Hebahan MPP UniSZA
5.04K subscribers
1.64K photos
27 videos
88 files
471 links
Channel ini ditubuhkan bagi memberi anda maklumat terkini berkenaan agenda, perancangan, Inspirasi dan Aktiviti-Aktiviti MPP UniSZA dan UniSZA.

Ayuh Viralkan penubuhan channel ini untuk hebahan. #MPPUniSZA #KamiMestiRajin
Download Telegram
[Pemberian Air Minuman Isotonik Warrior Secara Percuma Kepada Warga UniSZA]

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

27 Januari 2018 – Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA telah mengumumkan berita gembira buat semua warga UniSZA melalui pemberian air tin Warrior secara percuma semasa proses pendaftaran Kolej Kediaman yang berlangsung pada 27 Januari 2018.

Tindakan ini, adalah antara lain bertujuan bagi menyambut kedatangan mahasiswa UniSZA yang selamat kembali ke kampus selain memberikan tenaga yang terbaik di awal penggal semester kepada warga UniSZA sendiri untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pelajar dan pekerja. Semoga semester yang baharu ini menjadikan kita individu yang lebih baik demi kecemerlangan UniSZA yang kita cintai.

Sekian, Terima Kasih.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniSZA
SESI 2017/2018

“Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan”

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#uniszapastitahu #mppunisza #demimuunisza #soaringupwards
|MAKLUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2017/2018|

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Kohort Baharu.

Semakan keputusan peperiksaan akhir bagi semester 1 sesi 2017/2018 sudah boleh mula disemak hari ini.

Sehubungan dengan itu, para pelajar boleh mengakses melalui Portal Pelajar > Menu > Info Pelajar > Keputusan Peperiksaan.

Anda diingatkan agar 'save as' PDF untuk sebarang urusan penting.

Sekian, harap maklum.

'Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan'

Puteri Wan Nur 'Izzati binti Azhari
Alya Zulaikha binti Abd Kadir
Exco Akademik & Integriti
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
[MAKLUMAN BUAT MAHASISWA DI BAWAH TAJAAN JPA UNTUK MENGISI BORANG PENDAFTARAN DAN PENAMATAN PEMBEKAL eVENDOR]

Assalamualaikum‎​‎ wbt dan Salam Sejahtera.

Bermula tahun 2018, pihak Kerajaan telah menaiktaraf Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan sedia ada kepada 1 Government Financial Management Accounting System (1GFMAS) yang berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2018 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa proses bayaran bagi tahun 2018 akan menggunakan sistem 1GMAS.

Oleh yang demikian, semua mahasiswa di bawah tajaan JPA dikehendaki untuk mengisi borang tersebut yang terdapat di laman web E-Sila dan memastikan ianya dihantar kepada Unit Penajaan Dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA sebelum 20 Februari 2018. Kelewatan berbuat demikian perlulah berurusan dengan pihak JPA sendiri. Untuk makluman lanjut sila layari portal E-Sila.

Sekian, terima kasih.

“Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan”

MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD RANI
Bendahari Kehormat
Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA Sesi 2017/2018

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#uniszapastitahu #mppunisza #demimuunisza #soaringupwards
[SUKAN WANITA (KASUWA)]

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Sukan Dan Rekreasi UniSZA akan menganjurkan Sukan Wanita (KASUWA) seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 19-21 Februari 2018
Masa: 5-7 PM & 8-11 PM
Tempat: Gelanggang Terbuka & Dewan Serbaguna UniSZA di Kampus Besut

Terdapat beberapa acara yang akan dipertandingkan bersempena dengan KASUWA ini iaitu:

Bola Tampar (w)
Futsal 3 on 3(w)
Pingpong (w)
Bola Jaring (w)
Badminton (w)

Pengangkutan akan disediakan bagi pelajar Kampus Gong Badak ke Kampus Besut.
Bagi mana-mana pelajar yang berminat untuk menyertai acara ini, anda semua boleh mengisi borang penyertaan dan mengutarakan sebarang pertanyaan di nombor berikut:
0199334446 -En Ezrain

Sekian, terima kasih.

“Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan”

Exco Sukan, Kebudayaan & Perpaduan.
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/18

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#uniszapastitahu #mppunisza #demimuunisza #soaringupwards
BERITA TERGEMPAR!!! 💥

PENCARIAN AHLI BARU KELAB DIKIR BARAT CITRA DMAS UNiSZA

Kelab Dikir Barat Citra Dmas UNiSZA merupakan kelab yang sememangnya sangat aktif dan dikenali ramai. Kelab Citra Dmas juga sering mengadakan show di sekitar Terengganu.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua mahasiswa atau mahasiswi yang berminat untuk mewarisi tradisi dikir barat. Penyertaan adalah amat dialu alukan 🙋🏼‍♀🙋🏻‍♂

Dan yang paling penting. TIADA YURAN yang dikenakan kepada setiap penyertaan 🚫🚫

Tidak lupa juga. Ahli kelab _Citra Dmas_ boleh menjana income kerana setiap show diberikan GANJARAN 💸💸💸

So tunggu apa lagi?! Daftar segeraaaaaaa!!!!

Daftar segera : 017-9641568 ayie
Daftar segera : 017-9641568 ayie
Daftar segera : 017-9641568 ayie

Follow media sosial kami untuk ketahui lebih lanjut 🤩
Facebook: Citra D’mas Unisza
Instagram: citra_dmas

👏🏻Majulah seni dikir barat untuk UniSZA👏🏻
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Rabu | 31 Januari 2018

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada sahabat kita, saudari Nur Syamira binti Abdul Rahim, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan, semester 6 dari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan telah meninggal dunia sebentar tadi.

Salam Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sekian, terima kasih.

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin sesi 2017/2018

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#uniszapastitahu #mppunisza #demimuunisza #soaringupwards
[MINGGU TAMBAH/GUGUR KURSUS & PENDAFTARAN KURSUS LEWAT SEM 2 SESI 2017/18]

Assalamualaikum‎​‎ wbt dan salam sejahtera.

PERHATIAN KEPADA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA KOHORT BARU

Tarikh Tambah/Gugur Kursus & Pendaftaran Kursus Lewat adalah sehingga
10 Februari 2018

PERHATIAN

1. Tambah/Gugur & Pendaftaran Kursus Lewat secara 'online' TIDAK DIBENARKAN menggunakan telefon pintar.

2. Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM 100.00 bagi pelajar yang TIDAK MEMBUAT PENDAFTARAN KURSUS dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.

3. Sebarang kesilapan pendaftaran kursus adalah tanggungjawab pelajar.

4. Pelajar dikehendaki 'SAVE & PRINT' slip semasa pendaftaran untuk semakan

5. Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM100/KURSUS bagi pendaftaran kursus lewat & penambahan kursus pada minggu ke-3 sehingga minggu ke-4 dengan kelulusan Dekan Fakulti dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.

Sekian, terima kasih.

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2017/2018 UniSZA

Puteri Wan Nur 'Izzati Binti Azhari
Alya Zulaikha Binti Abd Kadir
EXCO AKADEMIK DAN INTEGRITI

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
[INFO BERHUBUNG PENDAFTARAN KURSUS BAHASA ASING BAGI SEM 2 SESI 2017/2018]

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda,

Berkenaan isu pendaftaran kursus bahasa asing, para pelajar terlibat (senarai nama sila rujuk di lampiran hebahan di portal pelajar) anda dikehendaki menyemak kembali pendaftaran kursus bahasa asing anda.

Saudara/ri dipohon untuk mendaftar kursus bahasa asing mengikut kekosongan kuota. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, harap maklum.

'Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan'*m

Puteri Wan Nur 'Izzati binti Azhari
Alya Zulaikha binti Abd Kadir
EXCO AKADEMIK & INTEGRITI

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
[HEBAHAN KEMASKINI MAKLUMAT PROFAIL PELAJAR]

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Kohort Baru,

Saudara/ri dipohon untuk mengemaskini maklumat profail pelajar sebelum melakukan pendaftaran kursus secara atas talian.

Sekian, harap maklum.

'Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan'

Puteri Wan Nur 'Izzati binti Azhari
Alya Zulaikha binti Abd Kadir
EXCO AKADEMIK & INTEGRITI

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
[WACANA MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH]

Jemput hadir kepada semua bagi memeriahkan wacana anjuran daripada Persatuan Mahasiswa Usuluddin (PMUS) UniSZA.

Tarikh : 09 Februari 2018
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Kuliah Utama (DKU) UniSZA

Daftar Sekarang!!!

http://DAFTARWACANAASWJ1.wasap.my
http://DAFTARWACANAASWJ2.wasap.my

Tempat adalah terhad!!

#BersamaMembinaMahasiswa
#WeAreOneFamily
#WacanaManhajASWJ
***REPOST***

[HEBAHAN KEMASKINI MAKLUMAT PROFAIL PELAJAR]

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Kohort Baru,

Saudara/ri dipohon untuk mengemaskini maklumat profail pelajar sebelum melakukan pendaftaran kursus secara atas talian.

Sekian, harap maklum.

'Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan'

Puteri Wan Nur 'Izzati binti Azhari
Alya Zulaikha binti Abd Kadir
EXCO AKADEMIK & INTEGRITI

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
PELEPASAN KULIAH KEPADA PELAJAR BERBANGSA CINA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Assalamualaikum W.b.t Salam sejahtera Dan Salam Negaraku Malaysia

Menyedari kepentingan dan makna malam sebelum tahun baru cina, MPP UniSZA telah menghantar permohonan pelepasan kuliah khusus kepada mahasiswa berbangsa Cina. Kita amat bersyukur kerana YBhg Dato Naib Canselor dan seluruh Pihak Pengurusan telah memberikan kelulusan untuk pelepasan kuliah sempena perayaan ini.

Oleh itu, kepada semua mahasiswa BERBANGSA CINA sukacita dimaklumkan bahawa pelepasan kuliah Tahun Baru Cina telah diberikan pada 15 Februari 2018 bersamaan hari Khamis.

Manakala cuti rasmi tahun baru Cina bagi seluruh warga UniSZA adalah pada 18 Februari 2018 bersamaan hari ahad.

Oleh yang demikian, mahasiswa yang pulang ke kampung disarankan agar berhati - hati di jalan raya serta memanfaatkan masa perayaan Tahun Baru Cina dengan sebaiknya bersama ahli keluarga yang tersayang.

Sekian, terima kasih.

'Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan'

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
[JEMPUTAN MAHASISWA MENGHADIRI PROGRAM SESI DIALOG TRANSFORMASI NASIONAL 2050]

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) UniSZA dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia akan mengadakan Program Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Sustainable Development Goals (SDG) 2030.
Pihak kami menjemput semua MPP, MKK, YDP, TYDP dan AJK iaitu 4 orang dari setiap sekretariat, persatuan dan Kelab Pelajar.

Saudara/i yang berkenaan dijemput hadir bagi menjayakan program ini sebagaimana butiran di bawah :-

Tarikh/Hari : 11 Februari 2018/Ahad
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Al-Muktaffi Billah Shah,UniSZA, Kampus Gong Badak

Bas bagi pelajar Kampus Besut
Pergi: 7.00 pagi
Balik: 4.30 petang
Tempat: Surau Ar-Raudhah

Bagi Kampus Perubatan
Pergi: 8.00 pagi
Balik: 4.30 Petang
Tempat: Asrama Maidam

•Berpakaian menutup aurat dan sopan
•Diberikan merit Kebangsaan
•Makanan disediakan

Pendaftaran akan dibuka jam 8.30 pagi di pintu masuk Dewan Al Muktaffi Billah Shah, Kampus Gong Badak.
Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Pejabat Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar di talian:

•Encik Muhammad Redzuan: 06-668 7925
•Pn. Nor Rulhasikin:
09-668 7935

Sekian, terima kasih.

“Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan”

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#uniszapastitahu #mppunisza #demimuunisza #soaringupwards
[MAKLUMAN PEMILIHAN PEMAIN HOKI LELAKI UNTUK MEWAKILI UniSZA]

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Untuk makluman mahasiswa UniSZA. Satu sesi pemilihan pemain hoki lelaki untuk mewakili pasukan hoki UniSZA akan diadakan seperti berikut:

Masa: 5.00 - 7.00 ptg
Tarikh: 11-15 Februari 2018
Tempat: Gelangang Futsal Terbuka(sebelah gelangang tenis) Kampus Gong Badak.

Sebarang Pertanyaan:
Matyip: 017-5281033
Nuaim: 010-7735471
Assalamualaikum WBT 😀😃😄

🤩Sahabat YADIM UniSZA akan mengadakan diskusi santai WACANA ILMIAH 2.0 yang bertajuk PALESTINE : APA PERANAN MAHASISWA 🇵🇸

Kami bawakan khas kepada pelajar2 UniSZA penceramah USTAZ JIBRAIL FITRAH daripada TARBIAH SENTAP 😍😍😍

Oleh kerana situasi yang berlaku di Palestine, adakah kita sebagai mahasiswa cakna akan situasi tersebut⁉️ Dimana mahasiswa⁉️ 😯😦😧

Ayuhhh bersama kami
[WACANA ILMIAH 2.0]

PALESTINE : APA PERANAN MAHASISWA

🗓 HARI JUMAAT
🗓 23 / 2 / 2018
8.00 MALAM
✈️ Dewan Perdana, UniSZA

Untuk mengupas lebih banyak lagi isu yang berlaku di Palestine 🧐

🤩 Merit disediakan

🤩Makanan percuma

🤩Jualan daripada Sahabat YADIM UniSZA

📍📍Jangan lupa temujanji kita 🕖 supaya anda tidak akan terlepas untuk menambah ilmu di samping mengisi masa lapang 😃

Jumpa di sana 😁

Anjuran:
Exco Penyelidikan dan Pembangunan
[Sahabat YADIM UniSZA]

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp :
www.wasep.com/60169515280 (Ika)
www.wasep.com/601140413986 (Saza)

#SahabatYADIMUniSZA
#SampaikanDarikuWalauSatuAyat
#UkhuwwahFikrahIstiqamah
|PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS BAGI PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA & DIPLOMA KOHORT BARU|

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Perhatian kepada Pelajar Ijazah Sarjana Muda & Diploma Kohort Baru,

Pengesahan Pendaftaran Kursus sudah mula boleh dilakukan secara atas talian bermula:

18 Februari 2018 - 22 Februari 2018

PERHATIAN

1. Pelajar DIWAJIBKAN mencetak slip pengesahan daftar kursus pada minggu ke-4 perkuliahan dan mendapatkan perakuan serta pengesahan secara 'online' daripada Penasihat Akademik dan Ketua Pusat Pengajian masing-masing.

2. Jika pelajar menghadapi sebarang masalah berkaitan pendaftaran kursus sila laporkan kepada pihak kami melalui talian 09-6687760/09-6687965 atau datang ke kaunter akademik dengan segera.

'Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan'

Puteri Wan Nur 'Izzati binti Azhari
Alya Zulaikha binti Abd Kadir
EXCO AKADEMIK & INTEGRITI

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
KEMPEN 1 MAHASISWA 1 RINGGIT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2016/2017 akan menganjurkan Program Kembara Ilmu Kepimpinan dan Sukarelawan Mahasiswa ke Bumi Turki 2018.

Sebagai Usaha dalam membantu dan meringan beban Pelarian-Pelarian Syria, Pihak MPP UniSZA akan melancarkan Tabung Sumbangan "1 Mahasiswa 1 Ringgit" untuk disumbangkan secara terus kepada Pelarian di Syria.

Justeru itu, Pihak kami mengalu alukan mana mana mahasiswa dan pihak yang berminat menyumbang kepada Tabung ini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan wakil kami :-
Asraaf - 0199603147
Najmie - 01133621629
JEMPUTAN PARA PEMIMPIN SISWA UNTUK MENGHADIRI PROGRAM HIMPUNAN PEMIMPIN SISWA 3.0

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, bahawa Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) UniSZA akan mengadakan Program Himpunan Pemimpin Siswa 3.0 pada 24 Februari 2018.

Namun begitu, program ini terpaksa ditunda kerana YBhg. Ayahanda TNC HEPA kita tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut dek kekangan masa beliau. Kami dari pihak penganjur meminta maaf atas kesulitan.

Sehubungan itu, tarikh baharu telah ditetapkan seperti berikut :

Tarikh/Hari : 4 Mac 2018 /
Ahad
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Pusat Aktiviti Pelajar
dan sekitar Kampus
Gong Badak
Aktiviti : Sukarelawan
Pakaian : Riadah
(Tema Merah Hitam)

MOTO : Action for charity
among young leaders

• Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan.
• 4 Mac = Cuti Am

Justeru itu, sekali lagi kami ingatkan kepada semua persatuan mahasiswa dan kelab untuk menghantar wakil.

Persatuan Mahasiswa: 2 wakil
Kelab: 1 wakil

Kegagalan menghantar wakil akan menyebabkan organisasi anda tidak akan menerima sijil daripada PTNC HEPA semasa majlis ini.

Nama peserta dan nombor matrik wakil perlulah diberi selewat-lewatnya pada 26 Februari ini kepada:
MPP Puteri :017-2789596

Sekian, terima kasih.

“Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan”

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#uniszapastitahu #mppunisza #demimuunisza #soaringupwards
PRAPENDAFTARAN KURSUS SEM I SESI 2018/2019

PERHATIAN KEPADA PELAJAR DIPLOMA FAKULTI SAINS KESIHATAN DAN FAKULTI PERUBATAN

PraPendaftaran Kursus (Atas Talian)
11 Februari 2018 - 24 Februari 2018

PERHATIAN

1. Prapendaftaran kursus secara 'online' tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar.

2. Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM 100.00 bagi pelajar yang TIDAK MEMBUAT PRAPENDAFTARAN KURSUS dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.

3. Sebarang kesilapan prapendaftaran kursus adalah tanggungjawab pelajar.

4. Pelajar dikehendaki 'SAVE & PRINT' slip semasa prapendaftaran untuk semakan

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

Puteri Wan Nur 'Izzati Binti Azhari
Alya Zulaikha Binti Abd Kadir
Exco Akademik & Integriti
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MppUniSZA

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
|JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2017/2018|

Perhatian kepada semua pelajar Diploma Fakulti Sains Kesihatan & Fakulti Perubatan

Adalah dimaklumkan bahawa jadual peperiksaan bagi semester 2 sesi 2017/2018 telah pun dikeluarkan dan boleh dimuat turun melalui portal pelajar/portal Bahagian Pengurusan Akademik.