Masjid Yusof Ishak
1.76K subscribers
1.47K photos
68 videos
24 files
531 links
Download Telegram
Kami juga turut terjejas - berasa dukacita memaklumkan bahawa jumlah jemaah dihadkan kepada 100 orang sahaja, dan kawasan Muslimah ditiadakan, bermula 8 Mei nanti.

InsyaAllah apabila sudah dimaklumkan tentang solat Aidilfitri, kami akan war-warkan kepada anda.

Kami berharap anda semua tingkatkan kesihatan dan kebersihan anda. Semoga kita dilindungi dari wabak dan penyakit yang memudaratkan. Ameen.

Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui.

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul-‘afwa, fa’fu ‘anni

#masjidyusofishak
#masjidsg
#ramadan
Assalamualaikum

Takbir akan bergema tidak lama lagi.

Biarpun anda akan berada di rumah, kami berharap anda akan dapat turut serta melaungkan takbir sekeluarga pada malam Raya, Rabu 12 Mei 2021 selepas solat Maghrib.

Ikuti kami secara langsung melalui lelaman Facebook kami.

Kami juga akan menyertakan bacaan tahlil.
Bagi anda yang sudah mengirimkan nama-nama arwah sejak 1 April lalu, insyaAllah kami sudah menerimanya.

Anda masih boleh sertakan nama-nama arwah melalui bit.ly/dermaMYI , pilih 'Tahlil' dan isikan borang. Lakukan sebelum Selasa, 11 Mei jam 12tgh.

Semoga kita meraih ketenangan di bulan ini & meraih pahala di atas segala ibadah yang telah kita jalankan. Ameen.
Assalamualaikum

Kita semua sedia maklum akan cabaran yang dihadapi rakyat Palestin sekarang ini.

Pejabat Mufti telah menyiapkan doa tambahan bagi bacaan qunut semasa solat witir.

Para imam terawih & qiyamullail, sama ada di masjid atau yang solat bersindirian di rumah, boleh memanfaatkan teks doa ini. Syukran
Assalamualaikum

We will miss Ramadan. We hope it has been a month filled with barakah, and good deeds. May Allah SWT accept them and grant us the best in the Hereafter, Ameen.

That said, bookings for Solat Hari Raya (Eid prayers) and Friday prayers for 13 and 14 May will open tomorrow, 𝐓𝐮𝐞𝐬𝐝𝐚𝐲, 𝟏𝟏 𝐌𝐚𝐲 𝐚𝐭 𝟏𝟎𝐚𝐦. Please choose your session (3 sessions available - see infographic) and make your booking via 𝐛𝐢𝐭.𝐥𝐲/𝐁𝐨𝐨𝐤𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭.

Please observe the social distancing rules and regulations. Ensure you are in good health and bring along your personal prayer items.

Places are limited to 100 congregants per session. Only Muslimin (males) are allowed.

We thank you for your cooperation and continued support.

In these final days of Ramadan, we invite you to donate to our Ramadan Fund.
You can PayNow to UEN T16MQ0003E or go online at bit.ly/dermaMYI.

May Allah SWT bestow HIS blessings upon all of you.

Ameen.

#masjidyusofishak #masjidsg #ramadansg
10am
💻 bit.ly/BookSolat
😁👌🏽
Assalamualaikum

Sekiranya tidak berpeluang untuk solat di masjid, infografik ini diharapkan memberi sedikit penerangan dan memudahkan usaha anda untuk mengerjakan solat di rumah.

Dan ikuti kami esok, 7.35malam, insyaAllah, melaungkan takbir Raya. Kami akan siarkan secara langsung esok di lelaman Facebook kami.

Semoga kita juga, mengambil kesempatan pada malam ganjil ini untuk meraih keberkatan Allah SWT.
Assalamualaikum

Kami amat berbesar hati, menyambut Syawal yang bakal dikurniakan Allah SWT insyaAllah, bersama Sohibus Samahah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Mufti akan memimpin Solat Raya sesi pertama yang akan bermula pada 7.30pagi esok.

Ustaz Mustafalhafi akan memimpin solat untuk sesi kedua, dan Ustaz Aiman untuk sesi ketiga.

Kemasukan anda ke masjid, untuk mereka yang mendapat tempahan sahaja. Jika anda tidak dapat hadir, mohon batalkan tempahan anda agar memberi ruang pada yang lain.

Gunakan app/token TraceTogether, serta bawa keperluan solat peribadi.

Semoga hari ini, Ramadan yang terakhir, kita isikan dengan kata-kata serta doa yang baik-baik, memohon rahmatNYA.

#masjidyusofishak
#masjidsg
#ramadanSg
#syawalSg
Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum

Menyusul berita tentang langkah kawalan Covid-19 yang diperketatkan, masjid juga terjejas.

Bermula Ahad 16 Mei 2021, kami hanya boleh menempatkan 50 orang jemaah. Ini bermakna untuk solat Subuh esok dan seterusnya, anda boleh tetap membuat tempahan untuk solat berjemaah melalui bit.ly/BookSolat. Hanya zon 1 dibuka.

Teruskan membawa barang keperluan peribadi anda, seperti sejadah. Juga, kemasukan ke masjid melalui SafeEntry hanya dengan aplikasi atau token TraceTogether. Kami tidak boleh imbas NRIC anda.

Mohon muat turun TraceTogether agar anda akan dapat notifikasi tentang penularan atau pendedahan kepada covid-19.

Semoga kerjasama ini akan membuat kita lebih selamat dan dapat mengharungi cabaran ini dengan cepat.

#masjidyusofishak #covid19 #masjidsg