Tips Matematik dan Bahan Pembelajaran
122K subscribers
5.49K photos
540 videos
75 files
4.29K links
Perkongsian tentang isu-isu pendidikan dan cara mudah belajar Matematik.
Download Telegram
Puan Intan pm aku tengahari tadi. Seronok betul baca bila hasil kerja buat kita dapat bantu ramai anak-anak diluar sana.

Anak-anak kalian dah kuasai sifir? Jika belum, dapatkan Ebook Sifirlicious segera di link ini :

www.sifirlicious.com

Nak lagi jimat, grab kombo dengan Modul Pantas Matematik. Jimat RM40 tau. Kombo RM120 sahaja. Ebook Sifirlicious sahaja RM80. Modul Pantas Matematik sahaja RM80. Kombo jimat teruk. Haaa, best!

Ia adalah Ebook, bukan buku fizikal. Ia diemelkan tau. Ia juga disertakan dengan 9 video pengajaran dari saya, ebook, serta latih tubi ringkas. Ini linknya sekali lagi :

www.sifirlicious.com

#MFS
.
10 hari lagi results PPSR (UPSR) akan diumumkan. Mesti calon-calon UPSR semua tengah berdebar kan?

Semoga kejayaan milik kalian, amin.

T.me/MohdFadliSalleh
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah Boleh Di Peroleh Pada 21 November 2019. Calon-calon boleh menyemak keputusan UPSR 2019 dan PASR 2019 secara SMS seperti berikut :

Sumber : KPM

T.me/MohdFadliSalleh
Soalan ini sepatutnya betul dan dapat markah penuh. Rujuk penjelasan saya di bawah ini ya.

T.me/MohdFadliSalleh
Seorang ibu pm aku bertanya kenapa cara ini salah dan tak dapat markah.

Aku lihat dengan teliti, cara ini tiada salah pun. Jawapan pun betul bahkan dipermudahkan dalam bentuk terkecil.

Complete cara anak dia jawab dan patut dapat 2 markah. Cuma mungkin cara yang anak dia tunjuk ini tidak sama dengan cara yang cikgu itu ajar.

Aku beberapa kali menghadiri bengkel penandaan kertas 2 Matematik UPSR, dan aku selalu ditaklimatkan,

"Apa jua jalan kira yang logik, yang bermakna, yang membawa kepada jawapan berdasarkan jalan kira itu, ia diterima.

Walau jalan kira itu tidak diajar dalam buku teks atau tidak diajar di sekolah. Asalkan ada jalan kira yang bermakna, maka patut beri markah.

Penanda kertas perlu meneliti dan memahami bagaimana murid mengira berdasarkan jalan kira yang ditunjukkan murid."

Itu yang aku ditaklimatkan selama ini dan itulah yang aku pegang juga. Jika jalan kira itu aku sendiri tak pernah jumpa, aku akan cuba bertanya pada kawan-kawan lain samada mereka faham atau tidak.

Makna kata, guru-guru pun perlu banyak belajar dan terus menimba ilmu untuk menyesuaikan diri dengan kepelbagaian teknik dan pengiraan oleh murid.

Cuma congak tidak dikira sebagai jalan kira lah. Tiba-tiba ada jawapan ni tak boleh ya tuan puan. Walau anak kita genius macamana pun, perlu tunjuk jalan kerja melainkan soalan itu 1 markah.

Soalan 2 dan 3 markah wajib tunjukkan jalan kerja walau soalan itu mudah dan boleh dicongak. Faham kan?

Untuk kes ini, mungkin guru ini guru baru atau beliau tidak pernah menghadiri bengkel penandaan kertas 2 Matematik. Atau mungkin juga guru bukan opsyen yang kurang memahami konsep yang ditunjukkan. Atau mungkin kecuaian semasa menanda kertas peperiksaan.

Guru juga masih manusia. Kadangkala ada kesilapan tanpa sedar dan cuai juga. Jika berlaku begitu, pergilah jumpa guru tersebut dan minta penjelasan.

Gitu baru cara orang matang dan bertamadun.

#MFS
- Berkongsi ilmu itu tidak mengurangkan -
.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tambah teknik pelengkap puluh.
Join channel Telegram saya untuk lebih tips Matematik ya di link berikut.

t.me/MohdFadliSalleh
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Darab dengan nombor yang ada sifar dibelakang.

Join channel t.me/MohdFadliSalleh untuk lebih banyak video dan tips Matematik.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Soalan KBAT Tahun 1. Pattern soalan yang sama pernah keluar dalam UPSR. Jika anak kita tak kuasai sedari awal, mereka akan bermasalah nanti.

Join channel Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh untuk Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa setiap hari.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Teknik Box Method. Sila save, share dan tontonlah ya. Semoga bermanfaat.

t.me/MohdFadliSalleh
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Topik penting untuk murid kuasai. Banyak soalan exam keluar berkenaan hubungan antara pecahan, perpuluhan dan peratus ini.

Join channel Telegram sy untuk tips Mat setiap hari.

t.me/MohdFadliSalleh
10 Pesanan dari buat ibubapa dan calon UPSR.

1. Yang ada anak UPSR, walau berapa pun keputusan, raikanlah mereka.

2. Kalau pernah berjanji nak hadiahkan apa-apa, berilah juga walau mereka tak capai target. Sesungguhnya mereka telah mencuba sedaya upaya.

3. Janganlah membanding beza keputusan dengan kakak dan abang yang lain. Bandingkan dengan orang luar lagi jangan sesekali.

4. Saat ini anak-anak yang rendah keputusannya sangat memerlukan sokongan ibubapa dan ahli keluarga. Walau mereka diam sahaja, walau konon-kononnya redha, tapi pasti ada rasa sedih yang amat dipendam.

5. Jika mereka menangis kerana gagal, biarkan mereka menangis sepuasnya. Biar mereka sedar bahawa untuk mengecap kejayaan perlukan usaha gigih yang bukan sedikit.

6. Setelah itu, berilah kata-kata semangat dan biar keputusan rendah kali ini menjadi pengajaran kepada mereka untuk berusaha lebih gigih di sekolah menengah nanti.

7. Jangan terlalu memperlekehkan UPSR kononnya "Ala, UPSR je pun. Bukan apa-apa." Jika selalu dimomokkan supaya tak perlu berusaha dengan gigih, aku risau sikap acuh tak acuh akan diteruskan sehingga alam sekolah menengah, universiti dan kehidupan mereka besar nanti. Hidup diluar sana jauh lebih kejam dan keras.

8. Yang berjaya cemerlang pula, disamping raikan dengan hadiah dan kata pujian, perlu juga ingatkan mereka jangan leka. Ramai cemerlang UPSR tapi kecundang PT3 dan SPM.

9. UPSR ini penanda aras yang sangat penting sebagai penanda aras dan titik tolak supaya mereka lebih cemerlang dimasa akan datang. Sekali lagi diingatkan, jangan meremehkan peperiksaan UPSR.

10. Akhir sekali, jangan lupa segala kejayaan/kegagalan adalah ujian dari Tuhan. Walau gagal, walau berjaya, sujud itu perlu. Didik anak begitu. Dan jangan lupakan jasa guru-guru. Bukan guru-guru Tahun 6 sahaja, tapi sejak pra sekolah lagi.

Semoga semua calon UPSR tahun ni cemerlang dan terus berjaya dimasa akan datang.

* Gambar carian Google sahaja.

#MFS
- Pesanan dari London. Walau jasadku jauh beribu batu, hati tetap di Malaysia bersama kalian meraikan UPSR -
.

T.me/MohdFadliSalleh
Keputusan UPSR boleh disemak melalui sms bermula jam 10 pagi esok ya!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215766095805899&id=1248947331

T.me/MohdFadliSalleh
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Teknik lain bagi tolak. Boleh cuba faham dan jika sesuai dengan anak-anak boleh terus guna ya.

Terus join channel Telegram saya untuk tips Matematik setiap hari di t.me/MohdFadliSalleh
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Asas darab perpuluhan sangat penting untuk anak-anak kuasai seawal darjah empat. Jemput lihat dan share ya.

Join channel Telegram saya
t.me/MohdFadliSalleh
Malam esok gais. Ready depan phone ya. Aku akan buat LIVE dari London untuk melancarkan Ebook terbaru kerjasama aku dengan Dr Salbiah Salleh.

Ebook ini khas untuk membuat anak-anak kita minat Matematik dan menunjukkan Matematik itu sebenarnya sangat fun dan best!

Ada 9 modul khas, siap Ebook, siap video lagi tau. Lengkap! Paling best ada 1 Ebook BONUS teka teki dan Magix menggunakan nombor tau.

Mesti anak-anak seronok dan sangat berguna untuk melatih kepantasan mereka mengira. Ada lebih 1000 soalan beserta jawapan gais.

Jumpa esok secara LIVE di wall Fb saya ya!

#MFS
.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video cara jawab soalan tricky kurang dari 30 saat. Follow Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh untuk Tips Matematik setiap hari.

Semoga bermanfaat. 😊
Ada yang pm bertanya saya, Ebook terbaharu saya MarvelMaths. Secara ringkasnya ia sangat sesuai untuk buat anak-anak kita minat Maths. Sesuai dari tahun 3-6. Namun jika anak kita laju, dah hafal sifir sejak tahun 1, sesuai juga untuk mereka.

Nak lebih jelas, tonton video live saya semalam ini dilink ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2724972647524313&id=100000348124684
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cara selesai tambah tempat kosong di atas.
Join channel Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh untuk Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa