NOTA & KELAS Teacher Fara✨
15.9K subscribers
3.01K photos
254 videos
6 files
86 links
Download Telegram
Silibus tak susah.

Cuma anak anak, kita sebagai ibuayah dan guru kena “keep” konsisten monitor anak anak. Pastikan anak anak konsisten belajar, mula belajar awal & faham apa yang mereka belajar di setiap darjah mahupun tingkatan.

Kementerian dah susun silibus dimana anak anak kita belajar secara berperingkat macam tangga. Macam drama bersiri.

Ibaratnya kalau keep konsisten tonton setiap episod pertama hingga akhir maka faham lah jalan cerita drama tersebut. Kalau tidak, maka pening & keliru la ktak kita dengan jalan cerita drama tersebut.

Jadi sama juga macam silibus kita.
Belajar secara berperingkat.

SEKOLAH RENDAH : PENGENALAN
SEK MEN RENDAH : KONSEP ASAS
SEK MEN TINGGI : MEKANISMA

Contoh macam topik ni.

Tahun 6
Pengenalan pasal sistem pembiakan.
Lelaki ada zakar & testis

Tingkatan 1
Belajar konsep asas laluan SPERMA

Tingkatan 4
Belajar macam mana SPERMA dihasilkan

Kalau nak compare apa yang zaman kita belajar dan zaman anak anak kita belajar memang lah kita nampak tinggi.

Misalnya

Zaman saya :
FORM 3 baru belajar pasal sistem pembiakan

Zaman selepas tu :
FORM 1 dah belajar pasal sistem pembiakan

Zaman sekarang :
TAHUN 6 dah start belajar pasal sistem pembiakan

Tapi kita tak boleh compare sebegitu sebab zaman dulu dan sekarang sangat berbeza. Anak anak muda sekarang dah terlalu advance. Jadi pengenalan mengenai ilmu sebegini didedahkan awal mengikut peredaran zaman.