NOTA & KELAS Teacher Fara
17.1K subscribers
2.94K photos
248 videos
5 files
89 links
Download Telegram
Walaupun kelas tuisyen gaya moden,

Deco gaya moden
Pembelajaran menggunakan teknologi moden

Tetapi bab pembelajaran kita masih mengekalkan cara manual macam zaman persekolahan dulu dulu

Pelajar diberikan buku kerja,
Satu pelajar, satu buku kerja

Setiap bab ada buku kerja

Kalau keseluruhan ada 15 topik,
15 buku kerja pelajar akan dapat

Di dalam buku kerja,

Pelajar wajib mencatat nota sendiri
Pelajar wajib buat latihan

Setiap halaman buku kerja wajib disiapkan
Setiap buku kerja akan disemak.

Disemak dengan menggunakan cop
Cop bewarna merah dan biru.

Tak siap, tak catat dengan lengkap,
Tiada alasan, terus dapat cop MERAH

Tapi kalau siap, kalau nota semua dicatat lengkap
Tanpa cakap banyak, terus dapat cop BIRU

Tak cakap banyak dah.

Sebab bila nak kuasai sesuatu, nak tak nak memang kena “CATAT” sendiri dan kena banyak buat “LATIH TUBI”.

Lagi lagi bila silibus pembelajaran sekarang,
Anak anak belajar mekanisma

Mana boleh terus baca nota ringkas.
Tapi kena catat untuk nampak perkaitan antara topik😍

Di bawah ni,
Video semakan buku kerja oleh pengurus pelajar tuisyen

Teacher Fara,
Antara catatan semasa sesi kelas tuisyen 2026 untuk BAB 1 dan BAB 2!😍

Penuh dengan contengan sebab untuk topik topik awal Sains dan Biologi semuanya melibatkan mekanisma.

Moga semua anak anak pelajar manfaatkan sebaiknya.

Bab kata ibu seorang pelajar asrama ni,
Memang alasan kalau tak boleh skor A.

Sebab, kelas dah lengkap semuanya,

Buku kerja ada
Nota ringkas ada
Nota perkaitan ada
Nota eksperimen ada
Latihan ada
Rakaman pun ad

Semuanya lengkap!
Tinggal nak dengan taknak belajar sahaja.

Apa apa pun tahniah buat semua yang mula awal😍🫶🏻

Teacher Fara,