Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81.1K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungEmas

EMAS MULA TURUN SEDIKIT?

Beberapa hari ini harga emas nampak mula buat pembetulan kecil, turun sedikit berbanding minggu lepas.

Ramai panik, tapi orang bijak senyum. Sebab mereka tahu setiap penurunan emas bukan petanda bahaya, tapi peluang!

Emas ini macam roller coaster, bukan jalan lurus. Bila turun, itu tandanya pasaran sedang “ambil nafas” sebelum naik semula.

Sejarah dah tunjuk, lepas setiap pembetulan, biasanya datang lonjakan baru.

Sedikit Tips buat penyimpan emas saya ;

1. Tambah simpanan, bukan tambah panik. Orang kaya beli waktu orang lain takut.

2. Buat DCA (Dollar Cost Averaging). Beli sikit-sikit masa turun lama-lama harga purata jadi cantik.

3. Semak balik matlamat, bukan harga. Kau simpan emas untuk kaya cepat, atau untuk lindung nilai hidup kita.?

4. Tunggu peluang besar, bukan berita besar. Emas tak pernah ke laut, tapi nilai duit yang makin tenggelam dilaut yang dalam.

Kawan kawan,

“Yang takut bila harga turun, biasanya belum faham kenapa dia mula simpan.”

Azizul Azli Ahmad

#SimpanEmas #BukanIkutTrend #BeliWaktuOrangTakut
👍149
#TabungGaji

GAJI SUAMI ISTERI BILA BERGABUNG!

Jika gaji suami RM6000,
Jika gaji isteri RM4000,
Keluarga kita dah ada RM10,000.

Setahun akan ada RM120,000 pendapatan.

Jika kita guna 50:30:20 bajet

Keperluan hidup kita RM60,000.
Kehendak keluarga kita RM36,000.

Simpanan dan pelaburan kita RM24,000 setahun.

Apakah simpanan kita baik selama ini?.

Mulakan dengan simpanan dalam keluarga kita.

Sudah menyimpan barulah melabur kawan kawan.

Azizul Azli Ahmad
17👍4
👍15🔥1👏1
#TabungAset

Menabunglah dengan cara yang betul 😁
👍2
2🔥1
#TabungDiri

HIDUP INI KERAS DIK!

1. Paksa diri untuk menabung dari sekecil apa pun gaji kita. Jangan cipta alasan gaji kecil tak mampu menabung, siapapun tak akan pedulikan kita bila tiada simpanan nantinya.

2. Bina kerjaya dan kerja baik baik. Jangan cepat merasakan susah dan dipergunakan. Majikan mana tak pergunakan pekerja mereka sesungguhnya.

3. Berkulilah waktu muda ini untuk timba pengalaman dan cari duit. Jangan mudah merungut dan rasa letih. Semua orang pernah tertekan, itulah yang jadikan hidup mereka matang.

4. Bila orang kata kita, perli kita, sindir kita, hinakan kita jangan mudah sangat nak terluka dan tertekan sangat. Boleh jadi ia betul dan boleh jadi ia salah. Kita tetap kena teruskan hidup, kita tak boleh ubah pandangan orang terhadap kita.

5. Hidup akan gagal jika kita hanya nak bagi orang senang, puji dan sukakan kita sahaja. Hidup bukan untuk orang, hidup untuk diri kita. Jangan ikut apa acuan orang, bina impian sendiri.

6. Belajar berkata TIDAK, walaupun berat dan melukakan untuk diungkapkan.

7. Belum ada orang mati kena hina pakai kereta buruk, tapi ramai yang mati sebab tak ada makanan dan simpanan.

8. Jaga jodoh dan keluarga kita baik baik, jangan pedulikan pandangan orang lain. Mereka tak ada waktu kita susah tak ada makanan nanti.

9. Yakin bahawa Tuhan yang Maha Esa sentiasa ada bersama kita waktu susah senang. Jangan pernah lupa berdoa dan meminta padanya.

Azizul Azli Ahmad
Hidup Lebih Keras Dari batu
👍3213🔥1
#TabungEmas

Mengapa Emas Pelaburan Jangka Panjang?

1. Nilainya Kekal & Bertahan Lama
Emas tak boleh dicipta atau dimusnahkan macam duit kertas. Ia jadi penyimpan nilai (store of value) sejak ribuan tahun. Bila inflasi naik, nilai duit jatuh tapi emas kekal bernilai.


2. Lindung Dari Inflasi & Krisis Ekonomi
Bila ekonomi goncang, saham jatuh, mata wang lemah pelabur global lari cari “safe haven”. Emas jadi tempat perlindungan nilai.


3. Aset Tanpa Hutang & Tanpa Risiko Bank
Emas fizikal bukan janji sesiapa. Tak terjejas kalau bank tutup, syarikat muflis, atau kerajaan tukar dasar kewangan.


4. Kesan Kompaun Dalam Jangka Panjang
Kalau lihat 10–20 tahun, harga emas naik secara purata 6–10% setahun (walaupun ada turun naik jangka pendek). Siapa sabar, dia menang.


5. Aset Boleh Waris & Mudah Alih
Emas boleh diwariskan, mudah disimpan, tak perlu tandatangan surat panjang macam hartanah.

Kawan kawan,

Sedikit Tips “Luar Kotak” Untuk Pemula Simpan Emas

1. Jangan Tunggu Murah Baru Nak Beli
Emas tak ada harga “terendah”. Beli ikut masa, bukan ikut harga. Mulakan tabiat simpan, bukan permainan harga.

2. Gunakan Teknik ‘1 Gram 1 Bulan’
Mulakan kecil. Tak perlu tunggu mampu beli 100 gram. Disiplin kecil yang konsisten jauh lebih berkuasa dari tunggu peluang besar.

3. Simpan Dulu, Faham Kemudian
Ramai nak faham semua baru nak mula. Hakikatnya, bila dah ada skin in the game, baru kita lebih fokus belajar dan faham.

4. Jangan Banding Dengan Saham atau Kripto
Emas bukan untuk kaya cepat. Ia untuk kekalkan nilai dan lindung risiko. Jadikan ia benteng kewangan, bukan alat spekulasi.

5. Beli Dari Platform Amanah & Telus
Pilih institusi sah seperti Public Gold, yang ada emas fizikal sebenar, boleh keluar bila-bila, bukan janji digital kosong.

6. Gunakan Kaedah ‘Emas Sebagai Tabung Masa Depan’
Contoh:

1 dinar = tabung pendidikan anak

5 gram = tabung kecemasan

10 gram = tabung haji/umrah
Dengan cara ini, emas bukan sekadar simpanan — tapi perancangan hidup.

“Jangan kejar masa depan dengan menambah hutang, tapi dengan menambah simpanan yang kekal nilainya.”

Azizul Azli Ahmad
14👍8🔥1
1
#TabungSuami

TANDA BAHAWA EKONOMI LAKI KAU DAH BAIK!

"Dia dah berani bawa balik mineral water Avian bang"

"Laki saya dah berani add friend Abang Tesla bang"

Apa lagi bukti bahawa suami kita dah makin kaya sejak kebelakangan ini dik?

Abah Qilah
Berani makan nasik campur jer!

#HiburanPetang
5🔥1
👍1
😁9
😁4👍1
😁7
3
1