NOTA & KELAS Teacher Fara
16.8K subscribers
2.95K photos
250 videos
5 files
88 links
Download Telegram
Alhamdulillah selesai BENGKEL bersama pelajar MRSM😍
SUSAH KE SPM ? #PART 1

Kalau zaman dulu, okay je kalau form 1-3 main main dan tak berapa study sangat. Sebab silibus dulu tak berkait. Jadi kalau pulun last minit still boleh skor cemerlang. Tiada masalah

Tapi untuk silibus sekarang tak boleh dah tau, zaman sekarang memerlukan untuk ibu ayah dan guru keep monitor & pastikan anak anak konsisten belajar. Join extra kelas seminggu sekali @ study sejam saja time weekend pun dah memadai.

Janji konsisten. Sebab kita taknak pelajar lost @ terlupa konsep asas yang mereka dah belajar masa form 1-3. Kalau terlupa memang agak struggle mereka nak catch up nanti sebab silibus berkait.

SUSAH atau SENANG peperiksaan SPM untuk silibus sekarang bergantung pada penguasaan pelajar di tingkatan 1-3. Kalau di peringkat menengah rendah pelajar faham, spm insyaAllah senang sahaja bagi mereka. Malah mereka lebih seronok lagi ada la, sebab tahu secara detail!😍

Sebab masa di FORM 4 & FORM 5 sebenarnya pelajar sambung belajar topik yang sama balik.

Cuba tengok gambar di bawah.

Silibus FORM 1 vs FORM 4 sama saja
Silibus FORM 1 vs FORM 5 sama saja

Cuma di peringkat menengah atas,
Belajar mendalam sikit je.

Jadi ingat tau.
Kena mula awal. Bermula dari FORM 1😍

Teacher Fara,
SPM TAK SUSAH KALAU FAHAM KONSEP FORM 1-3 😍 #PART1

FORM 1 vs FORM 4

Sama saja sebenarnya apa yang dipelajari. Topik yang sama cuma untuk part KONSEP belajar di peringkat menengah rendah, untuk MEKANISMA belajar di peringkat menengah atas.

CONTOH :

FORM 1 : ovari hasilkan ovum
FORM 4: macam mana ovari hasilkan ovum ?