Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungRumah

PEMAJU JUAL DUIT ATAU RUMAH?

1. Zaman dulu, pemaju hanya jual rumah . Kena simpan duit banyak baru layak beli kediaman. Banyak bayaran kena keluarkan waktu mula nak beli rumah.

Harga rumah naik juga luar biasa, sebelum tahun 2015 kenaikkan hartanah hampir sekali ganda selepas beberapa tahun.

"Siapa ada duit, akan beli rumah"

2. Zaman berubah sedikit bila ramai nak beli rumah tapi tak ada modal. Pemaju pakat pakat dengan bank bagi semua kos bank tanggung.

Kita bagi pinjaman 105%, insuran semua kita masuk dalam hutang. Yuran guaman, duty setem semua masuk sekalilah senang. Kita letak harga tinggi kita jual murah agar bank cover semua.

Berlumba lumba orang pakat beli sebab tak payah buat simpanan.

Tahun 2016 nilai rumah mula 'sekata' sampai sekarang sapa beli waktu itu tak naik banyak manapun kalau kita perasan.

"Siapa berani berhutang dia akan beli rumah".

3.Zaman ini pemaju tak jual rumah lagi dah, malah mula jual hutang atau cash back buat pembeli.

Pemaju mana tawarkan kediaman yang bagi cash back paling tinggi. Paling diminati dan akan ada pembeli.

Kualiti rumah, keluasan dan produk dah tak penting lagi. Takkan mintak banyak free gift tapi kita aspect pemaju bagi rumah kualiti mercedes kan? Dah tentu dia bagi kualiti paling rendah punya.

Asas ini kalau tak faham juga, kesian bayar hutang 30 tahun kedepan.

Lebih parah, kediaman yang dapat cashback ini biasanya lebih tinggi dari harga pasaran.

Beli RM270k dah 5 tahun nak jual balik MV baru RM200k. Nak jual cepat sebab covid dah jual RM180k sahaja, kena top up macam jual kereta pulak.

"Siapa tiada duit dan banyak hutang, belilah rumah".

Kawan kawan,

Elakkan beli kediaman yang banyak ada cashback sebenarnya.

Jika dapat, mintak sahaja dia tolak dari nilai semasa agar bayaran bulanan jadi kecil.

Kau ingat pemaju baik macam mak bapak kita, bagi cash back tanpa harapkan apa apa?

Itu semua duit kita woi!

Fahami konsep hutang rumah.

Jika kau beli rumah RM300k, dengan hutang 20 tahun . Kau sedang bayar 2 biji rumah tapi dapat satu rumah sahaja. (Hutang kita sekitar RM600k)

Jika kau beli rumah RM300k, dengan hutang 30 tahun. Kau sedang bayar 3 biji rumah tapi dapat satu biji rumah sahaja. (Hutang kita sekitar RM900k) mak ai!

Dapat sesuatu?

Nanti saya tulis kenapa pemaju jual konsep kediaman dan gaya hidup bukan rumah pula ya .

Azizul Azli Ahmad
Beli Rumah Bukan Beli Hutang
❀17πŸ‘8πŸ”₯1
πŸ‘5
#TabungSimpanan

KELEBIHAN ORANG TAK SUKA MENABUNG

"Tak suka menabung pun ada kelebihan ker bang?"

"Banyak dik, ini abang bagi 3 jer"

"Ada lagi bang?"

"Kau mudah dengki dengan orang yang banyak duit dan lebih senang. Dia bolehlah anak orang kaya"

"Bukan boleh kaya pun menabung nie bang?"

"Memang tak boleh kaya, tapi tak susuhkan hidup kita dan kawan kita bila kita susah nanti"

Kawan kawan,

menabunglah, pekerja gomen semua dah gaji hari ini.

Gegadis tak suka lelaki pokai, tudung dan skincare mereka tak boleh dibeli hanya dengan ayat ayat cinta.

Azizul Azli Ahmad
Kekalkan Menabung Untuk Masa Depan
❀12πŸ‘7πŸ”₯1
Belajar simpan emas agar tak lemas bermula disini kawan kawan

Jangan simpan dendam, simpan emas. Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas

https://publicgold.me/drazizul
https://publicgold.me/drazizul

Selepas daftar boleh mulakan belian emas ikut kemampuan kita.

Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

Mengapa Wang Venezuela Tak Laku Lagi


Di Venezuela, segunung wang kertas tak cukup untuk beli sepinggan nasi.

Orang sana guna duit buat beg tangan dan kraf sebab lebih murah dari beli kain.
Apa yang berlaku?

➑️ Kerajaan terlalu banyak cetak wang bila ekonomi jatuh.

➑️ Harga minyak merudum, pendapatan negara lumpuh.

➑️ Rakyat hilang kepercayaan akhirnya duit sendiri tak laku di pasar.

Wang kertas bukan lagi bernilai, sebab nilai sebenar bukan pada kertas… tapi pada kepercayaan.

3 Langkah Bijak Sebelum Jadi Seperti Itu

1️⃣ Simpan Aset Nyata.
Bila duit hilang nilai, emas, hartanah dan tanah masih kekal punya harga.

2️⃣ Kurangkan Hutang.
Inflasi boleh ubah kadar faedah, tapi beban hutang tetap jadi tanggungan.

3️⃣ Pegang Mata Wang Kukuh.
Sebahagian simpanan elok ditukar ke emas atau aset global sebagai pelindung nilai.
β€œApabila kepercayaan hilang, wang hanyalah kertas berwarna. Tapi bila ilmu dan kesedaran wujud, kertas itulah yang boleh jadi emas di masa depan.”
πŸ‘17❀8πŸ”₯1
πŸ‘12πŸ”₯1
#TabungBudaya

JANGAN BUDAYAKAN SIKAP BEGINI

Jangan ya dik ya, jangan.
#TabungIsteri

TANDA KECIL BAHAWA LAKI KAU DAH MULA BERGAYA!

Lelaki bila mula bergaya, membawa banyak maksud dan makna.

1. Ketua Jabatan keluarkan perkeliling baru wajibkan kakitangan ubah gaya penampilan.

2. Suami kita merupakan Ketua Jabatan Fesyen di Jabatan Sumber Asli dan Mineral yang memerlukan kakitangan kelihatan sopan.

3. Suami kita mula jawatan baru di Unit Imej dan tatacara jabatan berita di TV3 dan Wanita Hari Ini TV3

4. Syarat baru kenaikan pangkat mestilah memiliki gaya personaliti yang menarik serta mampu meyakinkan pelanggan.

5. Ada budak intern baru masuk opis yang jadi sebutan kakitangan lelaki yang dah nak pencen pun bercerita pasal dia.

Selamat malam.

Azizul Azli Ahmad
Lelaki Maskulin Dimata Bini
😁2πŸ”₯1
❀3😁2
πŸ‘2😁1
😁1