Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81.1K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
❀5πŸ”₯2
❀4πŸ‘3
#TabungEmas

EMAS SEDANG DIPUNCAK?

Harga emas dunia kini mencecah USD4,228/oz, paras tertinggi dalam sejarah moden.

Apa yang sedang berlaku?

Graf ini menunjukkan lonjakan luar biasa sejak awal 2024. Dalam tempoh 18 bulan, emas naik hampir 80% petanda dunia sedang dilanda ketidaktentuan besar.

Punca utama kenaikan:

1. Inflasi global & hutang negara meningkat pelabur lari dari matawang kertas.

2. Krisis geopolitik & perang berlarutan emas jadi pelindung nilai terbaik.

3. Bank pusat beli emas besar-besaran mereka tahu nilai sebenar wang fiat makin rapuh.

Jangkaan seterusnya:

Jika momentum ini kekal, emas berpotensi menuju USD4,500 – USD5,000/oz menjelang 2026.

Tapi selepas itu, mungkin berlaku fasa rehat (correction) sebelum trend naik semula.

Sebagai penyimpan emas, apa perlu dibuat?

1. Jangan tamak, tapi jangan berhenti.
Terus simpan sedikit demi sedikit walau harga tinggi, emas bukan untuk dispekulasi, tapi untuk lindung nilai.

2. Tukar lebihan tunai kepada emas fizikal.
Bila inflasi menggila, nilai tunai makin susut. Tapi emas kekal bernilai di mana-mana benua.

3. Gunakan peluang untuk ajar anak-anak.
Tunjuk pada mereka graf ini inilah bukti mengapa kita kata "emas bukan pelaburan cepat kaya, tapi perlindungan jangka panjang."


Tips dari Suasana Ini:

1. Simpan emas dalam bentuk kecil (1g–10g).
Bila harga tinggi, lebih mudah cairkan bila perlu tanpa jual banyak.

2. Buat β€˜Gold Fund’ sendiri.
Setiap kali terima gaji, terus auto-debit beli emas β€” bukan tunggu β€œlebih duit”.

3. Gunakan emas sebagai medium sedekah atau hadiah.
Di saat matawang goyah, hadiah sekeping dinar jauh lebih bermakna dari sejambak bunga

β€œBila dunia hilang kepercayaan pada wang kertas, emas kembali jadi bahasa sejagat nilai sebenar.”

Azizul Azli Ahmad
Penyimpan Emas

Jangan simpan dendam, simpan emas. Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas

https://publicgold.me/drazizul
https://publicgold.me/drazizul
❀16πŸ‘7πŸ”₯1
Photo from azizulazli
βœ… Nak belajar ilmu & strategi percuma untuk maksimumkan keuntungan ASBF?
βœ… Nak tahu teknik langsai hutang rumah lebih awal?
βœ… Nak belajar cara gandakan keuntungan ASBF dengan lebih berkesan?
βœ… Nak tahu bagaimana dividen ASB 5.75% boleh ditukar jadi 20% - 30% setahun dengan teknik bijak kewangan?

Ramai masih tak sedar bahawa ASB Financing (ASBF) boleh jadi platform pelaburan yang sangat menguntungkan jika tahu teknik dan strategi yang betul.

Namun, tanpa ilmu, ramai yang tersilap langkah dan akhirnya rugi masa serta peluang.

🎯 Saya kongsikan tips, panduan dan ilmu kewangan & hartanah terkini secara percuma di Telegram Channel rasmi saya & Group WhatsApp Teknik Bijak Kewangan.

Boleh join channel Telegram rasmi saya untuk dapatkan tips, panduan dan info terkini berkaitan tips pengurusan kewangan dan ilmu hartanah. FREE je.

https://telegram.me/RostamRaselip

Boleh join group wasap TEKNIK BIJAK KEWANGAN 29 untuk belajar secara PERCUMA. Group 1 - 28 dah full house. Cuma klik link dibawah untuk join;

https://chat.whatsapp.com/KN73GLrsNurF8yb4d1FNX6

Jom urus wang gaya pakar dan capai kebebasan kewangan lebih cepat.

Semoga Bermanfaat
❀7
#TabungEmas

HARGA EMAS SEDANG BERLARI!

1. Emas bukan sahaja sedang naik, tetapi sedang meledak dalam beberapa minggu ini. Harga emas kini melepasi $4100 naik hampir tiga digit dalam sehari. Terus berjalan sepanjang bulan ini.

2. Deutsche Bank menyebutkan bahawa tren ini sebagai salah satu rally paling panjang dalam sejarah emas moden . 30 hari tanpa 'pembetulan' bermaksud satu perkara bahawa pasar sedang berlari kencang tanpa sempat bernafas.

3. Dalam dunia kewangan, tiada satu aset kewangan yang boleh kekal naik berterusan tanpa hentinya. Setiap kenaikan ekstrem mesti diikuti dengan 'penurunan sihat' atau 'pembetulan yang menyakitkan'.

4. Analisis Deutsche Bank oleh Michel Hsueh bahawa kenaikan ini mencapai puncak tren sementara dan bukannya emas akan jatuh tetapi kecepatan kenaikannya mencapai batas kenaikan luar biasa.

5. Dulu ketika kenaikan masih tenang, invester menikmati momentum yang stabil. Sekarang lompatan harga bergerak dengan besar.

6. Ia sebagai tanda kekutana bahawa pasar sedang mencari keseimbangan baru.

7. lebih menarik kali ini bukan hanya emas yang 'terbang', tepi jika kita perasan Perak, Platinum dan palladium juga sedang melonjak sama. Jarang jadi lagu nie kata orang Kedah!

8. Kenaikan berterusan ini mula menunjukkan kelelahan, sebagaimana pola pada April 2025 selepas kenaikan emas menjadi sekata sebulan sebelum terus kekal naik pada bulan berikutnya hingga kini. Woha!

9. Emas kini bukan sekadar aset tetapi simbol perlindungan terakhir dari sistem yang mulai retak.

10. Belajar menyimpan emas dengan bijak, buat simpanan emas fizikal bila mana semua duit menjadi aset digital. Maka kita kekal menyimpan emas fizikal.

Azizul Azli Ahmad
Pendidik Emas Agar Tak lemas

Belajar simpan emas agar tak lemas bermula disini kawan kawan.

Jangan simpan dendam, simpan emas. Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas

https://publicgold.me/drazizul
https://publicgold.me/drazizul

Selepas daftar boleh mulakan belian emas ikut kemampuan kita.

Azizul Azli Ahmad
πŸ‘12❀4πŸ”₯1
❀4
HARGA EMAS PERNAH KENA SIDAI, β€˜SIDEWAY’ 9 TAHUN
Ramai ingat harga emas β€œmesti naik”. Realitinya, siapa yang pernah beli dekat puncak masa 2011 terpaksa tunggu hampir 9 tahun (ikut USD) sebelum rekod baharu pecah pada 2020. Sepanjang tempoh itu, harga banyak kali turun-naik dan bergerak mendatar cukup untuk menguji emosi pelabur yang tersilap β€œtiming”.

Flashback ringkas :
2011: Emas pecah rekod dunia (USD). $1,900/oz
2013–2015: $1,100-$1,200/oz
2020 (USD): Harga tembus US$2,000/oz

Waktu tu, mereka yang buat pelaburan emas mungkin berasa kecewa dengan kenaikan yang agak perlahan.

Apa iktibarnya?
- Emas bukan skim cepat kaya. Peranannya melindung nilai & diversifikasi
- Jangan all-in. Campurkan emas dengan aset lain ikut matlamat.
- Tetapkan sasaran % emas dalam portfolio (contoh 10–20%)

Lepas 2020, prestasi emas tak naik tiap tahun:
2020: kira-kira +24–25% (USD).
2021: negatif ~-5% (USD).
2022: hampir tak berubah.
2023: +13% setahun.
2024: +27% setahun.
2025 (setakat 8 Okt): +54%

Jangan takut. Jangan overthink. Pelaburan bukan tentang meneka masa paling sempurna. Elok lambat mula daripada tak mula-mula.

C&P : Majalah Labur
❀18πŸ”₯2
#TabungDuit

DUIT BANYAK TAK KAYA?

Ya, gaji besar tanpa pengurusan kewangan yang baik boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin.

Jika pendapatan digunakan tanpa perancangan, walaupun jumlahnya besar, seseorang boleh terjerumus ke dalam masalah hutang, pembaziran, atau kekurangan simpanan untuk kecemasan atau masa depan.

Untuk mengurus gaji dengan betul, walaupun kecil, berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh diikuti:

1. Buat Bajet Bulanan: Tentukan perbelanjaan bulanan untuk keperluan asas (makanan, sewa, bil, dan lain-lain). Pastikan anda tahu ke mana setiap ringgit anda dibelanjakan.

2. Utamakan Simpanan: Sebaik sahaja menerima gaji, asingkan sekurang-kurangnya 10-20% untuk simpanan. Ini adalah "bayar diri sendiri dahulu."

3. Kurangkan Hutang: Jika ada hutang, buat pelan untuk membayar hutang dengan konsisten. Fokus pada hutang dengan kadar faedah tinggi terlebih dahulu.

4. Elakkan Pembaziran: Elakkan perbelanjaan yang tidak perlu seperti membeli barang yang jarang digunakan atau mengikuti gaya hidup mewah yang tidak setara dengan pendapatan.

5. Patuhi Prinsip 50/30/20: Asingkan 50% daripada pendapatan untuk keperluan, 30% untuk kehendak, dan 20% untuk simpanan atau pelaburan.

6. Simpan Dana Kecemasan: Simpan wang untuk kecemasan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan selama 3 hingga 6 bulan.

7. Pelaburan Bijak: Cari cara untuk melaburkan simpanan anda, walaupun kecil, seperti dalam ASB, emas, atau saham untuk mendapatkan pulangan.

Kawan kawan,

Dengan disiplin dalam pengurusan kewangan, walaupun gaji kecil, seseorang masih boleh mencapai kestabilan kewangan.

Banyak kereta mewah kena lelong baru baru ini, semua bermula dengan gaji atau duit yang banyak.

Bila kita salah urus, akan masuk lelong akhirnya.

Azizul Azli Ahmad

Sampaikan pada adik adik kita juga ya
❀22πŸ‘12πŸ”₯1
πŸ‘20❀6πŸ‘2πŸ”₯1
#TabungDiri

Hiduplah dengan beretika 😌
πŸ‘7
πŸ‘1
#TabungHutang

PAYLATER CEPATKAN KITA MISKIN?

PayLater boleh menyebabkan golongan muda menjadi lebih cepat miskin berbanding zaman sebelumnya kerana beberapa faktor berikut:

1. Hutang yang Tidak Disedari
PayLater membolehkan pembelian tanpa membayar serta-merta, menyebabkan ramai orang terperangkap dalam kitaran hutang yang tidak kelihatan besar pada mulanya. Mereka sering tidak menyedari jumlah komitmen kewangan yang terkumpul sehingga sudah terlambat.

2. Psikologi Pembelian Impulsif
PayLater memudahkan pembelian tanpa pertimbangan kewangan yang matang, kerana keinginan untuk memiliki barang segera menjadi lebih kuat daripada kemampuan untuk berfikir jangka panjang. Ini mendorong pembelian impulsif dan pembaziran.

3. Beban Faedah atau Caj Tersembunyi
Walaupun PayLater ada yang tanpa faedah untuk tempoh tertentu, sekiranya pembayaran tertangguh atau terlepas, caj tambahan dan faedah akan dikenakan. Ini boleh menyebabkan hutang lebih besar daripada harga asal produk.

4. Menggoda untuk Berbelanja Melebihi Kemampuan
Kerana tidak perlu membayar penuh serta-merta, pengguna sering tergoda untuk membeli barang yang mereka tidak mampu sebenarnya. Ini menyebabkan mereka berbelanja lebih daripada kemampuan sebenar dan membawa kepada tekanan kewangan.

5. Kitaran Hutang yang Berulang
Apabila seseorang menggunakan PayLater untuk menguruskan kewangan, mereka mungkin bergantung kepada kaedah ini secara berterusan, mencipta kitaran hutang yang sukar diatasi. Generasi terdahulu mungkin lebih cenderung mengumpul wang sebelum membuat pembelian, manakala sekarang lebih mudah menambah hutang.

6. Kurangnya Kesedaran Kewangan
Golongan muda mungkin kurang peka tentang pengurusan kewangan dan risiko yang datang bersama hutang PayLater. Tanpa pemahaman yang mendalam tentang kesan jangka panjang, mereka lebih mudah terjerumus dalam perangkap hutang.

Kawan kawan,

Dalam jangka panjang, penggunaan PayLater secara tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan beban hutang, kekurangan simpanan, dan ketidakstabilan kewangan yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya yang mungkin lebih bijak berbelanja mengikut kemampuan sebenar mereka.

Hutang adalah duit masa depan yang kita belanjakan hari ini.

Azizul Azli Ahmad
❀13πŸ‘5πŸ”₯1
#TabungHutang

BUAT HUTANG UNTUK SUAMI LAGI?

1. Dalam kewangan, buat hutang untuk sesiapa pun adalah tidak digalakkan.

2. Saya pernah nampak bagaimana abang hina adik sebab buat hutang tapi lambat bagi pada dia.

3. Maka jika dapat, cinta selagit tinggi pun. Elakkan buat hutang untuk sesiapa pun.

4. Jika nak buat juga, mintak sediakan satu perjanjian bertulis. Bahawa hutang ini bagi bantu suami. Mintak lawyer sediakan paling baik.

5. Jika dia buat buat lupa boleh hantar copy pdf kat hp atau salinan kepejabatnya.

6. Jika nak bagi pinjam juga, cagarkan apa sahaja yang berharga sebagai cagaran jika dia nak juga kita buat dan kita tak tahan rayuan dia. Cagarkan apa sahaja sebagai pegangan, jika gagal bayar jadi hak milik pemberi hutang.

7. Bab hutang orang selalunya tak lupa, tapi orang selalu buat buat lupa dan harapkan tukang beri hutang lupa. Hakikatnya kita makin kuat ingat dia.

#AAA

Assalamualaikum Dr, maaf ganggu. Sy nak minta pendapat Dr tentang kewangan sy.

Saya kerja sebagai penjawat awam. Sebelum ni sy seorang ibu tunggal yang mempunyai komitmen hutang bank RM1200+ sebulan sebab beli 2 lot tanah rumah,

saya ada beli rumah melalui LPPSA 1300+ sebulan. saya tinggal di kuarters dengan potongan gaji RM375 sebulan. Sebelum saya berkahwin dengan suami sekarang,

saya telah buat pinjaman bank RM 50k untuk suami buat bisness. Saya overlap semula pinjaman sebelum ni utk dptkan RM50K tu.

Suami saya janji akan bayar kepada sy RM500+ sebulan hasil dr pinjaman tu.

Tetapi hanya 3 bulan sahaja suami saya bayar pada saya. Lps tu dia buat2 tak ingat.

Macam mana cara saya nak minta balik duit sy tu dr suami saya dr dan juga duit tempat tinggal RM375 yg potong gaji saya tu?sy dh buntu dr

Saya bukan nk berkira dengan suami,
πŸ‘7❀4πŸ”₯2
❀1
#TabungDuit

10 MATAWANG TERTINGGI DUNIA

Disebalik melemahnya Ringgit, berikut 10 matawang asing yang menarik untuk dilihat sebagai perbandingan dengan Ringgit.

Matawang adalah alat tukaran pembayaran yang digunakan disetiap negara.

Nilai sesuatu matawang dipengaruhi oleh beberapa faktor, selain dari alasan ekonomi negara itu. Kekuatan nilai tukar juga antara yang dipertimbangkan.

Ada beberpa negara yang kuat dulu juga kini melemah.

Azizul Azli Ahmad
❀3πŸ”₯2
❀8