Tips Emas | Hafizul Hakim
6K members
1.1K photos
17 videos
34 files
476 links
Segalanya tentang emas Public Gold.
Download Telegram
to view and join the conversation
Satu set dinar lebih kurang RM13,000
“Fizul, Public Gold ada jual #cincin tak? Aku nak bagi kejutan kat isteri aku. Lama dah buat seprais. Last kali masa aku cakap ‘i love you’ 10 tahun lepas. Kah kah!”

Haa ini. Klik sini kalau nak beli, https://bit.ly/2KjBfhV. Ada lebih dari 600 item. Beli semua kalau boleh.

Paling syok, ada cashback! Rekomen dengan kawan pun boleh jana income.
Ramai beli emas dan bukak akaun GAP. Offer ada diskaun, mestilah buat tindakan segera! Siap ada free gold card holder pulak tu.
#TipsSimpananEmas

Ada 2 tujuan beli emas:

1. Barang kemas perhiasan
- Item seperti rantai leher, cincin, gelang, bangle.
- Tujuan untuk perhiasan.
- Gold never get old.
- Public Gold ada produk 916 (PG Jewelery) dan Aurora Italia (18 karat).

2. Sebagai simpanan dan pelaburan.
- Item dalam bentuk goldbar dan koin emas (dinar emas).
- Tujuan untuk simpanan atau pelaburan.
- Yang kategori pelabur ni, orang yang beli 100 gram ke atas.
- Beza dengan barang kemas ialah harga per gram jauh lebih murah dan nanti nak jual semula tolak kecil aje pada harga semasa.

Okay, hensem tak info ni. Kalau kacak, tekan like!
Saya dan Rantai Coco
Orang tengah pekena saya di fb. Korang taknak join ke?

Link: https://www.facebook.com/590569571/posts/10159503854464572?s=590569571&sfns=mo
Dear Mr Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta,

“It is with our greatest pleasure to congratulate you with successfully earned yourself an amazing golden trip to Balkan on end of September 2019.”

Syukur Alhamdulillah, layak kali ke-7 berturut-turut.

#PublicGold
Sales Incentive Trip to Balkan
KENAPA SAYA SIMPAN EMAS?

Setiap orang ada alasan tersendiri kenapa mereka simpan emas. Begitu juga dengan saya. Walaupun yang membuka mata saya tentang emas pada permulaannya ialah trend kenaikan harga emas pada 2010, tetapi saya terus membeli walaupun harga dalam trend menurun pada 2012 - 2014.

Kenapa?

Saya beli emas kerana 3 tujuan utama:

(1) FORGOTTEN SAVING

Saya jadikan emas sebagai simpanan untuk dilupakan. Saya rasa simpan emas adalah cara yang sangat berkesan merawat masalah 'tangan yang gatal' menyentuh wang simpanan dari dibelanjakan pada perkara yang kurang penting.

Memang terbukti, sejak 2010 saya tak pernah lagi menjual emas simpanan saya. Hanya "beli, beli, beli" sahaja. Setakat ni tak pernah bocor, alhamdulillah.

(2) NILAI JANGKA PANJANG TERJAMIN

Bila saya faham teori "1 dinar bersamaan 1 ekor kambing", saya tak perlu risau lagi tentang inflasi, kejatuhan ringgit dan apa sahaja bencana ekonomi dan politik.

Emas nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding simpan di bank. 1 dinar terbukti mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang.

Kuasa belinya boleh dikatakan "kekal".

(3) KEKAYAAN DI TANGAN SENDIRI

Bila memiliki emas, kita tak terikat dengan sesiapa. 100% di dalam kawalan kita. Ia dikatakan satu-satunya aset kewangan yang TIADA DALAM SISTEM KEWANGAN.

Dan nilainya berdiri dengan sendirinya.

Tiada sesiapa yang boleh rampas dan membekukan kekayaan itu. Hatta kalau jatuh bangkrup pun, ia masih milik kita. Kalau duit kertas, nilainya terletak pada jaminan dan kekukuhan kerajaan. Pada bila-bila masa nilainya boleh hilang begitu sahaja.

Dengan memiliki emas, saya rasa BEBAS dari kongkongan sesiapa.

Itulah 3 sebab utama kenapa saya simpan emas.

Walaupun 3 sebab itu, pada saya emas hanyalah satu daripada banyak alat kewangan.

Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang kita perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita sebagaimana pesan Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan), at least 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas.

#pengalamandenganemas #simpanemas #forgottensaving #dinardankambing #pelindungkekayaan
Ada empat ketul jongkong emas seberat 250 gram. Berat keseluruhan 1 kilogram emas. Biasanya founder/owner bisnes beli sebanyak ini sebagai dana kecemasan operasi syarikat mereka seandainya dilanda ’musim kemarau’.

Masa perlukan ‘cash on the spot’, aset emas je paling mudah dan cepat dicairkan untuk dapat tunai. Bawak pergi Ar-Rahnu dan tak sampai 15 minit dapat duit untuk selesaikan keperluan.

Haa, siapa punya ni. Cepat ngaku! Kah kah.
#TipsEmas

“Kalau saya beli 1 gram emas setiap bulan, adakah saya dipanggil penyimpan emas atau pelabur emas?”

Jawapan pendek: Penyimpan Emas! Kalau ko beli 100 gram ke atas baru consider sebagai pelabur.