My #HadithTime
10.1K subscribers
3.19K photos
575 videos
3 files
2.14K links
Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda:
https://mylink.la/myhadithtime
Download Telegram
Jumuah mubarakah!

Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan untuk My#HadithTime

💰 Dana Terkumpul: RM 6,156
👥 145 penyumbang setakat ini

Kami membuka peluang untuk tuan/puan terus menyokong usaha dakwah ini melalui sumbangan serendah RM10.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham pahala yang berterusan sehingga di akhirat kelak.

➡️ Sumbang di sini: https://myhadithtime-konvensyen-2026.netlify.app/
Kepentingan Kawan Yang Baik
=====
1. Dalam hadis Rasulullah berpesan bahawa seorang kawan itu akan mempunyai pengaruh terhadap kawannya yang lain terutama dalam perihal keagamaan. Sabda Rasulullah:

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِطُ. وَقَالَ مُؤَمَّلٌ: مَنْ يُخَالِلُ

"Sesungguhnya seseorang itu berada di atas agama kawannya. Maka perhatikanlah seorang dari kamu semua dengan siapa dia berkawan." (HR Ahmad)

2. Begitu juga dengan anak-anak kita. Perhatikan dengan siapakan mereka berkawan. Atas dasar itu al-Imam al-Ghazali menegaskan bahawa prinsip asas dalam pembentukan anak adalah mengelakkan mereka dari bertemu dengan pengaruh yang tidak baik. Kata al-Ghazali:

أَصْلُ تَأْدِيبِ الصِّبْيَانِ الْحِفْظُ مِنْ قُرَنَاءِ السُوْء

"Asas dalam pendidikan adab seorang anak ialah menjaga mereka dari kawan-kawan yang tidak elok." (Ihya Ulumuddin)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://mylink.la/myhadithtime
Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan untuk My#HadithTime

💰 Dana Terkumpul: RM 6,416
👥 155 penyumbang setakat ini

Kami membuka peluang untuk tuan/puan terus menyokong usaha dakwah ini melalui sumbangan serendah RM10.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham pahala yang berterusan sehingga di akhirat kelak.

➡️ Sumbang di sini: https://myhadithtime-konvensyen-2026.netlify.app/
Dulu umat Islam paling banyak menghasilkan buku di dunia!

Penyalin buku di Perpustakaan Baitul Hikmah Baghdad lebih ramai daripada seluruh England.

Sungguh ajaib transformasi bangsa Arab dan umat Islam selepas turunnya al-Quran.

Ajar

➡️ https://youtube.com/shorts/62gxgPZ4Cas?si=890kJo0vYfHcN3J4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dulu umat Islam paling banyak menghasilkan buku di dunia!

Penyalin buku di Perpustakaan Baitul Hikmah Baghdad lebih ramai daripada seluruh England.

Sungguh ajaib transformasi bangsa Arab dan umat Islam selepas turunnya al-Quran.

Ajar

➡️ https://youtube.com/shorts/62gxgPZ4Cas?si=890kJo0vYfHcN3J4
Buat julung kalinya kami akan mengadakan Konvensyen My #HadithTime tidak lama lagi insya-Allah

Jemput sertai grup whatsapp waiting list:
https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf
Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan untuk My#HadithTime

💰 Dana Terkumpul: RM 6,539
👥 163 penyumbang setakat ini

Kami membuka peluang untuk tuan/puan terus menyokong usaha dakwah ini melalui sumbangan serendah RM10.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham pahala yang berterusan sehingga di akhirat kelak.

➡️ Sumbang di sini: https://myhadithtime-konvensyen-2026.netlify.app/
BISMILLAH SEBELUM MAKAN

Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

Apabila seseorang daripada kamu hendak mula makan, bacalah: Bismillah (Dengan nama Allah). Jika terlupa membacanya ketika hendak mula makan, maka bacalah: Bismillahi fi awwalihi wa akhirihi (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)

(Jami' al-Tirmizi, no. 1858, Hasan Sahih)

1. Galakan menyebut Bismillah ini merangkumi ketika minum juga.

2. Antara hikmahnya adalah supaya makanan itu terpelihara daripada dicuri oleh syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ، فَذَكَرَ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ، وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ، فَلَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ

"Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan ketika hendak makan, syaitan berkata kepada kawan-kawannya: Tiada tempat tinggal dan tiada makanan untuk kamu. Apabila seseorang itu masuk ke dalam rumah, tidak menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata: Kamu telah dapat tempat tinggal dan makanan."

(Sahih Muslim, no. 2018)

Semoga Allah memelihara kita.

https://mylink.la/myhadithtime