Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81.1K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungKawan

ETIKA KEWANGAN BILA BERKAWAN

Etika ini tidak bertulis, tetapi ia akan jadi bualan dan jenaka kawan kawan nanti.

Zaman kerja di site dulu, ada seorang kawan ini suka 'pau' kawan lain bila orang belanja. Dia akan order banyak benda pelik pelik untuk makan.

Natijahnya, jika kawan kawan nak ajak ngopi.
Orang malas nak ajak dia lagi.

Elakkan juga berhutang dengan kawan kawan,

Akan sampai masanya keluar cerita, "Padan la bulan lepas Baharom pinjam duit aku RM2000. Rupanya nak kahwin lari di Siam"

"Gelang jer besar, hutang aku RM32.60 kat Speedmart beli makarini pun dia tak bayar lagi"

"Nak masuk Ramadan dah nie, Oven kuih kau pinjam Ramadan lepas bila nak bagi balik? Aku nak juga buat kuih raya mahal gak"

Cerita begini akan berlegar legar sesama kawan kawan diam diam.

Jaga etika tak tertulis ini kawan.

Azizul Azli Ahmad
15👍6
#TabungPerang

APA YANG FASA 40-50AN DALAM EKONOMI PERANG, SIMPANAN DAN PELABURAN LAKUKAN!

Dalam fasa usia 40-50an, anda berada di "puncak bukit". Biasanya kita sudah nampak garis penamat persaraan tetapi masih memikul beban tanggungan yang besar.

Ekonomi perang bukan sekadar tentang harga barang naik, tetapi tentang ketidaktentuan sistemik

1. "De-Leveraging" Drastik atau Nyah-Hutang

Hutang adalah liabiliti yang membunuh ketika ekonomi perang. Fokus pada melunaskan hutang berkadar faedah terapung 'floating rate'.

Jika faedah bank naik mendadak akibat inflasi global, aliran tunai anda akan "tercekik". Matlamat: Masuk ke fasa 50-an dengan hutang seminimum mungkin.

2. Strategi "Barbell" Kewangan.

Jangan letak semua duit dalam pelaburan sederhana. Bahagikan kepada dua ekstrem:

80% Aset Sangat Selamat: (ASB, Tabung Haji, EPF, Emas fizikal).

20% Aset Sangat Agresif/Cair: (Tunai dalam tangan atau mata wang asing yang kukuh).

Elakkan instrumen "tengah-tengah" yang tidak menentu dan sukar dicairkan seperti hartanah undercond, yang kita tak boleh jangka bila akan siap dan menguntungkan kita. Panjang nak ulas nie.

3. Audit "Skill" Berbayar , Skill Monetization.

Jangan bergantung 100% pada gaji tetap. Pada usia ini, kepakaran anda adalah aset. Bina satu "tapak kaki" dalam ekonomi gig atau konsultansi.

Jika syarikat terpaksa melakukan pemberhentian atau retrenchment lepas raya akibat kesan perang, anda sudah ada "enjin kedua" yang mula panas.

4. Lindungi "Human Capital" Insurans & Kesihatan.

Aset terbesar anda pada usia 45 tahun bukan rumah, tetapi kemampuan anda untuk bekerja.

Pastikan polisi insurans/takaful medical card dan penyakit kritikal dikemas kini.

Kos hospital ketika inflasi perang akan melambung; jangan biarkan simpanan hari tua habis untuk bil hospital berpuluh ribu.

5. Logistik & Mobiliti Survival Kenderaan.

Pastikan kenderaan utama dalam keadaan mekanikal terbaik. Dalam ekonomi perang, harga alat ganti (spare parts) dari luar negara akan melonjak dan stok terhad. Pakai Axia apa salahnya!

Servis sekarang, tukar tayar sekarang. Jadikan kenderaan anda "aset yang boleh diharap" untuk 5-10 tahun lagi tanpa perlu berhutang kereta baru.

6. Simpanan "Emas Siling" ada Physical Gold bukan digital.

Bukan sekadar akaun digital, simpan emas fizikal dinar/jongkong kecil di tangan. Emas adalah universal currency.

Jika sistem perbankan mengalami gangguan cyber-attack atau teknikal akibat konflik geopolitik, emas fizikal adalah satu-satunya alat barter yang diiktiraf di mana-mana seantero dunia weh!.

7. Memaksimumkan Caruman Sukarela EPF/KWSP.

Gunakan ruang caruman sukarela Self Contribution sehingga had maksimum setahun.

Dalam keadaan pasaran saham yang volatile, dividen institusi besar seperti KWSP biasanya lebih stabil dan selamat daripada melabur sendiri di pasaran saham yang sedang "berdarah" akibat perang.

8. Pendidikan Anak: "Plan B" Domestik.

Jika anda merancang menghantar anak ke luar negara, kaji semula kosnya akibat kejatuhan nilai Ringgit kedepan. Pertimbangkan universiti tempatan yang berkualiti IPTA/IPTS premium.

Simpanan pendidikan dalam USD atau mata wang asing adalah langkah "luar kotak" untuk memagar risiko mata wang.

9. Pelaburan "Social Capital" Networking.

Jangan menyendiri. Kekalkan hubungan baik dengan komuniti, rakan strategik, dan keluarga. Dalam ekonomi perang yang mencabar, sistem sokongan support system manusia selalunya lebih berkesan daripada duit di bank.

"Siapa yang anda kenal" boleh membantu akses kepada peluang atau sumber yang terhad.

10. Psikologi "Sunk Cost Fallacy".

Jangan takut untuk "cut loss" pada pelaburan atau perniagaan yang sudah tidak relevan atau terus rugi akibat perubahan geopolitik.

Pada usia 40-50, anda tidak punya masa 20 tahun lagi untuk tunggu pasaran pulih. Lebih baik selamatkan baki modal daripada terus "membakar" duit dalam harapan yang palsu. Banyak harapan palsu sifu pelaburan bagikan?

Kawan kawan,
21👍18🔥1
Ekonomi perang bukan masa untuk menjadi kaya raya dengan cepat, tetapi masa untuk menjadi orang yang terakhir bertahan The Last Man Standing.

Azizul Azli Ahmad
Bersedia Dengan Kemungkinan
6
👍151
#TabungRaya

WOW RAYA INI.

Rayakan secara sederhana raya ini.

Jangan buat hutang baru, tetapi berusaha kurangkan hutang yang ada.

Jika kita layak beli kereta RM96,000, apa salahnya beli kereta yang RM50,000-RM70,000 sahaja.

Semakin rendah kemahuan kita,
Semakin sejahtera hidup kita.

Fahami bahawa kereta bukan alat untuk bergaya, tetapi hanya untuk sampai ketempat kerja.

Semakin kecil kereta kita,
semakin sejahtera hidup kita.

"Rewards diri sikit la bang, kerja dah macam kerbau. Belilah kereta sedap sikit".

"Kita orang rewards diri beli rumah dik, tak beli kereta jadi besi nie". Kata Daniel Baharom dengan riak dan angkuh dibulan mulia ini.

Gittew dia bagi 😌

Azizul Azli Ahmad
Jangan Terlalu Bergaya.
👍247
👍1911
Salam Aidilfitri buat semua. Moga kita semua dirahmati Allah dan nabi
👍13🥰6
#TabungDiri

JIKA USIA KITA 20-40AN, BOLEH BACA INI.

Dalam belajar tiada istilah terlambat selagi kita ada keinginan untuk belajar.

Definasi gagal atau berjaya itu berbeza disetiap peringkat usia, gagal pada orang usia 20an, boleh jadi itulah kejayaan orang usia 40an.

Agar kewangan kita makin matang dan stabil, sedikit panduan bersama :

1. Membina Peluang.
Jangan hanya menanti peluang, kerana ada perkara dalam hidup ini kita harus bina sendiri. Ingatlah, dari 10 kesempatan yang datang, mungin hanya 2-3 sahaja yang beri keuntungan besar.

2. Being You.
Jangan mudah sangat nak follow semua orang, mengikut tanpa matlamat. Maka kita mudah terjebak. Jadi versi diri kita yang lebih baik. Tahu apa yang sesuai buat diri kita. Orang lain mungkin boleh sukses, tetapi dengan gaya kita mungkin tidak sesuai.

3. Sebagus Mana Pun Idea.
Kekal tidak berfungsi tanpa tindakan. Selagi kita tidak ushakan dan debatkan idea kita mungkin belum benar benar tajam. Kita hanya akan syok sendiri sahaja.

4. Menjaga Mulut dan jari.
Jika ingin tingkatkan darjat dan maruah diri, kurangkan komen disosial media. Boleh jadi ia tak sesuai dengan polisi tempat kerja kita. Hidup ini terbatas, jadi tinggalkan pesan yang baik baik biar berguna hidup orang yang membaca.

5. Sifat Experimental.
Dalam pelaburan, kita tidak boleh andaikan berdasarkan pandangan sifu, influencer, pakar atau sesiapa sahaja selagi kita tidak cuba dan tahu batas diri kita. Pandangan mereka adalah berdasarkan apa yang mereka alami, belum tentu ia sesuai dengan daya tahan diri kita.

kawan kawan,

Jika mula kerja, pegang 5 prinsip kecil ini sampai kita capai level senior nanti.

Pastikan kewangan kita makin bagus, suasana kediaman kita selesa dan selase serta tempat kerja kita nyaman dan terpesona.

Azizul Azli Ahmad
Catatan Raya ke 3
👍1911🔥3
👍61
#TabungGaji

"Bang, saya kalau menabung mesti akan habis bang.
Duit banyak sikit mesti nafsu kuda belang datang"

"Belajar simpan tempat susah keluar la macha?"

"Susah macam mana pun saya akan korek juga bang"

"Pernah menabung emas?"

"Belum bang"

"Belajar simpan emas tiap bulan, tiap kali gaji kau
simpan 1 dinar, 1 gram, 1 kilo baru lah senang"

"Baik saya cuba bang, impian saya meminang
Nabila Razali moga tercapai ya bang"

"Abang doakan"

Kawan kawan,

Asas bila dapat gaji bukan melabur, tetapi menyimpan. dah cukup SIMPANAN baru MELABUR.

Gegadis tak suka kita simpan hati mereka lama lama, mereka suka kita melabur untuk dapatkan cinta mereka. Gittew😁 .
👍128
Photo from azizulazli
RAHSIA KEMBANGKAN SIMPANAN DENGAN ASBF

Nak belajar strategi ASBF sebenar untuk maksimumkan keuntungan?
Nak tahu cara langsai hutang rumah lebih awal?
Nak gandakan keuntungan ASBF dengan teknik yang betul & selamat?
Nak tahu teknik bagaimana dividen ASB ±5.75% boleh dioptimumkan jadi 20%–30% setahun dengan strategi kewangan yang bijak?

🎯 Semua ini saya kongsikan PERCUMA melalui Telegram Channel rasmi & Group WhatsApp Teknik Bijak Kewangan.

📌 Dalam channel & group ini anda akan belajar:
▶️Teknik ASBF yang ramai ejen tak cerita
▶️Kesilapan biasa yang buat ASBF jadi beban
▶️Pelbagai teknik-teknik ASBF

👉 JOIN TELEGRAM RASMI (PERCUMA)
🔗 https://telegram.me/RostamRaselip

👉 JOIN GROUP WHATSAPP
TEKNIK BIJAK KEWANGAN 29
(Group 1–28 DAH PENUH)
🔗 https://chat.whatsapp.com/KN73GLrsNurF8yb4d1FNX6

Urus wang dengan ilmu. Buat keputusan dengan strategi. Capai kebebasan kewangan lebih cepat.

Semoga bermanfaat 🤝
7
#TabungEkonomi

TIPS SELAMAT DARI KRISIS 2026–2030

1. Hentikan Paylater & Hutang: Jangan tambah beban hutang baru hanya kerana nak jaga imej. Selesaikan baki sedia ada supaya tidur malam tak dihantui bil melampau yak amat.

2. Kekal Rendah Diri: Tak perlu gelojoh mahu jadi bos atau kembang bisnes bukan-bukan. Fokus jaga apa yang sudah ada supaya tetap stabil. Tak perlu gaya founder timbang kilo dulu kala.

3. Jangan Mudah Berhenti Kerja: Dalam waktu gawat, gaji tetap adalah satu kemewahan. Simpan dulu ego, selamatkan aliran tunai cashflow.

4. Hidup Berpadu (Frugal Living): Potong belanja yang tak perlu. Nak self-reward boleh, tapi biarlah berpada, jangan sampai poket bocor. Henti budaya pamer apa sahaja benda kita beli. Cukup cukuplah!

5. Jangan Terikut Trend Pelaburan Say No FOMO: Jangan mudah tergoda dengan skim cepat kaya, Ponzi, atau MLM yang janji bulan bintang. Simpan modal anda di tempat yang selamat dan rendah risiko. Jangan bermain risiko besaq waktu begini.

6. Tukar Simpanan ke Aset Fizikal: Apabila nilai mata wang makin mengecil, alihkan sebahagian simpanan kepada emas atau barang keperluan yang tahan lama. Emas tak boleh dicetak sesuka hati oleh bank.

7. Asah Kemahiran Survival: Belajar ilmu asas yang boleh digunakan jika sistem lumpuh seperti berkebun di balkoni, dalam poly bag, membaiki barang sendiri, atau ilmu pertolongan cemas. Skil lebih berharga daripada sijil.

8. Bina Komuniti, Bukan Tembok: Jangan hidup kera sumbang. Kenali jiran dan bina rangkaian sokongan. Waktu susah nanti, jiran yang akan hulur bantuan dahulu, bukan pengikut di media sosial. Jangan sebok kejar ramai follower!

9. Kawal Kalori & Kesihatan: Kos perubatan makin melambung. Jaga makan dan bersenam sekarang adalah pelaburan ekonomi paling besar supaya tak habiskan duit simpanan untuk bayar bil hospital kemudian hari.

10. Tingkatkan Literasi Geopolitik: Jangan hanya baca gosip artis banyak dengarkan ZRA strim. Ambil tahu hal dunia kerana harga minyak di luar sana yang akan menentukan harga nasi di atas meja kita esok dan lusa.

Azizul Azli Ahmad
Belajar Kawal Diri
56👍35🔥7
Salam selamat petang Dr Azizul.. Perkenalan diri nama saya Damian.. Berasal dari Sarawak berumur 38 tahun dan kini bekerja di sebuah hospital di Johor Bahru.. Dengan rasa besar hati dan terima kasih saya ucapkan kepada Dr atas bimbingan Dr tentang ilmu hartanah emas dan kewangan yang telah Dr sampaikan melalui sosial media termasuk dari fb telegram serta buku2 fizikal yang Dr keluarkan.. Saya telah menjadi follower Dr dari tahun 2018 lagi.. Atas bimbingan serta perkongsian Dr berkenaan simpanan emas pelaburan emas hartanah serta ilmu kewangan selama ini saya telah berjaya memenuhkan pelaburan asb 1 dan 2 saya sebanyak 400k serta mempunyai saving emas 1.3k kg.. Selain itu saya juga telah membina 1 biji rumah yang bakal dijadikan rumah sewa 1 hari kelak.. Walaupun saya masih bujang belum berkahwin tapi ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi diri saya serta menjadi persediaan untuk saya menghadapi kehidupan berumah tangga kelak.. Saya cukup berterima kasih kepada Dr kerana telah memberi kesedaran kepada saya serta follower2 yang lain.. Teruskan usaha murni Dr kepada kami... Saya doakan semoga Dr sentiasa sihat panjang umur dan murah rezeki selalu..
27👍19👏6🔥2
👍9👏4