MyCARE 🇲🇾
4.47K subscribers
9.57K photos
1.01K videos
68 files
3.03K links
Saluran informasi terkini mengenai isu-isu kemanusiaan dan pembelaan hak asasi manusia.

MyCARE (729288-P) adalah institusi kemanusiaan Malaysia yang terkehadapan dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan di seluruh negara.

mycare.org.my
fb.me/mycarehq
Download Telegram
Dunia perlu rehat sebentar dari siri keganasan. Terlalu banyak penzalim merakus hak-hak sehingga mereka buta kelembutan.

Happy International Day of Non-violence!
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta keluarga di atas pemergian anakanda tercinta, Allahyarham Hammad Zulkifli.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sumbangan kipas untuk sekolah | Simple Dream | Project No 2
Simple Dream | Project No 2

Sebagai NGO kemanusiaan yang menitik beratkan aspek pendidikan, MyCARE tidak menutup mata perkara-perkara kecil yang boleh menjejaskan pendidikan para pelajar dan guru.

MyCARE berbesar hati memenuhi hasrat 1200 orang pelajar Sekolah Menengah al-Shuja'iya bagi menambah baik suasana pembelajaran.

Setiap hari, para pelajar termasuk guru terpaksa berpanas di dalam kelas kerana tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

MyCARE memasang 30 bilah kipas siling di 15 buah kelas (40 pelajar setiap kelas) dan 2 kipas berdiri di bilik guru dan kakitangan serta sebuah printer.

Sumbangan penambah baikan ini bernilai USD2200.

Semoga para pelajar dan guru lebih selesa dan bersemangat dalam sesi pembelajaran.

Generasi ini adalah generasi yang bakal membangunkan semula Palestin.

Ayuh bersama kami Bina Semula Palestin di:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE yang menjayakan projek ini.

#mycare #gaza #palestin #bantuan #pendidikan
Fasa peralihan monsun dijangka bermula hari ini. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku dalam masa yang singkat yang boleh menyebabkan banjir kilat, tanah runtuh dan kepala air.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca.

Tabung Persediaan Banjir MyCARE diaktifkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Salurkan sumbangan anda di:
https://mycare.qrd.by/bencana
https://mycare.qrd.by/bencana

Sukarelawan MyCARE dalam mode bersiap siaga.

#banjir #malaysia #bencana #mycare