Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)
51.3K subscribers
303 photos
26 videos
1 file
685 links
Suka berkongsi ilmu best tentang kesihatan kanak-kanak dan formula parenting paling penting yang mak ayah semua wajib kuasai.
Download Telegram
54👍2😁1
Sebelum si kecil tu masuk tidur..

🌟 peluklah tubuhnya terlebih dulu
🌟 usap ubun ubunnya
🌟 malapkan lampu di tempat tidurnya
🌟 ceritakan kisah Para Nabi dan orang soleh atau kisah orang orang yang berjaya
🌟 bacakanlah doa dan ayat ayat Al Quran

🚫 Elakkan anak bermain gadget atau menonton TV beberapa jam sebelum masuk tidur.

Tak pasal pasal nanti mata anak masih terkebil kebil tak boleh tidur sebab 'blue light' daripada gadget tu dah buatkan anak jadi susah tidur
😔

Sertai Telegram Dr ALB:
➡️ https://t.me/notaALB
👍42🥰215😢3
Anak susah nak dengar arahan?

Tak semestinya perkara ni terjadi disebabkan anak degil dan melawan.

Adakalanya berlaku kerana kesalahan pada gaya kita sendiri masa berikan arahan. 😓

Anak sebenarnya lebih mudah untuk dengar cakap kita bila:

☀️ kita berikan arahan secara ringkas dan jelas

Jangankan si kecil, kita yang dewasa ni pun kadang kadang 'blur' bila menerima terlalu banyak arahan dalam satu satu masa.

☀️ nyatakan sebab (reason) bila kita arahkan anak buat sesuatu

☀️ bagi arahan dengan nada yang rendah & dalam lebih mudah untuk anak taat, berbanding suara yang nyaring berpanjangan

☀️ banyakkan arahan dalam bentuk ajakan berbanding ugutan

Nak mengarah anak ni pun perlukan pada teknik yang tepat sebab kita nak lahirkan anak taat kerana dia hormat, bukan mengikut sebab dia takut.

Share ilmu ni dengan pasangan masing masing ya. 😊

#notaDrALB

Link ke Telegram Dr ALB:
➡️ https://t.me/notaALB
👍5813🥰8
👍3012😢5
Nak lembutkan hati anak yang keras?

👉 Sesekali amalkan pujian yang terus ke subsconcious mind anak anak

Macam mana tu?

🌺 Panggillah anak kita dengan panggilan yang boleh menyentuh hati mereka

Contohnya:

"Abang yang baik hati, jom tolong ibu kemas ruang tamu ni."

"Sayang, mari sini mandi cepat."

Minda separa sedar anak kita tu sebenarnya sangat dahagakan pujian serta kasih sayang dari mak ayah tau.

Gunakanlah apa saja panggilan yang baik, asalkan penuh dengan rasa kasih sayang. 🥰

Jom sertai ribuan mak ayah yang hebat di Telegram Dr ALB:
➡️ https://t.me/notaALB
49👍29🥰7👏1
🤕 Si kecil mengadu gatal di bahagian dubur? 🤕

Jika mak ayah terlihat anak asyik tergaru garu bahagian dubur, dia sebenarnya mungkin

👉 terkena jangkitan cacing

Dia juga mungkin akan

✅️ selalu nampak keletihan
✅️ tak berselera nak makan
✅️ loya
✅️ sakit perut
✅️ kegelisahan
✅️ susah nak tidur
✅️ mengalami penurunan berat badan

Nampak je tanda tanda macam ni, teruslah bawa si kecil untuk pemeriksaan & dapatkan rawatan ubat cacing. 🌟

#notaDrALB
👍66😱19🥰5🤯3
😔 Susah nak latih anak gosok gigi?

“Adik, cepatlah pergi gosok gigi.”

Adakalanya si kecil tu liat benar bila disuruh-suruh begini.

Jadi ada baiknya sesekali kita ubah daripada gunakan ayat suruhan kepada

🧸 teknik demonstrasi

“Adik, cuba tengok ibu gosok gigi ni. Bestnya! Adik jom la join ibu gosok gigi sama sama.”

Jangan pelik kalau si kecil tu lebih mudah nak dengar cakap bila kita amalkan Teknik demonstrasi ni tau.

Memang dah jadi fitrah anak anak.

Mereka sebenarnya lebih suka meniru apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar.
😊

Jom sertai Telegram Dr ALB:
➡️ https://t.me/notaALB
👍72🥰115🤩5😱2👏1
😍 Nak lembutkan hati anak anak? 😍

👉 Masa kita doakan untuk si kecil tu, banyakkanlah sebut salah satu nama Allah ni

Ya Latiff

Maksudnya yang Maha Lembut

👉 Atau kerapkan ulang ayat ke 19 dari Surah As Syura ni

ٱللَّهُ لَطِيفُۢ بِعِبَادِهِۦ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُۖ وَهُوَ ٱلۡقَوِيُّ ٱلۡعَزِيزُ

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya;

Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

🌱 Waktu masakkan makanan untuk keluarga, kita bacakan ayat ni.

🌱 Bila duduk sama sama, usaplah ubun ubun si kecil tu sambil amalkan ayat ni.

InsyaAllah sedikit demi sedikit anak kesayangan kita tu akan berubah jadi lebih tenang, lembut hatinya dan lebih mudah nak dengar nasihat mak ayah dia.

Link ke Telegram Dr ALB:
➡️ https://t.me/notaALB
80👍42🥰18😁1
🥰9839👍26
Pasangan susah nak berhenti merokok? 😕

Tolong kongsikan pada pasangan kita:

👶 Bayi yang terdedah pada asap dan debu habuk rokok ni sangat berisiko untuk meninggal secara tiba-tiba!

🧱 Ni lah situasi yang dinamakan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)

🧱 Kesian sangat pada si comel tu sebab si comel yang mengalami SIDS ni kita nampak sihat walafiat je namun tiba-tiba meninggal dunia tanpa sebab 😭

🧱 Selalunya SIDS berlaku semasa tidur

Harap-harap pasangan yang sayangkan anak akan cari jugak jalan untuk berhenti merokok lepas dah tahu tentang fakta ni 😊

Jom sertai Telegram Dr ALB:
➡️ https://t.me/notaALB
👍63😢307🤯5😁4🔥2👎1🥰1
😓 Suka marah marah anak? 😓

Bahaya bila kita terlalu kerap gunakan emosi berlebihan dalam mendidik anak sebab lama kelamaan anak kecil kita akan mula rasa

😭 Tak selamat

😭 TRUST anak pada kita jadi hancur


Dan akhirnya dia akan bertindakbalas dengan 3F ni

💔 Fight (dia akan mula melawan)
💔 Flight (dia akan jadi seorang yang penakut dan pasif)
💔 Freeze (anak akan jadi konfius dan suka mendiamkan diri)

Bukan tak boleh nak marah anak tapi pastikan tak berlebihan sehingga membahayakan perkembangan minda si kecil kita.

Sertai Telegram Dr ALB:
➡️ https://t.me/notaALB
👍179😢11630😱7🔥2
134👍17🥰13
Alhamdulillah syukur. Hari ni masuk hari kedua Allah rezekikan bayi ini untuk hadir ke dalam keluarga kami.

Saya mohon doa daripada semua ahli keluarga Telegram Dr ALB semoga si comel ini membesar jadi anak yang soleh dan bakal memberikan banyak kebaikan kepada orang lain.

Amin. 🤲🏻

Terima kasih tolong doakan ya. 😊
429🥰74👍62🎉15
😥 Si kecil demam tapi susah nak makan ubat demam? 😥

Mak ayah boleh cuba gunakan suppository (supp) Paracetamol untuk anak yang

🥀 muntah tiap kali disuapkan ubat
🥀 atau ketika si kecil sedang tidur

Cara ni lebih mudah sebab ubat supp PCM ni boleh dimasukkan terus ke dalam dubur

Dos nya bagaimana doktor? 🤔

👶 Bagi si comel berumur 6 bulan - 4 tahun:

1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari

👶 Bagi si kecil berumur 5 - 8 tahun:

2 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari, atau pun berikan 1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari

👶 Bagi anak berumur 8 - 12 tahun:

2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari

Semoga ilmu penting ni akan mudahkan mak ayah semua merawat anak yang sedang demam di rumah 😉

Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ https://t.me/notaALB
👍57🥰145🔥2
Ni contoh ubat suppository PCM ni tau.
👍55
Petang ni. 10 minit sebelum maghrib nanti, panggillah anak anak kita semua ya.

Duduk bersila sama-sama.

Minta ayah alunkan bacaan doa akhir tahun ni. Kemudian lepas azan Maghrib, pakat amin kan pulak doa awal tahun baru Hijrah.

Kalau mak nak bacakan pun boleh.

Pandang satu persatu wajah zuriat kesayangan kita tu sambil lintaskan harapan yang baik baik untuk mereka dalam hati kita.

Mudah mudahan tahun mendatang ni akan mendatangkan kesejahteraan dan kebahagiaan yang lebih baik buat keluarga kita semua. 🥰
44👍23🥰1
😰 Anak dah mula ketagih jajan? 😰

Kesiannya bila tengok anak kecil dah disuap dengan jajan yang bermacam jenis

🧠 Padahal perkembangan otak anak kita paling progresif berlaku pada 3 tahun pertama usianya

Tak pasal pasal IQ nya jadi rendah dan bermasalah sepanjang umurnya 😭

Apa kata mak ayah usaha bertukar kepada ‘snack yang lebih berkhasiat’ seperti

🍒 Kismis
🍒 Buah tin yang dikeringkan (dried figs)
🍒 Goji berry
🍒 Dried prune
🍒 Dried apricot

Paling bagus jika kita berjaya dapatkan dried fruit yang tak mengandungi added sugar tau 😉

Jom belajar lebih banyak ilmu premium pemakanan sihat anak kecil di Telegram Dr ALB:
▶️ https://t.me/notaALB
👍5418