Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81.1K subscribers
9.13K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungEmas

EMAS 2025: HARGA SUDAH GILA, SIAPA YANG TERSENYUM?

1. Trend naik masih kuat.
Bila USD lemah, ekonomi tak stabil, dan negara-negara besar terus kumpul stok emas (macam China, Rusia, Jerman), harga akan terus naik.

2. Nilai Ringgit terus susut.
Dari RM3.20 → RM4.75 per USD dalam 15 tahun. Nilai duit kita makin kecil, tapi emas makin bernilai.

3. Emas jadi "insurans kekayaan".
Bila krisis datang, saham jatuh, matawang goyah orang lari ke emas. Ia pelindung nilai, bukan sekadar pelaburan.

APA STRATEGI PEYIMPAN EMAS 2025?

1. Fokus simpanan, bukan spekulasi.
Beli sikit-sikit tapi konsisten. Bukan beli hari ni, jual minggu depan. Emas bukan untuk cepat kaya tapi untuk elak cepat miskin.

2. Diversifikasi bentuk simpanan.
Pecahkan kepada 3 bentuk: jongkong, dinar, dan barang kemas (untuk isteri pun boleh 😎).
Jongkong untuk simpan, dinar untuk kecemasan, barang kemas untuk gaya.

3. Jangan tunggu harga jatuh baru nak beli.
Bila orang tunggu harga turun, mereka tunggu 5 tahun tapi tak pernah mula. “Beli emas tak perlu timing market, cukup kita timing diri sendiri.”

4. Jadikan emas alat leverage masa depan.
Bila emas dah banyak, boleh gadai sementara untuk rolling bisnes atau beli aset tunai. Orang bijak guna emas untuk cipta peluang bukan jual waktu terdesak.

4 TIPS “LUAR KOTAK” UNTUK PENYIMPAN EMAS

1. Buat “Tabung Emas Anak”
Setiap anak satu dinar sebulan. Bila umur 18 tahun, dia dah ada harta fizikal sendiri. Lebih baik dari bagi akaun simpanan yang susut nilai.

2. Guna emas sebagai hadiah bermakna.
Daripada bagi hamper atau duit raya, hadiahkan 0.5g atau 1g emas. Nampak kecil, tapi nilainya kekal selamanya.

3. Simpan emas untuk bisnes masa depan.
Anggap setiap 10g emas sebagai modal ‘backup’ bila peluang datang, emas boleh jadi punca modal pantas tanpa hutang bank.

4. Join komuniti penyimpan emas.
Bila berkawan dengan penyimpan, mindset berubah. Bila berkawan dengan pemboros, tabungan lesap. Komuniti bantu kita kekal konsisten.

Kawan kawan,

Orang yang simpan emas hari ini, bukan semata-mata nak kaya tapi nak kekalkan nilai hidupnya.
Duit kertas makin susut nilainya, tapi emas… tetap bersinar walau zaman berganti.

“Emas bukan sekadar logam. Ia bukti kesabaran dan pandangan jauh seseorang.”

Azizul Azli Ahmad
15👍6🔥2
👍51
Belajar simpan emas agar tak lemas bermula disini kawan kawan.

Jangan simpan dendam, simpan emas. Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas

https://publicgold.me/drazizul
https://publicgold.me/drazizul

Selepas daftar boleh mulakan belian emas ikut kemampuan kita.

Azizul Azli Ahmad

Saya hadiahkan ebook emas ini PERCUMA Bagi yang clik daftar hari ini .👆
1
👍4🔥2
#TabungGaji

SELALU DUIT HABIS DITENGAH BULAN?

Berikut adalah beberapa metode bajet kewangan yang ringkas, padat, dan mudah diikuti untuk mengurus kewangan dengan lebih baik setiap bulan:

1. Metode 50/30/20

50% untuk keperluan (sewa rumah, bil, makanan)

30% untuk kehendak (hiburan, makan di luar)

20% untuk simpanan dan pembayaran hutang

Metode ini memudahkan untuk mengimbangi perbelanjaan sambil menabung.

2. Metode Envelope (Sampul)

Bahagikan wang tunai ke dalam sampul untuk setiap kategori perbelanjaan (makanan, hiburan, bil). Bila sampul kosong, berhenti berbelanja dalam kategori tersebut.
Ini sesuai untuk kawalan ketat perbelanjaan.

3. Metode Zero-Based Budgeting

Setiap sen dalam bajet harus diberi tujuan, bermakna jumlah perbelanjaan dan simpanan anda bersamaan dengan pendapatan anda.
Ini membantu memastikan tiada wang yang "tidak digunakan" secara bijak.

4. Metode Pay Yourself First

Setiap kali menerima pendapatan, simpan dahulu peratusan tertentu (contohnya 10-20%) sebelum membelanjakan selebihnya.
Metode ini memfokuskan pada simpanan dahulu sebelum perbelanjaan.

5. Metode Line-Item Budget

Tulis semua perbelanjaan bulanan dalam senarai dan hadkan setiap kategori.
Metode ini lebih teliti dan membantu mengenal pasti di mana pembaziran berlaku.

Kawan kawan,

Memilih metode yang sesuai dengan gaya hidup anda adalah kunci kepada kejayaan dalam mengurus kewangan.

Kita nak buat yang mana gais?

Azizul Azli Ahmad
👍104🔥1
#TabungDuit

Ada orang merasakan bab duit nie, tak pentinglah.

Yang penting bahagia!

Banyak masalah hidup bermula dengan tiada duit.

Cari duit baik baik, kawal duit yang ada dan kembangkan duit bagi berganda.

Azizul Azli Ahmad
8🔥1
13👍3
#TabungGaji

ADA 4 SUMBER GAJI?

Gaji sebaiknya datang dari 4 sumber pendapatan ini dik :

1. Pendapatan Pengajian.

Kerja macam biasa, ikut waktu kerja atau macam kerbau kerjanya. Dapat gaji setiap bulan. Boleh jadi dengan gomen atau swasta. Cukup bulan dapat gaji.

2. Pendapatan Sambilan.

Ini kita buat lepas waktu kerja, jual tepaware, ejen emas, ejen hartanah, jual burger. Jangan jual maruah sudah dik. Kat sini boleh letak minat kita buat apa yang kita suka. Duit akan datang ikut usaha kita.

3. Pendapatan Pasif.

Biasanya pendapatan dari rumah sewa, jual ebook, cipta lagu, sewa tanah, sewa premis perniagaan. Buat sekali dan boleh cipta pendapatan selalu atau sepanjang masa.

4. Pendapatan Pelaburan.

Labur duit yang kita ada, letak dalam saham, Koperasi, ASB, Tabung Haji, cukup tempoh kita akan dapat dividennya. Biasanya setahun sekali atau 2 kali.

Kawan kawan,

Jika minat sesuatu, jadikan ia Pendapatan Sambilan kita. Setidaknya boleh cipta banyak duit buat kita jalan jalan ke Korea.

Belajar cipta pendapatan Pasif dan Pelaburan juga dalam hidup ini, jangan asik cipta kenangan sahaja. 😌

Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan buat adik adik kita juga, baca naskah Cipta Pendapatan ini juga
14👍2
1
#TabungKereta

KENDERAAN SESUAI UNTUK GAJI RM3000 SEBULAN.

Kenderaan yang sihat buat kita adalah setahun gaji kita. Gaji RM3000 x 12 = RM36,000 sahaja.

Kadar ansuran bulanan yang sesuai hanya sekitar 15% sahaja dari gaji kita. Jika lebih kita akan mula rasa sensara. Jika gaji RM3000 bersamaan sekitar RM450 sahaja.

Kadar pembiayaan yang baik bawah 7 tahun sahaja. Jangan lebih dari itu. Nanti kita rasa peranakkan kita nak jatuh asik bayar hutang kereta.

"gaji saya bawah RM3000 jer bang?"

Tangguh dululah beli kereta, belajar naik motor sahaja dulu dik jika masih bujang. Ada keluarga beli sahaja kereta terpakai yang baik juga banyak.

Belum ada kereta terpakai meletup meninggal selepas seminggu pakai setakat ini.

Sampaikan buat adik kita agar bermanfaat buat semua.

Jika nak tahu berapa belanja sebuah kereta sebulan?

Darabkan dengan ansuran setiap bukan x 2. Kita tahu berapa biayanya.

Azizul Azli Ahmad
6👍1
#TabungPersaraan

GERAKKAN FIRE

1. FIRE adalah ringkasan bagi nama “Financial Independence, Retire Early.”

2. Impian mereka adalah menabung dan melabur secara agresif dengan jumlah simpanan antara 50%-70% setiap bulan.

3. Kita kena menyimpan separuh dari pendapatan.Tujuan dari semua perilaku ini untuk bersara lebih awal dari sepatutnya kita bersara pada usia 60 tahun kepada usia 30-40 tahun sahaja.

4. Gerakkan ini mengalakkan orang muda berfikir untuk bersara lebih awal dari waktu kerja dengan persiapan yang baik. Jangan jadi hamba kerja!

5. Mereka akan sentiasa mencari jalan untuk belanja secara minimum, gaya hidup sederhana dan merancang perbelanjaan dengan baik.

6. Sasaran untuk bersara bila ada simpanan 30 tahun perbelanjaan atau capai sejuta yang pertama.

7. Objektifnya adalah untuk mengumpulkan aset sehingga pendapatan pasif yang dihasilkan memberikan cukup wang untuk perbelanjaan hidup sepanjang tahun persaraan seseorang.

8. Banyak pendukung pergerakan FIRE mencadangkan peraturan 4% sebagai garis panduan pengeluaran kasar, sehingga menetapkan matlamat sekurang-kurangnya 25 kali anggaran perbelanjaan hidup seseorang.

9. Terdapat beberapa katogeri FIRE digunakan bagi pengikut gerakkan ini, antaranya

a. Lean FIRE merujuk kepada kemampuan untuk bersara lebih awal dengan pengumpulan pendapatan persaraan yang lebih kecil dan perbelanjaan sara hidup yang terhad yang memerlukan gaya hidup berjimat semasa bersara.

b. Fat FIRE, yang merujuk kepada kemampuan untuk bersara lebih awal kerana sejumlah besar kekayaan terkumpul dan pendapatan pasif tanpa perhatian mengenai perbelanjaan hidup semasa bersara.

c. Hibrid kedua ini dikenali sebagai Barista FIRE, yang merujuk kepada gaya hidup separa bersara bekerja sambilan untuk beberapa pendapatan tambahan, atau bersara sepenuhnya tetapi dengan pasangan yang terus bekerja.

10. Idea utama di sebalik gerakan FIRE berasal dari buku terlaris 1992 Your Money or Your Life yang ditulis oleh Vicki Robin dan Joe Dominguez.

11. Walaubagaimana pun idea ini juga mendapat kritikan masyarakat dengan anggapan hanya golongan berpendapatan tinggi dan kaya sahaja boleh capai simpanan 70%.

Tetapi ia tidak mustahil dilaksanakan bila ada ramai melenia hari ini berjaya melakukan dengan baik. Duit banyak diciptakan atas talian!

12. Semakin awal kita ada pemikiran persiapan untuk persaraan, ia semakin baik buat kewangan kita sebenarnya.

Makin lambat kesedaran kita, semakin kuat kita kena bekerja akhirnya.

Azizul Azli Ahmad
👍135
👍6
#TabungWang

PERJALANAN WANG KITA.

Dari perjalanan wang ini, lihat agak agak kita telah berada dimana kawan kawan? Lihat dan nilaikan dimana kita sekarang.

"Aku dapat duit aku happy gila dan aku akan cepat cepat habiskan"

Jadi kita yang nombor berapa kawan kawan?

Azizul Azli Ahmad
No 1 Di Hati Mama Qilah
4
#TabungEmas

KENAPA CHINA GILA BELI EMAS SEKARANG?

Tengok graf ni… macam roket terus mencanak naik sejak 2023. China beli emas bukan sikit-sikit tapi dalam tan-tan metrik, sampai rekod dunia pun terkejut.

Soalan besar: Kenapa China bersungguh-sungguh kumpul emas sekarang?

Ada beberapa sebab besar yang dunia sedang perhati betul-betul

1. China tak percaya lagi pada Dolar Amerika .
Dulu semua simpan USD sebab stabil. Tapi sekarang, AS suka “guna kuasa dolar” untuk sekat negara lain (macam Rusia & Iran). China tahu kalau perang ekonomi betul-betul meletus, simpanan USD boleh dibekukan bila-bila masa.

Emas pula tak boleh disekat, tak boleh dibekukan. Nilainya real asset, bukan janji atas kertas.

2. China sedang bina matawang baru dunia.
China dah mula galak guna Yuan (RMB) dalam perdagangan antarabangsa dengan sokongan emas. Bayangkan nanti ada “Yuan bersandarkan emas”, ganti dolar sebagai matawang global.

Kalau jadi, Amerika akan kehilangan pengaruh besar dalam sistem kewangan dunia.

3. Perang Ekonomi Dunia 3.0 dah bermula.

Sekarang perang bukan lagi peluru tapi 'currency war'. Negara mana simpan emas paling banyak, negara tu boleh bertahan bila nilai matawang runtuh. China tengah bersiap untuk “hari ribut besar”.

Apa maknanya untuk kita, rakyat biasa?

1. Jangan simpan semua dalam duit kertas.

Nilai RM, USD, atau mana-mana matawang boleh susut bila inflasi atau krisis global datang. Tapi emas kekal bernilai walau ribuan tahun.

2. Belajar simpan aset sebenar.

Kalau China yang gergasi ekonomi pun sanggup tukar dolar kepada emas, apatah lagi kita yang kecil ni. Simpan sedikit-sedikit tak perlu banyak, tapi konsisten.

3. Bersedia untuk perubahan besar sistem kewangan dunia.

Mungkin 5–10 tahun lagi, dunia tak guna USD sebagai rujukan utama. Yang bersedia, dia selamat. Yang leka, terperangkap.

Makanya,

“Bila kuasa besar dunia mula menukar kertas jadi emas, itu bukan trend, itu amaran.”

Simpan emas bukan sebab tamak. Tapi sebab nak selamat bila dunia mula goyah.

Kalau negara pun buat langkah ini, rakyat patut lebih bijak ikut rentaknya.

Azizul Azli Ahmad
Menabung Dan Simpan Emas Disini
https://publicgold.me/drazizul
https://publicgold.me/drazizul
22
Harga turun sangat banyak ni. Peluang ni
👍158
#TabungEmas

EMAS MULA TURUN SEDIKIT?

Beberapa hari ini harga emas nampak mula buat pembetulan kecil, turun sedikit berbanding minggu lepas.

Ramai panik, tapi orang bijak senyum. Sebab mereka tahu setiap penurunan emas bukan petanda bahaya, tapi peluang!

Emas ini macam roller coaster, bukan jalan lurus. Bila turun, itu tandanya pasaran sedang “ambil nafas” sebelum naik semula.

Sejarah dah tunjuk, lepas setiap pembetulan, biasanya datang lonjakan baru.

Sedikit Tips buat penyimpan emas saya ;

1. Tambah simpanan, bukan tambah panik. Orang kaya beli waktu orang lain takut.

2. Buat DCA (Dollar Cost Averaging). Beli sikit-sikit masa turun lama-lama harga purata jadi cantik.

3. Semak balik matlamat, bukan harga. Kau simpan emas untuk kaya cepat, atau untuk lindung nilai hidup kita.?

4. Tunggu peluang besar, bukan berita besar. Emas tak pernah ke laut, tapi nilai duit yang makin tenggelam dilaut yang dalam.

Kawan kawan,

“Yang takut bila harga turun, biasanya belum faham kenapa dia mula simpan.”

Azizul Azli Ahmad

#SimpanEmas #BukanIkutTrend #BeliWaktuOrangTakut
👍149