Hebahan MPP UniSZA
5.05K subscribers
1.59K photos
27 videos
88 files
453 links
Channel ini ditubuhkan bagi memberi anda maklumat terkini berkenaan agenda, perancangan, Inspirasi dan Aktiviti-Aktiviti MPP UniSZA dan UniSZA.

Ayuh Viralkan penubuhan channel ini untuk hebahan. #MPPUniSZA #KamiMestiRajin
Download Telegram
Forwarded from Asraaf Sai
*HEBAHAN PENDAFTARAN PRA KURSUS PERKAHWINAN*

Assalamualaikum wrm.wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu akan mengadakan Pra Kursus Perkahwinan 2017 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 17-18 Februari 2017
Tempat : Dewan Kuliah Utama
Masa: 8.00am - 5.30pm

*Yuran*
Rm 60
*Penyertaan*
Terhad kepada 100 orang sahaja *KGB sahaja*

*Cara mendaftar*

- Download dan isi borang Pra Kursus Perkahwinan di facebook MPP unisza
- Hantar borang dan bayaran di kaunter pendaftaran yang disediakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 5 - 9 Februari 2017
Masa: 8.00pm - 10.30pm
Tempat: Kafeteria Kolej Kediaman Baru


Dan TuhanMu berfirman

"Dan tiap-tiap jenis kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati( kekuasaan kami dan Mentauhidkan kami) akan kebesaran Allah. "
Semua pelajar yang berkelapangan dipersilakan untuk mendaftar

*Tempat adalah terhad !!!*

Sekian terima kasih


"Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Transformasi Negara"

NUR FATIN ZULAIKHA BINTI MOHD IBRAHIM
Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar 16/17
[MAKLUMAN MENGENAI PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN PERTUKARAN PROGRAM ATAU KURSUS]

Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) UniSZA telah membuka permohonan bagi pertukaran program atau kursus kepada semua Mahasiswa UniSZA seluruh kampus.

Justeru itu, sekiranya ada Mahasiswa yang ingin membuat permohonan pertukaran program perlu menghantar Borang Permohonan Pertukaran Program kepada Pihak BPA selewat-lewatnya adalah mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 06 Febuari 2017
Hari : Isnin
Masa : 8.00 Pg - 5.00 Ptg
Tempat : Pejabat BPA

Oleh yang demikian, diharapkan Mahasiswa yang berminat dapat memberikan kerjasama yang baik bagi memudahkan pengurusan pertukaran oleh Pihak BPA.

Sekian, terima kasih.

"PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA"
PINDAAN TARIKH PELAKSANAAN UNISZA GRADUATION EXIT TEST (UGET)

Assalamualaikum

Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan UGET 2016/2017 bagi Siri I dan Siri II telah ditunda sebagaimana Kalendar UGET yang dilampirkan. Peperiksaan ini melibatkan pelajar ambilan 2015/2016 yang dikehendaki untuk mengambil peperiksaan UniSZA Graduation Exit Test (UGET). Peperiksaan UGET siri I melibatkan pelajar daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan (FESP), Fakulti Reka bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) dan Fakulti Pengajian Kotemporari Islam (FKI) yang berjumlah 385 orang.

Sehubungan itu, dilampirkan kalendar UGET yang terkini dan senarai nama pelajar yang terlibat bagi peperiksaan UGET siri I sepertimana lampiran. Pelajar dikehendaki membayar yuran sebanyak RM50 mengikut kaedah pembayaran yuran pengajian.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi pihak Fakulti Bahasa dan Komunikasi di talian 096688031/7636 atau emel kepada nasrulezharuddin@unisza.edu.my / amrinarasyada@unisza.edu.my.

=======================================================

Sekian, terima kasih.
[BORANG PERMOHONAN PERTUKARAN PROGRAM]

Pesanan daripada BPA, sekiranya ada pelajar yang ingin mohon pertukaran program perlu hantar Borang Permohonan Pertukaran Program selewat-lewatnya pada 6.2.2017 kepada BPA.

Sila maklumkan kepada rakan-rakan yang lain.

Sekian, Terima Kasih.
Assalamualaikum Wm. Wb.,
JEMPUTAN KE PROGRAM TEMU DUGA TERBUKA SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) PERINGKAT ZON TENGAH 2017.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.
2. Dijemput PELAJAR TAHUN AKHIR ke program tersebut sepertimana berikut:-

Tarikh : 22 Februari 2017 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan Tun Razak 3 & 4
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

3. Insya Allah bas akan disediakan percuma. Pelajar yang berminat boleh menghubungi En. Taufik Othman no. tel.@whatsaap 013-966 3073/09-668 8913 dan En Masyhadi Mohamad no. tel/whatsaap 014-533 1219 di PKKP. Tarikh Tutup pada 19.02.2017. Peserta terhad kepada 40 orang sahaja.
Siapa cepat dia dapat.

Tarikh Perjalanan pergi : 21.02.2017 (Selasa)

Masa : 9.30 malam
Tempat berkumpul : Foyer Asrama
Tarikh perjalanan balik : 22.02.2017
Masa : 3.30 petang
Tempat : PWTC

Sekian, terima kasih.
[PERGERAKAN KE MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS TAHUN 1428/2017M]

Perhatian kepada Mahasiswa yang mendaftar ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kuala Nerus, Butiran Maklumat pergerakan bas adalah seperti butiran berikut:

TARIKH : 7 FEBRUARI 2017
MASA : 6.30 PETANG
TEMPAT :FOYER ASRAMA KAMPUS GONG BADAK

Sehubungan dengan itu, sebarang masalah boleh rujuk kepada wakil MPP :

Hasrul Hisham ( 017-7413521)

Kerjasama anda amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN TRANFORMASI NEGARA”

MOHD HASRUL HISHAM BIN HASSAN
SITI NURUL HAZYANTI BINTI OMAR
EXCO KELAB, PERSATUAN DAN SEKRETARIAT MPP UniSZA
*PENGKREDITAN PTPTN KE AKAUN PELAJAR*

Assalamualaikum wrm. wbt.

Buat pengetahuan semua, wang pembiayaan PTPTN sudah mula dikreditkan ke akaun pelajar dan akan diterima pelajar mulai esok, *8 Februari 2017*.

Sekian, terima kasih.

PUTERI NURAAINA BALQIS MOHD ASRI
Bendahari Kehormat Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2016/2017
[Majlis Santai Himpunan Pemimpin Siswa 2.0] Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA UniSZA akan menganjurkan Majlis Santai Himpunan Pemimpin Siswa 2.0 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Februari 2017
Mass : 8.30malam-11.00malam
Tempat: Dewan Ibnu Khaldun,
Bangunan Foyer Asrama Kampus Gong Badak UniSZA

Justeru itu, semua Yang Dipertua/ wakil Kelab Persatuan Sekretariat dan Majlis Kolej Kediaman dijemput hadir ke majlis ini. Yang Dipertua/wakil diminta untuk membuat pengesahan kehadiran dengan memberi nama dan nama kelab persatuan sekretariat anda kepada saudari Hazyanti di talian 011-12900496 selewat-lewatnya pada hari KHAMIS(9 Februari2017).

Segala kerjasama amatlah diharapkan Dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA"

Mohd Hasrul Hisham Bin Hassan
Siti Nurul Hazyanti Binti Omar
Exco Kelab Persatuan Dan Sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar 2016/17
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

LAW FESTIVAL yang telah dinanti-nantikan bakal tiba menemui kita semua pada tarikh 9-12 FEB 2017. Bersempena dengan itu, *LAW UNISZA SOCIETY (FLAIRSOC)* akan mengadakan *PERTANDINGAN MASTER CHEF* pada *11th FEB* untuk anda semua di Dataran DABS! Peluang keemasan ini terbuka kepada *SEMUA* pelajar UniSZA!!!!

Terbuka kepada *SEMUA FAKULTI*
Yuran penyertaan *RM15 SAHAJA*
Semua peralatan memasak akan *DISEDIAKAN*
✔️Bahan masakan *DISEDIAKAN*


Tarikh : 11 Febuari 2017
Pukul : 9 pagi - 12 tengahari
Tempat : Dataran Dabs UniSZA


Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan daftar sekarang !

*PENDAFTARAN* : *7th & 8th FEB 2017*
Tempat mendaftar: Kafe baru unisza

Hadiah tempat pertama wang tunai bernilai RM300!!!
🎁🏆🎉

*UNTUK PENDAFTARAN DAN SEBARANG PERTANYAAN LAIN, SILA HUBUNGI* :

*FATINI* : 0169220665
*IZZAHAR* : 0174374549

Daftar cepat sebelum terlambat!

Sertai dan berhiburlah bersama kami ! 💃💃 💃
Ingin merasai pengalaman menjadi chef?

Anda mempunyai bakat dalam bidang memasak?

Mempunyai kreativiti unik untuk dipertontonkan?

💫Realisasiakn impian anda dan rebut peluang ini utk merasai kehangatan bertanding dalam Masterchef Law Fest yang bakal diadakan buat julung kalinya di festival law UniSZA!! 🔥🔥🔥

Penyertaan terbuka kepada semua pelajar unisza🙋🙋 Yuran Penyertaan hanya sebanyak RM 15.

Peralatan memasak dan kelengkapan semua disediakan oleh kami!

Tarikh : 11 Febuari 2017
Pukul : 9 pagi - 12 tengahari
Tempat : Dataran Dabs UniSZA

Untuk mendaftar:
Pendaftaran akan dibuka pada pukul 8.30 - 10 mlm di Cafe Baru UniSZA 7 & 8 FEBRUARI 2017

Jangan Lepaskn peluang ini untuk merangkul Gelaran Masterchef Law Fest beserta Hadiah Utama RM 300💵💵💵😱
Hadiah2 lain juga menanti anda dan semestinya akan membuat anda teruja!!😆🎁🎁

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
🌸Fatini:0169220665
🌸Izzahar: 0174374549
Ayuh meriahkan SenamSeni Bersama Pesona Tari. Percuma Buat Warga UniSZA..
Calling all first and second year accounting and finance undergraduates - the KPMG ASEAN Scholarship for 2017 is now open for online application!

Click on the link (https://www.kpmg.com.my/KPMGASEANScholarship/Default.aspx) to apply now!

The online application period for the KPMG ASEAN Scholarship 2017 begins on 6 February 2017 onwards through 15 April 2017.

Due to overwhelming response, only shortlisted candidates will be notified for interview.
[DISKUSI KITAB TADABBUR SURAH AL-ANFAL]

Assalamualaikum wrm, wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian al-Quran dan al-Sunnah UniSZA akan mengadakan Diskusi Kitab Tadabbur Surah al-Anfal sempena lawatan Penilai Luar Pusat Pengajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Butiran program adalah sebagaimana berikut :-

Tarikh : 13 Februari 2017 (Isnin)
Masa : 8.30 – 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Kuliah Utama
Penceramah : YBrs. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkidli bin Mohd Yusof

Sehubungan dengan itu, SEMUA PELAJAR Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dijemput hadir ke Diskusi tersebut. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN dan PENGECUALIAN KULIAH DIBERIKAN Sempena Diskusi ini berlangsung.

Kerjasama dan perhatian dari pihak Saudara/I berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.