MyCARE 🇲🇾
4.48K subscribers
9.45K photos
995 videos
68 files
3K links
Saluran informasi terkini mengenai isu-isu kemanusiaan dan pembelaan hak asasi manusia.

MyCARE (729288-P) adalah institusi kemanusiaan Malaysia yang terkehadapan dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan di seluruh negara.

mycare.org.my
fb.me/mycarehq
Download Telegram
Ibu pejabat MyCARE menerima kunjungan delegasi Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) yang diketuai oleh YDP BUKM MARA, Ahmad Sofi bin Abdullah dengan tujuan menyerahkan sumbangan bermilai RM80,000 yang disumbangkan oleh kakitangan MARA untuk Palestin.

Para tetamu disambut oleh Dato' Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Bin Mustapha, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bersama CEO MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ahli Lembaga Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hasan dan Puan Norsham Abu Bakar.

Sesi perkongsian keadaan terkini di Gaza serta cara MyCARE menyalurkan sumbangan juga dibincangkan dalam pertemuan ini.

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada delegasi Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) dan kakitangan MARA yang bersama-sama dalam membantu saudara-saudara kita di Gaza, Palestin.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."
Sri Ayesha Islamic School sumbang RM30,700 kepada MyCARE

Sri Ayesha Islamic School telah menganjurkan program 'Together for Tomorrow' bagi mengumpul dana bantuan kepada penduduk Gaza.

Program tersebut telah dihadiri oleh Tuan Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE sebagai penyampai ucaptama.

Majlis serahan mock cheque oleh Pn Noor Azizah binti Abu Hassan, Pengarah Sri Ayesha Islamic School dan disaksikan oleh Ammar Hassan Bin Kamarul Effendi, wakil majlis kepimpinan pelajar kepada Tuan Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE.

MyCARE mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Sri Ayesha Islamic School di atas keprihatinan dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Angka Korban di Gaza Terus Meningkat

Sekurang-kurangnya 19,667 orang telah syahid dalam serangan rejim Zionis ke atas Gaza sejak 7 Oktober menurut angka terbaru dari Kementerian Kesihatan.

Jumlah mereka yang cedera juga meningkat kepada 52,586 orang.

Teruskan sokongan kita kepada rakyat Palestin di Gaza. Salurkan sumbangan anda ke > http://mycare.qrd.by/palestin

Sebar-sebarkan.

#palestine #emergency
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
#OpsIhsan | Bantuan dari Malaysia selamat tiba di El Arish

Alhamdulillah bantuan berupa barang ubat-ubatan dan keperluan musim sejuk telah selamat tiba di El-Arish Mesir petang (19 Disember 2023) waktu Malaysia.

Proses seterusnya adalah proses masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Egyptian Red Crescent.

Kredit Video: Faeez (Serantau Muslim ) & Aizuddin (Global Peace Mission (GPM) Malaysia)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Menjadi ibu tunggal memerlukan kekuatan yang tidak pernah mereka tahu mereka miliki.

Kenali Puan Irawasiah Abidin, seorang ibu tunggal yang luar biasa. Mengimbangkan tanggungjawab membesarkan anak-anak sambil menguruskan perniagaan kecil, kehidupannya mendapat sinar baru apabila beliau merangkul peluang yang ditawarkan oleh program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2023 di Sabah.

Program ini telah mengubah impian-impian Puan Irawasiah menjadi kenyataan. Selepas menghadiri kursus PEKB selama 6 hari 7 malam, beliau pulang dengan semangat, kemahiran dan pengetahuan baru. Dengan peralatan yang lengkap, beliau memperluaskan perniagaannya yang dahulu beliau menganggap mustahil. Beliau menambah produk makanan dan minuman seperti pelbagai jenis roti dan aiskrim ke dalam perniagaannya.

Program PEKB ini bukan sekadar program bagi Puan Irawasiah. Ia menjadi satu peluang untuk memperluaskan perniagaannya dan dapat membantu beliau menyara keluarganya.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Update Misi Kemanusiaan Syria MyCARE - Econsave oleh Ahli Pemegang Amanah MyCRE, Dr Zin Mohd Kandar.

Misi ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan musim sejuk dan pendidikan, serta perasmian SEKOLAH MALAYSIA MyCARE-ECONSAVE oleh Pengurus Besar Econsave, En. Mas Imran Adam yang telah siap dibina dengan kos RM1juta bagi kemudahan pembelajaran anak-anak Pelarian di kem pelarian Al Azaz, Syria.