Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
❀7πŸ‘1
πŸ‘4❀2
πŸ‘7
πŸ‘14❀4
πŸ‘26❀3πŸ₯°1
#TabungNilai

Berikut senarai β€œsampah” yang ramai orang beli kononnya reward diri, tetapi sebenarnya tidak menambah nilai aset atau kekayaan – hanya untuk bergaya semata-mata:

Senarai β€œSampah” Reward Diri

1. Telefon Flagship Setiap Tahun
– Telefon lama masih elok, tapi beli model terbaru sebab nak nampak β€œup to date.”

2. Jam Branded Mahal
– Bukan untuk pelaburan, hanya kerana nak tunjuk status. (Nilai susut bila keluar kedai.)

3. Kasut & Sneaker Limited Edition
– Pakai sekali dua, lepas itu simpan. Hanya ikut trend, bukan aset.

4.Kereta Baru Tanpa Keperluan
– Tukar kereta setiap 3-5 tahun walaupun kereta lama masih baik. Hutang baharu, nilai susut terus.

5.Barang Kemas Berhias Berlebihan
– Beli banyak design pelik yang susah nak jual balik atau kena potong harga tinggi bila trade-in.

6.Beg Tangan Designer
– Harga puluhan ribu, tapi nilai jual semula jatuh teruk kecuali model tertentu.

7.Gadget Hobi Mahal
– Drone, kamera, konsol gaming terbaru – beli sebab FOMO, guna sekejap kemudian bosan.

8.Peralatan Gym Rumah Canggih
– Semangat awal sahaja, akhirnya jadi penyangkut baju.

9.Motor Besar / Scooter Bergaya
– Hanya untuk nampak macho, tak digunakan harian atau tidak menjana pendapatan.

10.Aksesori & Modifikasi Kereta
– Sport rim, ekzos bunyi kuat, sound system canggih – tambah kos, bukan tambah nilai.

11. Perhiasan Rumah β€˜Trend’
– Tukar sofa, langsir, cat ikut trend setiap tahun walaupun perabot lama masih elok.

12.Travel β€œFlexing”
– Ambil trip mewah untuk konten media sosial, balik dengan hutang kad kredit.

13. Makanan & Minuman Hipster Mahal
– RM20-RM30 untuk kopi, hanya sebab nak post story β€œreward diri.”

14.Barangan Koleksi Hype
– Funko Pop, action figure, card game rare – simpan tanpa pasaran jualan yang jelas.

15. Aksesori Elektronik Tak Perlu
– Smartwatch versi terbaru, earbuds berjenama sedangkan versi lama masih berfungsi.
πŸ‘74❀35
πŸ‘15❀6
Ada tiga kisah yang patut kita renungkan.

1. Kisah pertama
Di sebuah kampung, ada orang yang jemput tukang sembelih masuk ke kandang kambing. Kononnya mahu belajar cara bela kambing dengan baik. Tapi tukang itu tak datang dengan ilmu, dia datang dengan pisau yang diasah.

2. Kisah kedua
Seorang lelaki duduk berbincang dengan ular di tepi belukar. Katanya, dia mahu faham isi hati ular. Namun, dia lupa lidah ular bercabang, bisanya tetap ada. Sekali dia melilit, tak ada ruang lagi untuk melawan.

3. Kisah ketiga
Seorang penternak bentang tikar merah, ajak serigala masuk ke kandang ayam. Katanya, mahu bincang soal keselamatan. Tapi malam itu, ayam hilang seekor demi seekor.
.

Penyembelih tetap datang dengan pisau, walau diajak berbincang tentang kambing. Ular tetap berbisa, walau lidahnya menjilat angin seolah mendengar. Serigala tetap lapar, walau dihidang tikar merah kononnya untuk berbicara soal keselamatan.

Tiga kisah ini mungkin dongeng, tapi hakikatnya dekat dengan hidup kita. Ada orang datang dengan wajah baik, tapi niatnya tidak pernah berubah. Kita perlu belajar tidak semua orang wajar kita undang masuk ke dalam ruang paling rapuh dalam hidup kita.

Jadi belajarlah menjaga pintu hati. Tidak semua yang mengetuk perlu dijemput masuk. Ada ruang yang hanya untuk yang benar-benar mahu melihat kita selamat, tenang, dan bahagia.
πŸ‘77❀40
#TabungTipu

Jangan terjebak dengan group penipuan ini ya πŸ‘†πŸ‘†
πŸ‘42
Photo from azizulazli
❀3
βœ… Nak belajar ilmu & strategi percuma untuk maksimumkan keuntungan ASBF?
βœ… Nak tahu teknik langsai hutang rumah lebih awal?
βœ… Nak belajar cara gandakan keuntungan ASBF dengan lebih berkesan?
βœ… Nak tahu bagaimana dividen ASB 5.75% boleh ditukar jadi 20% - 30% setahun dengan teknik bijak kewangan?

Ramai masih tak sedar bahawa ASB Financing (ASBF) boleh jadi platform pelaburan yang sangat menguntungkan jika tahu teknik dan strategi yang betul.

Namun, tanpa ilmu, ramai yang tersilap langkah dan akhirnya rugi masa serta peluang.

🎯 Saya kongsikan tips, panduan dan ilmu kewangan & hartanah terkini secara percuma di Telegram Channel rasmi saya & Group WhatsApp Teknik Bijak Kewangan.

Boleh join channel Telegram rasmi saya untuk dapatkan tips, panduan dan info terkini berkaitan tips pengurusan kewangan dan ilmu hartanah. FREE je.

https://telegram.me/RostamRaselip

Boleh join group wasap TEKNIK BIJAK KEWANGAN 29 untuk belajar secara PERCUMA. Group 1 - 28 dah full house. Cuma klik link dibawah untuk join;

https://chat.whatsapp.com/KN73GLrsNurF8yb4d1FNX6

Jom urus wang gaya pakar dan capai kebebasan kewangan lebih cepat.

Semoga Bermanfaat
❀7πŸ‘1
China kini dah 11 bulan berturut-turut menambah simpanan emas. Langkah ini bukan kecil ia tanda besar bahawa dunia sedang mula berpaling daripada dolar, mata wang yang selama ini dianggap paling berkuasa.

Apabila sebuah kuasa besar mula menukar rizabnya kepada emas, itu isyarat jelas bahawa kepercayaan terhadap sistem kewangan dunia semakin rapuh.

Dan bila dunia kembali kepada emas, itu bukan sekadar strategi ekonomi, tapi tanda fitrah manusia sedang mencari nilai sebenar yang tak boleh dicipta oleh tangan manusia.

Dunia akan sampai pada satu fasa di mana kuasa, jawatan, dan angka dalam akaun bank tidak lagi mampu menyelamatkan manusia. Yang tinggal hanyalah siapa yang bersedia, berilmu, dan beriman.

Pesan buat diri saya dan kita semua
Kita tak mampu hentikan arus dunia tapi kita boleh bersedia dalam diam, dengan bijak.

Mulakan dengan simpan sesuatu yang Allah sendiri jadikan bernilai. Sesuatu yang kekal walau sistem dunia runtuh. Simpan emas bukan sebab tamak atau ikut trend, tapi sebab sedar akhir zaman bukan tentang siapa paling kaya, tapi siapa paling bersedia.

Sebab waktu itu nanti emas bukan lagi simbol kemewahan, tapi alat untuk bertahan bila dunia kehilangan makna sebenar nilai.

Bila dunia mula berpaling dari dolar dan kembali kepada emas itu bukan sekadar petanda perubahan global. Ia mungkin juga panggilan halus dari Tuhan supaya kita kembali kepada nilai sebenar kehidupan.

Yang paling bernilai nanti bukan harta yang banyak,
tapi hati yang bersih dan rezeki yang berkat. Bukan berapa gram emas di tangan, tapi berapa tebal iman di dada.

Saya kongsi ini bukan nak menakutkan,
tapi nak sedarkan dunia makin cepat berubah,
dan masa untuk bersedia bukan esok tapi hari ini.

#selfreminder #goldmarket #goldupdate #fbpro #GoldInvestment
❀35πŸ‘9
#TabungSimpanan

Berbual dengan rakan sekerja.

Usia baru cecah 33 tahun. Dah beli rumah, sebulan bayar RM2500 sebulan. Kerja dah masuk 8 tahun.

" Aku dah gitau Pudin bro, kalau nak beli rumah, belilah dengan anggaran kemampuan nak bayar. Jangan jadi macam aku. Sengkek terus dibuatnya..."

Senyum aku dibuatnya. Bukan mengejek, tapi lebih kepada memikirkan "kemiskinan" lepas " tersalah" beli rumah yang di luar kemampuan bayaran.

" Kau ada loan lain tak?"

" Ada, personal loan. Sebulan RM700 kena bayar..."

Perghhh, sakit.

Gaji cikgu, gred DG41 ( gred dulu, sekarang dah ubah nama grednya ), banyak mana sangat. Kalau fresh baru posting, campur gaji asas dengan elaun, potong potong, paling tinggi ada RM2800. Itu belum settle komitmen lain. Last call, adalah kot dalam RM2k.

Duduk Klang. Bukannya duduk Tapah.

" Mem aku pun bro, buat silap jugak. ( Memnya pun kerja gomen, buat PL bayar rm700 sebulan konon buat pelaburan). Dia ingat dia nak tambah pendapatan..."

Senang cerita, dua dua "koyak" bab kewangan.

" Bab paling aku lupa nak kira bro, anak makin besar, banyak belanja. Bab nilah yang tiap bulan buat aku pening..."

Anaknya dah mula sekolah. Seorang tadika, sorang lagi darjah dua. Dua dua, kena "transit". Duit lagi tu. Belum pergi balik sekolahnya, belum yuran tadikanya.

Apa yang nak alu sampikan ialah bila bab kewangan, bila sekali buat silap, makan tahun nak repairnya. Masalahnya, ramai yang tak repair. Dia berserah dan terus terusan berhutang. Penyakir bila kita tak de simpanan, jalan mudahnya ialah berhutang!

Sakit. Sakit sangat.

Tapi nak buat macam mana, dah terlajak. Nak dinasihat sangat kang, katanya kita ni bijak ya amat Tak dinasihat, aku rasa bersalah

" Gini jelah bro, belajar simpan emas. Kau akan dapat kenaikan tahunan kan? Tu bulan Januari tahun depan naik lagi gaji, so setup kan satu simpanan " khas" long term untuk simpan emas. Aku nasihat ni sebab aku pun buat. Menjadik bro bila simpan emas ni. Lekatlah jugak daripada simpan duit je.. "

Dia angguk. Tak tau faham ke tak.

Anak anak muda usia awal 30an memang ramai buat silap. Berkati kati silapnya. Belum lagi terikut kawan, kawan tukar skuter dia pun ikut tukar. Elok elok motor lama, dia bantai jual buat beli skuter.

Kalau mampu takpe, ini...

Aku senyum lagi. Aku tengok Kriss aku. Jadiklah.
❀22πŸ‘5
πŸ‘8
❀6
KENAPA HARGA EMAS MASIH BOLEH NAIK?

Jika anda agen emas dan nak gunakan content saya ni utk marketing pelaburan emas anda, harap berikan juga kredit kepada saya sebagai penulis.

Saya percaya harga emas masih akan naik kerana penurunan US Fed rate.

Emas tidak memberi dividen atau faedah. Jadi, pada asalnya, bila Fed menaikkan interest rate, instrumen seperti bon kerajaan US (Treasury) menawarkan pulangan lebih tinggi dan dianggap selamat.

Hasilnya, pelabur lebih cenderung pindahkan dana ke aset berfaedah berbanding emas.

Tetapi, sebaliknya, apabila Fed menurunkan rate, pulangan bon menurun, kos memegang emas jadi lebih rendah, dan harga emas cenderung naik.

Kenapa Interest Rate Turun Gold Naik?

1. Kos peluang (opportunity cost) berkurang.

Bila interest rate tinggi, pelabur lebih suka simpan duit dalam bon atau deposit yang beri pulangan. Tapi bila rate rendah, simpan emas jadi lebih menarik sebab perbezaan pulangan semakin kecil.

2. USD biasanya melemah.

Interest rate rendah menjadikan aset dalam USD kurang menarik. Bila USD lemah, harga emas (yang diniagakan dalam USD) akan automatik nampak lebih rendah bagi pelabur antarabangsa, jadi permintaan naik.

3. Permintaan lindung nilai meningkat.

Dalam suasana interest rendah, pelabur risau wang tunai terhakis oleh inflasi. Jadi emas dipilih sebagai penyimpan nilai (store of value).

Fakta & Statistik.

1. Kenaikan Fed Rate 2022 – 2023.

Pada Mac 2022, Fed mula menaikkan rate dari paras sifar ke ~5.25% dalam tempoh ~15 bulan. Hasilnya, harga emas yang mencecah ~USD 2,050 pada awal 2022 turun ke ~USD 1,630 pada hujung 2022.

2. Kitaran Penurunan 2008 – Krisis Kewangan.

Ketika Fed memangkas rate hampir ke sifar (0.25%) pada 2008, emas melonjak daripada ~USD 700 pada hujung 2008 ke sekitar USD 1,900 pada 2011.

Pelabur yang membeli emas ketika puncak kadar faedah (misalnya selepas Fed menaikkan secara agresif) mungkin mengalami kerugian sebaik Fed mula beralih kepada penurunan rate. Tetapi mereka yang memasuki pasaran emas ketika mula ada indikasi potongan rate berpotensi memperoleh keuntungan baik, terutama jika kadar terus diturunkan.

Outlook Jika Fed Terus Menurunkan Interest Rate.

Jika Fed meneruskan cycle penurunan interest rate pada 2025 ~ 2026, prospek emas adalah bullish. Sebab utamanya:

* Kos peluang makin rendah
* USD berpotensi melemah
* Permintaan lindung nilai meningkat

Sebaliknya Bila Harga Emas Akan Turun?

Emas akan menghadapi tekanan turun apabila:

1. Fed mulakan semula kenaikan interest rate

2. Inflasi terkawal dan ekonomi global kukuh

3. USD menguat secara signifikan

4. Permintaan bank pusat terhadap emas berkurang

5. Pelabur mengalihkan dana ke aset berisiko seperti saham apabila keyakinan pasaran tinggi

Jangkaan Goldman Sachs Terkini Terhadap Emas.

Menurut laporan dan analisis terkini:

1. Target tahun 2025.

Goldman Sachs menaikkan ramalan harga emas tahun akhir 2025 kepada USD 3,700 per ounce (dari ~USD 3,300) berdasarkan permintaan kuat dari bank pusat dan aliran masuk ke ETF.

Dalam senario ekstrem (risk case) apabila berlaku tekanan geopolitik atau gangguan dasar monetari, harga emas boleh naik ke USD 4,500 menjelang hujung 2025.

2. Outlook pertengahan 2026.

Goldman Sachs meletakkan sasaran asas ~USD 4,000 per ounce menjelang pertengahan 2026.

Namun, dalam senario tail risk β€” jika tekanan terhadap Fed meningkat, keyakinan terhadap dolar surut, dan peralihan dana besar dari pasaran bon ke emas berlaku β€” mereka menyebut bahawa harga emas boleh mendekati USD 5,000 per ounce.

Catalyst utama menurut mereka.

1. Pembelian bank pusat secara konsisten tinggi.

2. Aliran masuk ke ETF emas.

3. Potongan interest rate yang bakal berlaku.

4. Risiko terhadap kebebasan dasar monetari US yang boleh melemahkan keyakinan kepada dolar dan pasaran bon US.

Remisier Coach Naji.
❀18πŸ‘14
#TabungBelanjawan

BELANJAWAN KITA

Ringkasan belanjawan 2026
1. Bantuan SARA kepada semua rakyat Malaysia pada Feb 2026
2. Lemon law
3. RUU Antibuli
4. RM1000 tax relief melawat pusat kebudayaan dan pelancongan
4. Tax relief bayaran taska, pusat asuhan dan transit sehingga umur 12 tahun
5. Cuti sabbatical setahun untuk pensyarah start up.
6. HiCOE getah
7. Rangka tindakan penuaan kebangsaan
8. 4500 doktor kontrak ditawar jawatan tetap
9. Elaun ETAP naik 40%
10. Kenaikan cukai rokok, tembakau dan alkohol
11. Pengeluaran KWSP untuk haji naik RM10,000
12. Menggunakan GCR untuk haji sehingga RM10,000
13. Had LPPSA sehingga 1 juta
14. Jaminan pinjaman perumahan untuk kakitangan kontrak
15. Mewajibkan pelajaran Bahasa Melayu dan kenegaraan pada anak warganegara di sekolah antarabangsa
16. Bantuan persekolahan RM150 ambil di sekolah
17. Bantuan khas pada penjawat awam RM500 dan pesara RM250 pada Mac 2026.
18. Gaji menteri potong 20%
19. Gaji Hakim naik 30%
20. Subsidi tambahan pada ehailing.
21. Pengecualian duti eksais kereta di Langkawi sehingga RM300 ribu sahaja.
22. Caj konsultasi doktor naik RM10-80.
23. Diskaun tol 50% selama dua hari pada musim perayaan Deepavali.

Ini yang saya bagi perhatian tadi.
πŸ‘48❀17πŸ‘1
❀4
πŸ‘1
Ramai kata harga emas mendatar dari 2011–2020.
Ya, kalau tengok dalam USD. Tapi bila tukar ke Ringgit Malaysia, cerita sebenarnya berbeza.

Sebab apa?
- Nilai ringgit jatuh dari RM3.06 ke RM4.20 per USD.
- Harga emas dalam RM/gram sebenarnya naik hampir 5% setahun sepanjang dekad tu.

Maknanya, siapa yang konsisten simpan emas dalam tempoh tu bukan saja tak rugi, malah gandakan kekayaan tanpa sedar.

Dan di sinilah kisah Ahmad bermula.

Tahun 2011: Ahmad baru umur 28 tahun. Kawan-kawan sibuk main saham, beli kereta, tukar telefon. Dia pula pilih beli 20 gram emas pertama dengan modal RM3,000. Harga segram RM150.

Bila orang kata tunggu harga murah, dia cuma jawab,

β€œKalau tunggu murah, mungkin sampai tua tak mula.”

Dan sebenarnya, modal yang kecil tulah dapat ubah hidup dia.

2013–2015: Harga emas dunia jatuh, tapi Ahmad relax je. Masa harga turun RM165 ke RM145/gram, ramai berhenti beli. Ahmad teruskan beli 20g setiap tahun. Dia anggap waktu tu sebagai diskaun besar-besaran.

2019-2020: Tiba-tiba Pandemik, dan dunia mula panik. COVID datang. Harga emas naik RM250/gram. Masa tu Ahmad dah ada 200 gram dan nilai simpanannya cecah RM50,000!

Orang tanya macam mana dia buat?

Jawapan dia ringkas,
β€œAku tak pandai sangat bab pelaburan ni, nak teka teka harga bagai. Aku cuma konsisten.”

2024–2025: Hasil 15 tahun susah-payah mengumpul emas, sekarang Ahmad berumur 42 tahun. Emas dia dah 300 gram bernilai lebih RM177,000.

Walhal jumlah modal dia selama 15 tahun ni cuma RM70,960.

βœ… Untung bersih: RM106,040
βœ… Purata kos: RM236/gram
βœ… Harga semasa: RM590/gram

Ada masa dia perlukan tunai, dia gadai di Ar-Rahnu dan tebus balik cepat, tetap untung.

Sekarang Ahmad tengah rancang nak tukar sebahagian emas jadi hartanah. Dia dah buktikan yang kekayaan bukan dari beli banyak sedebuk, tapi dari segi menabung dengan konsisten dan sabar.

Harga emas memang turun naik. Tapi jangka panjang, dia tetap naik. Sebab utamanya adalah nilai wang kita ni terus susut tiap tahun.

Kalau tahun 2011 dulu RM3,000 boleh beli 20 gram, hari ni RM3,000 baru dapat 5 gram je.

Do you understand?

Irfan Said,
Simpan emas dengan ilmu.
❀68πŸ‘14πŸ”₯1