Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81.1K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungAset

Menabunglah dengan cara yang betul 😁
👍2
2🔥1
#TabungDiri

HIDUP INI KERAS DIK!

1. Paksa diri untuk menabung dari sekecil apa pun gaji kita. Jangan cipta alasan gaji kecil tak mampu menabung, siapapun tak akan pedulikan kita bila tiada simpanan nantinya.

2. Bina kerjaya dan kerja baik baik. Jangan cepat merasakan susah dan dipergunakan. Majikan mana tak pergunakan pekerja mereka sesungguhnya.

3. Berkulilah waktu muda ini untuk timba pengalaman dan cari duit. Jangan mudah merungut dan rasa letih. Semua orang pernah tertekan, itulah yang jadikan hidup mereka matang.

4. Bila orang kata kita, perli kita, sindir kita, hinakan kita jangan mudah sangat nak terluka dan tertekan sangat. Boleh jadi ia betul dan boleh jadi ia salah. Kita tetap kena teruskan hidup, kita tak boleh ubah pandangan orang terhadap kita.

5. Hidup akan gagal jika kita hanya nak bagi orang senang, puji dan sukakan kita sahaja. Hidup bukan untuk orang, hidup untuk diri kita. Jangan ikut apa acuan orang, bina impian sendiri.

6. Belajar berkata TIDAK, walaupun berat dan melukakan untuk diungkapkan.

7. Belum ada orang mati kena hina pakai kereta buruk, tapi ramai yang mati sebab tak ada makanan dan simpanan.

8. Jaga jodoh dan keluarga kita baik baik, jangan pedulikan pandangan orang lain. Mereka tak ada waktu kita susah tak ada makanan nanti.

9. Yakin bahawa Tuhan yang Maha Esa sentiasa ada bersama kita waktu susah senang. Jangan pernah lupa berdoa dan meminta padanya.

Azizul Azli Ahmad
Hidup Lebih Keras Dari batu
👍3213🔥1
#TabungEmas

Mengapa Emas Pelaburan Jangka Panjang?

1. Nilainya Kekal & Bertahan Lama
Emas tak boleh dicipta atau dimusnahkan macam duit kertas. Ia jadi penyimpan nilai (store of value) sejak ribuan tahun. Bila inflasi naik, nilai duit jatuh tapi emas kekal bernilai.


2. Lindung Dari Inflasi & Krisis Ekonomi
Bila ekonomi goncang, saham jatuh, mata wang lemah pelabur global lari cari “safe haven”. Emas jadi tempat perlindungan nilai.


3. Aset Tanpa Hutang & Tanpa Risiko Bank
Emas fizikal bukan janji sesiapa. Tak terjejas kalau bank tutup, syarikat muflis, atau kerajaan tukar dasar kewangan.


4. Kesan Kompaun Dalam Jangka Panjang
Kalau lihat 10–20 tahun, harga emas naik secara purata 6–10% setahun (walaupun ada turun naik jangka pendek). Siapa sabar, dia menang.


5. Aset Boleh Waris & Mudah Alih
Emas boleh diwariskan, mudah disimpan, tak perlu tandatangan surat panjang macam hartanah.

Kawan kawan,

Sedikit Tips “Luar Kotak” Untuk Pemula Simpan Emas

1. Jangan Tunggu Murah Baru Nak Beli
Emas tak ada harga “terendah”. Beli ikut masa, bukan ikut harga. Mulakan tabiat simpan, bukan permainan harga.

2. Gunakan Teknik ‘1 Gram 1 Bulan’
Mulakan kecil. Tak perlu tunggu mampu beli 100 gram. Disiplin kecil yang konsisten jauh lebih berkuasa dari tunggu peluang besar.

3. Simpan Dulu, Faham Kemudian
Ramai nak faham semua baru nak mula. Hakikatnya, bila dah ada skin in the game, baru kita lebih fokus belajar dan faham.

4. Jangan Banding Dengan Saham atau Kripto
Emas bukan untuk kaya cepat. Ia untuk kekalkan nilai dan lindung risiko. Jadikan ia benteng kewangan, bukan alat spekulasi.

5. Beli Dari Platform Amanah & Telus
Pilih institusi sah seperti Public Gold, yang ada emas fizikal sebenar, boleh keluar bila-bila, bukan janji digital kosong.

6. Gunakan Kaedah ‘Emas Sebagai Tabung Masa Depan’
Contoh:

1 dinar = tabung pendidikan anak

5 gram = tabung kecemasan

10 gram = tabung haji/umrah
Dengan cara ini, emas bukan sekadar simpanan — tapi perancangan hidup.

“Jangan kejar masa depan dengan menambah hutang, tapi dengan menambah simpanan yang kekal nilainya.”

Azizul Azli Ahmad
14👍8🔥1
1
#TabungSuami

TANDA BAHAWA EKONOMI LAKI KAU DAH BAIK!

"Dia dah berani bawa balik mineral water Avian bang"

"Laki saya dah berani add friend Abang Tesla bang"

Apa lagi bukti bahawa suami kita dah makin kaya sejak kebelakangan ini dik?

Abah Qilah
Berani makan nasik campur jer!

#HiburanPetang
5🔥1
👍1
😁9
😁4👍1
😁7
3
1
#TabungKesihatan

RM5 sehari sekarang, atau RM200,000 kemudian?

Itulah bezanya antara mereka yang bersedia dan yang hanya berharap.

Ramai yang bijak sediakan tabung persaraan, tapi masih ramai lupa sediakan tabung kesihatan sedangkan tanpa kesihatan, nikmat persaraan pun tak terasa.

10 sebab kenapa kita kena mula bina tabung kesihatan hari ini:

1. Kita tak akan sihat selamanya. Walaupun jaga makan dan rajin bersenam, ujian sakit atau kemalangan boleh datang tanpa diduga.

2. Kos rawatan hospital meningkat setiap tahun akibat inflasi dan ubat moden yang makin canggih tapi mahal.

3. Hospital kerajaan makin sesak. Bagi yang mampu, dapatkan rawatan swasta bukan untuk bermegah, tapi bantu kurangkan beban sistem awam.

4. Duit KWSP, pencen, dan simpanan bertahun-tahun boleh lesap dalam sekelip mata bila diuji sakit kritikal.

5. Medical card lindungi cash flow keluarga tak perlu korek simpanan, jual aset atau berhutang.

6. Ia meliputi bil hospital, pembedahan, rawatan pakar & ubat mahal terutamanya penyakit serius.

7. Tak perlu risau kenaikan kos rawatan masa depan, sebab semuanya dah dilindungi.

8. Medical card ni bukan sebab kita minta sakit, tapi sebab kita tak tahu bila diuji.

9. Bila dah sakit, fokus kita hanya satu nak sembuh. Bukan pening fikir bil hospital.

10. Limit tahunan tinggi beri ketenangan. Walau kos rawatan mencecah ratus ribu, kita tetap dilindungi.

Kawan kawan,

Sekarang ni ada promo medical card mampu milik dari Great Eastern Takaful Berhad, serendah RM120 sebulan, dengan limit tahunan sehingga RM8 JUTA!

Paling menarik ia termasuk rawatan luar klinik seperti jangkitan Influenza A yang kini sedang menular.

“Menyesal itu datang bila kita sakit, tapi bersedia itu tanda kita menghargai nikmat sihat.”

Kawan saya dulu sihat, suka jogging tiap minggu. Tapi bila tiba-tiba kena serangan jantung bil hospital RM180,000. Simpanan bertahun habis dalam sebulan.”

Masa sihat kita rasa tak perlu, tapi bila sakit baru tahu betapa mahalnya untuk terus hidup.

Hubungi sahabat saya ini Syu Islamiah untuk bantu anda ya

Syu Islamiah
http://wasap.my/60122610332/Evolusi
Khafiz: http://wasap.my/60167157912/Evolusi

Atau layari website:
https://syuislamiah.com
18🔥1
8
#TabungEmas

PEMBETULAN HARGA EMAS LEPAS MELONJAK!

Emas sedang alami pembetulan harga. Ramai panik bila dengar ayat ni, sedangkan inilah masa paling senyap tapi paling bernilai dalam kitaran emas.

Emas tak pernah naik terus tanpa berhenti.

Selepas lonjakan tinggi, pasaran akan ambil masa untuk “tenangkan diri.”

Inilah yang dipanggil pembetulan harga (price correction) satu proses semula jadi bagi menstabilkan pasaran selepas tempoh kenaikan besar.

Kenapa berlaku pembetulan harga sekarang?

1. Pengambilan untung sementara (profit taking) oleh pelabur besar selepas lonjakan beberapa bulan lepas.

2. Pengukuhan sementara USD apabila dolar kuat, harga emas biasanya menurun.

3. Tekanan inflasi global mula reda seketika, menyebabkan pelabur alih tumpuan kepada pasaran saham.

4. Pasaran sedang menanti hala tuju kadar faedah AS faktor utama yang selalu menggoncang harga emas.

Namun jika dilihat secara sejarah, setiap kali berlaku pembetulan, emas tidak jatuh sampai hancur tetapi undur untuk mengumpul tenaga baru.


Jadi apa tindakan pelabur bijak bila harga emas “membetulkan diri”?

1. Tambah gram waktu senyap.
Bila ramai takut, orang bijak menambah. Pembetulan harga ialah ruang untuk “average down” turunkan kos simpanan.

2. Pecahkan belian (Dollar Cost Averaging).
Beli sikit-sikit dalam beberapa fasa. Tiada siapa tahu harga terendah sebenar, tapi pelabur konsisten akan menang dalam jangka panjang.

3. Jangan nilai emas ikut harga mingguan.
Nilai emas bukan pada carta harian, tapi pada kekuatan mengekalkan kuasa beli sepanjang masa.

Dalam 10 tahun, RM100 mungkin tinggal nilai makan malam, tapi emas 10 tahun lepas masih ada nilainya malah lebih.

4. Lihat dari perspektif mata wang, bukan hanya harga.
Kadang emas nampak turun, tapi nilai duit kita jatuh lebih cepat. Dalam senyap, emas sebenarnya masih menyelamatkan kita.

5. Fokus kepada tujuan sebenar.
Simpan emas bukan untuk kaya cepat, tapi untuk selamat bila sistem goyah.

Kawan kawan,

Harga emas sedang berehat, bukan rebah. Bila emas turun, itu bukan tanda akhir tetapi tanda ia sedang bersiap untuk permulaan yang baru.

“Emas tak jatuh, ia cuma menunggu masa untuk diuji dan yang sabar akan menuai hasilnya nanti.”

Azizul Azli Ahmad

#Nota : Saya akan tulis nanti Bgaimana Nak Kenal Pasti Pembetulan Berakhir?
26👍11🔥1😁1