My #HadithTime
10K subscribers
3.22K photos
584 videos
3 files
2.2K links
Sertai Konvensyen MyHadithTime “Prophetic Wellness” pada 6 Disember ini di Setia City Convention Centre:

➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
Download Telegram
➡️ https://vt.tiktok.com/ZSgE6a2wJ/

Ustaz Fazrul vs Ustaz Tirmizi

Kuiz Quran & Konvensyen MyHadithTime “Prophetic Wellness”

Daftar sekarang: https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
➡️ https://vt.tiktok.com/ZSgE6a2wJ/

Ustaz Fazrul vs Ustaz Tirmizi

Kuiz Quran & Konvensyen MyHadithTime “Prophetic Wellness”

Daftar sekarang: https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
SIAPA SEBENARNYA YANG MENYEMBUHKAN?

Buat julung kalinya, Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) membawakan:

KONVENSYEN MY#HADITHTIME 2026
Prophetic Wellness: Who Heals You?

Sebuah konvensyen yang mengangkat panduan kesihatan berteraskan al-Quran dan hadis, dengan menghubungkan keyakinan kepada Allah SWT sebagai Penyembuh serta kepentingan usaha melalui ilmu dan kepakaran perubatan.

Antara yang menarik:
✅ Kompas Prophetic Wellness sebagai panduan kesejahteraan berteraskan al-Quran dan hadis.
✅ Kupasan hadis-hadis penjagaan kesihatan, perubatan dan rawatan.
✅ Perkongsian ilmu bersama ilmuwan al-Quran, hadis dan pakar bidang perubatan.

🗓️ Tarikh: 6 Disember 2026 (Ahad)
🕘 Masa: 8:00AM - 4:30PM
🏛️ Tempat: Setia City Convention Centre, Shah Alam

📘 Konvensyen Hadith ini merupakan sebahagian daripada Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2026

TEMPAT TERHAD!

➡️ Imbas kod QR pada poster atau daftar melalui pautan:

🌐 https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
Alhamdulillah ada 2 peserta dari Brunei yang dah daftar Konvensyen Hadith ini

Tiket early bird tinggal 5 je, rebut sekarang sebelum terlambat
SUNNAH SUJUD SYUKUR

Kata Saidina Abu Bakrah RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَتَاهُ أَمْرٌ يَسُرُّهُ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شُكْرًا لِلَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى

Jika datang kepada Nabi SAW perkara yang menggembirakan baginda ataupun baginda diberitahu khabar gembira dengan perkara tersebut, baginda akan sujud sebagai tanda syukur kepada Allah.

(Sunan Ibn Majah, no. 1394, dinilai Hasan Lighayrihi oleh al-Arnaut)

1. Sujud syukur mesti dilakukan sebaik saja selepas menerima berita nikmat. Jika ditangguh pada waktu yang panjang, maka ia akan luput. Ini kerana dalam hadis menyebutkan Rasulullah SAW sejurus selepas baginda menerima berita gembira.

2. Dianjurkan untuk membaca zikir sujud dalam solat ketika melakukan sujud syukur.

3. Digalakkan juga agar ditambah dengan lafaz yang menunjukkan kesyukuran kepada Allah seperti lafaz Alhamdulillah dan doa.

4. Hadis ini menggalakkan umat Islam supaya segera menzahirkan kesyukuran dan pujian kepada Allah SWT apabila menerima nikmat atau kurniaan baharu

Semoga Allah mendidik kita agar bersyukur atas nikmat-Nya.

=====

Daftar sekarang ke Konvensyen Hadith "Prophetic Wellness":
https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
➡️ https://vt.tiktok.com/ZSpJvrkrd/

Kurangnya program hadis di Malaysia berbanding program al-Quran

Lebih-lebih lagi di media sosial sekarang ini banyak tersebar hadis-hadis yang tidak diketahui sumbernya

Oleh yang demikian, 6 Disember ini kami akan anjurkan Konvensyen My#HadithTime "Prophetic Wellness"

Ayuh berikan sokongan anda dan daftar segera ke Konvensyen My#HadithTime

Klik: https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
Bayar Gaji Sebelum Peluhnya Kering
=====
1. Betapa Rasulullah menekankan hak kebajikan para pekerja sehingga Baginda memerintahkan para sahabat agar segera membayar gaji orang yang disuruh untuk melakukan kerja buat mereka. Sabda Rasulullah:

أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ ، قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

“Berikan para pekerja upah (gaji) mereka, sebelum peluhnya kering.” (HR Ibn Majah)

2. al-Imam Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa melalui hadis ini Rasulullah meminta para majikan agar segera melunaskan bayaran gaji buat pekerja mereka. Kata beliau:

وَالْمُرَادُ مِنْهُ الْمُبَالَغَةُ فِي إِسْرَاعِ الْإِعْطَاءِ وَتَرْكِ الْإِمْطَالِ فِي الْإِيفَاءِ

“Dan yang dimaksudkan (oleh Rasulullah di sini ialah) segera membayar upah pekerja dan meninggalkan dari bertangguh-tangguh dalam menyempurnakannnya.” (Mirqah al-Mafatih)

3. Malah al-Imam al-Munawi menegaskan bahawa haram hukumnya bagi seseorang majikan dengan sengaja melambat-lambatkan bayaran gaji pekerjanya. Kata al-Munawi:

إذ كان ثمن مهجته لا ثمن سلعته فيحرم مطله والتسويف به مع القدرة

“Oleh kerana harga jiwanya (penat lelahnya) bukanlah harga barang dagangannya, maka dilarang menangguhkan atau berlengah-lengah dengannya apabila mampu membayar.” (Fayad al-Qadir)

4. Bahkan dalam sebuah hadis yang lain pula Rasulullah menegaskan bahawa Baginda akan menjadi musuh kepada majikan yang zalim. Sabda Rasulullah:

ثَلاَثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ… وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِ أَجْرَهُ

“Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuh-Ku pada hari Kiamat… (salah satunya ialah) orang yang meminta orang lain melaksanakan kerja untuknya, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya, upahnya tidak dibayarkan.”

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====

Ayuh daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime “Prophetic Wellness” pada 6 Disember ini:

➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
➡️ https://vt.tiktok.com/ZSp8SxhY2/

Doktor perubatan tapi promosi ujian personaliti, love languages dan New Age Movement?


=====

Daftar sekarang ke Konvensyen Hadith "Prophetic Wellness":
https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
https://www.instagram.com/reel/DfRpYk-Bq0v/?srtk=MXV5bWd0bHMxdTYxdw==

Doktor perubatan tapi promosi ujian personaliti, love languages dan New Age Movement?
UCAPKAN KATA-KATA INI KEPADA ORANG SAKIT

لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

La Ba'sa Tohurun InsyaAllah

Maksudnya: "Tidak mengapa, semoga sakit ini menghapuskan dosamu, insya-Allah."

Apa hadisnya?

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أَعْرَابِيٍّ يَعُودُهُ، قَالَ: وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ عَلَى مَرِيضٍ يَعُودُهُ قَالَ: «لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ» فَقَالَ لَهُ: «لاَ بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ»

Abdullah bin Abbas RA meriwayatkan bahawa apabila Nabi SAW menziarahi orang sakit, Baginda akan ucapkan:

لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

"Tidak mengapa, semoga sakit ini menghapuskan dosamu, insya-Allah."

(Sahih al-Bukhari, no. 3616)

Maksud lafaz ini:

Penyakit tersebut tidak berbahaya dan penyakit ini akan membersihkan dosa-dosa si pesakit. Lafaz seperti ini membuka ruang kepada pesakit untuk berbaik sangka dengan Allah dengan menyakini bahawa setiap musibah yang Allah berikan itu tidak sia-sia.

Penyakit ini menghalang pesakit daripada melakukan maksiat yang boleh dilakukan ketika sihat.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

=====

Ayuh daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime “Prophetic Wellness” pada 6 Disember ini:

➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
➡️ https://www.instagram.com/reel/DfTkYNvhwJc/?exln=bDVvZ2VlNm4wa3h1

Kenapa Nabi beri nasihat perubatan dan kesihatan kepada para sahabat?

-Dr Akmalludin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM-