Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)
51.3K subscribers
303 photos
26 videos
1 file
685 links
Suka berkongsi ilmu best tentang kesihatan kanak-kanak dan formula parenting paling penting yang mak ayah semua wajib kuasai.
Download Telegram
Ada anak berumur 1 hingga 7 tahun?

1️⃣ Kenalkan pada si kecil:

πŸ‘‰πŸ» nama setiap anggota badan

- mata
- telinga
- mulut
- hidung
- kaki
- tangan
- kemaluan

πŸ‘‰πŸ» fungsi setiap anggota badan

2️⃣ Ajarkan anak nama kemaluan:

πŸƒ zakar/penis bagi lelaki
πŸƒ faraj/vagina bagi perempuan

Langkah pengenalan anggota tubuh ni sangat penting sebagai permulaan ilmu pendidikan seksualiti yang mak ayah wajib ajarkan pada anak anak 😊

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://t.me/notaALB
πŸ‘58❀14🀩3πŸ₯°2😁1
πŸ¦‹ Nak anak cerdas? πŸ¦‹

Nak tahu tak doa apa yang Nabi Muhammad SAW bacakan pada Ibnu Abbas hingga Ibnu Abbas menjadi antara sahabat yang paling cerdas dan bijak di zamannya?

Ini doanya:

Ψ§ΩŽΩ„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ ΩΩŽΩ‚ΩΩ‘Ω‡ΩΩ‘ فِي Ψ§Ω„Ψ―ΩΩ‘ΩŠΩ’Ω†Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩΩ‘Ω…Ω’Ω‡Ω Ψ§Ω„ΨͺΩŽΩ‘Ψ£Ω’ΩˆΩΩŠΩ’Ω„ΩŽ

(Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil)


Maksudnya :

β€œYa Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Amalkan doa ni untuk anak anak kita. Lagi bagus, sebelum anak ke sekolah nanti, kita usap ubun ubun si kecil tu sambil bacakan doa ni. πŸ₯°

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://t.me/notaALB
πŸ‘83❀57πŸ₯°4
Ada anak umur 3 tahun? πŸ‘¦πŸ»

Kalau ikut guideline daripada American Academy of Sleep Medicine, jumlah waktu tidur untuk si kecil berusia 3 tahun ialah sekitar

πŸ‘‰πŸ» 10 hingga 13 jam termasuk tidur siang

Mak ayah semua boleh cuba 2 tips berkesan ni kalau nak mudahkan anak tidur awal setiap malam:

❌ Jangan biarkan dia tidur siang lama sangat

❌ Elakkan anak tidur siang bila dah lewat petang

Anak yang berjaya dapat cukup tidur ni insyaAllah susah nak jatuh sakit tau sebab tidur yang cukup ni dapat boost sistem imun pertahanan badan anak jadi lebih kuat πŸ˜‰

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://t.me/notaALB
πŸ‘88❀30πŸ₯°3πŸ‘3πŸ”₯2
Selalu kritik pasangan? πŸ˜₯

Kadang kadang kita tak perasan yang kita kerap kritik pasangan kat depan anak

β€œKenapa awak pakaikan dia baju ni? Ni kan baju pergi jalan. Bukan baju tidur. Dah tukar balik!”

β€œApa awak ni asyik lupa je. Kan saya pesan belikan kicap dekat kedai.”

β€œAwak ni lain kali lepas sikat rambut anak, ikatkanlah sekali rambut dia..”

β€œBersepahnya rumah. Awak buat apa kat rumah ni? Tak kanlah awak biar je anak anak teraburkan barang..”


Bila hampir setiap hari anak terdengar kritikan begini, akhirnya

πŸ‘‰πŸ» anak merasakan yang ibu atau ayahnya tak boleh diharapkan 😒

Sebab tu kena hati hati pilih perkataan yang kita tuturkan depan anak.

Boleh jadi niat kita cuma nak betulkan pasangan. Namun cara kita tu tak mustahil lama lama buatkan anak mula rasa kurang hormat pada pasangan kita.

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://t.me/notaALB
πŸ‘57😒24❀7πŸ₯°2
Nak latih si kecil minat membaca? πŸ™‹πŸ»β€β™€οΈ

πŸ‘‰πŸ» Sediakanlah buku yang sesuai dengan usia si kecil kita tu

Untuk anak yang berumur bawah 2 tahun, paling bagus kita pilih buku yang:

πŸ€ ada banyak gambar menarik
πŸ€ berwarna warni
πŸ€ ayatnya ringkas-ringkas saja untuk kita bacakan

Bertuah sangat anak bila mak ayah berusaha tanam minat membaca ni kat dalam diri mereka sebab itu antara cara paling mudah untuk bantu tingkatkan brain power anak kita πŸ˜‰

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://t.me/notaALB
πŸ‘45❀16🀩6πŸ₯°4
Pasangan susah nak berhenti merokok? πŸ˜•

Tolong kongsikan pada pasangan kita:

πŸ‘Ά Bayi yang terdedah pada asap dan debu habuk rokok ni sangat berisiko untuk meninggal secara tiba-tiba!

🧱 Ni lah situasi yang dinamakan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)

🧱 Kesian sangat pada si comel tu sebab si comel yang mengalami SIDS ni kita nampak sihat walafiat je namun tiba-tiba meninggal dunia tanpa sebab 😭

🧱 Selalunya SIDS berlaku semasa tidur

Harap-harap pasangan yang sayangkan anak akan cari jugak jalan untuk berhenti merokok lepas dah tahu tentang fakta ni 😊

Jom sertai Telegram Dr ALB:
➑️ https://t.me/notaALB
πŸ‘43❀7😒7πŸ₯°2
πŸ˜₯ Anak suka memberontak? πŸ˜₯

Tak pelik sebenarnya kalau anak kita masih lagi:

😞 asyik nak memberontak
😞 rasa kesunyian
😞 rasa tak disayangi

walaupun macam macam perkara yang kita dah buat untuk dia

Boleh jadi sebenarnya Bahasa Cinta (Love Language) anak kita tu adalah Words of Affirmation πŸ₯°

Dia cuma nak kan

πŸ’– kita selalu beritahu kita sayangkan dia
πŸ’– kita selalu ucapkan 'I love You'
πŸ’– ucapan pujian daripada mak ayah dia

Cubalah untuk penuhi tangki emosi anak kita ya. At least sebelum tidur, kita beritahu anak yang kita sentiasa sayangkan dia.

InsyaAllah hati anak akan terasa sangat dekat & lebih mudah dengar nasihat.
😊

Link ke Telegram Dr ALB:
➑️ https://t.me/notaALB
πŸ‘51❀29πŸ₯°7πŸ‘3
❀98πŸ₯°16πŸ‘7πŸ‘2🀩1
Jangan lupa lafaz niat puasa ya. Pesan jugak pada pasangan dan anak anak kita ❀️
❀41πŸ‘15
😰 Si kecil demam panas? 😰

Demam panas, kadang tu sampai mencecah suhu setinggi 40’c mungkin disebab kan oleh

πŸ‘‰πŸ» Demam denggi

Antara tanda lain demam denggi yang mak ayah kena tahu ialah:

πŸͺ· Sakit tulang belakang
πŸͺ· Sakit sendi-sendi dan otot
πŸͺ· Loya dan muntah-muntah
πŸͺ· Sakit pada bahagian belakang biji mata
πŸͺ· Ruam merah pada kulit

Jika ada tanda-tanda ni pada si kecil kita, dapatkan pemeriksaan doktor segera ye.

Demam denggi boleh jadi sangat berbahaya dan berisiko menyebabkan kematian sekiranya tak dirawat dengan baik.

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://t.me/notaALB
πŸ‘46❀5πŸ₯°4
Nak latih anak supaya bersyukur? 😍

πŸ‘‰πŸ» Ajak anak kita sama sama menabung dan berikan sumbangan pada orang yang memerlukan dan orang miskin yang kelaparan

Selain tu, ajar jugak mereka untuk:

❀️ Ucapkan β€˜Terima kasih’ setiap kali dibantu oleh orang lain

❀️ Latih anak untuk memuji dan saling menghargai

❀️ Biasakan anak untuk ucapkan β€˜syukur’ dan β€˜Alhamdulillah’ setiap hari

Mengikut kajian daripada Journal of School Psychology, anak-anak yang dilatih untuk bersyukur mereka ni akan lebih cenderung untuk jadi lebih gembira dan bahagia. πŸ˜‰

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://t.me/notaALB
πŸ‘36❀31πŸ₯°13πŸ‘3
Si kecil selalu tengok Youtube? πŸ˜”

Mak ayah semua tolonglah duduk bersama dengan si kecil tu kalau dia nak sangat tengok Youtube.

Jangan biarkan dia berseorangan sebab

πŸ‘‰πŸ» kita tak nak dia tertonton elemen Softporn yang ada kat situ

πŸ‘‰πŸ» kita tak nak dia terlihat adegan yang ada elemen separa erotik

πŸ‘‰πŸ» kita tak nak dia terbiasa dengan aksi seksual yang boleh naikkan syahwat

Sekarang ni ada banyak sangat elemen buruk macam tu dalam kartun, music video dan iklan kat sana.

Jadi sebaiknya elakkan anak tonton Youtube atau mana mana platform yang tak bertapis tanpa kita pantau dengan ketat melainkan kalau kita tak kisah minda dan akhlak anak kita rosak disebabkan pengaruh softporn macam tu. 😒

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://t.me/notaALB
πŸ‘37❀6πŸ₯°2
Lega sangat sangat sejak wujud platform Durioo ni. Anak-anak saya pun dah berjaya stop tonton YouTube dan YouTube Kids.

Hampir setahun jugaklah kami beralih ke Durioo.

Sebelum ni risau sangat kalau anak anak terklik video lucah atau ternampak adegan ganas masa menonton Youtube.

Dahlah otak depa tu macam span. Apa yang terlintas kat depan mata, laju je diserap masuk ke dalam minda.

Tapi sekarang dah tak bimbang lagi.

Dekat Durioo penuh dengan video kartun Islamik. Kita pulak yang naik seronok bila dengar anak anak memanjang ucap Bismillah, Subhanallah dan Alhamdulillah.

Kuat betul pengaruh kartun ni pada anak anak sebenarnya.

Mak ayah yang belum pernah subscribe, bolehlah cuba subscribe promo 3 bulan. Rm35 je. Satu acc tu boleh guna kat 3 device serentak termasuk tv, laptop dan phone. Jimat betul kan?

Klik sini untuk langgan :

bit.ly/kartunDuriooPlus
bit.ly/kartunDuriooPlus
bit.ly/kartunDuriooPlus

#DrALB
πŸ‘16❀1
πŸ‘4❀3
Kerap sakit kepala? πŸ€•

Mak mak yang selalu mengalami migraine, cubalah elakkan ambil makanan begini:

πŸ•Έ Kopi
πŸ•Έ Nescafe
πŸ•Έ Teh
πŸ•Έ Coklat
πŸ•Έ Minuman beralkohol
πŸ•Έ Pisang
πŸ•Έ Keju
πŸ•Έ Daging proses
πŸ•Έ Pewarna tiruan

Asap rokok pun boleh jadi punca serangan migraine. Jadi tolong remind pasangan yang merokok supaya berhenti merokok ya. πŸ™πŸ»

#notaDrALB
πŸ‘76❀14πŸ₯°4πŸ‘3πŸ‘Ž2
Kerap termarah anak tanpa sengaja? 😑

Kemarahan ni sebenarnya boleh jadi disebabkan kita sendiri:

😒 memiliki pengalaman lampau yang lama tersimpan
😒 pernah ditengking oleh mak ayah semasa kecil
😒 dibuli oleh adik beradik
😒 direndahkan oleh kawan kawan di sekolah

Lalu mengakibatkan trauma yang memberi kesan kepada cara kita mengawal emosi.

Jangan bimbang. Jalan untuk kita berubah setiasa ada.

Makin banyak kita belajar tentang ilmu parenting & ilmu self healing, maka kita akan makin kenal diri kita sendiri

Dekat situ nanti insyaAllah mak ayah semua akan jumpa kunci untuk jadi mak ayah yang lebih baik, lebih disayangi dan dihormati oleh anak anak πŸ₯°

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://t.me/notaALB
πŸ‘48❀20πŸ₯°8
Pernah tak kita rasa kita ni selalu

😭 terlepas kemarahan pada anak tanpa sengaja
😭 terasa hati
😭 payah kawal diri bila marah
😭 kerap berkecil hati
😭 rasa dingin je dengan anak dan pasangan
😭 selalu rasa berserabut dan stress

Rupa rupanya bukan kita sorang macam ni. Hampir semua orang pernah ada pengalaman sama.

Cuma adakalanya kita

❓tak tahu bagaimana nak hadapi
❓atau bagaimana kita nak rawat diri kita sendiri (self healing)

Sahabat saya, Puan Kamalia Kamal, ada kongsikan hal ini dalam set Ebook Self Healing beliau

Mak ayah semua boleh terus dapatkan (ada 16 ebook kesemuanya) dan belajar step by step bagaimana nak rawat diri dengan betul & berkesan di sini:

https://selfhealing.onpay.my/order/form/dl/drluqman

Kita upgrade diri sama sama ya
πŸ‘32❀14😒8
Anak terlalu manja? πŸ˜”

Nak tahu tak apa ubat terbaik untuk ubah anak yang terlalu manja?

1️⃣ Didik mereka tentang Adab & Akhlak
2️⃣ Latih mereka dengan Sense Of Responsibility
3️⃣ Ajarkan mereka untuk hormat pada org tua
4️⃣ Biasakan mereka buat kerja rumah
5️⃣ Didik mereka untuk lebih berdikari & berani buat keputusan sendiri (Self resilient)

Anak yang terlalu dimanjakan tanpa iringan didikan yang baik akhirnya akan membesar dengan lagak seperti raja dan tak mustahil akan tenggelam dalam kerosakan. 😒

#notaDrALB
πŸ‘35❀15πŸ₯°1
πŸ‘20❀7πŸ”₯2
Bagi anak tengok rancangan ni kalau nak anak pandai matematik

1. Ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia sebab ramai anak anak tiba-tiba tahu konsep matematik bila habis menonton rancangan Number Block ini

2. Tak ramai tahu rancangan Number Blocks ni tercalon dalam British Academy of Film and Television Arts pada tahun 2017 dalam kategori "Learning"

3. Number Block ni dihasilkan oleh Joe Elliot dengan kerjasama daripada National Centre for Excellence in Teaching of Mathematics ( NCETM ) untuk memberikan pengetahuan mendalam pada kanak-kanak tentang konsep matematik

4. Number Block ni mengisahkan beberapa karakter huruf yang hidup di sebuah planet bernama Numberland

5. Rancangan ini ditonton jutaan orang disebabkan ianya membuatkan anak anak pandai konsep matematik dengan cara yang menyeronokkan

6. Terkini, pengasas kepada Omar Hana dan Didi & Friends berjaya membawa rancangan ini ke Malaysia melalui platform video yang ditapis dan bebas daripada iklan-iklan yang membahayakan kanak-kanak.

Boleh tengok Number Block dan subscribe platform tersebut di sini : bit.ly/kartunDuriooPlus

p/s : Nanti boleh ajak keluarga yang lain juga untuk sama sama bagi anak anak tengok Number Block ni
πŸ‘48❀28πŸ‘2