Tips Kewangan & Hartanah Azizul
81K subscribers
9.14K photos
79 videos
40 files
2.32K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
Photo from azizulazli
1
Nak belajar ilmu & strategi percuma untuk maksimumkan keuntungan ASBF?
Nak tahu teknik langsai hutang rumah lebih awal?
Nak belajar cara gandakan keuntungan ASBF dengan lebih berkesan?
Nak tahu bagaimana dividen ASB 5.75% boleh ditukar jadi 20% - 30% setahun dengan teknik bijak kewangan?

Ramai masih tak sedar bahawa ASB Financing (ASBF) boleh jadi platform pelaburan yang sangat menguntungkan jika tahu teknik dan strategi yang betul.

Namun, tanpa ilmu, ramai yang tersilap langkah dan akhirnya rugi masa serta peluang.

🎯 Saya kongsikan tips, panduan dan ilmu kewangan & hartanah terkini secara percuma di Telegram Channel rasmi saya & Group WhatsApp Teknik Bijak Kewangan.

Boleh join channel Telegram rasmi saya untuk dapatkan tips, panduan dan info terkini berkaitan tips pengurusan kewangan dan ilmu hartanah. FREE je.

https://telegram.me/RostamRaselip

Boleh join group wasap TEKNIK BIJAK KEWANGAN 29 untuk belajar secara PERCUMA. Group 1 - 28 dah full house. Cuma klik link dibawah untuk join;

https://chat.whatsapp.com/KN73GLrsNurF8yb4d1FNX6

Jom urus wang gaya pakar dan capai kebebasan kewangan lebih cepat.

Semoga Bermanfaat
14👏1
👍123
#TabungKewangan

Baik! Berikut senarai nasihat kewangan yang buruk yang boleh menjahanamkan kita.

Nasihat Kewangan Buruk + Contoh
"Guna kad kredit untuk semua benda, bayar minimum saja."

Bahaya: Faedah kad kredit boleh mencecah 15-18% setahun. Hutang makin bertambah.

Contoh: Beli telefon RM3,000, bayar minimum RM150 sebulan – selepas setahun masih ada baki + faedah RM400++.

"Hutang dulu, gaji bulan depan bayar."

Bahaya: Hidup sentiasa mendahulukan duit yang belum masuk, risiko tak cukup bayar.

Contoh: Ambil pinjaman peribadi untuk melancong. Bila balik, hutang masih 3-5 tahun nak bayar.

"Beli kereta paling mahal yang bank luluskan."
Bahaya: Bayaran ansuran makan 40-50% gaji, duit lain jadi sempit.

Contoh: Gaji RM3,000, ambil kereta RM90k – ansuran RM1,000+. Duit minyak, insurans, servis makin menjerat.

"Tak perlu simpan, nanti ada rezeki lain."
Bahaya: Tiada dana kecemasan bila sakit, hilang kerja atau kereta rosak.

Contoh: Hilang kerja, terus terpaksa pinjam dengan kawan atau buat hutang baharu.

"Biar duit diam dalam akaun simpanan, selamat."

Bahaya: Inflasi makan nilai duit, duit makin susut nilainya.

Contoh: RM10,000 hari ini, 10 tahun lagi nilai beli barang jauh berkurang.

"Main saham/crypto ikut orang, cepat kaya."

Bahaya: Risiko rugi besar tanpa ilmu.
Contoh: Ikut kawan beli coin tertentu, harga jatuh 70%, modal lebur.

"Pinjam duit untuk kahwin besar-besaran."

Bahaya: Hutang RM30k hanya untuk sehari, bertahun nak bayar.

Contoh: Buat majlis kahwin RM50k, lepas kahwin bergaduh pasal duit, tekanan hutang.

"Ambil hutang sebab boleh rebat cukai."

Bahaya: Hutang tetap hutang, rebat cuma sikit.
Contoh: Ambil pinjaman pendidikan swasta RM80k semata-mata nak “rebat cukai”.

"Beli barang sebab promosi, rugi kalau tak beli."

Bahaya: Membazir beli benda tak perlu, simpanan bocor.

Contoh: Sale 11.11, beli 5 pasang kasut, pakai 1 saja, baki simpan dalam stor.

"Tak perlu takaful/insurans, kita sihat."

Bahaya: Bila sakit, kos hospital boleh cecah puluhan ribu.

Contoh: Kemalangan motor, bil hospital RM15k, terpaksa jual emas dan buat hutang.

"Tunggu kaya baru mula simpan."
Bahaya: Bila gaji naik, gaya hidup pun naik – tetap tak simpan.

Contoh: Gaji RM2k tak simpan, gaji RM5k pun tak simpan sebab dah naik taraf kereta, makan, gaya hidup.

"Hutang untuk melabur, confirm untung."

Bahaya: Pelaburan tak jamin untung, tapi hutang tetap kena bayar.

Contoh: Pinjam RM50k beli saham masa pasaran tengah jatuh, modal susut 40%, tetap kena bayar bank tiap bulan.

"Hidup ikut orang – kawan beli, kita beli."

Bahaya: Perangkap gaya hidup, akhirnya kerja hanya untuk bayar hutang.

Contoh: Kawan tukar iPhone baru, kita pun tukar walaupun iPhone lama.

Kawan kawan,

Ada banyak nasihat percuma yang indah didengar tetapi sebenarnya bahaya.

Azizul Azli Ahmad
👍4222👏2
#TabungDiri

5 MINDSET KEWANGAN AGAR HIDUP LEBIH BAIK

Puncak kepada kebahagiaan bukan memiliki lebih, tetapi berasa cukup.

Kita boleh memiliki segalanya, tetapi terus berasa kurang atau memiliki apa yang sedia ada diiringi rasa cukup.

#AAA

😁
23😁1
👍4
7👍1
👍42
👍7
👍144
👍263🥰1
#TabungNilai

Berikut senarai “sampah” yang ramai orang beli kononnya reward diri, tetapi sebenarnya tidak menambah nilai aset atau kekayaan – hanya untuk bergaya semata-mata:

Senarai “Sampah” Reward Diri

1. Telefon Flagship Setiap Tahun
– Telefon lama masih elok, tapi beli model terbaru sebab nak nampak “up to date.”

2. Jam Branded Mahal
– Bukan untuk pelaburan, hanya kerana nak tunjuk status. (Nilai susut bila keluar kedai.)

3. Kasut & Sneaker Limited Edition
– Pakai sekali dua, lepas itu simpan. Hanya ikut trend, bukan aset.

4.Kereta Baru Tanpa Keperluan
– Tukar kereta setiap 3-5 tahun walaupun kereta lama masih baik. Hutang baharu, nilai susut terus.

5.Barang Kemas Berhias Berlebihan
– Beli banyak design pelik yang susah nak jual balik atau kena potong harga tinggi bila trade-in.

6.Beg Tangan Designer
– Harga puluhan ribu, tapi nilai jual semula jatuh teruk kecuali model tertentu.

7.Gadget Hobi Mahal
– Drone, kamera, konsol gaming terbaru – beli sebab FOMO, guna sekejap kemudian bosan.

8.Peralatan Gym Rumah Canggih
– Semangat awal sahaja, akhirnya jadi penyangkut baju.

9.Motor Besar / Scooter Bergaya
– Hanya untuk nampak macho, tak digunakan harian atau tidak menjana pendapatan.

10.Aksesori & Modifikasi Kereta
– Sport rim, ekzos bunyi kuat, sound system canggih – tambah kos, bukan tambah nilai.

11. Perhiasan Rumah ‘Trend’
– Tukar sofa, langsir, cat ikut trend setiap tahun walaupun perabot lama masih elok.

12.Travel “Flexing”
– Ambil trip mewah untuk konten media sosial, balik dengan hutang kad kredit.

13. Makanan & Minuman Hipster Mahal
– RM20-RM30 untuk kopi, hanya sebab nak post story “reward diri.”

14.Barangan Koleksi Hype
– Funko Pop, action figure, card game rare – simpan tanpa pasaran jualan yang jelas.

15. Aksesori Elektronik Tak Perlu
– Smartwatch versi terbaru, earbuds berjenama sedangkan versi lama masih berfungsi.
👍7435
👍156
Ada tiga kisah yang patut kita renungkan.

1. Kisah pertama
Di sebuah kampung, ada orang yang jemput tukang sembelih masuk ke kandang kambing. Kononnya mahu belajar cara bela kambing dengan baik. Tapi tukang itu tak datang dengan ilmu, dia datang dengan pisau yang diasah.

2. Kisah kedua
Seorang lelaki duduk berbincang dengan ular di tepi belukar. Katanya, dia mahu faham isi hati ular. Namun, dia lupa lidah ular bercabang, bisanya tetap ada. Sekali dia melilit, tak ada ruang lagi untuk melawan.

3. Kisah ketiga
Seorang penternak bentang tikar merah, ajak serigala masuk ke kandang ayam. Katanya, mahu bincang soal keselamatan. Tapi malam itu, ayam hilang seekor demi seekor.
.

Penyembelih tetap datang dengan pisau, walau diajak berbincang tentang kambing. Ular tetap berbisa, walau lidahnya menjilat angin seolah mendengar. Serigala tetap lapar, walau dihidang tikar merah kononnya untuk berbicara soal keselamatan.

Tiga kisah ini mungkin dongeng, tapi hakikatnya dekat dengan hidup kita. Ada orang datang dengan wajah baik, tapi niatnya tidak pernah berubah. Kita perlu belajar tidak semua orang wajar kita undang masuk ke dalam ruang paling rapuh dalam hidup kita.

Jadi belajarlah menjaga pintu hati. Tidak semua yang mengetuk perlu dijemput masuk. Ada ruang yang hanya untuk yang benar-benar mahu melihat kita selamat, tenang, dan bahagia.
👍7740
#TabungTipu

Jangan terjebak dengan group penipuan ini ya 👆👆
👍42
Photo from azizulazli
3
Nak belajar ilmu & strategi percuma untuk maksimumkan keuntungan ASBF?
Nak tahu teknik langsai hutang rumah lebih awal?
Nak belajar cara gandakan keuntungan ASBF dengan lebih berkesan?
Nak tahu bagaimana dividen ASB 5.75% boleh ditukar jadi 20% - 30% setahun dengan teknik bijak kewangan?

Ramai masih tak sedar bahawa ASB Financing (ASBF) boleh jadi platform pelaburan yang sangat menguntungkan jika tahu teknik dan strategi yang betul.

Namun, tanpa ilmu, ramai yang tersilap langkah dan akhirnya rugi masa serta peluang.

🎯 Saya kongsikan tips, panduan dan ilmu kewangan & hartanah terkini secara percuma di Telegram Channel rasmi saya & Group WhatsApp Teknik Bijak Kewangan.

Boleh join channel Telegram rasmi saya untuk dapatkan tips, panduan dan info terkini berkaitan tips pengurusan kewangan dan ilmu hartanah. FREE je.

https://telegram.me/RostamRaselip

Boleh join group wasap TEKNIK BIJAK KEWANGAN 29 untuk belajar secara PERCUMA. Group 1 - 28 dah full house. Cuma klik link dibawah untuk join;

https://chat.whatsapp.com/KN73GLrsNurF8yb4d1FNX6

Jom urus wang gaya pakar dan capai kebebasan kewangan lebih cepat.

Semoga Bermanfaat
7👍1
China kini dah 11 bulan berturut-turut menambah simpanan emas. Langkah ini bukan kecil ia tanda besar bahawa dunia sedang mula berpaling daripada dolar, mata wang yang selama ini dianggap paling berkuasa.

Apabila sebuah kuasa besar mula menukar rizabnya kepada emas, itu isyarat jelas bahawa kepercayaan terhadap sistem kewangan dunia semakin rapuh.

Dan bila dunia kembali kepada emas, itu bukan sekadar strategi ekonomi, tapi tanda fitrah manusia sedang mencari nilai sebenar yang tak boleh dicipta oleh tangan manusia.

Dunia akan sampai pada satu fasa di mana kuasa, jawatan, dan angka dalam akaun bank tidak lagi mampu menyelamatkan manusia. Yang tinggal hanyalah siapa yang bersedia, berilmu, dan beriman.

Pesan buat diri saya dan kita semua
Kita tak mampu hentikan arus dunia tapi kita boleh bersedia dalam diam, dengan bijak.

Mulakan dengan simpan sesuatu yang Allah sendiri jadikan bernilai. Sesuatu yang kekal walau sistem dunia runtuh. Simpan emas bukan sebab tamak atau ikut trend, tapi sebab sedar akhir zaman bukan tentang siapa paling kaya, tapi siapa paling bersedia.

Sebab waktu itu nanti emas bukan lagi simbol kemewahan, tapi alat untuk bertahan bila dunia kehilangan makna sebenar nilai.

Bila dunia mula berpaling dari dolar dan kembali kepada emas itu bukan sekadar petanda perubahan global. Ia mungkin juga panggilan halus dari Tuhan supaya kita kembali kepada nilai sebenar kehidupan.

Yang paling bernilai nanti bukan harta yang banyak,
tapi hati yang bersih dan rezeki yang berkat. Bukan berapa gram emas di tangan, tapi berapa tebal iman di dada.

Saya kongsi ini bukan nak menakutkan,
tapi nak sedarkan dunia makin cepat berubah,
dan masa untuk bersedia bukan esok tapi hari ini.

#selfreminder #goldmarket #goldupdate #fbpro #GoldInvestment
35👍9
#TabungSimpanan

Berbual dengan rakan sekerja.

Usia baru cecah 33 tahun. Dah beli rumah, sebulan bayar RM2500 sebulan. Kerja dah masuk 8 tahun.

" Aku dah gitau Pudin bro, kalau nak beli rumah, belilah dengan anggaran kemampuan nak bayar. Jangan jadi macam aku. Sengkek terus dibuatnya..."

Senyum aku dibuatnya. Bukan mengejek, tapi lebih kepada memikirkan "kemiskinan" lepas " tersalah" beli rumah yang di luar kemampuan bayaran.

" Kau ada loan lain tak?"

" Ada, personal loan. Sebulan RM700 kena bayar..."

Perghhh, sakit.

Gaji cikgu, gred DG41 ( gred dulu, sekarang dah ubah nama grednya ), banyak mana sangat. Kalau fresh baru posting, campur gaji asas dengan elaun, potong potong, paling tinggi ada RM2800. Itu belum settle komitmen lain. Last call, adalah kot dalam RM2k.

Duduk Klang. Bukannya duduk Tapah.

" Mem aku pun bro, buat silap jugak. ( Memnya pun kerja gomen, buat PL bayar rm700 sebulan konon buat pelaburan). Dia ingat dia nak tambah pendapatan..."

Senang cerita, dua dua "koyak" bab kewangan.

" Bab paling aku lupa nak kira bro, anak makin besar, banyak belanja. Bab nilah yang tiap bulan buat aku pening..."

Anaknya dah mula sekolah. Seorang tadika, sorang lagi darjah dua. Dua dua, kena "transit". Duit lagi tu. Belum pergi balik sekolahnya, belum yuran tadikanya.

Apa yang nak alu sampikan ialah bila bab kewangan, bila sekali buat silap, makan tahun nak repairnya. Masalahnya, ramai yang tak repair. Dia berserah dan terus terusan berhutang. Penyakir bila kita tak de simpanan, jalan mudahnya ialah berhutang!

Sakit. Sakit sangat.

Tapi nak buat macam mana, dah terlajak. Nak dinasihat sangat kang, katanya kita ni bijak ya amat Tak dinasihat, aku rasa bersalah

" Gini jelah bro, belajar simpan emas. Kau akan dapat kenaikan tahunan kan? Tu bulan Januari tahun depan naik lagi gaji, so setup kan satu simpanan " khas" long term untuk simpan emas. Aku nasihat ni sebab aku pun buat. Menjadik bro bila simpan emas ni. Lekatlah jugak daripada simpan duit je.. "

Dia angguk. Tak tau faham ke tak.

Anak anak muda usia awal 30an memang ramai buat silap. Berkati kati silapnya. Belum lagi terikut kawan, kawan tukar skuter dia pun ikut tukar. Elok elok motor lama, dia bantai jual buat beli skuter.

Kalau mampu takpe, ini...

Aku senyum lagi. Aku tengok Kriss aku. Jadiklah.
22👍5
👍8