219K subscribers
675 photos
599 videos
72 files
944 links
Neelofa Telegram Official
Download Telegram
Untuk motivate diri sendiri and awak sendiri untuk perbanyakkan istighfar.
Next one, nak kena work on how to feel lebih sikit bila beristighfar. Mulut sebut tapi hati tak connect. So how ?
Saya ambil ni daripada : www.tiprezeki.com

Bila kita istighfar, jangan main sebut je “Astaghfirullahalazhim”,  namun tak faham pun maknanya. Makna istighfar mesti diserap ke dalam hati penuh makna dan rasa insaf.
Maknanya “YA ALLAH, AMPUNI DOSAKU”
Bukan itu sahaja, kita kena bayangkan pula dosa yang mana satu yang mahu Allah ampunkan.
Kena ingat, kena rasa dosa yang mana?
Jangan terbayang kat kepala “Allah ampunkan tak dosa aku ni duk istighfar ni?”
Dah kita rasa ragu-ragu dengan istighfar kita memang tak lah Dia nak ampunkan. Allah tidak menerima sebarang doa dari hati yang lalai apatah lagi tak yakin padaNya.
Ini pula perkongsian dari live Prof Muhaya dan Ust Nasrullah.
Ustaz pesan, taubat itu pembuka rezeki, istighfar tu penyelesai segala masalah kerana perisai (penghalang) rezeki tu adalah dosa kita sendiri.
Apabila sebut ASTAGHFIRULLAH.. Ingat 3 perkara..
1. Saya salah
2. Ampuni saya
3. Saya siap untuk belajar. Perbaiki diri.
ya Allah..pilih lah aku...

ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa mengingatiMU..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa takut padaMu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa membaca ayat suci Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa menegakkan agama Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa berjihad dijalan Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa mengamalkan sunnah pesuruh Mu.
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa sujud kepada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa bersyukur kepada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa menunaika solat berjemaah
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa bertakwa kepada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa di redhai Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa menuntut ilmu yg di redhai Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa bertaubat pada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa merasa hina di sisi Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa sabar dgn ujian MU..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa dpt melawan hawa nafsu..
ya Allah,pilihlah aku masuk ke syurga Mu

Source : blogspot
APA KEISTIMEWAAN KHABIB SEHINGGA ALLAH SWT MULIAKAN BELIAU? ALLAH SWT BAGI TAHU DALAM AL-QURAN BAHAWASANYA MANUSIA HANYA DI MULIAKAN DENGAN AGAMA & BERAPA BANYAK DIA SEMPURNAKAN AGAMA DALAM KEHIDUPANNYA SEBANYAK ITULAH ALLAH MEMULIAKAN MANUSIA.
.
Gambar ini adalah gambar pernikahan khabib.. mari kita dengar balik perbualan wartawan dengan beliau...
.
Wartawan: Kenapa wajah isterimu ditutup dengan kain?
Khabbib Nurmagomedov menjawab: "Mohon maaf ini demi menjaga fitnah dari Orang lain. Wajah isteriku cukuplah aku saja yang menikmatinya dan bukan untuk dilihat oleh orang ramai kerana aku sangat menghargainya (isteri)."
.
Lelaki yang faham tentang Agamanya⁣ dan lelaki yang baik agamanya, tidak akan rela jika isterinya menjadi tontonan lelaki lain.. Orang-orang soleh dahulu menyembunyikan isteri-isterinya, sehingga kasut isteri mereka pun mereka akan sorokkan kerana bagi mereka size kasut itu juga aurat (dengan size kasut kita tahu fizikal seseorang wanita). Sayyidatina Fatimahtul Al-Zahra radiAllahuanha anak kesayangan kepada Rasulullah saw adalah ibu kepada perempuan solehah yg menjaga aurat sempurna sehingga Allah swt sendiri pun malu nak melihatnya, oleh kerana ketaatannya menjaga aurat yg sempurna. Tidak ramai sahabat2 Rasulullah saw yg berpeluang melihat anakanda kesayangan Baginda saw ini melainkan diwaktu kecemasan, barulah ada 2,3 org sahabat berpeluang melihat kelibat Fatimahtul Al-Zahra sekali dalam seumur hidup, walaupun rumah Rasulullah saw & rumah Sayyidatina Fatimah sangat dekat. Namun tiada sesiapa yang tahu fizikal Sayyidatina Fatimah walaupun ada riwayat yg mengatakan beliau adalah seorang perempuan yang sangat cantik.
.
Begitu juga seorang wali Allah iaitu Imam Ahmad bin Hambal rahimmatullah juga akan menyorokkan kasut isterinya & jika isterinya sedang berjalan, isterinya kena jalan senyap2 sehingga tidak terdengar oleh tetamunya. Jika cara jalan isterinya berbunyi atau kasutnya tidak disorokkan, kemudian Imam Ahmad akan menegur isterinya lantaran cemburu.. Dan zaman kini, ada juga orang yg memuliakan isteri2 mereka begitu. Keadaan Sunnah ini kita boleh lihat pada isteri-isteri yang orang panggil jemaah tabligh, mereka juga akan menyorokkan kasut-kasut isteri mereka & mereka akan pastikan saat isteri mereka berjalan tidak akan menarik perhatian orang lain untuk memandang mereka. Kerana apa? Kerana mereka menghargai & memuliakan isteri-isteri mereka.
.
Lelaki zaman sekarang berlumba-lumba menayangkan bentuk tubuh badan isteri mereka di khalayak ramai malah lebih menakutkan apabila mereka mengupload di media sosial untuk mendapat tontonan lelaki lain sehingga yang berpakaian separuh bogel pun ada.. Di mana letaknya kehormatan & kemuliaan seorang suami kepada isterinya? Sedangkan badan isterinya diratah beramai2 oleh lelaki diluar sana, perumpamaan utk kita mudah faham, isteri mereka itu untuk dikongsi ramai2 sehingga habis dibogelkan oleh pemikiran iblis mereka.. Tanda Allah swt mencabut kemuliaan wanita itu adalah, dia tidak malu auratnya dipertonton & ditayangkan di khalayak ramai seperti bahagian2 auratnya yg perlu ditutup, wajahnya, tubuh badannya & suaranya sehingga lelaki2 lain dapat membuat koleksi gambar2 & video mereka di phone & di pemikiran seorang lelaki yg bernafsu cara yg salah.
.
Ada tiga macam golongan orang yang Allah haramkan masuk syurga yaitu: ⁣
Peminum arak, orang yang Derhaka kepada orang tua, dan orang yang tidak memiliki sifat cemburu yang menyetujui perkara keji pada keluarganya.” (HR. Ahmad 2: 69)⁣
⁣.
Seperti Khabib dan Isterinya.. Nampak sekali di majlis pernikahannya begitu teguh pegangan agama beliau, ataupun di kehidupan beliau tidak pernah kita nampak Khabib dikelilingi dengan banyak wanita, kehidupan hariannya selalu bersama dengan kawan-kawan lelaki dan ahli keluarganya sahaja.. Dari pernikahannya saja, kita dapat lihat isterinya dimuliakan & isterinya menutup aurat dengan sempurna ikut Sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
.
Kesimpulannya Beliau adalah pemuda yang menjaga kehormatan Agama dan keluarganya. ⁣Memiliki ghiroh yang sangat tinggi dalam membela Agamanya.⁣
⁣.
Semoga Allah Ta'alaa menjaga beliau.. (Marilah kita mendo'akan beliau dengan kebaikan, setidaknya kita semua boleh jadikan beliau contoh pemuda-pemuda Islam yang berpegang teguh dengan islam daripada kita suka dengan golongan2 bintang sukan yg kafir dan artis yg kafir.. Setidaknya kita cuba beralih ke arah yang lebih lebih baik)⁣.
.
Wallahua'lam...

#generasiempayarislam
Salam , good morning.. dah busy to start your day ke ?
I feel like, ini yang ramai kena faham. Ketakutan atau kebergantungan ?


Takut takde duit, takut hilang kerja, takut tak hilang kawan, takut hilang kuasa, takut tak famous. takut.. takut .. takut ..

but do we really rely on Allah bila kita dalam ketakutan. Allah tuhan semesta alam. Yang mentadir seluruh makhlukNya.

لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْض
Yang memiliki segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi

Everytime kita serabut fikirkan masalah dunia , cuba kita sama-sama cari cara untuk bergantung kepada Allah. Salah satunya dgn setting your mind ( berserah diri & usaha ) + doa . Yakin sepenuh hati dgn doa yang dibaca. Mungkin the first few times baca doa susah nak timbul keyakinan, insyaAllah the more you recite the more you’ll believe in it.
*mentadbir
InsyaAllah esok pagi kami di Pertubuhan Kasih Neelofa akan LIVE sempena Maulidur Rasul
Salam.. today memang plan nak go through balik satu buku lama yang saya first2 share contentnya dlm telegram ni . And also nak start a new book “ sempurnakah solatmu ? “

Semoga Allah tingkatkan khusyu dalam solat dgn ilmu baru yang akan diperoleh ni.
Neelofa
Okay first thing saya nak share , cabaran FAHAM & HAFAL makna bacaan SOLAT
Lets go through and revise balik makna bacaan dalam solat .. semua bahan dah saya bagi dalam telegram ni .
Nabi Muhammad SAW bersabda. Kala itu, beliau belum lama telah melakukan Isra-Mi'raj. "Aku telah meninjau surga dan aku dapati kebanyakan penghuninya adalah kaum miskin," demikian sabda beliau.