219K subscribers
675 photos
599 videos
72 files
944 links
Neelofa Telegram Official
Download Telegram
The next post , saya ambil dari perkongsian hamba Allah. 👇🏽
Orang kaya masuk syurga lebih tinggi darjatnya berbanding Orang miskin, walaupun mereka masuk syurga awal.

Maha Suci Allah, yang tidak mensia-siakan segala amalan hambaNya tak kira miskin atau kaya.

Nabi SAW bersabda,

"Orang-orang miskin dari kalangan kaum muslimin masuk syurga setengah hari (lebih dahulu) sebelum orang-orang kaya. Dan setengah hari itu 500 tahun lamanya."

***Hadits Shahih riwayat Tirmidzi, Lihat kitab Shahîh al-Jâmi' karya al-Albâni.

Dengan syarat mereka menjadi si fakir yang taat dan si miskin yang ahli ibadat. Jika mereka taat, sabar dan kuat imannya,

Maka mereka tergolong dalam hadis ini.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Abu Na’im:

"Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran.”

Kerana orang miskin harus selalu berhati-hati terhadap kemiskinannya.

Hal ini disebabkan keadaannya yang serba kekurangan dapat menggodanya untuk melakukan kemaksiatan bagi memenuhi keperluan hidupnya.

Sebelum itu, jangan ingat orang miskin tak kena hisab. Walaupun tiada harta tetapi Masa kita akan ditanya...

...dimanakah kita gunakan masa semasa hidup.

=====================

Benarkah Orang Kaya mengalami penghisaban yang berat ?

Ya. Jika Orang kaya yang menggunakan hartanya ke arah maksiat.

Bagaimana Orang Kaya yang Dermawan?

Orang kaya yang membawa bebanan semestinya dihisab tetapi jika sebelum dia meninggal dunia...

...harta dia digunakan untuk sedekah, infak ke jalan Allah, bina madrasah, bina masjid, bantu masyarkat dan sebagainya.

Kekayaannya telah di "transfer" ke syurga.

Tiada lagi bebanannya dan memudahkan penghisaban dia. Selamat dia di sana nanti.

***Ceramah Buya Yahya yang bertajuk "Beratnya hisab bagi orang kaya".

=========================

Cuba anda tanya diri sendiri,

Adakah anda tiada bercita-cita langsung untuk menghantar ibu bapa ke Baitullah untuk mengerjakan haji ?

Ibu bapa sanggup bergadai tanah untuk kita berjaya masuk Universiti,

Takkan tiada langsung niat nak bahagia mereka di dalam hati ?

Berapa ramai ibu bapa kita yang sudah mencecah umur 60 tahun masih bekerja ?

Tidak kesiankah kita pada mereka ?

Kita semua tahu, bahawa amal ibadah kita belum tentu Allah SWT terima, tetapi amal kebajikan pasti dan pasti Allah terima.

Sehinggakan, jika kita mati pun segala amal kebajikan yang kita buat semasa hidup setiap masa akan masuk ke dalam saham akhirat kita.

Kemiskinan bukan takdir, dan boleh di ubah.

================

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata,

"Orang kaya yang kebaikannya lebih banyak dari kebaikan orang miskin, derajatnya di syurga lebih tinggi, walaupun lebih lambat masuk surga daripada orang miskin,

Sedangkan orang kaya yang kebaikannya di bawah kebaikan orang miskin, derajatnya di syurga lebih rendah dari orang miskin”.

***Majmû’ Fatâwa 11/21; Lihat juga Majmû’ Fatâwa 11/119.



Sesungguhnya kekayaan dan kemiskinan adalah ujian, barangsiapa menghadapi ujian sesuai dengan yang diperintahkan, maka dia adalah orang yang mulia.

***petikan kata-kata Ustadz Abu Isma’il Muslim al-Atsari.

Imam Al-Ghazali dalam salah satu kitabnya yang terkenal, al-Munqidz min ad-Dalal, menegaskan bahwa zuhud itu menghilangkan kebergantungan hati dengan dunia namun bukan berarti menghilangkannya’.

Semoga Allah memudahkan kita dalam berlumba- lumba mengumpulkan bekalan kebaikan sebanyak-banyaknya..
Channel photo updated
Neelofa
Photo
Rasulullah saw berpesan bersungguh sungguh kepada Fatimah ra.h. “Wahai anak perempuanku, berterusanlah membaca doa ini” Baihaqi daripada Anas.
- perbaikilah segala urusanku ya Allah, perbaikilah segala urusanku kesemuanya.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Maha Merancang
sumber : Tafsir Ibnu Kathier
Sempat lagi ni kalau nak ambik peluang baca selawat ..
moga Allah terima amalan kita 🤲🏼🤍
theres one hadith smlm saya baca dgn ustaz haris dalam muntakhab ahadith bahagian kalimah toyyibah , ada persamaan dgn apa yang ustaz dusuki cakap dalam video ni. Kita minta ustaz haris snap and share dalam telegram ni kejap lagi sebab saya takde kitab tu di rumah.
Repost from @meraihredha

Pesan Rasulullah ﷺ kepada Saidina Muaz Bin Jabal agar mengamalkan doa ini setiap kali selesai solat
-Ustaz Wadi Annuar
.
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Allahumma a’innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik

“Ya Allah, bantulah aku atas berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu”
(HR. Abu Dawud & an-Nasai)
credit sikit dekat
Video Editor : Hajjah Neelofa 😂
Salam . Morning all ❤️