Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81.1K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungEmas

PEMBETULAN HARGA EMAS LEPAS MELONJAK!

Emas sedang alami pembetulan harga. Ramai panik bila dengar ayat ni, sedangkan inilah masa paling senyap tapi paling bernilai dalam kitaran emas.

Emas tak pernah naik terus tanpa berhenti.

Selepas lonjakan tinggi, pasaran akan ambil masa untuk “tenangkan diri.”

Inilah yang dipanggil pembetulan harga (price correction) satu proses semula jadi bagi menstabilkan pasaran selepas tempoh kenaikan besar.

Kenapa berlaku pembetulan harga sekarang?

1. Pengambilan untung sementara (profit taking) oleh pelabur besar selepas lonjakan beberapa bulan lepas.

2. Pengukuhan sementara USD apabila dolar kuat, harga emas biasanya menurun.

3. Tekanan inflasi global mula reda seketika, menyebabkan pelabur alih tumpuan kepada pasaran saham.

4. Pasaran sedang menanti hala tuju kadar faedah AS faktor utama yang selalu menggoncang harga emas.

Namun jika dilihat secara sejarah, setiap kali berlaku pembetulan, emas tidak jatuh sampai hancur tetapi undur untuk mengumpul tenaga baru.


Jadi apa tindakan pelabur bijak bila harga emas “membetulkan diri”?

1. Tambah gram waktu senyap.
Bila ramai takut, orang bijak menambah. Pembetulan harga ialah ruang untuk “average down” turunkan kos simpanan.

2. Pecahkan belian (Dollar Cost Averaging).
Beli sikit-sikit dalam beberapa fasa. Tiada siapa tahu harga terendah sebenar, tapi pelabur konsisten akan menang dalam jangka panjang.

3. Jangan nilai emas ikut harga mingguan.
Nilai emas bukan pada carta harian, tapi pada kekuatan mengekalkan kuasa beli sepanjang masa.

Dalam 10 tahun, RM100 mungkin tinggal nilai makan malam, tapi emas 10 tahun lepas masih ada nilainya malah lebih.

4. Lihat dari perspektif mata wang, bukan hanya harga.
Kadang emas nampak turun, tapi nilai duit kita jatuh lebih cepat. Dalam senyap, emas sebenarnya masih menyelamatkan kita.

5. Fokus kepada tujuan sebenar.
Simpan emas bukan untuk kaya cepat, tapi untuk selamat bila sistem goyah.

Kawan kawan,

Harga emas sedang berehat, bukan rebah. Bila emas turun, itu bukan tanda akhir tetapi tanda ia sedang bersiap untuk permulaan yang baru.

“Emas tak jatuh, ia cuma menunggu masa untuk diuji dan yang sabar akan menuai hasilnya nanti.”

Azizul Azli Ahmad

#Nota : Saya akan tulis nanti Bgaimana Nak Kenal Pasti Pembetulan Berakhir?
26👍11🔥1😁1
#TabungGaji

CARA HIDUP BILA GAJI KITA KECIL .

Jangan mengharapkan bantuan dari sesiapa, berusaha dan ubah nasib diri sendiri.

Rancang 5 tahun dari sekarang berapa gaji yang kita nak capai, jika selama ini makan gaji. Cipta gaji sendiri juga.

Ada usaha kecil atau cipta pendapatan sendiri dari niaga kecil.

"Sembang senang la bang, saya mana ada masa"

Azizul Azli Ahmad
Masa Depan Kita Ditangan Orang?
7😁3🔥1
👍8👏2
#TabungDuit

KESEDARAN

Semua bermula dengan kesedaran.

RM28,510 / 24 bulan = RM1188 sebulan.

Tahniah dan moga kekal menabung demi masa depan.

Bila dah menabung, nak beli apa pun sayang sebab tahu susahnya buat simpanan.

#AAA

Foto vanilakismis
👍10🔥2
1
#TabungDiri

5 LANGKAH MEMBANGUNKAN KEKAYAAN SEJAK USIA 20AN.

Rancang kehidupan kita, nak jadi dan capai apa.

Kayuh pelan pelan dan belajarlah untuk capai impian.

Jangan malu jadi kuli waktu usia masih muda.

#AAA
4
👍51
👍2
👍2
👍3
👍3
5👍5🔥1
#TabungWang

5 HAL YANG LEBIH PENTING DARI WANG

Wang bukan segalanya, tetapi segalanya perlukan wang dalam hidup ini.

Ada nilai hidup lebih penting dari wang tetapi.
👍101
#TabungKereta

SUAMI MINTA BUAT LOAN KERETA?

1. Berniaga baru setahun, kita belum boleh jangkakan bagaimana 'patent' pendapatan kita lagi tahun mendatang. Tahun ini mungkin cantik, tahun depan belum tentu lagi.

2. Kenderaan memang keperluan, tetapi jenama kenderaan adalah kehendak kita sebenarnya.

3. Bila mula berniaga, belajar buat simpanan hasil berniaga. Agar kita 'nampak duit' hasil niaga kita. Ada 3 bahagian berniaga yang kita perlu sediakan modal, upah dan untung.

4. Walau berniaga sendiri, kita tetap kena ambil upah bahagian kita. Jangan tukarkan upan ini menjadi liabiliti. Belajarlah beli aset bila kita ada simpanan perniagaan.

5. Beli kenderaan yang 'tidak perlu' hanya akan tambah bebanan baru. Untung berniaga, kena bayar hutang kereta. Kereta tak hasilkan sumber duit buat kita.

6. Berniaga jika untung, belajar beli aset seperti rumah, tanah, saham dan emas. Biarkan aset menghasilkan banyak duit buat kita juga.

7. Dengan income RM3000-4000, manfaatkan RM1000 untuk beli rumah RM200k-240k dan sewakan. Dengan pulangan sewa sekitar RM1000-1200 sebulan, duit kita kekal menjadi harta. Itu belum peningkatan nilai hartanah rumah yang kita beli lagi.

8. Kita tak boleh jangkakan apa yang akan berlaku tahun depan, tetapi jika kita bersedia dengan Dana Simpanan dan elakkan hutang tak perlu akan lebih baik sebenarnya.

Sekadar pandangan.

Azizul Azli Ahmad
8🔥2
👍8
#TabungDiri

KEKAYAAN MASA

Mari kita renungkan sejenak.

1. Kita bekerja keras untuk ciptakan duit, agar kita ada 'masa untuk bercuti' bersama keluarga. Hasilkan duit untuk mencipta 'masa'

2. Tuhan berikan kita modal masa 24/7 untuk mulakan hidup agar dapat mencipta wang dan aset dari modal masa yang kita ada.

3. Sewaktu muda dan sihat, manfaatkan masa yang ada untuk mencipta wang dan aset agar kita ada 'masa untuk tua'.

4. Orang yang tak pedulikan masa zaman mudanya, akan kehilangan 'masa' untuk zaman tuanya.

5. Duit yang banyak, belum tentu menjadikan kita 'kaya masa'. Nak bercuti susah, nak kemana sebok kerja, tak ada masa buat keluarga, makan bersama keluarga juga susah. Kita belum kaya walaupun banyak duit.

6. Penghantar makanan sanggup melanggar lampu merah, hanya untuk mengejar masa demi imbalan duit. Nyawa pertaruhan mereka.

7. Orang terpaksa bekerja keras, menghasilkan banyak duit, duit bekerja buat mereka. Hanya untuk 'menciptakan masa' buat kita.

8. Selagi kita tidak beli aset, kita akan kekal bekerja untuk menghasilkan wang. Kita akan kekal kehilangan 'masa lapang'.

9. Selagi kita tak belajar bagaimana 'wang boleh menghasilkan wang', kita perlukan 'masa' untuk kekal bekerja dan hasilkan wang untuk hidup.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Azizul Azli Ahmad
11👍6🔥1
#TabungMuflis

JANGAN BAGI SESIAPA GUNA NAMA KITA?

1. Berikut adalah kriteria yang akan menyebabkan seseorang individu diisytiharkan muflis di Malaysia:

2. Tidak berupaya untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM50,000.

3. Tempoh masa lebih daripada 6 bulan hutang tidak dibayar.

4. Individu tersabut bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

5. Tahukah anda bahawa anda boleh diisytiharkan muflis tanpa pengetahuan anda? Seseorang individu boleh diisyitharkan muflis tanpa pengetahuan melalui cara berikut:

6. Dokumen undang-undang dihantar ke alamat lama.

7. Pengisytiharan muflis diserahkan melalui prosedur penyampaian ganti.

8. Individu tersebut tidak hadir ke mahkhamah.

9. Individu tersebut tidak menerima atau tidak membuka dokumen undang-undang yang telah dihantar kepadanya.

10. Kebanyakan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis merupakan dalam lingkungan umur 35-44 tahun (35.25%), sementara 25-34 tahun adalah yang kedua terbanyak (22.52%).

11. Majoriti kes muflis di Malaysia disebabkan oleh pinjaman kenderaan.

12. Menjadi individu yang telah diisytihar muflis sangat menyusahkan dan ia akan mengambil masa yang lama untuk pulihkan kewangan anda serta keluarkan diri anda dari senarai muflis.

12. Dapatkan pertolongan professional percuma
Jika anda berhadapan masalah dalam mengendalikan hutang dan melangsaikan pinjaman, anda boleh dapatkan pertolongan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

13. Bincang dengan pihak pemiutang
Sekiranya anda menghadapi masalah dalam melakukan pembayaran pinjaman, berunding bersama pihak bank anda.

14. Nilai semula aset serta komitmen kewangan anda
Selain daripada mengurangkan perbelanjaan anda, gunakan simpanan anda untuk melangsaikan hutang atau pinjaman.

Banyakan berdoa dan mohon dihindari perbuatan khianat dan jauhkan dari hutang

#AAA
13👍4🔥1