NOTA & KELAS Teacher Fara
17.1K subscribers
2.94K photos
248 videos
5 files
90 links
Download Telegram
SILIBUS KSSM. SUSAH KE ?

SUSAH ANDAI KATA PELAJAR TIDAK MENGUASAI SILIBUS FORM 1-3

SENANG KALAU PELAJAR FAHAM KONSEP FORM 1-3


Tingkatan 1 pelajar didedahkan oleh sistem pembiakan lelaki. Kena hafal dan tahu setiap fungsi nya. Dan masa di tingkatan satu ni, di bahagian testis, pelajar hanya tahu yang testis ni menghasilkan sperma.

Tapi macam mana sperma dihasilkan tu pelajar akan belajar semasa di tingkatan 4 dalam subjek biologi. Masa ni la pelajar akan faham secara mendalam.

Ramai yang ingat, silibus form 1-3 adalah silibus yang berbeza dengan form 4,5. Tapi percaya lah sebenarnya 90% apa yang student belajar semasa lower form, itu juga lah yang mereka akan sambung belajar balik semasa tingkatan 4,5 cuma ianya lebih mendalam (lebih menarik sebenarnya)

Sebab tu bila orang tanya, susah ke tak spm ni, serba salah nak jawab sebab semuanya atas penguasaan pelajar semasa di tingkatan 1-3.

Andai kata semasa di tingkatan 1-3 dah faham konsep, memang insyaAllah boleh dikatakan senang dan student akan rasa best sangat belajar sebab mereka dah faham secara mendalam.

Tapi andai kata form 1-3 tak betul betul faham, biasanya pelajar akan rasa agak terbeban semasa SPM sebab konsep masih lemah.

The best way, mula dari awal. Bila belajar dari awal, ada ruang untuk pelajar menghayati apa yang di pelajari. Ada masa untuk diorang fahamkan sesuatu konsep dan mereka lebih enjoy belajar😍

Nota sebelah kiri ni silibus form 1 tau. Hanya belajar surface sahaja bagi sistem pembiakan lelaki

Yang sebelah kanan silibus form 4. Best. Pelajar akan belajar lebih mendalam sikit tengok macam mana sperma dihasilkan
NOTA & KELAS Teacher Fara
Photo
Pelajar bukan tak faham apa yang mereka belajar , mereka faham. Cuma mereka belum nampak kaitan antara topik dan belum cukup menguasai kemahiran untuk gabungkan segala konsep mereka dah belajar untuk menjawab soalan KBAT.

KBAT adalah kemahiran
Bila sebut “kemahiran”,

Ianya tak boleh dikuasai dalam sekelip mata. Tetapi perlu diasah kemahiran itu.

Kalau sekadar belajar.
Maka makin kerap kita akan dengar ayat

“Jawapan takda pun dalam buku teks”

CONTOH soalan KBAT (dalam bahasa mudah)

KENAPA BILA DEMAM KITA TAK LARAT ?

•Kenapa kita demam ?
• Sebab bila ada patogen masuk,
• Sel darah putih akan hantar signal kata ada patogen masuk

•Jadi otak pun bagi arahan naikkan suhu badan
• Eh kenapa ? Sebab mikroorganisma sensitif pada suhu

•Jadi bila kita demam
•Suhu badan meningkat

•T/balas dalam badan kita melibatkan enzim
•Enzim ni tugas dia mempercepatkan t/b
•Aktiviti enzim ni pula dia dipengaruhi oleh suhu

•Bila suhu tunggi, enzim taknak buat kerja
•Bila enzim taknak buat kerja, t/balas jadi perlahan termasuk la pencernaan makanan

•Jadi bila proses pencernaan lambat, lambat la kanji ditukarkan kepada glukosa. Kuantiti glukosa yang terhasil kurang

• Untuk sel hasilkan tenaga, sel nak kan glukosa dan oksigen

• Jadi bila glukosa kurang, jadi kurang lah tenaga yang dihasilkan

Sebab itulah bila demam kita tak larat.

Ini penerangan bahasa mudah nya untuk student nampak. Dan benda ni senang kalau student betul betul nampak kaitan antara topik. Jawapan ni kena kaitkan 3 subtopik, pencernaan, respirasi sel dan enzim😍

Bio dan sains susah ke ? Tak susah kalau kita nampak kaitan antara topik😍