Hebahan MPP UniSZA
5.05K subscribers
1.67K photos
27 videos
88 files
488 links
Channel ini ditubuhkan bagi memberi anda maklumat terkini berkenaan agenda, perancangan, Inspirasi dan Aktiviti-Aktiviti MPP UniSZA dan UniSZA.

Ayuh Viralkan penubuhan channel ini untuk hebahan. #MPPUniSZA #KamiMestiRajin
Download Telegram
๐Ÿ’Ž FENOMENA MELETOPS
ADIWARNA: THE SPECIAL EDITION 2017๐Ÿ’Ž

๐ŸŽˆ Kelab di bawah Pusat Kesenian & Warisan membawakan kepada anda suatu festival kreatif ADIWARNA dengan pelbagai pengisian yang menarik! Antaranya :

1) 12 November 2017
Persembahan daripada De' Mahameru, Kumpulan Gamelan UniSZA
Jam: 8.30 Malam Dewan Al Muktafi Billah Shah UniSZA

2) 13 November 2017
PERTANDINGAN FILEM PENDEK DAN MALAM TAYANGAN DI Dewan Kuliah Utama UniSZA Jam 8.30 Malam

Malam Kesenian Islam
Persembahan daripada kumpulan NASYID UNISZA, Kelab Puisi dan Pantun
Jam: 8.30 malam bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah UniSZA

3) Selasa 14 NOVEMBER 2017
Persembahan Daripada Kelab PESONA TARI UniSZA
jam 4 petang

Persembahan daripada Kelab Anjung Kreatif Teater JAH KARIN
๐ŸŽฌ Dengan bayaran tiket hanya RM5 Sahaja anda dapat menyaksikan persembahan teater di Dewan Dewan Al Muktafi Billah Shah UniSZA!
Pintu dibuka: 8.30pm
โ€ข Hubungi wakil kami utk dapatkan tiket anda:

Hani - https://api.whatsapp.com/send?phone=60176259242

4) MALAM GALA ADIWARNA 8.30 p.m
Dewan Al Muktafi Billah Shah-
Majlis penutup dan majlis peyampaian hadiah..
-berpakaian Kebangsaan

Jangan lupa untuk like dan share page ADIWARNA ๐Ÿ˜ผ https://www.facebook.com/adiwarna2017/

Ayuh semarakan lagi sambutan ini dengan menggunakan hashtag
#AdiwarnaAK2017
#SedekadUnisza
National Pre-Housemanship Workshop 2018

Sebuah initiatif Universiti Sultan Zainal Abidin dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dan Persatuan Pelajar Perubatan UniSZA (MediSZA).

Tarikh: 20 hingga 24 Januari 2018
(5Hari 4Malam)
Tempat: Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak
Penginapan: Disediakan kepada yang cepat mendaftar dan membuat bayaran deposit

Bayaran sebenar adalah RM1500.
Tetapi setelah mendapatkan beberapa sumbangan dan tajaan, kami berjaya mengurangkan kos kepada RM700/orang.

Bagi peserta yang berdaftar dan membuat bayaran deposit sebelum 15 November 2017, yuran penyertaan adalah seperti berikut:

Individu: RM650
Berkumpulan: RM600/orang

Bayaran deposit RM150/orang perlu dijelaskan dalam tempoh 24jam selepas mendaftar.

Pendaftaran boleh dibuat di google form link dibawah:

Bagi pendaftaran individu:
https://goo.gl/V1hKvw

Bagi pendaftaran kumpulan:
https://goo.gl/ZVeQPJ

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Amir : 012-626 9341
Intan : 017- 379 5274
Zainal : 014-309 5937

'PENYATUAN MAHASISWA PENERUS LEGASI KECEMERLANGAN'

Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Sesi 2017/2018
MALAM INTERAKSI 2.0 BERSAMA AHLI MKK E KAMPUS BESUT SESI 17/18.

Assalamualaikum dan Salam UniSZA khususnya buat semua pelajar di Kolej Kediaman Kampus Besut. Dengan bangganya kami pihak Majlis Kolej Kediaman E Kampus Besut sesi 17/18 akan mengadakan program Malam Interaksi 2.0 bersama kami , Ahli Majlis Kolej Kediaman E. Program ini akan diadakan pada ketetapan berikut;

TARIKH: 14 NOVEMBER 2017
JAM: 8.30 MALAM HINGGA 11 MALAM
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA UNISZA KAMPUS BESUT

Kehadiran diwajibkan kepada semua pelajar terutamanya pelajar tahun 1 dan pengangkutan akan disediakan bagi pelajar dari Kolej Kediaman Taman Ilmu. Kami bagi pihak MKK E sesi 17/18 amatlah mengharapkan kerjasama daripada semua pelajar untuk menjayakan program ini dengan sebaiknya serta dapat memeriahkan lagi suasana program itu dilaksanakan. Merit diberikan.

Sekian. Terima kasih.

#MKKE17/18 #YourWelfareOurPriority #UniSZAPastiTahu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Sukarelawan Wawasan Global๐Ÿ•Š๐ŸŒ

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM SOLAT SUBUH & DHUHA BERJEMAAH SERTA SARAPAN PAGI BERSAMA TNC HEPA

Sukcaita dimaklumkan bahawa pihak YBhg. Prof. Dr Nik Wan bin Omar, TNC HEPA UniSZA serta Pihak Masjid Al-Abrar, Bukit Tok Beng akan mengadakan satu Program Solat Subuh & Dhuha Berjemaah serta Sarapan Pagi bersama YBhg. Prof. Dr nik Wan bin Omar yang akan berlangsung sebagaimana butiran yang dibawah:-

Tarikh/ Hari : 17 November 2017 (Jumaat)
Masa :  5.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Masjid Al-Abrar, Bukit Tok Beng

Sehubungan dengan itu, adalah dijemput kepada ahli Pertubuhan Sukarelawan Siswa UniSZA (PERSIS) dan TERBUKA kepada semua mahasiswa/i UniSZA untuk menyertai program tersebut, sila sertakan NAMA & NO MATRIK kepada Hazirah, 014-5497094
selewatnya pada Khamis, 16 November 2017.

Makanan dan Merit disediakan.

Ayuh Sukarelawan Wawasan Global, jom sertai program ini ๐Ÿ’ช

Kesukarelawanan Pencetus Keamanan Dan Kemanusiaan Sejagat

TERBUKA kpd Mahasiswa/i KGB sahaja

bas disediakan

#PERSISUniSZA
KEJOHANAN BALAPAN & PADANG( OLAHRAGA) SUKIPT 6-9 FEBRUARI 2018 DI UKM BANGI

ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA KEPADA MANA-MANA PELAJAR UNISZA YANG BERMINAT UNTUK MEWAKILI UNISZA DI KEJOHANAN TERSEBUT,SILA BERHUBUNG DENGAN JURULATIH OLAHRAGA UNISZA EN.BAHRIN ISMAIL CNTCT NO 01110299141 DENGAN SEBERAPA SEGERA.

Pemilihan Atlet Olahraga berdasarkan pencapaian seperti berikut:
1. Pernah mewakili Daerah atau Negeri masing2 diKejohanan MSSM/ MSSDAERAH/Politeknik
2. Pencapaian di kejohanan tersebut.
3. Acara padang atau Balapan.
Harap Maklum seberapa segera. Jangan lepaskan peluang ini
๐Ÿ›ด JELAJAH KAMPUS: SEHARI BERSAMA MPP

Sukacita dimaklumkan bahawa barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan mengadakan satu sesi ramah mesra bersama mahasiswa UniSZA di ketiga-tiga kampus
mengikut ketetapan berikut:

๐Ÿ“Œ MASA : 8 hingga 11 Malam.

๐Ÿ“Œ TARIKH DAN TEMPAT :

๐Ÿ”น 16 November 2017 (Khamis)
Kafeteria Asrama Kampus Perubatan

๐Ÿ”น 17 November 2017 ( Jumaat)
Speaker Corner, Kafe Baru Kampus Gong Badak

๐Ÿ”น 18 November 2017 ( Sabtu)
Speaker Corner, Kampus Besut


๐Ÿ“Œ AKTIVITI :
- Pameran MPP
- Pembukaan Kaunter Aduan
- Tayangan Montaj MPP
- Permainan Tradisional


๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ
Selain daripada itu juga, pihak MPP ada menganjurkan satu pertandingan Swafoto Bersama MPP dan Hadiah menarik disediakan!!

๐Ÿ† Pemenang akan dipilih berdasarkan

- Caption yang menarik dan terbaik
- Bilangan gambar yang mendapat like terbanyak dengan hashtag #sehariberasamaMPP

๐ŸŽŠ Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini. Kehadiran anda amatlah dialu-alukanโœŒ๐Ÿผ๐Ÿ˜„

PENYATUAN MAHASISWA PENERUS LEGASI KECEMERLANGAN

#SoaringUpwards
#UniSZAPastiTahu
#mppunisza
#IlmudanAkhlak
Assalamualaikum wbt wbr dan Salam Sejahtera

17 November 2017,Jumaat - Dua orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin daripada Fakulti Sains Sosial dan Gunaan, Saudara Muhammad Ziyad Bin Mohd Yazid dan Muhammad Faris Bin Mohd Nazer menjadi kebanggaan UniSZA apabila diumumkan sebagai pemenang dalam Pertandingan Pitching KPT-Superb Teraju Higher Education League 2017.

Kemenangan ini telah melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah 50 Ribu Ringgit Malaysia , berjaya mendapat latihan selama 3 bulan bersama Code Army secara percuma dan berjaya ke Superb Peringkat Kebangsaan untuk merebut hadiah berjumlah 500 Ribu Ringgit Malaysia.

Sebanyak 140 peserta dari 12 Universiti Awam dan Universiti Swasta terlibat dalam pertandingan ini. Untuk makluman semua, program ini adalah pendekatan terbaik dan boleh dimanfaatkan untuk memperbaiki medium penyampaian serta maklumat terkini dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sehubungan dengan itu, kejayaan mereka ini sangat membanggakan warga UniSZA ! Semoga semua Mahasiswa UniSZA mampu menjadikan mereka tauladan yang terbaik seterusnya membawa dan menjadikan UniSZA sebagai universiti yang terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniSZA SESI 2017/2018

#DemimuUniSZA
#MPPUniSZA
#SoaringUpwards
#IlmuDanAkhlak
Assalamualaikum & salam sejahtera๐Ÿ˜Š

๐Ÿ“„ Assignment sering kena reject oleh pensyarah disebabkan format yang salah ?

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ปAnda nak sangat belajar Microsoft Word dengan cara yang betul ?

๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™‚Nak tingkatkan skill dalam Microsoft Word tapi tak tahu nak belajar kat mana?

๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™€Tercari2 bengkel yang menawarkan harga berpatutan dengan mahasiswa/wi?

Nahโœจkhas untuk student UniSZa

*Bengkel MS Word Dotx For Formatting Large Document*๐Ÿ’ฅkini menjawab persoalan anda๐Ÿ˜Š

Lokasi ๐Ÿข Akan diberitahu kemudian
Tarikh ๐Ÿ—“ *25/11/2017*
*Sabtu*

*Ganjaran??*

๐Ÿ™Œ๐ŸปAntara kelebihan menyertai bengkel ini adalah:

1)menggunakan ws word utk menghasilkn penerbitan mengikut format yg betul tanpa ambil masa yg lama.

2)menghasilkn jadual penerbitan dgn no halaman secara automatik

3)menyusun bab, sub topik secara auto tanpa secara manual

4)menghasilkn graf,rajah dan jadual secara automatif dan mudah

5) menghasilkn bibliograf secara auto tanpa menyusun semula secara manual

6) menghasilkn nota kaki dan memdam semula.

โœ… surat pengecualian koko disediakn
โœ…handout disediakn
โœ…makan 3 kali sehari disediakn

Haa. Best sangat๐Ÿ˜

*Yuran??*๐Ÿ’ฐ
Slalunya bengkel cenggini makan beratus ratus sehari๐Ÿ’ธ

Tetapi
Tetapi
Tetapi...
Jangan risau ๐Ÿ˜‰Bengkel MS Word kali ni๐Ÿ‘‡๐Ÿป

*RM 25 sahaja* ๐Ÿ˜
Berpatutan dengan ganjaran yang akan anda perolehi selepas menghadiri bengkel ini โœจ

DIJAMIN ASSIGNMENT ANDA TIDAK AKAN DITOLAK LAGI ๐Ÿ’ฏ

Haa. Tunggu apa lagi? ๐Ÿ˜ฑcecepat daftar sebelum terlambat๐Ÿƒ๐Ÿป

Hubungi

โ€ผMaklumanโ€ผ

Kami akan membuka kaunter pendaftaran & pembayaran di *kafe baru* pada :-

๐Ÿ“Œ *Jumaat, Sabtu & Ahad*
๐Ÿ“Œ *9:00 pm - 10:45 pm*

Jom daftar beramai-ramai secara walk inโ˜บ

Atau

Hubungi๐Ÿ“ฒ
๐Ÿ™‡๐ŸปBro Taufiq
๐Ÿ‘‰๐Ÿปhttp://wasap.my/+60196897793
๐Ÿ™‡๐Ÿปโ€โ™€Sis Ain
๐Ÿ‘‰๐Ÿปhttp://wasap.my/+60175188103
๐Ÿ™‡๐Ÿปโ€โ™€Sis Fizah
๐Ÿ‘‰๐Ÿปhttp://wasap.my/+601125708954
TAHNIAH UniSZA !!!

It's official! For the 1st time, UniSZA is included in the QS Ranking Asia 2018, with the overall rank 351-400. Congratulation to all !

#UniSZAPastiTahu
#SoaringUpwards
#IlmudanAkhlak
#SedekadUniSZA
#IngatGanuIngatUniSZA
#iLoveUniSZA
#MPPUniSZA
#DemimuUniSZA
*MAKLUMAN PROGRAM DERMA DARAH DI FOYER ASRAMA*

Assalamualaikum. Wrm. Wbt.

21 November 2017

Perhatian kepada mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin satu program Derma Darah anjuran dari Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Pusat Kesihatan Pelajar akan diadakan pada ketetapan tarikh berikut:

*Tarikh: 22- 23 November 2017*
*Hari: Rabu - Khamis*
*Waktu: 9.00 pagi - 3.00 petang*
*Tempat:Foyer Asrama*

Justeru itu marilah bersama-sama kita berkunjung dan menderma darah yang akan diadakan selama dua hari ini bagi membantu dan meringankan beban insan-insan yang memerlukan.

*PENYATUAN MAHASISWA PENERUS LEGASI KECEMERLANGAN*

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018
[HARI BERTEMU PELANGGAN BENDAHARI]

Assalammualaikum & salam sejahtera warga UniSZA.

Sukacita dimaklumkan hari ini, 21 November 2017, bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, Pejabat Bendahari akan mengadakan "Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Bendahariโ€.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Sebarang persoalan atau idea juga boleh dibincangkan secara langsung di kaunter yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

โ€œPenyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlanganโ€

Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2017/2018


#MPPUniSZA
#DemimuUniSZA
#UniszaPastiTahu
#SoaringUpwards
#IlmudanAkhlak
| KUNJUNG HORMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA PROF. MADYA DR. KHAMSAH SURIATI BINTI MOHD, PENGARAH KAMPUS BESUT DI PEJABAT PENGARAH KAMPUS BESUT |

Alhamdulillah pada hari ini Majlis Perwakilan Pelajar telah berjumpa dengan Pengarah Kampus Besut bagi membincangkan secara dua hala tentang permasalahan mahupun penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di Kampus Besut.

In shaa Allah diharapkan hubungan yang baik dapat terus dijalinkan antara pihak Pengarah Kampus Besut dan Majlis Perwakilan Pelajar agar keselesaan dan kebajikan mahasiswa terjamin.

#mppunisza
#demimuunisza
#soaringupwards
Harga tudung istimewa untuk mahasiswa malam ini di DABS !
๐ŸŽŠ KARNIVAL INDUSTRI, KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA 2017 ๐ŸŽŠ

Jangan lupa temu janji kita malam ni,

Slot 2 : Sesi Bersama Alumni UniSZA

๐Ÿ‘ง Farah Afifah (Founder The Hijjb)
๐Ÿ‘ฆ Tuan Hj Sahar Mat Din (Pengerusi Persatuan Alumni UniSZA)

๐Ÿ“†Tarikh: 25 November 2017
๐Ÿ“ฎTempat: Dewan Al-Muktafi Billah Shah
๐Ÿ•ฐ Masa: 9 malam- 11 Malam

Istimewanya malam ini,

โœ… Harga Istimewa untuk setiap pembelian tudung The Hijjb ๐Ÿ’ธ
โœ… Merit disediakan

Pakat mari ramai ramai! Sebarkan kepada semua!

#SoaringUpwards
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
#DemimuUniSZA

Sekian, terima kasih.

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA GERAKAN PENGGUNA SISWA UNISZA DIATAS PENGANUGERAHAN SEBAGAI JOHAN BAGI ANUGERAH GERAKAN PENGGUNA SISWA TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah dan penghargaan kepada Gerakan Pengguna Siswa(GPS) UniSZA dibawah bimbingan YBrs. En Fauzan Bin Anuar di atas kejayaan merangkul Johan bagi kategori Anugerah Gerakan Pengguna Siswa Terbaik Peringkat Kebangsaan yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kejayaan ini merupakan suatu pengiktirafan yang begitu membanggakan warga UniSZA. Semoga kecemerlangan ini akan dicontohi dan menjadi pemangkin semangat Persatuan/Kelab dan Gerakan pertubuhan mahasiswa yang lain dalam meningkatkan prestasi kejayaan UniSZA didalam apa jua peringkat.

Sekian, terima kasih.

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniSZA SESI 2017/2018

#DemimuUniSZA
#MPPUniSZA
#SoaringUpwards
#IlmuDanAkhlak
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAUDARA AZIAMY BIN ABDUL AZIZ DIATAS PENERIMAAN ANUGERAH NADI NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah dan penghargaan kepada saudara Aziamy Bin Abdul Aziz, Mantan Presiden MPP UniSZA 2015/16 di atas penerimaan Anugerah Nadi Negara Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 25/11/2017.

Kejayaan ini merupakan suatu pengiktirafan yang begitu membanggakan untuk warga UniSZA ! Semoga kejayaan beliau akan dicontohi dan menjadi pemangkin semangat kepada semua mahasiswa UniSZA khususnya di dalam bidang kepimpinan.

Sekian, terima kasih.

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniSZA SESI 2017/2018

#DemimuUniSZA
#MPPUniSZA
#SoaringUpwards
#IlmuDanAkhlak
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

[ PENULARAN AJARAN SESAT DI DALAM KAMPUS ]

UniSZA sebagai sebuah universiti yang menekankan keharmonian di dalam kampus mengambil serius dakwaan bahawa wujudnya sesetengah pihak yang cuba mempengaruhi mahasiswa UniSZA dengan ajaran-ajaran yang boleh mengganggu keharmonian warganya.

Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa/i dinasihatkan untuk berhati-hati dari semasa ke semasa tentang gerakan yang kini sudah mula menjejakkan kaki ke dalam UniSZA. Sekiranya terdapat sebarang kes melibatkan perkara ini, mahasiswa/i diminta untuk membuat laporan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA atau Pejabat Keselamatan UniSZA dengan kadar segera bagi memudahkan tindakan susulan.

Di samping itu, Pihak Perpustakaan UniSZA meminta setiap mahasiswa/i sentiasa memakai dan mempamerkan kad matrik sebelum memasuki perpustakaan UniSZA. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan mahasiswa/i daripada ancaman luar yang hendak menjejaskan keharmonian kampus kita. Sekian terima kasih.

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

Nur Qamariah Binti Ramlee
Mohamad Ridwan Nizam Bin Mohd Farid

Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah MPP UniSZA Sesi 2017/2018

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

[ AMARAN KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI MUSIM HUJAN DAN BANJIR ]

Perhatian kepada semua mahasiswa, anda diminta untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada kerana dikhuatiri akan berlakunya banjir ekoran hujan lebat yang kini melanda pantai timur semenanjung tanah air.

Sehubungan dengan itu, mahasiswa diminta agar sentiasa peka terhadap amaran banjir yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga.

Beberapa peringatan penting kepada mahasiswa untuk mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini :

๐Ÿ“Œ Mahasiswa yang membawa kenderaan ke Kampus dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu kerana hujan lebat yang boleh membataskan had penglihatan di jalan raya.

๐Ÿ“Œ Mahasiswa disarankan untuk mengurangkan aktiviti luar semasa musim hujan.

๐Ÿ“Œ Jika anda terperangkap dalam banjir, tempat tinggal anda dinaiki air atau berlaku apa apa kejadian yang tidak diingini, sila hubungi pihak keselamatan Universiti pada bila bila masa di talian :

โ˜Ž09-6687753


Sekian, Terima Kasih

โ€œPENYATUAN MAHASISWA PENERUS LEGASI KECEMERLANGANโ€

Exco Kebajikan, Keselamatan, dan Kesihatan
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018
|PROGRAM INTERAKSI BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH (LPU) UniSZA|

Sukacita dimaklumkan bahawan Pejabat Pengarah Kampus Besut akan menganjurkan Program Interaksi Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) UniSZA, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Disember 2017
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Kampus Besut
Aktiviti : Senamrobik
Pakaian : T-shirt UniSZA

๐Ÿ“Œ Berpeluang memenangi cabutan bertuah

Sehubungan dengan itu, semua warga Kampus Besut dijemput untuk hadir & menyertai senamrobik yang akan diadakan.

Sekian, terima kasih.

'Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan'

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018
PRAPENDAFTARAN KURSUS SEM II SESI 2017/2018

PERHATIAN KEPADA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA KOHORT BARU

PraPendaftaran Kursus (Atas Talian)
26 November 2017 - 9 Disember 2017

PERHATIAN

1. Prapendaftaran kursus secara 'online' tidak dibenar menggunakan telefon pintar.

2. Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM 100.00 bagi pelajar yang TIDAK MEMBUAT PRAPENDAFTARAN KURSUS dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.

3. Sebarang kesilapan prapendaftaran kursus adalah tanggungjawab pelajar.

4. Pelajar dikehendaki 'SAVE & PRINT' slip semasa prapendaftaran untuk semakan

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2017/2018 UniSZA

Puteri Wan Nur 'Izzati Binti Azhari
Alya Zulaikha Binti Abd Kadir
EXCO AKADEMIK DAN INTEGRITI

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MppUniSZA