NOTA PERNIAGAAN TINGKATAN 5πŸ“‹πŸ–‹
3.35K subscribers
29 photos
7 videos
34 files
18 links
β™‘BELAJAR SUKA II
β™‘NOTA RINGKAS
Download Telegram
Sila berikan jawapan anda berdasarkan soalan ini
1. Nyatakan dua sumber pembiayaan yang digunakan bagi situasi drama tersebut? (2 markah)
2. Jelaskan sumber pembiayaan tersebut? (2 markah)
Good luck spm (2021)πŸ˜πŸ’―
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️

jom samaΒ² kita saksikan perkongsian drpd Cikgu Norshahra bagi Kertas 1 dan dan Cikgu Nurliena bagi Kertas 2 di slot Sukses SPM2021-Pecutan SPM bagi mata pelajaran Perniagaan.

πŸ“† : *ISNIN*
πŸ“… : *28 FEB 2022*
⏰ : *K1 2 PETANG, K2 3 PETANG*
πŸ“Ί : *NTV7 saluran 147*

save the date ya kawanΒ²
jangan lupa beritahu kepada semua anak murid dan anak jiran² yang ambil mata pelajaran perniagaan ye 😊.

#jomberjayaduniaakhirat
SOALAN TRIAL PERNIAGAAN MENGIKUT NEGERI 2021(1).zip
85.2 MB
KOLEKSI SOALAN TRIAL PERNIAGAAN + SKEMA MENGIKUT NEGERI 2021

✦ Johor
✦ Kedah
✦ Kelantan
✦ Melaka
✦ Negeri Sembilan
✦ Pahang
✦ Perak
✦ Perlis
✦ Pulau Pinang
✦ Sabah
✦ Sarawak
✦ Selangor
✦ Terengganu

Perkongsian oleh Cikgu Rasid
Nota untuk perniagaan :

Kata kunci
1. - Nyatakan
- Berikan
- Senaraikan

Berikan fakta / isi utama sahaja.
Contoh soalan ;
Nyatakan tiga sumber pembiayaan luaran ( 3m )

2. - Terangkan
- Jelaskan

Berikan fakta dan huraian sahaja mengikut markah.
Contoh soalan ;
Jelaskan tiga jenis penyata pendapatan ( 6m )

3. - Huraikan

Berikan fakta, huraian dan contoh sahaja.
Contoh soalan ;
Huraikan tiga campuran pemasaran ( 9m )

4. - Mengapakah

Berikan fakta / isi dan huraian boleh juga disertakan dengan contoh lebih bagus supaya pendapat anda kelihatan lebih jelas. Sebenarnya kalau soalan’ Mengapakah β€˜ ni lebih kurang soalan β€˜ Kenapa β€˜ yang memerlukan pendapat anda. Kenapa anda rasa begitu begini.

Kalau soalan dia ( 4 markah ) awak bagi la 2 fakta / isi dan 2 huraian nak tambah 2 contoh pon boleh kasi lengkap. Ikut kau lah. Janji ada 2 fakta dan 2 huraian. Settled πŸ‘πŸ».

Contoh soalan ;
Mengapakah Syarikat Sendirian Berhad lebih baik berbanding milikan tunggal ?

Contoh jawapan ;
Syarikat Sendirian Berhad lebih baik berbanding milikan tunggal kerana Syarikat Sendirian Berhad mempunyai modal yang lebih besar berbanding milikan tunggal. Hal ini dikatakan kerana Syarikat Sendirian Berhad mempunyai saham yang boleh diurus niaga kepada saudara mara dan kenalan sahaja. Yang mana pemilik boleh berkongsi modal dengan pemegang saham boleh meringankan beban pemilik syarikat. Blah .. blah

5. - Berikan β€˜ PERBEZAAN β€˜

Gunakan perkataan β€˜ tetapi β€˜ atau β€˜ manakala β€˜ bagi ayat / jadual. Berikan huraian kalau ada contoh lagi bagus.

Credit: Sha / @azura0581