Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81.1K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungGaji

SUAMI GAJI RM3000

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:

- Bil air RN30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah

Seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,

"Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah malamm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?".

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dengan anak yang bongsu..

"Ayah.. Cikgu adik cakap hari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..

"Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji.."

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..

"Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie.."

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur.

Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu.

Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..

"Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget.."

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama.

Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam.

Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi.

Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad.

Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi.

Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!
8
Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Sumber : wasap keluarga
👍3
😁175
Photo from azizulazli
Berbaki 5 hari sahaja lagi untuk special promo rate ASBF 4.05%. Rebut peluang sebaiknya.

Nak belajar strategi ASBF sebenar untuk maksimumkan keuntungan?
Nak tahu cara langsai hutang rumah lebih awal?
Nak gandakan keuntungan ASBF dengan teknik yang betul & selamat?
Nak tahu teknik bagaimana dividen ASB ±5.75% boleh dioptimumkan jadi 20%–30% setahun dengan strategi kewangan yang bijak?

🎯 Semua ini saya kongsikan PERCUMA melalui Telegram Channel rasmi & Group WhatsApp Teknik Bijak Kewangan.

📌 Dalam channel & group ini anda akan belajar:
▶️Teknik ASBF yang ramai ejen tak cerita
▶️Kesilapan biasa yang buat ASBF jadi beban
▶️Pelbagai teknik-teknik ASBF

👉 JOIN TELEGRAM RASMI (PERCUMA)
🔗 https://telegram.me/RostamRaselip

👉 JOIN GROUP WHATSAPP
TEKNIK BIJAK KEWANGAN 29
(Group 1–28 DAH PENUH)
🔗 https://chat.whatsapp.com/KN73GLrsNurF8yb4d1FNX6

Urus wang dengan ilmu. Buat keputusan dengan strategi. Capai kebebasan kewangan lebih cepat.

Semoga bermanfaat 🤝
3
👍5
#TabungDana

3 JENIS DANA SIMPANAN KITA KENA ADA

Belanja Raya, kita guna sinking fund, duit yang kita tabung sepanjang tahun.

Tak ada duit bukan syarat tak boleh raya, raya sahaja cara kita.

Jika nak beli rumah, mula merancang dari sekarang ya.

Wariskanlah sebuah rumah buat keluarga, jangan kekal menyewa sepanjang hayat kita.

Azizul Azli Ahmad
👍61🔥1
👍14
#TabungKawan

ETIKA KEWANGAN BILA BERKAWAN

Etika ini tidak bertulis, tetapi ia akan jadi bualan dan jenaka kawan kawan nanti.

Zaman kerja di site dulu, ada seorang kawan ini suka 'pau' kawan lain bila orang belanja. Dia akan order banyak benda pelik pelik untuk makan.

Natijahnya, jika kawan kawan nak ajak ngopi.
Orang malas nak ajak dia lagi.

Elakkan juga berhutang dengan kawan kawan,

Akan sampai masanya keluar cerita, "Padan la bulan lepas Baharom pinjam duit aku RM2000. Rupanya nak kahwin lari di Siam"

"Gelang jer besar, hutang aku RM32.60 kat Speedmart beli makarini pun dia tak bayar lagi"

"Nak masuk Ramadan dah nie, Oven kuih kau pinjam Ramadan lepas bila nak bagi balik? Aku nak juga buat kuih raya mahal gak"

Cerita begini akan berlegar legar sesama kawan kawan diam diam.

Jaga etika tak tertulis ini kawan.

Azizul Azli Ahmad
15👍6
#TabungPerang

APA YANG FASA 40-50AN DALAM EKONOMI PERANG, SIMPANAN DAN PELABURAN LAKUKAN!

Dalam fasa usia 40-50an, anda berada di "puncak bukit". Biasanya kita sudah nampak garis penamat persaraan tetapi masih memikul beban tanggungan yang besar.

Ekonomi perang bukan sekadar tentang harga barang naik, tetapi tentang ketidaktentuan sistemik

1. "De-Leveraging" Drastik atau Nyah-Hutang

Hutang adalah liabiliti yang membunuh ketika ekonomi perang. Fokus pada melunaskan hutang berkadar faedah terapung 'floating rate'.

Jika faedah bank naik mendadak akibat inflasi global, aliran tunai anda akan "tercekik". Matlamat: Masuk ke fasa 50-an dengan hutang seminimum mungkin.

2. Strategi "Barbell" Kewangan.

Jangan letak semua duit dalam pelaburan sederhana. Bahagikan kepada dua ekstrem:

80% Aset Sangat Selamat: (ASB, Tabung Haji, EPF, Emas fizikal).

20% Aset Sangat Agresif/Cair: (Tunai dalam tangan atau mata wang asing yang kukuh).

Elakkan instrumen "tengah-tengah" yang tidak menentu dan sukar dicairkan seperti hartanah undercond, yang kita tak boleh jangka bila akan siap dan menguntungkan kita. Panjang nak ulas nie.

3. Audit "Skill" Berbayar , Skill Monetization.

Jangan bergantung 100% pada gaji tetap. Pada usia ini, kepakaran anda adalah aset. Bina satu "tapak kaki" dalam ekonomi gig atau konsultansi.

Jika syarikat terpaksa melakukan pemberhentian atau retrenchment lepas raya akibat kesan perang, anda sudah ada "enjin kedua" yang mula panas.

4. Lindungi "Human Capital" Insurans & Kesihatan.

Aset terbesar anda pada usia 45 tahun bukan rumah, tetapi kemampuan anda untuk bekerja.

Pastikan polisi insurans/takaful medical card dan penyakit kritikal dikemas kini.

Kos hospital ketika inflasi perang akan melambung; jangan biarkan simpanan hari tua habis untuk bil hospital berpuluh ribu.

5. Logistik & Mobiliti Survival Kenderaan.

Pastikan kenderaan utama dalam keadaan mekanikal terbaik. Dalam ekonomi perang, harga alat ganti (spare parts) dari luar negara akan melonjak dan stok terhad. Pakai Axia apa salahnya!

Servis sekarang, tukar tayar sekarang. Jadikan kenderaan anda "aset yang boleh diharap" untuk 5-10 tahun lagi tanpa perlu berhutang kereta baru.

6. Simpanan "Emas Siling" ada Physical Gold bukan digital.

Bukan sekadar akaun digital, simpan emas fizikal dinar/jongkong kecil di tangan. Emas adalah universal currency.

Jika sistem perbankan mengalami gangguan cyber-attack atau teknikal akibat konflik geopolitik, emas fizikal adalah satu-satunya alat barter yang diiktiraf di mana-mana seantero dunia weh!.

7. Memaksimumkan Caruman Sukarela EPF/KWSP.

Gunakan ruang caruman sukarela Self Contribution sehingga had maksimum setahun.

Dalam keadaan pasaran saham yang volatile, dividen institusi besar seperti KWSP biasanya lebih stabil dan selamat daripada melabur sendiri di pasaran saham yang sedang "berdarah" akibat perang.

8. Pendidikan Anak: "Plan B" Domestik.

Jika anda merancang menghantar anak ke luar negara, kaji semula kosnya akibat kejatuhan nilai Ringgit kedepan. Pertimbangkan universiti tempatan yang berkualiti IPTA/IPTS premium.

Simpanan pendidikan dalam USD atau mata wang asing adalah langkah "luar kotak" untuk memagar risiko mata wang.

9. Pelaburan "Social Capital" Networking.

Jangan menyendiri. Kekalkan hubungan baik dengan komuniti, rakan strategik, dan keluarga. Dalam ekonomi perang yang mencabar, sistem sokongan support system manusia selalunya lebih berkesan daripada duit di bank.

"Siapa yang anda kenal" boleh membantu akses kepada peluang atau sumber yang terhad.

10. Psikologi "Sunk Cost Fallacy".

Jangan takut untuk "cut loss" pada pelaburan atau perniagaan yang sudah tidak relevan atau terus rugi akibat perubahan geopolitik.

Pada usia 40-50, anda tidak punya masa 20 tahun lagi untuk tunggu pasaran pulih. Lebih baik selamatkan baki modal daripada terus "membakar" duit dalam harapan yang palsu. Banyak harapan palsu sifu pelaburan bagikan?

Kawan kawan,
21👍18🔥1
Ekonomi perang bukan masa untuk menjadi kaya raya dengan cepat, tetapi masa untuk menjadi orang yang terakhir bertahan The Last Man Standing.

Azizul Azli Ahmad
Bersedia Dengan Kemungkinan
6
👍151
#TabungRaya

WOW RAYA INI.

Rayakan secara sederhana raya ini.

Jangan buat hutang baru, tetapi berusaha kurangkan hutang yang ada.

Jika kita layak beli kereta RM96,000, apa salahnya beli kereta yang RM50,000-RM70,000 sahaja.

Semakin rendah kemahuan kita,
Semakin sejahtera hidup kita.

Fahami bahawa kereta bukan alat untuk bergaya, tetapi hanya untuk sampai ketempat kerja.

Semakin kecil kereta kita,
semakin sejahtera hidup kita.

"Rewards diri sikit la bang, kerja dah macam kerbau. Belilah kereta sedap sikit".

"Kita orang rewards diri beli rumah dik, tak beli kereta jadi besi nie". Kata Daniel Baharom dengan riak dan angkuh dibulan mulia ini.

Gittew dia bagi 😌

Azizul Azli Ahmad
Jangan Terlalu Bergaya.
👍247
👍1911
Salam Aidilfitri buat semua. Moga kita semua dirahmati Allah dan nabi
👍13🥰6
#TabungDiri

JIKA USIA KITA 20-40AN, BOLEH BACA INI.

Dalam belajar tiada istilah terlambat selagi kita ada keinginan untuk belajar.

Definasi gagal atau berjaya itu berbeza disetiap peringkat usia, gagal pada orang usia 20an, boleh jadi itulah kejayaan orang usia 40an.

Agar kewangan kita makin matang dan stabil, sedikit panduan bersama :

1. Membina Peluang.
Jangan hanya menanti peluang, kerana ada perkara dalam hidup ini kita harus bina sendiri. Ingatlah, dari 10 kesempatan yang datang, mungin hanya 2-3 sahaja yang beri keuntungan besar.

2. Being You.
Jangan mudah sangat nak follow semua orang, mengikut tanpa matlamat. Maka kita mudah terjebak. Jadi versi diri kita yang lebih baik. Tahu apa yang sesuai buat diri kita. Orang lain mungkin boleh sukses, tetapi dengan gaya kita mungkin tidak sesuai.

3. Sebagus Mana Pun Idea.
Kekal tidak berfungsi tanpa tindakan. Selagi kita tidak ushakan dan debatkan idea kita mungkin belum benar benar tajam. Kita hanya akan syok sendiri sahaja.

4. Menjaga Mulut dan jari.
Jika ingin tingkatkan darjat dan maruah diri, kurangkan komen disosial media. Boleh jadi ia tak sesuai dengan polisi tempat kerja kita. Hidup ini terbatas, jadi tinggalkan pesan yang baik baik biar berguna hidup orang yang membaca.

5. Sifat Experimental.
Dalam pelaburan, kita tidak boleh andaikan berdasarkan pandangan sifu, influencer, pakar atau sesiapa sahaja selagi kita tidak cuba dan tahu batas diri kita. Pandangan mereka adalah berdasarkan apa yang mereka alami, belum tentu ia sesuai dengan daya tahan diri kita.

kawan kawan,

Jika mula kerja, pegang 5 prinsip kecil ini sampai kita capai level senior nanti.

Pastikan kewangan kita makin bagus, suasana kediaman kita selesa dan selase serta tempat kerja kita nyaman dan terpesona.

Azizul Azli Ahmad
Catatan Raya ke 3
👍1911🔥3
👍61