MyCARE 🇲🇾
4.48K subscribers
9.49K photos
1K videos
68 files
3.01K links
Saluran informasi terkini mengenai isu-isu kemanusiaan dan pembelaan hak asasi manusia.

MyCARE (729288-P) adalah institusi kemanusiaan Malaysia yang terkehadapan dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan di seluruh negara.

mycare.org.my
fb.me/mycarehq
Download Telegram
Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dengan kerjasama Surau Pusat An-Nur Country Heights (SPANCH) telah menganjurkan Gaza-Inspired Family Hi-Tea pada 18 Februari 2024 bertempat di Hotel Tenera Bangi sebagai program pertama dalam merangka pelan pembangunan jangka panjang bagi membangunkan semula Semenanjung Gaza yang musnah dibom rejim Zionis menerusi program Bina Semula Gaza (BSG).

Majlis dirasmikan oleh Dato' Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Bin Mustapha, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) disaksikan Tuan Hj. Jamaludin Bin Ibrahim (Pengerusi SPANCH) dan Prof Dr. Mohamad Pauzi Bin Zakaria (Pengarah Program BSG).

Forum Gaza-Inspired Family merupakan agenda utama majlis hi-tea ini yang disampaikan oleh barisan panelis hebat iaitu Dr. Hafidzi Mohd Noor (Penasihat Kehormat MyCARE), Dr. Fauziah Mohd Hasan (Ahli Pemegang Amanah MyCARE) dan Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman (CEO CGM) serta dipengerusikan oleh moderator En Khalid bin Jimat.

Pelbagai kisah menarik dari Gaza serta fakta-fakta yang perlu diteladani untuk dimurnikan dalam diri individu, keluarga sehinggalah para pemimpin negara.

Tambahan, kempen BSG bertujuan menyuntik kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang dana bagi membolehkan usaha memulih dan membangunkan semula kemudahan serta infrastruktur asas di Gaza dapat dilakukan segera.

MyCARE mengadakan kerjasama strategik dengan Surau Pusat An-Nur Country Height (SPANCH) bagi menyusun hala tuju pembinaan semula pascaperang di Gaza.

Pelan jangka panjang BSG membabitkan pembinaan infrastruktur (rumah), ekonomi (pertanian), perubatan, rehabilitasi dan pendidikan.

MyCARE bersama SPANCH mengucapkan jutaan terima kasih kepada para hadirin yang telah bersama dalam majlis Gaza-Inspired Family Hi-Tea.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."
Forwarded from Volunteer@MyCARE
#MyPrihatin | Impak ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dirasai oleh sebahagian besar keluarga B40 di Malaysia. 

Bagi meringankan beban mereka, MyCARE meneruskan projek bantuan MyPrihatin ini dengan menyasarkan golongan yang terdiri daripada asnaf, Orang Kelainan Upaya, ibu tunggal dan warga emas.

Kami Squad MyCARE berpecah kepada 5 pasukan iaitu team Ampang-Cheras, team Rawang, team Puchong, team Shah Alam dan team Bangi bagi menyalurkan bantuan kepada keluarga yang paling layak untuk projek pembangunan MyPrihatin ini. Fasa permulaan projek ini akan dijalankan sepanjang 6 bulan pertama 2024. Bentuk bantuan yang akan disalurkan merangkumi bantuan ekonomi dan perniagaan, pendidikan dan bantuan kesihatan atau perubatan.

Untuk pengetahuan, kini kami sedang bergerak dalam proses yang kedua setelah mendapatkan data keluarga daripada pihak yang dipercayai iaitu proses saringan dan temu bual. Proses ini dijalankan bertujuan bagi memastikan setiap maklumat yang diterima adalah sahih dan sekaligus mewujudkan hubungan silaturahim bersama bakal penerima manfaat.

Video menunjukkan proses pembelian oleh sukarelawan MyCARE sendiri dengan membeli barangan berupa barangan keperluan sebagai buah tangan kepada keluarga yang akan disantuni.

Barangan tersebut dibeli dengan wang sumbangan dari #orangbaik yang tidak henti-henti menyokong Kempen MyPrihatin sejak awal pelancaran kempen sehingga sekarang.

Tabung Kempen MyPrihatin sentiasa dibuka kepada tuan puan yang budiman, bagi membantu mereka yang memerlukan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan di bawah 👇
https://mycare.qrd.by/myprihatinvol

Tuan puan juga boleh membaca secara umum akan projek MyPrihatin yang telah dijalankan di laman web rasmi MyCARE 👇
https://www.mycare.org.my

Ikuti perkembangan selanjutnya di @kamisquadmycare
[IKLAN JAWATAN KOSONG]

MyCARE menjemput calon-calon yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan di MyCARE.

Hantarkan CV, salinan kelayakan akademik (yang disahkan), dan gambar berukuran passport ke e-mel: hr@mycare.org.my

Tarikh tutup permohonan 29 Februari 2024. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi cik Sarah di talian 03-8941 2341
Kurang dari 20 hari lagi Ramadan akan tiba.

Adakah kita sudah bersedia? Adakah saudara-saudara kita di Palestin sudah bersedia? Bagaimana pula dengan saudara kita di Syria?

Yang masih mencari sebutir nasi untuk terus hidup. Selepas kemusnahaan dan kekejaman yang dilakukan rejim Assad.

Dalam kita tidak berhenti menyebut tentang Palestin, ayuh berikan juga kegembiraan untuk Syria.

MyCARE menyeru para dermawan sekalian untuk menyantuni anak-anak, ibu-ibu, orang tua dan asnaf di Syria.

Berikan kegembiraan buat mereka seawal 1 Ramadan ini dengan menyumbang Pek Makanan di:
https://mycare.qrd.by/myramadan
https://mycare.qrd.by/myramadan

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau
myramadan@mycare.org.my

#Ramadan #Kita #Nikmat #Bersama #MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #Palestine #Syria #Yemen #Afghanistan
Warkah Dari Anakku : Khabar dari Gaza

Tulislah walaupun dengan debu
Tulislah walaupun dengan darah
Tulislah walaupun dengan air mata

Kertas ini tidak bisu
Kertas ini juga tidak buta
Kertas ini juga tidak tidak sesekali tuli

Terbanglah merentas lautan
Terbanglah merentas benua
Biar dunia tahu isi cerita


Buat julung-julung kalinya, MyCARE mengadakan pementasan teater yang bertajuk Warkah Dari Anakku. Teater ini mengisahkan tentang keadaan kanak-kanak khususnya anak yatim di negara Palestin yang berada dalam krisis peperangan.

Tiket adalah terhad! Sertai kami dalam pementasan yang akan memberi inspirasi dan pengajaran.

Jadikan malam ini sebagai pengalaman yang bermakna untuk anda.

Untuk pembelian tiket, sila layari:

https://mycare.qrd.by/warkahbayar
https://mycare.qrd.by/warkahbayar

Sebarang pertanyaan, hubungi:

Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341