Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)
51.3K subscribers
303 photos
26 videos
1 file
685 links
Suka berkongsi ilmu best tentang kesihatan kanak-kanak dan formula parenting paling penting yang mak ayah semua wajib kuasai.
Download Telegram
Ada baby baru lahir di rumah? 👶🏻

5 perkara mak ayah kena selalu pantau jika ada ahli keluarga baru ni:

🪶 Pastikan posisi tidur bayi dalam keadaan menelentang. Bukan meniarap atau mengiring.

🪶 Gunakan tilam yang padat & kemas

🪶 Bantal, selimut & permainan tak perlu diletakkan di tilam si comel

🪶 Sebaiknya bayi tidur di tilam atau kot berasingan supaya terhindar dari dihempap orang dewasa

🪶 Elakkan baby dipegang atau berada berhampiran dengan perokok

Kongsikan ilmu ni dengan ahli keluarga kita yang lain ye sebab ilmu ni dapat bantu kurangkan risiko bayi mengalami Sudden Infant Death Syndrome (mati mengejut). 😊

Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ https://t.me/notaALB
👍605🥰2😁1
Si Comel Demam Panas? 😥

Sebolehnya jangan amalkan 2 perkara ni masa anak kita tengah demam panas:

🚫 Jangan mandikan dengan air panas atau air sejuk

🚫 Jangan pakaikan baju yang tebal atau selimutkan dia satu badan

Ni semua akan buatkan suhu tubuh anak jadi makin tinggi dan berisiko menyebabkan sawan demam. 😱

Jadi apa nak buat❓️

Suapkan ubat demam. Paling kerap, boleh diulang setiap 4 jam sekali.

Pastikan dosnya tepat seperti yang disarankan oleh doktor.

Basahkan badan anak dengan air paip biasa

Pakaikan anak diapers sahaja pun dah okay atau baju yang berlubang-lubang

InsyaAllah si comel kita akan rasa lebih selesa dan kurang rasa sakit bila mak ayah tahu ilmu rawatan yang tepat. 😉

Link ke Telegram Dr ALB:
➡️ https://t.me/notaALB
👍65🥰87
Nak anak mudah dengar cakap? 🙋🏻‍♀️

👉🏻 Tunjukkan dulu yang kita adalah pendengar yang baik kepada anak kita tu dengan:

💫 Respon pada panggilan anak. Paling kurang kita sebut, "Ye kakak.."

💫 Rendahkan sedikit badan kita agar paras eye level kita hampir sama dengan anak

💫 Lihat wajahnya semasa dia bercakap

💫 Tunjukkan yang kita mendengar dengan senyuman, angguk sedikit. Tak pun sebut hmmm..ohh..aaa..

💫 Kita pun boleh ulang balik apa yang anak cerita tadi dengan lebih ringkas

InsyaAllah bila kita konsisten lakukan semua ni, anak senang sangat nak behave & dengar cakap bila bersama kita sebab jiwanya kita dah berjaya penuhi. 😊

Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ https://t.me/notaALB
👍6120🥰16👎1
😥 Abaikan bila anak mengamuk 😥

Sesekali tolong abaikan si kecil tu bila dia mula buat perangai dan mengamuk

Kita sebenarnya bukan tak pedulikan dia tapi kita nak:

👉🏻 sampaikan mesej pada anak yang dia tak kan dapat perhatian kita dengan cara marah marah

👉🏻 dia juga tak kan dapat apa yang dia nak dengan menggunakan kemarahan

Bila anak dapat rasakan yang dia cuma berjaya tarik perhatian mak ayah dengan cara buat perangai & mengamuk, akhirnya dia akan ulang, ulang dan ulang perkara tersebut untuk capai apa yang dia nak 😓

p/s: dalam masa sama, pujilah anak kita tu bila dia behave dan lakukan benda benda baik supaya dia tahu itulah cara termudah untuk dia dapatkan perhatian kita.

Cuba amalkan dan lihatlah kesan yang sangat menakjubkan pada anak kita. 😉


Jom ajak pasangan belajar ilmu parenting di Telegram Dr ALB:
▶️ https://t.me/notaLB
👍8327🥰13
😤 Anak susah nak dengar arahan? 😤

Entah entah selama ni kita yang terbuat kesalahan waktu berikan arahan hinggakan anak susah nak faham arahan kita 🤕

Anak yang berumur 5 tahun ke bawah ni mereka sangat perlukan arahan dan teguran yang spesifik tau.

Contohnya:

"Nanti dekat masjid, adik duduk elok elok dan jangan lari-lari ye."

"Bila masuk dalam kedai, abang jangan teraburkan mainan yang ada dekat situ."

"Kalau nak ikut ke rumah Mak Su, kakak jangan masuk dalam bilik orang tau."

🏵 Tolong revise balik cara kita berikan arahan pada anak selama ni sebab anak akan lebih mudah untuk dengar kata bila dia dinasihati dengan perkataan yang mudah, jelas dan spesifik 🥰

#notaDrALB
#fahamiAnak
👍6412
Tubuh si kecil terasa panas? 🤒🤒

Jika di rumah ada termometer, cepat cek suhu badan anak ye.

Demam yang sedikit (low grade fever)
⏩️ bacaan suhu badan antara 37.5°C hingga 37.9°C

Demam tinggi (high grade fever)
⏩️ bacaan suhu badan 38°C dan ke atas

At least usaha lakukan 3 perkara ni:

🧩 suapkan anak ubat demam paracetamol atau gunakan suppository (masuk melalui lubang dubur) setiap 6 jam

🧩 galakkan si kecil supaya minum lebih banyak air

🧩 jelum tubuh anak dengan menggunakan air pada suhu bilik

Walaupun anak rasa perit menanggung sakitnya demam, dia akan lebih selesa bila mak ayah faham apa rawatan asas yang nak diberikan pada si kecil 😊

#notaDrALB
#rawatansikecil
👍84🥰1312🤩1
‼️Hati-hati kalau mak ayah selalu..

🚫 tak benarkan si kecil tu untuk bantu kita

🚫 asyik rasa serabut dengan kehadiran anak

🚫 tak suka kalau anak menyibuk tentang urusan kerja kita

Sebab kesannya kita akan mula nampak bila anak membesar nanti

Jika berlarutan, tak mustahil anak akan jadi seorang yang:

😮‍💨 tak yakin dengan diri sendiri
😮‍💨 tak suka nak tolong mak ayah
😮‍💨 mudah sangat rasa stress
😮‍💨 hilang motivasi dalam hidup

Anak anak adalah hadiah teristimewa yang hadir dalam kehidupan kita.

Setiap teriakan, tangisan,rengekan dan gelagat ligat si kecil tu sebenarnya adalah tanda anak anak kita sedang membesar dengan sihat dan normal.
😊

Jom belajar ilmu parenting setiap hari di Telegram Dr ALB:
▶️ https://t.me/notaALB
👍7031🥰12😢8🔥2
Si comel cirit birit? 😭😭

Tolong perhatikan punggung baby sebab kulitnya berisiko untuk luka melecet

Mungkin itu yang buatkan bayi menangis berpanjangan

Apa yang boleh mak ayah lakukan? 🤔

🔮 cuci kawasan kemaluan dan punggung si comel menggunakan air paip yang mengalir

🔮 Elakkan penggunaan tisu basah (baby wipes) supaya kulit tak melecet lebih teruk

🔮 apply krim seperti ‘zink oxide’ pada kulit yang melecet

Tolong share ilmu penting ni dengan kawan kawan lain yang ada baby ya. 😉

Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ https://t.me/notaALB
👍659🔥6🥰4
Mak mak dah masak untuk lunch ke tu? 😄

Masa tengah cuci beras nanti atau kacau kacau lauk dalam periuk, kerapkan ulang ayat yang ke 19 dalam Surah As Syura ni:

ٱللَّهُ لَطِيفُۢ بِعِبَادِهِۦ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُۖ وَهُوَ ٱلۡقَوِيُّ ٱلۡعَزِيزُ

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya;

Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Ni lah antara zikir terbaik untuk lembutkan hati anak kesayangan kita tu.

Jangan terkejut bila nampak sikap anak dah mula berubah sebab kesan doa seorang ibu untuk anaknya tu adalah sangat hebat. 😍

p/s: Best tak dapat belajar ilmu mahal macam ni? Share lah apa yang kita belajar ni dengan ahli keluarga kita yang lain jugak ye. 😉

#notaDrALB
#FahamiAnak
👍9480🥰14👏1
Baby asyik meragam bila selsema?👶🏻

Bayi belum pandai lagi nak bernafas melalui mulut.

👃 Jadi dia rasa sangat tak selesa bila satu satunya salur pernafasannya (hidung) tersumbat.

Mak ayah boleh bantu si comel dengan cara:

🌟 titiskan normal saline nasal drop pada setiap lubang hidung 3-6 jam sekali untuk cairkan hingus

🌟 semburkan nasal spray seperti Sterimar

🌟 sedut keluar hingus dengan menggunakan baby nasal aspirator

Nota: Tolong elakkan kelakuan menyedut hingus baby menggunakan mulut mak ayah sendiri sebab kalian berisiko untuk mendapat jangkitan kuman lalu jatuh sakit. 😔

#notaDrALB
👍7415🥰5
Si kecil tertumpahkan air? 🥛🍵☕️

❌️ Tolong elakkan kondem anak

“Haa kan mama dah cakap. Biar mama tolong buatkan. Sibuk sangat nak tuang sendiri air, kan tak pasal pasal dah tumpah!”

✅️ Ubahlah pada perkataan mendidik

“Alamak dah tumpah.. Lain kali abang tuang air ni gunakan cara macam ni ye (sambil tunjukkan cara yang betul).”

🔆 Pilihlah perkataan yang positif untuk diucapkan depan anak kita ya

Percayalah, anak anak kita akan tiru apa yang dia biasa nampak dan satu hari nanti pun akan berinteraksi menggunakan perkataan yang positif semasa bersama dengan kita.

Nak tak belajar ilmu parenting setiap hari? Terus je ke Telegram Dr ALB:
▶️ https://t.me/notaALB
👍101🥰1917😁4👏3
Si kecil jarang bermain kat luar rumah? 🏄🏂🤾

🌞Anak yang kurang terdedah pada cahaya matahari lebih berisiko untuk mengalami masalah rabun (myopia) di usia kecil

Myopia ni biasanya terjadi apabila

👉🏻 bola mata memanjang disebabkan kekurangan dopamine dalam bola mata tu akibat kurang terdedah pada cahaya matahari.

Ada satu kajian yang telah dilakukan di Sydney, Australia menunjukkan kanak-kanak yang terdedah pada cahaya matahari selama dua jam sehari kurang berisiko untuk mengalami rabun jauh. 😊

p/s: Sebab tu sebaiknya jangan berkira nak bawa si kecil tu keluar bermain di luar rumah ye. 😉🌞

Jom belajar ilmu kesihatan anak kecil di Telegram Dr ALB:
▶️ https://t.me/notaALB
👍7713🥰6🔥3👏1
Si kecil tiba tiba meragam? 😵

Jangan pelik kalau anak tiba tiba mengamuk dan meragam.

Tambah pulak bila dia diarahkan untuk duduk diam je di satu tempat contohnya waktu kita kat dalam restoren.

🪗 Masa ni lah kita usaha praktikkan ilmu mengalihkan perhatian anak:

⚙️Ambil dompet dan keluarkan syiling.

Ajak anak main permainan mengira semua syiling yang ada tu. Sambil tu bolehlah ajar dia tentang operasi tambah dan tolak sekali. ➕️➖️➗️✖️

⚙️ sorokkan syiling tadi dekat salah satu tangan kita dan minta dia teka syiling ada kat tangan mana.

Lepas tu suruhlah dia yang sorokkan dan kita pulak yang teka. 😄

⚙️ lukiskan huruf atau nombor pada tapak tangan dia gunakan jari kita kemudian minta dia sebutkan huruf atau nombor tadi.

⚙️ dan banyak lagi teknik yang kita boleh pakai nak alihkan perhatian anak ni.

Ingat ye. Anak akan lebih kurang meragam apabila dia tak focus pada emosi yang dirasainya dan lebih beri pehatian pada sesuatu diluar dirinya.

Mudah kan? 🥰

Belajar lebih banyak ilmu parenting di sini:
▶️ https://t.me/notaALB
👍5847🥰5👏5😁2
Dah doakan anak anak hari ni? 😍

Hari ni hari Jumaat.

Banyakkanlah lagi doa dan ucapan yang baik baik supaya anak anak kita semua membesar jadi penyejuk mata hati.

Jom doa sama sama:

🤲 Ya Allah. Jadikanlah anak anak kami (nama anak), anak yang soleh dan solehah yang istiqamah mendoakan kami

🤲 Ya Allah. Campakkanlah ke dalam hati anak anak kami (nama anak) rasa cinta pada kebaikan dan kebajikan

🤲 Ya Allah. Kekalkanlah hati anak anak kami (nama anak) dalam agamaMu walaupun kami sudah tiada lagi suatu hari nanti

🤲 Ya Allah. Lembutkanlah hati anak anak kami (nama anak) supaya mereka mentaati kami dalam perkara yang Engkau redhai

🤲 Ya Allah. Jadikanlah anak anak kami (nama anak), anak yang mendirikan solat dan sangat cintakan solat

Janji Nabi pada kita,

“Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya.”

[Riwayat Ibn Majah]

Makbulkanlah doa kami ini semua Ya Allah.

Amin 🤲

Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ https://t.me/notaALB
139👍50🥰22
Anak request tidur lampu terbuka? 💡💡💡

Merisaukan sebenarnya jika si kecil selalu tidur dengan lampu terbuka sebab anak akan gagal untuk mendapatkan tidur malam yang baik. 🥴

Anak berisiko untuk mengalami:

😱Penyakit obesity
😱Mood jadi tak stabil
😱Depression

Ni antara sebahagian kesan buruk bila anak kerap tidur dengan lampu terbuka.

Bukan tu je. Minda anak pun payah nak masuk ke fasa Deep Sleep hingga akhirnya menganggu kualiti tidurnya. 😮‍💨

Bincanglah dengan pasangan untuk bantu anak dapatkan tidur yang berkualiti demi kepentingan masa depannya nanti ye. 😊

#notaDrALB
#FahamiAnak
43👍43🤩3🥰1👏1
Si kecil suka conteng buku? 😅😅

Tak apa.

Biarkan saja.

👉🏻 Asingkan siap siap mana buku yang boleh diconteng dan mana yang tak boleh diconteng

Dalam masa yang sama:

📚 carikan buku yang sesuai dengan umur anak kita tu

📚 bagusnya kalau kita sediakan buku yang berwarna warni dan ada banyak gambar berbanding berkataan.

📚 letakkan di tempat tempat yang mudah anak nak capai.

📚 luangkan masa untuk membaca buku dan juga bacakan buku untuk anak anak

Simple je kan namun sangat memberikan inspiration & motivation pada si kecil untuk membina tabiat suka membaca. 😉

#notaDrALB
#FahamiAnak
👍5911🥰3
Kecil dan comel je kan. 😍

Ni lah rupa 1 Dinar Emas yang dikeluarkan oleh Public Gold. Beratnya 4.25gram, kekal sama sejak zaman Rasulullah dulu. Harganya sekarang dalam duit kita sekitar RM 1,100++.

Untuk sahabat Telegram Dr ALB ni yang rasa payah benar nak simpan duit, pantang ada duit kat tangan mesti rasa nak beli macam macam, saya syorkan untuk cuba menyimpan dengan cara beli emas.

Alang alang tu, terus jadikan sebagai pelaburan untuk masa depan.

Bagusnya simpan emas ni harganya stabil. Kadang tu ada masanya harga emas rendah, tapi ia tak merugikan sebab aset emas ni harganya akan kembali normal dan sentiasa menaik untuk jangkamasa panjang.

Jika tak ada modal yang banyak, mulakan dulu dengan simpanan emas yang sedikit. Ada je RM100 kita dah boleh mula buka akaun emas dengan Public Gold. Kalau ada kemampuan lebih sikit, terus simpan at least satu gram emas setiap bulan daripada gaji.

Harga emas hari ni RM 271/gram. Cukup setahun paling koman kita dah ada 12 gram emas dalam tangan. Bersamaan RM3,252. Tu tak kira lagi kalau harga emas makin naik.

Untung sangat bagi yang mula menyimpan awal sebab simpanan emas ni kita boleh gunakan sebagai modal nak berniaga, bayar deposit rumah atau simpanan untuk yuran pendidikan anak anak nanti.

Terdapat banyak lagi keistimewaan dan manfaat menyimpan emas. Kalian boleh belajar terus di website saya

▶️ https://publicgoldofficial.com/ahmadluqman

Jika nak bertanya sendiri apa apa soalan tentang emas atau nak mulakan simpanan emas, contact saja team saya bila bila masa ya

https://bit.ly/belajarsimpanemas
👍344👏3
😱 Anak terkena sengatan lebah? 😱

Jangan biarkan bila anak terkena sengatan lebah ‼️

Dia berisiko untuk mengalami anaphylaxis

Bahaya ke anaphylaxis tu? 🤔

Bahaya! Ia adalah reaksi alahan pada alergen yang teruk hingga boleh membawa maut 😥

Tolong lakukan 4 langkah ni segera:

🐝 Cabut penyengat yang tertinggal di tempat sengatan dengan menggunakan penyepit

🐝 Bersihkan bahagian yang disengat tadi dengan air dan sabun kemudian tuamkan dengan ais untuk kurangkan kesan bengkak

🐝 Suapkan ubat paracetamol

Ia mengurangkan kesakitan anak

🐝 Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin

Link ke Telegram Dr ALB:
➡️ https://t.me/notaALB
👍47🥰1