My #HadithTime
10.1K subscribers
3.19K photos
571 videos
3 files
2.12K links
Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda:
https://mylink.la/myhadithtime
Download Telegram
Assalamualaikum semua. Jemput subscribe & sebarkan channel Youtube myhadithtime

Bantu kami capai 20k subscribers.

Moga Allah kurniakan kebaikan
Terima kasih banyak-banyak. Jazakumullahu khayra

Klik ➡️ https://youtu.be/G1jUULadUhQ?si=QkC_ptlJqdEmrPfu
APABILA SESUATU TAK JADI SEPERTI YANG KITA MAHU

Apabila sesuatu berlaku tak seperti yang kita kehendaki, sunnah untuk kita menyebut:
"Qaddarallahu Wa Mashaa Fa'al"

Ini berdasarkan sebuah hadis, Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَّرَ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

Jika sesuatu yang tidak elok dan tidak disukai menimpa kamu, janganlah berkata: "Kalaulah aku lakukan sebegini maka akan berlaku begini". Tetapi ucapkanlah: (Qaddarallahu Wa Mashaa Fa'al) "Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki". Kerana sesungguhnya perkataan 'kalaulah' akan membuka ruang kepada syaitan.

(Sahih Muslim, no. 2664 & Sunan Ibn Majah, no. 79)

Ungkapan ini mengajar kita reda dengan ketentuan Allah SWT setelah berusaha dan tidak mempertikaikan takdir.

Ini kerana tiada guna mempertikaikan takdir. Allah SWT tetap Maha Berkuasa dan hamba-Nya tetap terikat dengan ketentuan-Nya.

Semoga Allah SWT membimbing kita agar sentiasa reda dengan takdir-Nya.

https://mylink.la/myhadithtime
Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan untuk My#HadithTime

💰 Dana Terkumpul: RM 5,476
👥 113 penyumbang setakat ini

Kami membuka peluang untuk tuan/puan terus menyokong usaha dakwah ini melalui sumbangan serendah RM10.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham pahala yang berterusan sehingga di akhirat kelak.

➡️ Sumbang di sini: https://myhadithtime-konvensyen-2026.netlify.app/
Forwarded from World #QuranHour 2026
8 HARI LAGI!

Ayuh sertai Malaysia #QuranHour 2026!

Hulurkan tangan, kita Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera dengan menghayati getaran makna Surah al-Muzzammil & Al-Balad demi membina negara yang bersatu berpandukan wahyu.

PENDAFTARAN FIZIKAL MQH 2026 : https://ezy.la/MQH2026

HOTSPOT MQH 2026 : https://ezy.la/HOTSPOTMQH2026

BAHAN PROMO MQH 2026 : https://ezy.la/PROMOMQH2026

Malaysia #QuranHour
#BuatKeranaAllah
#MindsetAlQuran
#BacaFahamAmal
#OperatingSystemAlQuran
MENCINTAI RASULULLAH AKAN MEMBAWA KE SYURGA

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menggambarkan bahawa seseorang yang benar-benar mencintai Baginda akan bersama Baginda di syurga nanti.

Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan:

أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ السَّاعَةِ، فَقَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟

Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: “Bilakah akan berlaku hari kiamat?”

قَالَ: «وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا».

Jawab Baginda: “Apakah yang kamu sediakan untuk hari kiamat?”

قَالَ: لاَ شَيْءَ، إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،

Lelaki itu berkata: “Tiada apa melainkan saya mencintai Allah dan Rasul-Nya SAW.”

فَقَالَ: «أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ».

Maka Rasulullah bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.”

Anas berkata:

قفَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ، فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ»

“Kami tidak pernah rasa sangat gembira seperti gembiranya mendengar hadis ini: Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.”

Anas berkata lagi:

«فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ، وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ»

"Saya mencintai Rasulullah, Abu Bakar dan Umar. Saya berharap akan dapat bersama mereka di syurga kelak sekalipun saya tidak mempunyai amalan seperti mereka.”

(Sahih al-Bukhari, no. 3688)

Tanda cinta kepada Rasulullah adalah dengan mengamalkan apa yang Baginda perintahkan dan meninggalkan apa yang Baginda larang.

Semoga Allah membimbing kita untuk meneladani Rasulullah SAW.
https://mylink.la/myhadithtime
Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan untuk My#HadithTime

💰 Dana Terkumpul: RM 5,571
👥 123 penyumbang setakat ini

Kami membuka peluang untuk tuan/puan terus menyokong usaha dakwah ini melalui sumbangan serendah RM10.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham pahala yang berterusan sehingga di akhirat kelak.

➡️ Sumbang di sini: https://myhadithtime-konvensyen-2026.netlify.app/
Forwarded from World #QuranHour 2026
Ayuh bersama Malaysia #QuranHour, menghayati Surah al-Muzzammil dan Surah al-Balad.

30 Ogos 2026 (Ahad)
12:00PM- 1:00PM

Di Masjid Al Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur

Atau laksanakan di mana-mana sahaja anda berada.

Rebut peluang keemasan selama 1 jam ini, untuk menghayati nilai dan makna kemerdekaan.

Malaysia #QuranHour 2026 — Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera!

Malaysia #QuranHour
#BuatKeranaAllah
#MindsetAlQuran
#BacaFahamAmal
#OperatingSystemAlQuran
MENCINTAI RASULULLAH MELEBIHI SEMUA ORANG

Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدَكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia lebih mencintaiku berbanding ibu ayahnya, anaknya dan seluruh manusia."

(Sahih al-Bukhari, no. 15)

Mari buktikan cinta dan kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW dengan mengikuti teladan Baginda dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Semoga Allah menambah rasa cinta kita terhadap Rasulullah SAW dan membimbing kita agar dapat meneladani Baginda.

https://mylink.la/myhadithtime
Forwarded from World #QuranHour 2026
Alhamdulillah KeBawah DYMM Raja Permaisuri Agung berangkat ke Malaysia #QuranHour

Ayuh bersama:
1. Datang ke lokasi perdana atau,
2. Datang ke lokasi terdekat mengikut negeri atau,
3. Ikuti di TV1 RTM, TV Alhijrah dan TV stesen lain atau social media dari mana sahaja anda berada.

Sekiranya dalam perjalanan, berhenti sejenak sebelum zohor dan bersama gemakan Surah Al Muzzammil dan Al Balad.

INFO: Malaysia #QuranHour
PENDAFTARAN FIZIKAL MQH 2026 : https://ezy.la/MQH2026
HOTSPOT MQH 2026 : https://ezy.la/HOTSPOTMQH2026
BAHAN PROMO MQH 2026 :
https://ezy.la/PROMOMQH2026

Malaysia #QuranHour
#BuatKeranaAllah
#MindsetAlQuran
#BacaFahamAmal
#OperatingSystemAlQuran