#TabungHutang
PAYLATER CEPATKAN KITA MISKIN?
PayLater boleh menyebabkan golongan muda menjadi lebih cepat miskin berbanding zaman sebelumnya kerana beberapa faktor berikut:
1. Hutang yang Tidak Disedari
PayLater membolehkan pembelian tanpa membayar serta-merta, menyebabkan ramai orang terperangkap dalam kitaran hutang yang tidak kelihatan besar pada mulanya. Mereka sering tidak menyedari jumlah komitmen kewangan yang terkumpul sehingga sudah terlambat.
2. Psikologi Pembelian Impulsif
PayLater memudahkan pembelian tanpa pertimbangan kewangan yang matang, kerana keinginan untuk memiliki barang segera menjadi lebih kuat daripada kemampuan untuk berfikir jangka panjang. Ini mendorong pembelian impulsif dan pembaziran.
3. Beban Faedah atau Caj Tersembunyi
Walaupun PayLater ada yang tanpa faedah untuk tempoh tertentu, sekiranya pembayaran tertangguh atau terlepas, caj tambahan dan faedah akan dikenakan. Ini boleh menyebabkan hutang lebih besar daripada harga asal produk.
4. Menggoda untuk Berbelanja Melebihi Kemampuan
Kerana tidak perlu membayar penuh serta-merta, pengguna sering tergoda untuk membeli barang yang mereka tidak mampu sebenarnya. Ini menyebabkan mereka berbelanja lebih daripada kemampuan sebenar dan membawa kepada tekanan kewangan.
5. Kitaran Hutang yang Berulang
Apabila seseorang menggunakan PayLater untuk menguruskan kewangan, mereka mungkin bergantung kepada kaedah ini secara berterusan, mencipta kitaran hutang yang sukar diatasi. Generasi terdahulu mungkin lebih cenderung mengumpul wang sebelum membuat pembelian, manakala sekarang lebih mudah menambah hutang.
6. Kurangnya Kesedaran Kewangan
Golongan muda mungkin kurang peka tentang pengurusan kewangan dan risiko yang datang bersama hutang PayLater. Tanpa pemahaman yang mendalam tentang kesan jangka panjang, mereka lebih mudah terjerumus dalam perangkap hutang.
Kawan kawan,
Dalam jangka panjang, penggunaan PayLater secara tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan beban hutang, kekurangan simpanan, dan ketidakstabilan kewangan yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya yang mungkin lebih bijak berbelanja mengikut kemampuan sebenar mereka.
Hutang adalah duit masa depan yang kita belanjakan hari ini.
Azizul Azli Ahmad

❤13👍5🔥1
#TabungHutang
BUAT HUTANG UNTUK SUAMI LAGI?
1. Dalam kewangan, buat hutang untuk sesiapa pun adalah tidak digalakkan.
2. Saya pernah nampak bagaimana abang hina adik sebab buat hutang tapi lambat bagi pada dia.
3. Maka jika dapat, cinta selagit tinggi pun. Elakkan buat hutang untuk sesiapa pun.
4. Jika nak buat juga, mintak sediakan satu perjanjian bertulis. Bahawa hutang ini bagi bantu suami. Mintak lawyer sediakan paling baik.
5. Jika dia buat buat lupa boleh hantar copy pdf kat hp atau salinan kepejabatnya.
6. Jika nak bagi pinjam juga, cagarkan apa sahaja yang berharga sebagai cagaran jika dia nak juga kita buat dan kita tak tahan rayuan dia. Cagarkan apa sahaja sebagai pegangan, jika gagal bayar jadi hak milik pemberi hutang.
7. Bab hutang orang selalunya tak lupa, tapi orang selalu buat buat lupa dan harapkan tukang beri hutang lupa. Hakikatnya kita makin kuat ingat dia.
#AAA
Assalamualaikum Dr, maaf ganggu. Sy nak minta pendapat Dr tentang kewangan sy.
Saya kerja sebagai penjawat awam. Sebelum ni sy seorang ibu tunggal yang mempunyai komitmen hutang bank RM1200+ sebulan sebab beli 2 lot tanah rumah,
saya ada beli rumah melalui LPPSA 1300+ sebulan. saya tinggal di kuarters dengan potongan gaji RM375 sebulan. Sebelum saya berkahwin dengan suami sekarang,
saya telah buat pinjaman bank RM 50k untuk suami buat bisness. Saya overlap semula pinjaman sebelum ni utk dptkan RM50K tu.
Suami saya janji akan bayar kepada sy RM500+ sebulan hasil dr pinjaman tu.
Tetapi hanya 3 bulan sahaja suami saya bayar pada saya. Lps tu dia buat2 tak ingat.
Macam mana cara saya nak minta balik duit sy tu dr suami saya dr dan juga duit tempat tinggal RM375 yg potong gaji saya tu?sy dh buntu dr
Saya bukan nk berkira dengan suami,

👍7❤4🔥2
#TabungDuit
10 MATAWANG TERTINGGI DUNIA
Disebalik melemahnya Ringgit, berikut 10 matawang asing yang menarik untuk dilihat sebagai perbandingan dengan Ringgit.
Matawang adalah alat tukaran pembayaran yang digunakan disetiap negara.
Nilai sesuatu matawang dipengaruhi oleh beberapa faktor, selain dari alasan ekonomi negara itu. Kekuatan nilai tukar juga antara yang dipertimbangkan.
Ada beberpa negara yang kuat dulu juga kini melemah.

❤3🔥2
#TabungDiri
HIDUP SEDERHANA BUKANLAH TIDAK BERKUALITI.
Bukan hanya rumah, makan, pakaian dan kenderaan sahaja sederhana. Tetapi sederhana itu adalah gaya hidup.
Jadikan gaya hidup sederhana sebahagian dari citarasa kita kawan.

👍11❤1🔥1
#TabungHidup
BAGAIMANA KITA HABISKAN WAKTU DALAM KEHIDUPAN KITA.
Saya bahagikan kehidupan kita pada 3 fasa yang jelas.
1. Fasa Belajar
Zaman ini kita belajar bersungguh sungguh dan main main pun tak apa.
Sebab duit mak bapak, biasiswa atau pinjaman PTPTN. Kita tak rasakan sangat nilai duit waktu ini.
'Tak merasakan' susahnya mak ayah cari duit untuk pengajian kita.
Duit pinjaman PTPTN ada yang salah guna, ada yang belajar betul betul.
Fasa ini makan masa sekitar 25 tahun sahaja. Ada yang masih kekal belajar lepas itu juga.
Tiada salahnya.
2. Fasa Bekerja
Fasa ini kita mula merasa pegang duit sendiri. Ada orang cepat sedar ada orang lambat sedar bab simpanan bila masuk fasa bekerja.
Kita hanya ada 30 tahun untuk ada semua benda dan sediakan simpanan persaraan kita 20 tahun kedepan.
Fasa ini kritikal dan perlu dirancang dengan baik, agar kita tak menyesal bila bersara nanti.
Usia 25-30 tahun sediakan Dana Kecemasan, menabung dan melabur.
Usia 30-35 tahun, urus kewangan bersama pasangan. Waktu ini biasanya kita dah berkahwin.
Rancang ada rumah dan kenderaan yang selesa buat keluarga.
Usia 35-40 tahun, mula wujudkan Dana Persaraan kita. Cari tempat pelaburan yang baik dan sesuai dengan folio kita.
3. Fasa Bersara.
Purata usia lelaki adalah 74 tahun dan wanita adalah 77 tahun. Jika kita bersara pada usia 55 tahun.
Kita perlukan dana 20 tahun kedepan untuk hidup. Jika kita perlukan seribu sebulan, ada 240 bulan kedepan kita perlukan duit.
Bersediakan kita untuk bersara nanti?
Atau kita akan susahkan kehidupan anak cucu kita dengan persaraan kita.
Rancanglah kehidupan dengan baik ya.
Azizul Azli Ahmad
Kita Semua Akan Bersara

❤16👍7🔥1