tentang ilmu hartanah emas dan kewangan yang telah Dr sampaikan melalui sosial media termasuk dari fb telegram serta buku2 fizikal yang Dr keluarkan.. Saya telah menjadi follower Dr dari tahun 2018 lagi.. Atas bimbingan serta perkongsian Dr berkenaan simpanan emas pelaburan emas hartanah serta ilmu kewangan selama ini saya telah berjaya memenuhkan pelaburan asb 1 dan 2 saya sebanyak 400k serta mempunyai saving emas 1.3k kg.. Selain itu saya juga telah membina 1 biji rumah yang bakal dijadikan rumah sewa 1 hari kelak.. Walaupun saya masih bujang belum berkahwin tapi ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi diri saya serta menjadi persediaan untuk saya menghadapi kehidupan berumah tangga kelak.. Saya cukup berterima kasih kepada Dr kerana telah memberi kesedaran kepada saya serta follower2 yang lain.. Teruskan usaha murni Dr kepada kami... Saya doakan semoga Dr sentiasa sihat panjang umur dan murah rezeki selalu..
❀27πŸ‘19πŸ‘6πŸ”₯2
πŸ‘9πŸ‘4
Tak lama lagi kita akan masuk ke fasa kegawatan ekonomi yang dijangka akan memberi impak yang besar kepada semua orang.

Bagi sesetengah orang T20 yang berkerja makan gaji, mereka takkan rasa sangat impak ni sebab lebihan tunai memang dah ada banyak setiap bulan.

Kategori B40 dan M40 confirm akan rasa.. Tapi kategori ni pun impak dia hanya beberapa bulan je. Mungkin 2-3 bulan buat catuan sana sini dan kemudian akan rasa hidup normal macam biasa.

Tapi yang paling akan terasa impak ni adalah peniaga kecil.

Inilah golongan yang paling akan terasa impak bila ada masalah ekonomi.

Saya nak share tips bagi peniaga kecil macam mana nak hadapi masalah ekonomi yang bakal melanda ni..

1. Kurangkan staf

Nasihat ni mungkin akan membuatkan ramai orang akan marah kat saya tapi untuk peniaga kecil, overhead paling tinggi adalah dekat staf. Kekadang kita ada je staf yang kita rasa tak perlu pun takpe jadi masa ni (sebelum masalah ekonomi menjadi lebih parah), kita kurangkan staf kita.

2. Elakkan Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah pasti akan terkesan apabila berlaku kegawatan ekonomi. Betul, memang masa ni lah harga rumah menjunam jatuh. Tapi ia datang dengan risiko tak tau bila ia akan naik semula. Masa covid pun semua harga jatuh dan sehingga sekarang (lepas 6 tahun) harga tersebut tidak naik semula. Abaikan nasihat ini jika anda mempunyai perniagaan yang cukup besar ataupun anda tidak berniaga.

3. Jangan simpan duit

Nasihat ni mungkin yang paling tidak popular tetapi saya dulu suka simpan duit semasa ada masalah ekonomi. Rupanya strategi saya silap. Masa masalah ekonomi, ada banyak peluang dalam bentuk β€˜diskaun’. Sepatutnya simpan duit semasa ekonomi baik, bukan semasa ekonomi jatuh. Masa ekonomi jatuh, kita jangan simpan duit tetapi kita masuk nasihat yang ke-4.

4. Diversify bisnes

Sebelum covid, saya ada 1 jenis bisnes saja. Semasa masuk covid, saya diversify sehingga ada beberapa jenis bisnes dan bagi saya itulah keputusan paling baik saya pernah buat. Masa ekonomi jatuh, biasanya saya dapat sewa premis paling murah, dapat raw material diskaun, dapat supplier yang nak lelong barang. Sales bisnes utama anda akan jatuh (no doubt) tapi dengan bisnes lain yang anda masuk, akan topup kekurangan bisnes tersebut.

5. Pelbagaikan softskill

Kalau sebelum ni tak pandai masak, tak pandai bertani, tak pandai repair lampu, tak pandai coding, tak pandai design, anda kena master semua ni secepat mungkin sebab ia sangat-sangat membantu masa ekonomi down. Silap haribulan, anda tak perlukan staff pun kalau anda boleh kuasai skills yang penting ni.

6. Manfaatkan AI

Semasa covid dulu, ekonomi saya jatuh teruk dan saya terpaksa buat banyak benda. Nasib saya baik kerana saya ada banyak skills yang saya kuasai (ikut nasihat no 5). Tapi sekarang ni, ada banyak AI dan AI agent yang anda boleh gunakan. Tolong lah kuasai AI ni sebab kalau anda tak kuasai AI dan Agent AI, saya gerenti anda akan terasa sangat kesan ekonomi ni nanti. Spend duit untuk belajar menguasai AI, belanja kepada AI tools, dan guna AI agent. Trust me, anda jimat banyak duit dan banyak masa.

Apa pun nasihat yang anda baca, ingatlah kemelesetan ekonomi akan sentiasa melahirkan bisnes-bisnes hebat yang baru, usahawan-usahawan hebat yang baru (dan melumpuhkan banyak usahawan dan bisnes lain).

Jika anda ambil keputusan yang berani dan buat persediaan yang bijak, anda boleh lalui masalah ekonomi ni dengan cukup baik.

Masa covid, saya sendiri earn lebih banyak dari sebelum covid cuma malangnya saya ada begitu banyak hartanah just before covid yang membuatkan saya terpaksa menanggung kejatuhan harga dan tak dapat nikmati pendapatan sendiri.

Akhir kata saya doakan kita semua berjaya harungi cabaran yang bakal mendatang ini. Setiap kali berdepan cabaran, saya akan teringat kata-kata dari *Friedrich Nietzsche* ni: β€œWhat doesn’t kill you make you stronger”.
πŸ‘41❀37