Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81.1K subscribers
9.13K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
3
#TabungDuit

Lakukan tiga cara ini untuk kekal ada duit.

Buat Duit, Simpan Duit dan Kembangkan Duit.

Boleh kongsikan cara kengkawan

1. Buat Duit ?

Kerja, jualan online, kerja sambilan, dividen ASB, Dividen saham, pasif income, pendapatan royalty dan lain lain.

2. Simpan Duit ?

Simpan di ASB, Tabung Haji atau Emas.

3. Kembangkan Duit ?

Saham, Hartanah, Sukuk, Unit Amanah, perniagaan dan banyak lagi.

Buat sahabat yang lain untuk mereka belajar pagi ini.

Azizul Azli Ahmad

Selamat awal minggu kawan.
7👍5🔥1
#TabungSimpanan

"Bang saya tetap susah nak menyimpan bang"

"Ok, apa masalahnya?"

"Gaji saya kecil bang, tak sempat menyimpan duit dah habis"

"Ok, lagi?"

"Itu sahaja bang, dah kerja 7 tahun simpanan saya tak sampai pun sebulan gaji saya".

"Ok, begini. Kesalahan paling besar kita bab menyimpan ini ialah kita beranggapan GAJI BESAR BARU BOLEH MENYIMPAN"

"Betul bang"

"Paling penting bukan GAJI BESAR, tetapi kita kena ada pemikiran yang besar tentang wang.

Betulkan cara kita berfikir dan faham tentang wang dulu.

Nilai kembali betulkan apa yang kita beli selama ini sesuai dengan gaji kita?

1. Gaji tak cukup atau kereta kita telan semua gaji kita?

2. Gaji tak cukup atau rumah mahal tak padan gaji?

3. Gaji tak cukup atau kita utamakan gaya hidup atau keperluan hidup?

Nilai kembali hidup kita, yang namanya GAJI tak akan pernah cukup jika kita guna untuk GAYA HIDUP dan BUKANNYA KEPERLUAN HIDUP.

Maka bagaimana kita ingin menyimpan?

Kawan kawan yang mulia,

Mulakan menabung sekecil nilai yang ada, jangan ikut orang dan bina versi menabung kita sendiri.

Paling utama adalah KONSISTEN menabung sepanjang masa.

Gegadis tak suka lelaki yang boros dan tak ada simpanan, mereka tak suka kita meminjam duit mereka.

Belajar menabung emas disini ya

https://publicgold.me/drazizul
https://publicgold.me/drazizul


Azizul Azli Ahmad

#P.s Sampaikan buat semua agar ramai yang ada tabungan versi sendiri tanpa menyusahkan orang lain nantinya.
7👍3🔥1
👍71🔥1
#TabungEmas

NEGARA DUNIA BERLUMBA SIMPAN EMAS!

Pernah terfikir tak kenapa Jerman, Itali, Perancis dan China sibuk kejar Amerika dalam stok simpanan emas mereka?

Bukan sebab nak kaya cepat. Tapi sebab emas adalah kuasa sebenar dalam dunia yang makin tak stabil sekarang.

1. Emas Tak Boleh Dicetak

Kalau wang boleh dicetak tanpa had, emas cuma boleh digali.
Nilainya kekal walau ekonomi dunia goyah.

“Gold is money. Everything else is credit.” — J.P. Morgan

2. Kurang Percaya Dolar AS

Negara besar dah mula hilang kepercayaan pada dolar.
China dan Rusia contohnya, dah mula kurangkan simpanan Bon AS dan ganti dengan emas.
Kenapa?

+ Akaun dolar boleh dibekukan,
+Tapi emas tak boleh disekat sesiapa.

3. Persediaan Bila Krisis Melanda

Bila ekonomi goncang,
+ saham jatuh,
+ mata wang susut,
+ tapi harga emas naik!

Sebab itu negara bijak kumpul emas sebagai insurans kewangan.

4. China Main Catur Jauh

China beli emas tanpa henti sejak 2015.

Mereka sedang bina sistem kewangan sendiri termasuk digital yuan dan CIPS (pengganti SWIFT).

Nak bagi dunia percaya pada sistem tu,mereka perlukan sandaran emas yang kukuh.

5. Eropah Belajar Dari Sejarah

Jerman, Perancis, Itali semua dah pernah alami zaman wang jadi “kertas kosong” selepas perang dunia.

Mereka tahu hanya emas yang tak boleh dimanipulasi oleh sesiapa.

6. Amerika Masih Di Atas, Tapi Sedang Dikejar

AS masih simpan emas paling banyak di dunia lebih 8,300 tan.
Tapi trend global jelas:

Dunia sedang beralih dari kebergantungan kepada dolar,
dan menuju kembali kepada emas.

Kawan kawan,

Negara besar tak beli emas sebab nak cantikkan laporan,
tapi sebab mereka tahu
dalam dunia penuh hutang dan ketidaktentuan, hanya emas yang kekal jujur.

“He who owns the gold, makes the rules.” — Peribahasa kewangan lama.

Belajar simpan emas agar tak lemas bermula disini kawan kawan.

Jangan simpan dendam, simpan emas. Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas

https://publicgold.me/drazizul
https://publicgold.me/drazizul

Selepas daftar boleh mulakan belian emas ikut kemampuan kita.

Azizul Azli Ahmad
15👍6🔥1
#TabungEmas

EMAS 2025: HARGA SUDAH GILA, SIAPA YANG TERSENYUM?

1. Trend naik masih kuat.
Bila USD lemah, ekonomi tak stabil, dan negara-negara besar terus kumpul stok emas (macam China, Rusia, Jerman), harga akan terus naik.

2. Nilai Ringgit terus susut.
Dari RM3.20 → RM4.75 per USD dalam 15 tahun. Nilai duit kita makin kecil, tapi emas makin bernilai.

3. Emas jadi "insurans kekayaan".
Bila krisis datang, saham jatuh, matawang goyah orang lari ke emas. Ia pelindung nilai, bukan sekadar pelaburan.

APA STRATEGI PEYIMPAN EMAS 2025?

1. Fokus simpanan, bukan spekulasi.
Beli sikit-sikit tapi konsisten. Bukan beli hari ni, jual minggu depan. Emas bukan untuk cepat kaya tapi untuk elak cepat miskin.

2. Diversifikasi bentuk simpanan.
Pecahkan kepada 3 bentuk: jongkong, dinar, dan barang kemas (untuk isteri pun boleh 😎).
Jongkong untuk simpan, dinar untuk kecemasan, barang kemas untuk gaya.

3. Jangan tunggu harga jatuh baru nak beli.
Bila orang tunggu harga turun, mereka tunggu 5 tahun tapi tak pernah mula. “Beli emas tak perlu timing market, cukup kita timing diri sendiri.”

4. Jadikan emas alat leverage masa depan.
Bila emas dah banyak, boleh gadai sementara untuk rolling bisnes atau beli aset tunai. Orang bijak guna emas untuk cipta peluang bukan jual waktu terdesak.

4 TIPS “LUAR KOTAK” UNTUK PENYIMPAN EMAS

1. Buat “Tabung Emas Anak”
Setiap anak satu dinar sebulan. Bila umur 18 tahun, dia dah ada harta fizikal sendiri. Lebih baik dari bagi akaun simpanan yang susut nilai.

2. Guna emas sebagai hadiah bermakna.
Daripada bagi hamper atau duit raya, hadiahkan 0.5g atau 1g emas. Nampak kecil, tapi nilainya kekal selamanya.

3. Simpan emas untuk bisnes masa depan.
Anggap setiap 10g emas sebagai modal ‘backup’ bila peluang datang, emas boleh jadi punca modal pantas tanpa hutang bank.

4. Join komuniti penyimpan emas.
Bila berkawan dengan penyimpan, mindset berubah. Bila berkawan dengan pemboros, tabungan lesap. Komuniti bantu kita kekal konsisten.

Kawan kawan,

Orang yang simpan emas hari ini, bukan semata-mata nak kaya tapi nak kekalkan nilai hidupnya.
Duit kertas makin susut nilainya, tapi emas… tetap bersinar walau zaman berganti.

“Emas bukan sekadar logam. Ia bukti kesabaran dan pandangan jauh seseorang.”

Azizul Azli Ahmad
15👍6🔥2
👍51
Belajar simpan emas agar tak lemas bermula disini kawan kawan.

Jangan simpan dendam, simpan emas. Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas

https://publicgold.me/drazizul
https://publicgold.me/drazizul

Selepas daftar boleh mulakan belian emas ikut kemampuan kita.

Azizul Azli Ahmad

Saya hadiahkan ebook emas ini PERCUMA Bagi yang clik daftar hari ini .👆
1
👍4🔥2
#TabungGaji

SELALU DUIT HABIS DITENGAH BULAN?

Berikut adalah beberapa metode bajet kewangan yang ringkas, padat, dan mudah diikuti untuk mengurus kewangan dengan lebih baik setiap bulan:

1. Metode 50/30/20

50% untuk keperluan (sewa rumah, bil, makanan)

30% untuk kehendak (hiburan, makan di luar)

20% untuk simpanan dan pembayaran hutang

Metode ini memudahkan untuk mengimbangi perbelanjaan sambil menabung.

2. Metode Envelope (Sampul)

Bahagikan wang tunai ke dalam sampul untuk setiap kategori perbelanjaan (makanan, hiburan, bil). Bila sampul kosong, berhenti berbelanja dalam kategori tersebut.
Ini sesuai untuk kawalan ketat perbelanjaan.

3. Metode Zero-Based Budgeting

Setiap sen dalam bajet harus diberi tujuan, bermakna jumlah perbelanjaan dan simpanan anda bersamaan dengan pendapatan anda.
Ini membantu memastikan tiada wang yang "tidak digunakan" secara bijak.

4. Metode Pay Yourself First

Setiap kali menerima pendapatan, simpan dahulu peratusan tertentu (contohnya 10-20%) sebelum membelanjakan selebihnya.
Metode ini memfokuskan pada simpanan dahulu sebelum perbelanjaan.

5. Metode Line-Item Budget

Tulis semua perbelanjaan bulanan dalam senarai dan hadkan setiap kategori.
Metode ini lebih teliti dan membantu mengenal pasti di mana pembaziran berlaku.

Kawan kawan,

Memilih metode yang sesuai dengan gaya hidup anda adalah kunci kepada kejayaan dalam mengurus kewangan.

Kita nak buat yang mana gais?

Azizul Azli Ahmad
👍104🔥1
#TabungDuit

Ada orang merasakan bab duit nie, tak pentinglah.

Yang penting bahagia!

Banyak masalah hidup bermula dengan tiada duit.

Cari duit baik baik, kawal duit yang ada dan kembangkan duit bagi berganda.

Azizul Azli Ahmad
8🔥1
13👍3
#TabungGaji

ADA 4 SUMBER GAJI?

Gaji sebaiknya datang dari 4 sumber pendapatan ini dik :

1. Pendapatan Pengajian.

Kerja macam biasa, ikut waktu kerja atau macam kerbau kerjanya. Dapat gaji setiap bulan. Boleh jadi dengan gomen atau swasta. Cukup bulan dapat gaji.

2. Pendapatan Sambilan.

Ini kita buat lepas waktu kerja, jual tepaware, ejen emas, ejen hartanah, jual burger. Jangan jual maruah sudah dik. Kat sini boleh letak minat kita buat apa yang kita suka. Duit akan datang ikut usaha kita.

3. Pendapatan Pasif.

Biasanya pendapatan dari rumah sewa, jual ebook, cipta lagu, sewa tanah, sewa premis perniagaan. Buat sekali dan boleh cipta pendapatan selalu atau sepanjang masa.

4. Pendapatan Pelaburan.

Labur duit yang kita ada, letak dalam saham, Koperasi, ASB, Tabung Haji, cukup tempoh kita akan dapat dividennya. Biasanya setahun sekali atau 2 kali.

Kawan kawan,

Jika minat sesuatu, jadikan ia Pendapatan Sambilan kita. Setidaknya boleh cipta banyak duit buat kita jalan jalan ke Korea.

Belajar cipta pendapatan Pasif dan Pelaburan juga dalam hidup ini, jangan asik cipta kenangan sahaja. 😌

Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan buat adik adik kita juga, baca naskah Cipta Pendapatan ini juga
14👍2
1