NOTA & KELAS Teacher Fara
17.1K subscribers
2.94K photos
248 videos
5 files
89 links
Download Telegram
Ada pelajar minta mak ayah belikan tablet sebab nak buat nota cantik cantik. Percayalah, habit nota kita bukan based on gadget best tak best. Tapi atas diri kita.

Kalau kita tak pernah buat nota dan malas,
Bagi la gadget canggih macam mana pun tetap tak jalan.

Tapi kalau kita memang minat,
Bagi la apa pun, kita tetap akan buat nota

Teacher zaman study dulu pun mengajar conteng atas kertas saja😅 Tak kisah pun. Dan percayalah buat nota atas kertas lebih best, laju dan selesa, tak perlu bazir duit nak print dan yang penting tak rosakkan mata.

Kalau masih di zaman sekolah.
Sebaiknya buat nota atas kertas dahulu.

Sebab pdpr dah setengah hari hadap SCREEN. Buat nota guna tablet, nak kena hadap SCREEN lagi.

Itu belum lagi kalau tak biasa buat nota.
Kadang kadang ambil masa sampai 2 jam untuk siapkan nota. Nak kena hadap screen licin lagi. Lama lama akan rasa penat dan give up nak buat nota.

Dan teacher pun sampai sekarang guna gadget hanya untuk mengajar sahaja. Nota untuk diri sendiri masih guna kertas seperti biasa. Sebab lebih cepat dan tak membebankan mata