Forwarded from Volunteer@MyCARE
✋🏻TRAINING OF VOLUNTEER (TOV) 2024🤚🏻
Alhamdulillah, seramai 37 orang peserta telah mengikuti Training of Volunteer (TOV) anjuran MyCARE HQ pada 11 Mei 2024 yang lalu.
TOV kembali lagi setelah setahun lebih tertangguh ekoran kerja-kerja pengubahsuaian pejabat MyCARE sejak Disember 2022, dan kali ini turut disertai oleh barisan fasilitator berpengalaman, yang sebahagiannya juga merupakan alumni TOV 2022.
Melalui TOV ini, peserta dapat mengetahui lebih mendalam tentang MyCARE beserta peranan yang boleh diceburi sukarelawan bersama MyCARE. Tambahan topik berkenaan Core Humanitarian Standard (CHS) dan Child Safeguarding Policy menambah pengetahuan sukarelawan dalam penglibatan sebagai seorang sukarelawan.
Bersempena kempen MyQurbani 1445H, peserta dilibatkan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan bagi membincangkan dan mengeluarkan idea menarik supaya dapat bersama menggerakkan kempen ini. Pengendalian aktiviti ini telah menambah kefahaman dan penghayatan bukan sahaja para penyampai dan fasilitator malahan peserta juga, melalui pelbagai pendekatan baru dan menarik dalam dunia kesukarelawanan.
Program diakhiri dengan sesi bergambar dan rantaian maklum balas yang memberangsangkan daripada kalangan peserta.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian yang disampaikan telah memberi impak positif buat para peserta dalam menambah pengetahuan masing-masing untuk menyumbang dalam relung kemanusiaan ini.
SYABAS & TAHNIAH! Semoga kita berjumpa di lapangan pula. InsyaAllah.
Mari bersama-sama juga memperkasakan aktiviti para sukarelawan dengan menyumbang di
📌 https://mycare.qrd.by/volunteerfund
Ingin menjadi sukarelawan? Daftar di sini👇🏻
https://www.mycare.org.my/get-involved/
Ayuh sama-sama bantu juga sebarkan posting ini ya!😍😍😍
#TOV #Training #LatihanKesukarelawanan #LatihanInduksi #SukarelawanMalaysia
#KamiSquadMyCARE

MyCARE mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada warga pendidik di seluruh Malaysia tidak kira di mana anda berada; di pedalaman, di desa mahupun di kotaraya.
Penghargaan khas kami ucapkan kepada para pendidik di Learning Centre MyCARE di Kulai, Johor, Sungai Tekali, Selangor serta Tahfiz Al-Amin di Seri Kembangan, Selangor.
Terima kasih atas perit jerih mendidik anak-anak rentas bangsa dan agama demi melahirkan generasi masa depan yang lebih gemilang.
Jasa dan pengorbanan anda takkan pernah terbalas.
#SelamatHariGuru #MyCARE

SERAMAI 34 ORANG ANAK YATIM TAJAAN DI PALESTIN BERJAYA DITEMUI
Sejak Taufan Al-Aqsa melanda Palestin pada 7 Oktober 2023, anak yatim Palestin di bawah Projek Penajaan Anak Yatim MyCARE telah menghadapi realiti perang yang pahit. Hari ini, MyCARE berbesar hati untuk berkongsi dengan Para Penaja bahawa seramai 34 orang anak tajaan ini telah berjaya dikesan dan dipastikan keselamatannya.
Alhamdulillah, sumbangan daripada Para Penaja telah disalurkan kepada anak-anak ini melalui rakan NGO pelaksana di Palestin. Oleh itu, MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan serta ruang masa yang telah diberikan oleh Para Penaja semenjak krisis perang berlaku di Palestin. Penajaan Para Penaja untuk anak-anak ini amat bermakna.
Namun, perjalanan kami tidak berakhir di sini. MyCARE dengan kerjasama rakan NGO di Palestin akan terus menjejaki anak-anak tajaan supaya penyaluran sumbangan dapat dilakukan dan membantu mereka meneruskan kehidupan. Oleh itu, Para Penaja boleh meneruskan pembayaran Penajaan Anak Yatim biasa. Wang tajaan akan diagihkan kepada anak-anak tajaan apabila keadaan sesuai.
Salurkan sumbangan anda kepada Anak Yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/tajayatim
Atau Taja Anak Yatim secara bulanan atau tahunan. Penyumbang yang berniat menaja anak yatim boleh mendaftar di sini:
http://donate.mycare.org.my/sponsorship
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341