Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
1
#TabungDiri

6 KEBIASAAN BURUK YANG MENZALIMI ORANG

Perilaku kita sebenarnya zalim tanpa kita sedar, kita rasa biasa biasa aja.

Doa orang dizalimi tidak ditolak. Buatlah perkara baik dalam hidup ini.

Azizul Azli Ahmad
3
#TabungKenderaan

DUIT KITA HILANG KEMANA?
#TabungWang

KAYA DAN MISKIN

Orang miskin bekerja keras dan habiskan semua wang mereka.

Orang kaya bekerja keras, menabung, melabur dan wang bekerja keras kembali untuk mereka.

Mereka kekal kaya raya

#PilihNakKayaAtauMiskin
14
15
Belajar simpan emas dan perak agar tak lemas bermula disini kawan kawan

Jangan simpan dendam, simpan emas. Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas

https://publicgold.me/drazizul
https://publicgold.me/drazizul

Selepas daftar boleh mulakan belian emas ikut kemampuan kita.

Azizul Azli Ahmad
10😁2
👍3
#TabungTanah

TANAH SEKANGKANG KERA?

Balik dari raya nanti, biasanya pejabat Tanah akan kembali penuh dengan manusia biasanya.

Nasihat untuk anak-anak yang terlalu berharap pada tanah sekangkang kera daripada ibu bapa:

1. Jangan Bergantung Sepenuhnya – Harta pusaka hanyalah bonus, bukan jaminan hidup. Usahakan rezeki sendiri dan bina kekayaan dengan usaha sendiri.

2. Hargai Jasa Ibu Bapa – Mereka sudah berpenat lelah membesarkan kita. Jika ada rezeki mereka untuk diberi, anggap ia sebagai hadiah, bukan hak mutlak. Jangan mengharap.

3. Belajar Berdikari – Jika mengharapkan sekeping tanah sahaja untuk masa depan, itu petanda kita belum cukup berusaha. Cari jalan untuk berkembang dan berdikari dalam kewangan. Nanti kecewa.

4. Jangan Sampai Putus Saudara – Banyak keluarga berpecah-belah kerana berebut pusaka yang sedikit. Jagalah hubungan kekeluargaan lebih daripada harta dunia.

5. Fikirkan Warisan Sendiri – Daripada menunggu harta ibu bapa, lebih baik fikirkan bagaimana kita boleh tinggalkan warisan yang lebih besar untuk anak cucu nanti.

Kawan kawan,

Tanah sekangkang kera takkan menjadikanmu kaya, tapi usaha dan ilmu boleh membuka seluas dunia.

Tanah boleh habis dibahagi, tapi rezeki takkan putus jika kau rajin mencari

Pendek kata, harta pusaka boleh habis, tetapi ilmu dan usaha sendiri akan bertahan lama.

Azizul Azli Ahmad
24
1🥰1
COMBO DUIT

Duit bukan hilang sebab tak cukup, tapi sebab kita tak pernah belajar cara mengawalnya.

Ramai bekerja seumur hidup mencari duit, tapi malas membaca untuk belajar menjaganya.

Kewangan bukan soal berapa banyak kita dapat, tapi berapa lama duit itu mampu hidup dengan kita.

Ilmu duit bukan untuk kaya cepat, tapi supaya tua nanti tak hidup sempit.

Kalau kita sanggup belajar 12 tahun untuk kerja, kenapa kedekut satu buku untuk urus duit sepanjang hayat?”

Baca naskah wajib ini.

https://pgmall.my/p/3080/3659
https://pgmall.my/p/3080/3659

Besok kami poskan ya!
10
3
#TabungBeras

EMAS PUTIH AKAN NAIK HARGA KESAN PERANG

1. Beras ni kira "Emas Putih" kita. Kat Malaysia ni, tak makan nasi sehari rasa macam tak makan setahun. Benda ni la nyawa kita, asasi paling utama.

2. Perang punya pasai, semua jadi kalut. Bila ada konflik dunia (macam kat Asia Barat nun), laluan kapal jadi payah, kos minyak naik, habis semua barang ikut naik sekali.

3. Kita masih bergantung kat oghang luaq. Walaupun bendang kita luas saujana mata memandang, tapi 30% ke 40% beras kita still kena bawa masuk (import) dari luaq lagi.

4. India, "Big Brother" beras dunia. India ni pengeluar paling besaq. Kalau depa buat gertak tak mau jual atau sekat eksport sebab nak jaga perut rakyat depa sendiri, jenuh kita.

5. Thailand & Vietnam pun sama naik. Dua negara ni la "market" utama kita. Kalau sana kena bencana alam atau kos baja depa naik sebab perang, harga yang sampai kat kita pun jadi "begheh" (mahal).

6. Kadar import bukan sikit-sikit. Malaysia import lebih 900,000 tan metrik beras setahun. Bayangkan kalau harga naik seringgit dua, berapa juta dah terbang lagu tu ja.

7. Harga beras import dah mula "panjat" dinding. Dulu RM35 boleh dapat 10kg, la ni ada yang dah cecah RM50-RM60. Memang terasa sangat kat poket mak-mak kita.

8. Stok beras negara ni kena jaga elok. Kerajaan tengah pulun tambah stok simpanan (buffer stock) supaya cukup sampai 9 bulan kalau jadi apa-apa yang tak diingini.

9. Beras Tempatan (BPT) jadi rebutan. Bila beras import mahal, semua pakat cari yang tempatan (RM26/10kg). Tu yang kadang-kadang nampak rak kat kedai tu lincin macam kena ayaq baghu.

10.Kepentingan keterjaminan makanan. Kita tak boleh harap kat oghang selamanya. Kalau oghang tu perang, kita yang lapaq. Kena pastikan pesawah kita dibantu sungguh-sungguh.

11. Apa perlu kita buat? Mula-mula, jangan dok "panic buying". Jangan pi borong sampai berpuluh kampit sorang, kesian kat oghang lain yang nak beli juga.

12. Berhemat masa makan. Nasi tu kalau ambil, biar habis. Jangan dok buang-buang. Ingat sikit payah oghang nak tanam padi sampai jadi beras.

13. Cari alternatif lain. Sekali-sekala kalau rasa beras mahal sangat, boleh la selang-seli makan ubi ka, jagung ka , bihun, mee, laksa ka. Kira diet cara orang lama.

14. Sedia payung sebelum hujan. Simpan sikit duit lebih untuk barang dapur. Inflasi ni benda yang kita tak boleh elak, tapi boleh sedia dari awal.

15. Doa banyak-banyak bagi dunia aman. Kalau dunia aman, harga barang pun stabil. Kita pun boleh hidup tenang, makan nasi kangkung dengan ikan pekasam pun dah cukup nikmat!

Semuanya betmula dengan minyak kapal kapal!

Azizul Azli Ahmad
👍2418
#TabungRumah

JANGAN GUNA EMOSI BELI RUMAH?

1. Bila kita terlalu teruja, lihat rumah cantik amat. Kita cenderung mengunakan emosi dalam membuat keputusan pembelian.

2. Seminar hartanah bulan lepas, saya kongsikan ada 2 kaedah pembelian hartanah sama ada mengunakan emosi atau mengunakan akal.

3. Jika kita mengunakan emosi dalam pembelian, kita utamakan kehendak berbanding keperluan kita. Kita tunaikan impian kecil kita yang tak terlaksana tanpa menoleh melihat kemampuan sebenar poket kita.

4. Jika kita mengunakan akal, kita akan buat hitungan berapa belanja, kemampuan kita 30 tahun kedepan, ada 'exit plan' jika kita gagal bayar atau diberhentikan kerja, apa potensi hartanah kita beli. Kita mengunakan akal.

5. Hartanah antara pembelian penting atau boleh jadi sekali seumur hidup kita. Maka pastikan kita buat belian yang betul dan baik sahaja.

6. Sedikit panduan, jangan hanya melihat satu rumah dan jatuh cinta. Paling minimum lihatlah 3 rumah dan buatlah perbanding dari segi *harga, lokasi dan nilai masa depan.

7. Hutang hartanah bukan sedikit, jika kita beli hartanah RM500,000 dan ikat dengan bank 30 tahun. Hutang kita akan jadi sejuta lebih nanti. Maka pilihlah hartanah yang baik buat kita.

8. Untuk keluar dari hartanah yang kita salah beli bukannya mudah, nak jual makan masa lama dan jika salah beli nilai tidak sepadan dengan kadar faedah bank yang kita bayar nanti.

Kawan kawan,

Jangan cepat teruja hanya melihat satu hartanah, kami memang buat cantik cantik agar berjaya tebar persona pembeli teruja.

Biar mereka mengigau malam malam membayangkan rumah itu jadi miliknya nanti.

Azizul Azli Ahmad
Pelabur Hartanah Kacak Amat
11👍1
🔥3
#TabungDuit

APA YANG TAK BOLEH DIBELI DENGAN DUIT?

Banyak benda yang tak boleh dibeli dengan duit, dik. Antaranya:

1. Masa – Sekali dah berlalu, tak boleh diputar balik.

2. Kebahagiaan sejati – Duit boleh bagi kesenangan, tapi bukan ketenangan jiwa.

3. Kesihatan – Boleh bayar rawatan, tapi tak boleh beli umur panjang.

4. Kepercayaan – Sekali hilang, susah nak dapat balik.

5. Cinta yang ikhlas – Kalau sebab duit, itu bukan cinta tapi itu urus niaga.

6. Keikhlasan & hormat – Kena dapat dengan tindakan, bukan dengan wang.

7. Kematian – Tak kira berapa kaya, ajal tetap datang.

Adik adik,

Duit memang penting, tetapi bukan segalanya. Betul tak?

Azizul Azli Ahmad
👍104
#TabungSuami

Assalamualaikum tuan. Saya terbaca post tuan

Saya suami isteri kerja kerajaan. Saya gaji lebih tinggi daripada suami. Setiap bulan gaji suami tak pernah cukup sebab menanggung pelbagai kos.

1. Saya galakkan suami pinjam duit saya jika hujung bulan tak cukup duit berbanding pinjam ahlong/keluarga/kenalan.

Waktu awal perkahwinan saya sedih sebab duit suami sentiasa habis hujung bulan, saya pula terpaksa menanggung beliau.

Tapi kini saya ubah mindset, saya bersyukur dia hanya pinjam pada saya. Tak memalukan diri dia, tidak menanggung beban bayar bunga.

2. Perkara besar contoh service motor yang memerlukan duit rm500 ke atas saya akan suruh suami bayar.

Sebabnya saya nak suami saya bertanggungjawab dalam rumah tangga. Dia berusaha untuk mencari duit poket lain.

Saya taknak dia tinggalkan saya (jika dia tinggalkan saya maka dia berhutang banyak dengan saya)

Saya taknak dia jadi biawak hidup dalam rumahtangga.

Saya nak suami saya juga berusaha dan sama2 menolong dalam rumah tangga.

Saya terpaksa minta dia berhutang bukan sebab saya kedekut tapi saya nak dia jadi suami bertanggungjawab.

Sebenarnya tak nak pon ada konsep berhutang. Saya halalkan segalanya duit yang dia pinjam.

Tapi ini strategi saya sebagai isteri hanya untuk tidak menjadikan suami saya biawak hidup.

Alhamdulillah, saya nampak usaha dia dalam rumah tangga.

Saya pupuk dalam diri saya. Sedekah pada orang yang terdekat. Suami saya tiada duit / miskin.

Jadi saya perlu sedekah pada suami saya. Tak perlu lihat orang jauh yang susah.

Cukup lihat suami atau keluarga terdekat. Sejak saya amalkan pemikiran ni, hidup saya bahagia.

Saya pupuk diri saya untuk tidak membaca dan percaya suami perlu sediakan nafkah semua untuk isteri. Suami isteri bergerak bersama tolong menolong.

Saya cuba sentiasa berfikir positif dan tidak melihat keluarga lain.

saya dibesarkan dalam kalangan orang biasa tetapi mencukupi semuanya apabila berkahwin, hidup saya berubah.

Saya sentiasa fikir Allah hadirkan suami saya serba kekurangan duit sebab nak saya bantu dan sedekah pada dia. Cabaran hidup susah.

Owh ye, saya wajibkan suami belanja saya makan pada setiap bulan sebab makanan yang membuatkan kami bahagia. Duduk lepak di tempat makan sambil bercerita macam2 topik.

Kadang kala kami suami isteri akan healing pergi mana2 tempat dan balik hari sahaja. Cukup sekadar berjalan melihat pemandangan.

Tak perlu check in hotel / membeli apa2. Air ikat tepi dan jajan dalam kereta sudah cukup untuk kami healing hilangkan stress berkaitan duit.

Kami suami isteri akan menangis sama2 jika ada masalah. Suami didik kami turunkan ego sama2 dan sentiasa bahagia dengan apa yang ada.

Kekuatan rumahtangga pada sang suami. Didiklah, doalah, usahalah, raikan bersama2.

Maaf saya tidak komen di ruangan facebook. Akan terlihat kekurangan keluarga kami. Cukup sekadar kami suami isteri sahaja yang tahu aib rumah tangga.

Dalam perkahwinan, tiada istilah seorang yang menanggung beban/ terbeban. Suami isteri sama2 terbeban.

Lihatlah sekecil2 perkara dalam urusan rumah tangga nescaya tidak akan mengeluh sebab sama2 berusaha buat yang terbaik untuk keluarga.

Suami lihatlah penatnya isteri memasak, menggosok baju. Nampak remeh tapi penat sebenarnya. Isteri lihatlah penatnya suami bekerja. Penatnya naik moto bekerja.
23👍8🔥2