Hebahan MPP UniSZA
5.05K subscribers
1.59K photos
27 videos
88 files
453 links
Channel ini ditubuhkan bagi memberi anda maklumat terkini berkenaan agenda, perancangan, Inspirasi dan Aktiviti-Aktiviti MPP UniSZA dan UniSZA.

Ayuh Viralkan penubuhan channel ini untuk hebahan. #MPPUniSZA #KamiMestiRajin
Download Telegram
Assalamualaikum wbt.

*Panggilan Volunteer*📞

Kepada yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada volunteer sempena Kejohanan Payung Terjun 2017 pada 22-30 September 2017, boleh menghubungi saudara Radhi di talian www.wasap.my/60145078069. Terhad kepada 50 orang sahaja.

Benefit:

1. Keahlian Persatuan Payung Terjun Malaysia secara percuma.

2. Goodies dari penganjur.

3. Berpeluang terpilih untuk mengikuti Pertandingan, Seminar, dan Persidangan Sukan Udara di dalam negara juga Luar negara.
PERJUMPAAN PELAJAR KOKURIKULUM IJAZAH & DIPLOMA SEM I 2017/18

Perhatian kepada semua pelajar kursus kokurikulum (Ijazah Sarjana Muda Dan Diploma Kohort Baharu - Berpakej) Semester I Sesi 2017/2018 UniSZA Kampus Gong Badak dan Kampus Besut.

Adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan akan diadakan sebagaimana butiran di bawah dan merupakan kuliah pertama saudara/i :-

(UniSZA KAMPUS GONG BADAK)

Tarikh/Hari : 22 September 2017 / Jumaat
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Padang Kawad Dewan Al-Mutafil Bilal Shah (DABs)


(UniSZA KAMPUS BESUT)

Tarikh/Hari : 22 September 2017 / Jumaat
Masa : 8.40 pagi
Tempat : Dewan Aktiviti, Bersebelahan Kafe UniSZA Kampus Besut.


Kehadiran adalah DIWAJIBKAN tanpa pengecualian.

Bas akan disediakan bagi pelajar Kampus Perubatan pada jam 7.00 pagi di tempat menunggu di Asrama MAIDAM.
Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Pejabat PPHP 09-668 7690/8801/8810
Sekian, Harap maklum.

Timbalan Pengarah Akademik
*[ TEMPAHAN BAJU UniSZA RUN 2017 ]*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga kampus UniSZA dan juga komuniti Terengganu !

Bersempena dengan program #UniSZARUN2017 yang bakal berlangsung Oktober nanti maka kami membuka ruang kepada semua untuk tempahan baju UR2017!!


*MATERIAL* : MICROFIBRE
*LENGAN*: PENDEK SAHAJA
*HARGA* : RM20
*SAIZ*: S - 3XL

Kaunter pembayaran akan dibuka bermula :

*Tarikh* : 20hb-21hb September 2017
*Masa* : 8.45pm - 10.00pm
*Tempat* : Cafe Kampus Gong Badak dan Tembila sahaja.

Hubungi no yang tertera untuk maklumat lanjut.

*Kampus GB*
Maisarah : 0186642168
Suria : 0199989932
Izati : 0124379806

*Kampus Besut*
Gogula : 0123642395
Natasha : 01119942447

** peserta yang mendaftar utk larian secara automatik mendapat sehelai tshirt program.

#viral
#UniSZARUN2017
#UniSZAPASTITAHU
*[ PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN UniSZA RUN 2017 ]*

Berita gembira buat warga Terengganu khususnya mahasiswa/i UniSZA.

Kaunter pendaftaran bagi program UniSZA RUN 2017 akan dibuka seperti berikut.

Masa : 8.45pm - 10.00 pm
Tarikh : 20-21 Sept 2017
Tempat : Cafe Baru Kampus Gong Badak

Jadii, tunggu menda lagi sekmung ? Ayuh daftar sekarang sementara peluang masih ada !

" FIT, ENERGETIC, HEALTHY "

#UniSZARUN2017
#SEDEKADUniSZA
[PEMBENTUKAN KABINET MPP SESI 2017/18]

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kehadrat ilahi diatas limpahan nikmatNya yang tidak terhingga. Semoga kita semua berada dalam perlindunganNya.

Makluman kepada semua Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin bahawa pembentukan Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2017/2018 telah pun dibentuk seperti berikut:-

Tarikh :18 September 2017
Hari :Isnin
Masa :8.30 malam
Tempat :Bilik Mesyuarat 1 Bangunan Pentadbiran
Pengerusi :Tuan Muzafar Bin Mohd Din
(Ketua Bahagian Pengurusan Akademik UniSZA)

Berikut adalah senarai nama dan jawatan ahli Majlis
Perwakilan Pelajar UniSZA 17/18 yang telah dibentuk sebagaimana ketetapan berikut:

AHLI KABINET MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniSZA SESI 2017/18

MAJLIS TERTINGGI

PRESIDEN
MUHAMMAD AMMAR RAFIQ BIN RUSLAN (FSSG)

TIMBALAN PRESIDEN 1
WAN MOHD SHAFIK BIN WAN HARMI (FRIT)

TIMBALAN PRESIDEN 2
IZMAWATI BINTI SODDING (FBK)

SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD AIMAN BIN A.GHANI (FIK)

NAIB PRESIDEN GONG BADAK
MUHAMMAD ASRAAF BIN YUSNAIDI (FKI)

NAIB PRESIDEN PERUBATAN
NOR MAISARAH BINTI MOHD DIN (FP)

NAIB PRESIDEN BESUT
NUR AIN SYAHNANI BINTI RIDZUAN (FBIM)

SETIAUSAHA KERJA 1
NOR FAZARUDDIN BIN NOR AZALI (FSK)

SETIAUSAHA KERJA 2
NUR HAFIZATUL AKMAL BINTI AZMI (FRIT)

BENDAHARI KEHORMAT
MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD RANI (FESP)

KETUA PERHUBUNGAN MAHASISWA
MUHAMMAD HASRUL HISHAM BIN HASSAN (FKI)


STRUKTUR ORGANISASI EXCO MPP

EXCO KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN
1. MOHAMAD ASHRULASHRAF BIN ZUBER (FBK)
2. NUR FAZIRAH BINTI M.WARIB (FBIM)
3. MOHAMAD ZULHELMI BIN ZULKEFLI (FP)

EXCO KELAB, PERSATUAN DAN SEKRETRIAT
1.AHMAD KAMIL BIN MAKHTAR (FESP)
2.NURUL AIN FARHANA BINTI ELIAS (FSK)

EXCO KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
1. NURSYAZA BINTI HUSSIN (FIK)
2. MOHAMAD IZRAN ISKANDAR BIN RUSLI (FIK)

EXCO PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN KESUKARELAWAN
1. HARUN BIN OSMAN (FSSG)
2. NURUL HUSNA BINTI HASRULNIZAM (FUHA)

EXCO KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
1. NUR ASYIQIN BINTI MOKHTAR (FESP)
2. NUR FARAH AIN BINTI MOHD FAIZU (FUHA)

EXCO AKADEMIK DAN INTEGRITI
1. PUTERI WAN NUR 'IZZATI BINTI AZHARI (FSK)
2. ALYA ZULAIKHA BINTI ABDUL KADIR (FUHA)

EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN
1. KU MOHAMAD NASROL BIN KU MOHD NASIR (FP)
2. NUR ALISSA JASMIN BINTI ISHAK (FBK)

EXCO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
1. MOHAMAD RIDWAN NIZAM BIN MOHD FARID (FKI)
2. NUR QAMARIAH BINTI RAMLEE (FBIM)

EXCO KOLEJ KEDIAMAN DAN PENEMPATAN LUAR KAMPUS
1. MOHAMAD AZRUL BIN AZMI (FRIT)
2. MAHIRAH BINTI SIDEK (FSSG)

Semoga Mahasiswa UniSZA menyokong dan membantu barisan kabinet ini demi pembangunan agama, bangsa, dan negara serta UniSZA tercinta ini.

Sekian, Terima Kasih.

Muhammad Ammar Rafiq Bin Ruslan
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2017/2018
Universiti Sultan Zainal Abidin
Salam Maal Hijrah.

Semoga dengan peningkatan tahun, makin meningkat amal kita 😊

#UniSZAPastiTahu
#MppUniSZA
JUALAN TIKET "KONSERT MEGA DIKIR ZIKIR 2017"

Assalamualaikum w.b.t 🌺

Seperti yang semua sedia maklum, KONSERT MEGA DIKIR ZIKIR akan berlangsung pada 28 SEPTEMBER 2017 | KHAMIS | 8.00 PM - 12.00 AM | DEWAN AL-MUKTAFI BILLAH SHAH (DABS).

Dah tak lama konsert nak berlangsung!!! 😱😱 Lagi seminggu je ! 😨 Jadi waktu yang ditunggu-tunggu hampir tiba 😍😚🤗

Waktu apa? JUALAN TIKET~ 😚

InsyaAllah, penjualan tiket akan bermula pada ;
Hari: 21-23 SEPT 2017 : KHAMIS / JUMAAT / SABTU
Jam : 8.45 MALAM
Tempat: CAFE BARU

Malam ni buka !!!

Harga tiket? RM5 (DEWASA) tau ! 😍 dan PERCUMA (KANAK-KANAK) 😌

Jangan lupa LIKE & FOLLOW kami di Fb/Insta/Twitter
@KMDZ2017

Atau sila hubungi:
http://www.wasap.my/+60133951822 (Anuar)
http://www.wasap.my/+60172338563 (Aimi)
http://www.wasap.my/+60126821584 (Nommy)

Jumpa nanti !

#KMDZ2017
#UsulUsuk
#PMUS
#UniszaPastiTahu
🔊HEBAHAN📢
🎗🌟🎗🌟🎗🌟🎗🌟🎗🌟🎗
Islamic Finance Student Association (IFSA) dengan kerjasama Pusat Islam UniSZA akan mengadakan 2 karnival yang paling meriah best di daerah Kuala Nerus
🎗🌟🎗🌟🎗🌟🎗🌟🎗🌟🎗
*Karnival Masjid Unisza 2017*
💛*Islamic Finance Carnival 5.0 for Charity Right*
🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉
yang berlangsung selama 10 hari
📆 *25/9/2017 - 4/10/2017*
🕌tempat: *Perkarangan Masjid UniSZA*
😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱
Antara program dan aktiviti menarik:
📆(27/9)- Majlis Perasmian,Finance Game Fair,Program Kesihatan, Sukan Rakyat.
📆(28/9)- Sukan Rakyat, Ceramah Perdana *(Ustaz Pahrol Juoi)*
📆(29/9)- Futsal Piala IFC5.0, Sukan Rakyat, Konsert Amal *(NowSeeHeart)*
📆(30/9)- BigBikeRide4.0, Futsal Piala IFC5.0, Malam Belia Bersama *(PU Fakrul)*
📆(1/10)- Pertandingan Mewarna Bank Rakyat, Nilai Sebuah Mahar *(Ustazah Fatimah Sharha & Dr Farhan Hadi)*
📆(2/10)- Sukan Rakyat, Finance Game Fair, Malam Rohingya
📆(3/10)- UniSZA berselawat

😋🍜🍱Bukan itu sahaja ada *Thai Food Festival* juga sepanjang karnival berlangsung dan terdapat lebih 30 gerai jualan🌮🥙🍜🍨🍦🍢🍡🍟😱

🙂bersama-sama kita memeriahkan Karnival Masjid & IFC 5.0 for Charity Right🙂
🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗
*Maghi pakat2 gi blake*

#UniSZAPastiTahu
#KarnivalMasjid
#ifcforcharityright
#UniSZASemuaDiaTahu
ASSALAMUALAIKUM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM NEGARAKU MALAYSIA 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Aumni) telah bersetuju untuk menetapkan tarikh bagi Annual General Meeting (AGM)Sekretariat, Persatuan Mahasiswa Dan Kelab Pelajar Sesi 2017/2018 adalah pada 1 Oktober 2017 (Ahad) sehingga 2 November 2017 (Khamis). 

Dipohon kepada Sekretariat, Persatuan Mahasiswa dan Kelab Pelajar yang telah selesai pemilihan kepimpinan baru bagi sesi 2017/2018 untuk menghantar laporan dan minit mesyuarat ke Unit Aktiviti,Persatuan dan Kelab Pelajar serta Unit Sekretariat dan Tatatertib Pelajar, PTNC HEPA dengan SELEWAT-LEWATNYA PADA 9 November 2017 (Khamis). 


Sebarang persoalan bolehlah menghubungi: 

Puan Wan Muzawati binti Wan Musa (Persatuan Mahasiswa & Kelab Pelajar) 
09-6687929 

Puan Zaliha binti Jusoh (Sekretariat Pelajar) 
09-6687937 


Sekiranya gagal melaksanakan Annual General Meeting (AGM) status Sekretariat, Persatuan Mahasiswa dan Kelab Pelajar dikira TIDAK AKTIF. 

Sekian, harap maklum.
Ayuh , kembalikan senyuman Anas !


Kepada sesiapa yg ingin menyumbangkan derma bagi meringankan beban kos rawatan utk sahabat kami yg menghidap kanser limfoma tahap 2 boleh disumbangkan melalui akaun berikut ;

-------------------
1630 1969 9637 - Maybank
(Muhammad Nurudin Fadli bin Razali)
www.whatsapp.com/6013-9306399 - pertanyaan berkenaan sumbangan sahaja
-------------------

Latar belakang / Butiran pesakit

Nama : Mohammad Anas bin Shukri.
Umur : 21 tahun
Alamat : 165, Taman Safiah Murni, Bukit Payong, 21400, Marang Terengganu.

Sekolah lama - Sk Padang Mengkuang, SMKA Durian Guling,
Unisza ( Bahasa Arab )

-------------------
Kami dahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih kerana share/sumbangan/doa/sekecil kecil usaha yg anda lakukan.
Semoga Allah membalas jasa baik semua.

Terima kasih.
Update 22 Sept : Sudah memulakan rawatan kimoterapi di Hosp Sultanah Nur Zahirah K.Trg.
[ KEMUDAHAN SUKAN BAHARU BUAT MAHASISWA UniSZA ]

Alhamdulillah kemudahan sukan yang baharu hampir sedia untuk digunakan mahasiswa/i UniSZA..

1) Outdoor Gym di sekitar Tasik UniSZA Kampus Gong Badak.

2) Dewan Serbaguna Kampus Besut yang baru dinaiktaraf.

Semoga kemudahan ini akan dapat memberi manfaat kepada mahasiswa sekalian.. Ayuh Jom Sihat !

#MPPUniSZA #UniSZAPastiTahu
JUALAN TIKET KMDZ2017 TERUS DIBUKA 🎉

Atas permintaan pihak-pihak tertentu, kami buka semula kaunter jualan tiket 😃 harga masih sama tau, RM5 !

Mari ! mari ! mari ! malam ni 24/9 (ahad), 25/9 (isnin), 26/9 (selasa), 27/9 (rabu) kaunter akan terus dibuka 😀

Kami akan jemput Ust Syed Abdul Kadir al-Joofre dan Amin Idris ke program ni tau 😇

Yang belum beli boleh beli...yang nak booking boleh booking...yang nak ambik ape yang dibooking boleh datang. kami sentiasa menungguuu 😍

Di cafe baru unisza boh ! rugi tak pi, boleh lagi ni !

Jangan lupa LIKE & FOLLOW kami di Fb/Insta/Twitter
@KMDZ2017

Atau sila hubungi:
http://www.wasap.my/+60133951822 (Anuar)
http://www.wasap.my/+60172338563 (Aimi)
http://www.wasap.my/+60126821584 (Nommy)

#kmdz2017
#usulusuk
#pmus
#uniszapastitahu
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa IBU kepada Muhd Athif Azfar, Mahasiswa ISM Syariah Tahun 3, telah meninggal dunia pada pagi tadi.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin Sesi 2017/2018
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sabtu | 30 September 2017

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita, saudara Mohammad Anas bin Shukri, pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, semester 3 dari Fakulti Bahasa & Komunikasi, telah meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi.

Salam Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sekian, terima kasih.

"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin sesi 2017/2018
*||Jemputan Program Forum Perdana Peringkat Dun Seberang Takir||*

Assalamualaikum Wrm. Wbt, Selamat Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Khidmat DUN Seberang Takir akan mengadakan *| Program Forum Perdana Peringkat Dun Seberang Takir* seperti ketetapan berikut:

*Tarikh:* 5 oktober 2017
*Tempat:* Padang Bola,Telaga Daing
*Pukul:* 8.45 malam

*Bas Disediakan*

Sehubungan itu, bagi Mahasiswa UniSZA Kampus Gong Badak yang berminat untuk menyertai program ini, anda diminta untuk menghubungi nombor yang tertera seperti dibawah:-

*Asraaf :- 0199603147*


Sekian, Terima Kasih.

_Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan_

Muhammad Asraaf Yusnaidi
*Naib Presiden Kampus Gong Badak*
*Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA Sesi 2017/2018*
TEMUDUGA PENGAMBILAN KEPIMPINAN EXCO BAHARU PERSATUAN MAHASISWA ANAK TERENGGANU ( PERMATA UniSZA ) SESI 2017/2018

Sukacita dimaklumkan bahawa barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu UniSZA telah membuka pengambilan exco baharu bagi sesi 2017/2018. Oleh itu, bagi yg berminat boleh mengikuti langkah berikut :

🌴 Daftarkan diri dan isi maklumat diri melalui google form seperti link dibawah. Print borang berkenaan utk dibawa ke sesi temuduga.
LINK : 

https://goo.gl/forms/43NmiCUCtr52FiVA2

Pendaftaran bagi sesi temuduga bermula 4 hingga 6 Oktober 2017.

🌴Hadir ke sesi temuduga PERMATA UniSZA.

Ketetapan temuduga adalah seperti berikut :

8/10/2017 :  8.30-10.30 Malam, Laman Selera Unisza

9/10/2017 :  8.30-10.30 Malam, Laman Selera Unisza

🌴Keputusan yang berjaya akan dihubungi dan dihebahkan di media sosial PERMATA UniSZA.

®Tambahan. Jangan Lupa untuk bawa bersama :
Dokumen Diri Tambahan Seperti Resume, Sijil dan sebagainya.

🌴Sebarang pertanyaan boleh berhubung :

Saudari Hanis, 011-16105643
Saudari Noor, 017-9197863

*Ikuti sosial media PERMATA*
FB PAGE: Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Unisza
FB PROFILE: Permata Unisza
INSTAGRAM: permata_unisza
TELEGRAM: https://telegram.me/permataunisza
PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT UNISZA SESI 2017/2018
ASSALAMUALAIKUM WM. WBT.

KEPADA SEMUA PELAJAR UniSZA YANG SEDANG MENJALANI PENGAJIAN (AKTIF) DI UniSZA.

UNIT PENAJAAN DAN DANA PELAJAR (UPDP), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA) UniSZA SEDANG MEMBUKA PERMOHONAN
BANTUAN ZAKAT KEPADA PELAJAR UniSZA YANG LAYAK SEBAGAIMANA BUTIRAN BERIKUT :

1. BERAGAMA ISLAM.
2. PELAJAR SEPENUH MASA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA).
3. PENDAPATAN TIDAK SAMPAI KEPADA HAD KIFAYAH MENCUKUPI SEPERTI YANG DITETAPKAN.
4. TIDAK MENERIMA SEBARANG BANTUAN DARI MANA-MANA PIHAK ATAU MENERIMA BANTUAN TETAPI MASIH TIDAK MENCUKUPI.

TARIKH BUKA : 03/10/2017 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 23/10/2017 (ISNIN)


PERMOHONAN YANG TIDAK MENEPATI SYARAT KELAYAKAN DAN GAGAL MENGHANTAR BORANG PADA MASA
YANG TELAH DITETAPKAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

MOHON CETAK BORANG PERMOHONAN ZAKAT SEPERTIMANA YANG TELAH DILAMPIRKAN DI
BAWAH.

PELAJAR KAMPUS GONG BADAK DAN KAMPUS PERUBATAN, BORANG PERMOHONAN HENDAKLAH
DIHANTAR KEPADA UNIT PENAJAAN DAN DANA PELAJAR, PTNC (HEPA), KAMPUS GONG BADAK.

** PELAJAR KAMPUS TEMBILA, BORANG PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA PUAN NOOR
HAFIZAL BINTI ABDUL AZIS (PEN.PENDAFTAR) PTNC (HEPA), KAMPUS BESUT.

SEKIAN HARAP MAKLUM.
Assalamualaikum Wrm. Wbt. dan Salam Sejahtera.

[MAKLUMAN UNTUK HADIR KE PROGRAM PECIPTA 2017]

Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UniSZA dan UMT sedang Menganjurkan Program PECIPTA 2017 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Oktober 2017
Hari : Isnin
Masa : 1.30 - 5.00
Tempat : Stadium Tertutup Gong Badak

*Mohon perhatian kepada semua Pelajar Tahun 1 , anda DIWAJIBKAN hadir ke Majlis Perasmian Penutup PECIPTA di Stadium Tertutup Gong Badak*

Bas disediakan di foyer asrama pada jam 1.30 petang

Pengecualian kuliah untuk kuliah petang ini telah diluluskan oleh mesyuarat JKPU yang bersidang sebentar tadi.

"PENYATUAN MAHASISWA PENERUS LEGASI KECEMERLANGAN"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin Sesi 2017/2018