Barisan MPP UniSZA Mengucapkan TAHNIAH kpd Muhammad Taufiq Abu Nazir, pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA yang memenangi tempat pertama Tema 2, Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital KDB 2016 anjuran MCMC dan Jakim yang telah berlangsung baru-baru ini..
#UniSZAPastiTahu
#UniSZAPastiTahu
PENDAFTARAN PELAJAR YANG TIDAK PULANG BERCUTI
Makluman kepada semua mahasiswa UniSZA...
Cuti Semester 1 Sesi 2016/2017 bagi pelajar Diploma Kohort Baru dan Ijazah akan bermula pada 6 Januari (Jumaat) hingga 21 Januari 2017 (Sabtu).
Oleh yang demikian, mahasiswa yang tidak pulang bercuti kerana terlibat dengan sebarang program dan telah mendapat kelulusan dari Pengarah Kolej Kediaman dikehendaki hadir ke Pejabat Kolej Kediaman untuk mendaftarkan diri pada 8 Januari 2017 (Ahad).
Ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pemantauan keselamatan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kolej Kediaman semasa berada di kolej kediaman.
Sekian, harap maklum
Pejabat Kolej Kediaman UniSZA
5 Januari 2017

[JELAJAH KAMPUS: SEHARI BERSAMA MPP 2.0]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2016/2017 akan mengadakan Program Jelajah Kampus Sehari Bersama MPP 2.0 Universiti Sultan Zainal Abidin pada ketetapan berikut:
KAMPUS PERUBATAN
Tarikh : 5 JANUARI 2017
Hari : Khamis
Masa : 8.30 MALAM- 11.00 MALAM
Pelbagai pengisian akan diadakan sempena Program Jelajah Kampus Sehari Bersama MPP 2.0,
antaranya:
1) Sesi Ramah Mesra Bersama MPP
2) Kaunter Aduan dan Cadangan
3) Pameran Berkenaan Servis PTJ
4) Pertandingan Selfie
Justeru, kami amat mengalu-alukan kehadiran semua mahasiswa dari setiap kampus untuk turut serta dalam Program Jelajah Kampus Sehari Bersama MPP supaya sebarang idea atau permasalahan dapat diselesaikan mengikut wadah yang betul di samping dapat mengenali fungsi-fungsi PTJ yang terdapat di UniSZA. Anda turut dapat merebut hadiah cabutan bertuah yang akan disediakan.
Sekian,
“Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Transformasi Negara"
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniSZA
Sesi 2016/2017
P/s Berikut merupakan syarat untuk PERTANDINGAN SELFIE
1. 'Like' Facebook Page Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA.
2. Muat baik sebarang gambar berkaitan dengan Program Jelajah Kampus: Sehari Bersama MPP 2.0
3. Kongsikan sebarang maklumat yang mahasiswa peroleh daripada program ini.
4. 'Tag' Facebook Page Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA di gambar selfie anda.
5. Letakkan hashtag #SehariBersamaMPP

KPT BERSIAP SEDIA HADAPI BANJIR
SEPANG 5 Jan. - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT), kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Kamel Mohamad.
Beliau berkata, kementerian telah menyelaraskan aspek penyampaian maklumat melibatkan semua IPT yang berisiko dilanda banjir terutama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bagi memudahkan koordinasi dan penyaluran bantuan.
Katanya, berdasarkan pengalaman menghadapi banjir besar dua tahun lepas, kementerian akan bekerjasama dengan semua agensi terlibat, selain menggerakkan sukarelawan kementerian.
"Dari segi komunikasi, pihak pengurusan di IPT akan menyampaikan maklumat terkini terutama di Pantai Timur seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta politeknik dan kolej komuniti berkaitan. - BERNAMA

MAKLUMAN CAJ PERMOHONAN SALINAN TRANSKRIP DAN SKROL BAHASA ARAB
Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam Sejahtera,
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR
Kadar caj baharu permohonan salinan transkrip atau permohonan transkrip Bahasa Inggeris ialah RM 30.00. Manakala permohonan skrol Bahasa Arab ialah RM 50.00 bermula Januari Tahun 2017.
Borang permohonan transkrip akademik terkini boleh dimuat turun di www.unisza.edu.my/bpa atau boleh didapati di kaunter Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik.
Sekian, harap maklum.
SEKSYEN PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

‼SUKARELAWAN DIPERLUKAN‼
Assalamualaikum w.b.t
🔈IKRAM Siswa UniSZA dan iBantu Kuala Terengganu sedang mencari sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di kawasan Terengganu.
🔈Tenaga sukarelawan diperlukan pada 13 & 14hb Januari 2017.
🔈Kepada yg berminat boleh menghubungi: Zahariah (0134251497)
Akhlak | Khidmat | Ukhuwah

[WAKTU PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN PELAJAR UniSZA SEMPENA CUTI SEMESTER]
9 Januari 2017 | Isnin
Assalamualaikum Wrm.Wbt. dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Kesihatan Pelajar UniSZA akan menjalankan operasi dan perkhidmatan mengikut waktu pejabat sahaja bermula dari 8 Januari 2017 sehingga 21 Januari 2017 berikutan ramai pelajar yang sedang bercuti (Cuti Semester) kini.
Selain itu, jumlah pelajar yang menggunakan perkhidmatan dari Pusat Kesihatan UniSZA juga adalah kurang terutamanya selepas waktu pejabat.
Namun begitu, Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA akan beroperasi seperti waktu biasa setelah berakhirnya cuti semester.
Justeru itu, diharapkan semua mahasiswa mengambil cakna tentang makluman bagi memudahkan urusan bersama.
Sekian, terima kasih.
"PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA"
Exco Kebajikan, Keselamatan dan Kesihatan
Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA Sesi 2016/2017

📢 Assalamualaikum n greetings everyone! 🐻
🏩 Medical Students Association of UniSZA (MediSZA) kembali dengan Program komuniti sekali lagi!
Program Teddy Bear Hospital membawa objektif:
🐻 Untuk mengurangkan rasa fobia KANAK-KANAK terhadap hospital atau doktor melalui pelbagai aktiviti menarik!!!
🐻IBU BAPA juga berpeluang untuk melihat dan mempraktikkan cara-cara membuat CPR kepada kanak-kanak yang amat berguna utk masa kecemasan.
Program ini adalah program yang berlangsung pada Kali ke-6 di Malaysia dan buat kali PERTAMANYA di Terengganu !!
📆 Sabtu, 18 February 2017
🏠 Mydin Mall, Gong Badak
⏰ 8 pagi - 5 petang
Sehubungan dgn itu, kami memerlukan khidmat anda utk mendermakan patung 🐻 beruang yg masih dalam keadaan yg baik dan bersih dlm menjayakan program ini! 🐻
Sesiapa yang berminat untuk menderma patung beruang anda utk kanak-kanak yang terlibat dlm program komuniti ini, sila berhubung dengan kami:
⚡Firdaus 018-4084990
⚡Farahain 019-2987420
⚡Nithiya 019-4577659
Thankyou 🙂

Ucapan & Slaid Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 pada 12 Januari 2017.
Minister of Higher Education's 2017 Policy Speech Slides + Slides (BM version. English version coming soon), delivered on 12 January 2017.
UCAPAN AMANAT 2017 MENTERI PENDIDIKAN TINGGI pada 12 Januari 2017.
A. PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah keizinan-Nya, dapat sama-sama kita berada di MAJLIS AMANAT 2017 MENTERI PENDIDIKAN TINGGI ini.
2. Izinkan saya memperkenalkan pasukan handalan Kementerian bersama-sama dengan saya pada pagi ini:
a. YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,
b. YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha,
c. YBhg. Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi merangkap Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan
d. YBhg. Dato Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti merangkap Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik.
e. Tidak dilupakan juga, YBhg. Dato’ Nik Ali bin Mat Yunus, Timbalalan KSU (Pembangunan) dan YBhg. Dato’ Kamel Mohamad, TKSU (Pengurusan).
3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengiktiraf :
a. YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, mantan KSU Kementerian yang kini KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA);
b. YBhg. Dato’ Hasnol Zam Zam, mantan TKSU (Pengurusan) KPT;
c. YBhg. Datuk Prof Dr Asma Ismail, mantan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang kini hadir sebagai Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM),
d. YBhg. Datuk Profesor Dr Roziah Omar, mantan Timbalan Ketua Pengarah (Swasta), Jabatan Pendidikan Tinggi, dan
e. YBhg. Dato’ Mohlis Jaafar, mantan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik.
Terima kasih kepada mereka semua yang telah banyak menyumbang kepada Kementerian pada tahun 2016.
4. Bersama kita pada pagi ini juga Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor-Naib Canselor Universiti Awam (UA), Ketua Eksekutif Institutsi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), CEO GILC/GLC, CEO serta wakil syarikat swasta dan NGO, warga Institutsi Pendidikan Tinggi (IPT), Politeknik, Kolej Komuniti, serta warga Kementerian yang dikasihi.
5. TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang hadir, termasuk yang menonton secara on-line demi menjayakan majlis pagi ini dan Selamat Tahun Baharu diucapkan kepada semua.
6. Besarlah harapan saya agar amanat memberi panduan kepada warga Pendidikan Tinggi untuk mengorak langkah dengan lebih jelas.
a. Lebih jelas ke arah mencapai aspirasi iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi dapat menyediakan pendidikan tinggi yang terbaik di dunia; dan
b. Lebih jelas dalam menjadikan pendidikan tinggi Malaysia terkemuka di persada antarabangsa.
B. RECOGNITION / PENCAPAIAN 2016
7. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, sepertimana yang anda telah saksikan sebentar tadi, 2016 merupakan tahun yang bersejarah buat pendidikan tinggi negara.
8. UA kita terus menunjukkan peningkatan dalam QS World University Rankings, dan RU kita merupakan Top 1% in the world dengan Universiti Malaya (UM) mendahului di tangga ke-133. Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) juga menunjukkan peningkatan dalam ranking dunia dan subjek. Tahniah diucapkan dan semoga prestasi cemerlang ini dapat diteruskan.
9. Beberapa IPTS juga telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan dalam QS Asia University Ranking dan QS Stars Rating. Tahniah diucapkan kepada Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Taylor’s, Universiti Sunway, dan Multimedia University (MMU).
10. Jika kita melakukan extrapolasi mudah secara linear (rujuk Lampiran), inshaAllah, menjelang 2025 akan terdapat 2 universiti yang berada di kelompok Top 100 in the world, selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT).
11. Selain daripada ranking dan merentasi pelbagai bidang berkepentingan, daripada penyelidikan kepada penerbitan, kolaborasi industri, pensyarah

dan penyelidik, mahasiswa dan alumni, pendidikan tinggi Malaysia sememangnya telah menggapai pencapaian yang lebih hebat dan lebih tinggi. Buat masa ini, nikmatilah kejayaan anda.
12. Kepada setiap warga pendidikan tinggi, TERIMA KASIH kerana menjadikan budaya kecemerlangan ini sebuah realiti. Disebabkan anda semualah Kementerian sememangnya Soaring Upwards.
C. REDESIGNING HIGHER EDUCATION / MEREKA BENTUK PENDIDIKAN TINGGI
13. Tema Amanat pada tahun 2017 ini adalah: REDESIGNING HIGHER EDUCATION.
14. Sejak pelancaran PPPM (PT) pada bulan April 2015, kita telah memulakan satu pengembaraan yang tinggi harapannya (ambitious) untuk redesign our higher education (mereka bentuk pendidikan tinggi negara).
15. Sebagai imbasan kembali, PPPM (PT) telah mengenalpasti 6 aspirasi pelajar dan 5 aspirasi sistem. Kita juga mempunyai 10 Lonjakan yang akan mengangkat pendidikan tinggi negara ke peringkat seterusnya.
16. Kita juga ada University Transformation Programme (UniTP) yang digariskan dalam Lonjakan 10 PPPM (PT). Inisiatif ini disokong oleh penyediaan Buku Panduan atau Playbooks yang bakal membantu universiti meningkatkan penjanaan pendapatan, memantapkan tadbir urus, menyokong pembangunan bakat pengajar dan meningkatkan produktiviti akademik dan keberkesanan kos. Pada tahun 2017 ini, 2 lagi buku bakal dilancarkan iaitu ‘Blue Book Vol. 1: Strengthening Performance Management’ dan ‘Blue Book Volume II: Strengthening Financial Reporting’.
17. Sehubungan itu, apabila saya menyebut Redesigning Higher Education, ia tidak bermakna kita bermula daripada kosong kerana kita sudah ada aspirasi, kita sudah ada visi dan kita sudah ada perancangan.
18. Sehubungan itu, agenda Redesigning Higher Education ini melihatkan beberapa inisiatif yang telah diperkenalkan sejak April 2015. Pada amanat saya tahun lalu saya telah mengumumkan inisiatif tersebut yang termasuk inisiatif pendidikan fleksibel. Pada pagi ini, izinkan saya mengulas serba sedikit mengenai impak dan hasilnya.
(iCGPA – PNGK Bersepadu)
19. Berikut merupakan Matrik Sesawang Labah-Labah seorang mahasiswa UiTM. Ini merupakan keputusan semester 1 2015/2016 beliau. Berdasarkan Matrik ini, kita boleh menganalisa kekuatan dan kelemahan mahasiswa tersebut.
20. Paparan seterusnya pula menunjukkan keputusan Sem 2 2015/2016 mahasiswa tersebut. Apabila keputusan sem 1 dan 2 digabungkan, berikut merupakan keputusan iCGPA atau Integrated Cumulative Grade Point Average (Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu) mahasiswa tersebut di penghujung Tahun 1 pengajiannya.
21. Dengan adanya iCGPA, mahasiswa tersebut boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahannya; pihak Universiti boleh menyediakan program intervensi untuk membantu mahasiswa mengatasi kelemahan; dan pihak industri dapat menyediakan latihan dalam mengukuhkan perkembangan mahasiswa tersebut ketika latihan industri.
22. Inilah hasil iCGPA.
23. Sepertimana yang anda boleh lihat, banyak manfaat diperolehi daripada iCGPA. Kementerian tidak hanya berhujah mengenai perlunya menghasilkan graduan yang holistic, berciri keusahawanan dan seimbang, tetapi melalui iCGPA yang selaras dengan Lonjakan 1 PPPM (PT), kita menjadikan hasrat ini suatu realiti.
24. Pada September 2015, projek rintis iCGPA dimulakan dengan 5 universiti. Menjelang September 2016 yang lalu, kesemua 20 UA telah memulakan iCGPA dalam program-program tertentu. Disambut pula oleh 5 politeknik dan 9 kolej komuniti.
25. Izinkan saya mengambil peluang ini untuk mengiktiraf sumbangan Prof. Madya Dr Jaafar Jantan dari UiTM, yang juga merupakan mantan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perancangan Akademik (BPPA) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Beliau dibantu oleh pasukan yang cukup berdedikasi yang terdiri daripada ahli akademik dari pelbagai UA. Tahniah diucapkan.
26. Pada tahun 2017 ini, saya ingin melihat inisiatif iCGPA terus berkembang dan mengalu-alukan IPTS untuk sama-sama melaksanakannya.
27. Ingin juga saya berkongsi cerita di mana mantan Ketua Pengarah saya, ketika di persidangan di luar negara, diberitahu oleh wakil negara lain bahawa mereka mewujud

kan satu sistem pentaksiran yang holistic. Dia terkejut apabila diberitahu bahawa Malaysia telah pun mewujudkan dan melaksanakannya! Mantan KP telah berkongsi mengenai iCGPA dan ia sememangnya mendapat sambutan hangat daripada negara-negara yang lain.
(2u2i)
28. Pada bulan Oktober 2016, UTM telah melancarkan program Kejuruteraan Data menggunakan konsep 2u2i.
29. 2u2i yang bermaksud 2 tahun di universiti dan 2 tahun di industri merupakan program pembelajaran berasaskan pekerjaan (work based learning). Objektif program 2u2i adalah untuk meningkatkan ketersediaan mahasiswa untuk memasuki industri setelah tamat pengajian mereka, selaras dengan Lonjakan 1 PPPM (PT).
30. Dalam penyampaian program Kejuruteraan Data ini, UTM sedang bekerjasama dengan Dato’ Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Ekonomi Corporation (MDEC). MDEC sedang menerajui pembangunan sektor ekonomi digital negara dan telah meyakinkan syarikat-syarikat IT terkemuka seperti Oracle, Microsoft, VADs, TM, HILTI and I2M untuk menyokong implementasi program 2u2i Kejuruteraan Data ini.
31. Saya amat tersentuh hati apabila diberitahu oleh wakil syarikat-syarikat IT terkemuka tersebut bahawa mereka amat teruja dengan program 2u2i kerana pendekatan Kementerian dalam menyediakan ekosistem pendidikan tinggi yang dinamik dan fleksibel.
32. Alhamdulillah, penerimaan konsep 2u2i di kalangan industri amat memberangsangkan menunjukkan bahawa usaha Kementerian untuk Mereka Bentuk Pendidikan Tinggi berada pada landasan yang betul. We are on the right track.
33. Bermulanya dengan 5 UA dan 8 program mulai sesi akademik 2016/2017, inshaAllah, program 2u2i akan berkembang kepada 7 UA, 16 program menjelang mulanya sesi akademik 2017/2018. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada UTM, UMK, UPM, UniSZA, UKM, UiTM dan UM kerana menyahut cabaran mereka bentuk pendidikan tinggi ini.
(CEO @ Faculty)
34. Dengan izin, saya ingin membaca petikan kata-kata daripada seorang tokoh korporat tempatan yang berbunyi: “In business, the most important thing for an entrepreneur is to have an idea. My idea was if I could fly people to Penang for 50 or 60 ringgit, would it work? Absolutely”.
35. Cuba teka, siapakah tokoh korporat tersebut? Sekiranya anda meneka Tony Fernandes, anda tepat sekali.
36. Kata-kata hikmat beliau adalah salah satu daripada banyak lagi yang dikongsikan oleh tokoh-tokoh korporat yang menyertai program Fakulti CEO di bawah Kementerian.
37. Daripada 24 CEO pada tahun 2015, kini lebih 60 CEOs telah menyertai program Fakulti CEO pada tahun 2016.
38. YBhg. Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dengan kerjasama Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) juga telah memulakan program ‘Masterclass Entrepreneurs’ yang merupakan program pementoran di UKM untuk mengasuh mahasiswa ke arah keusahawanan.
39. Secara keseluruhannya, kesemua CEOs telah menyumbang lebih daripada 400 jam, menyampaikan lebih 90 syarahan, mengadakan lebih 30 sesi perkongsian, dan menyentuh lebih 60,000 mahasiswa dan staf akademik.
40. Dan yang paling hebat sekali, CEO-CEO ini menyumbang secara percuma.
41. Saya difahamkan beberapa CEO hadir bersama kita pada hari ini. TERIMA KASIH.
42. Sesungguhnya, program Fakulti CEO, selaras dengan Lonjakan 2 PPPM (PT) ini amat berjaya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Madya Dr Arham Abdullah, Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan pasukan beliau kerana menerajui inisiatif ini.
43. Terima kasih juga kepada pegawai fokal di UA di atas kerjasama yang diberikan.
44. Moto fasa pertama program Fakulti CEO adalah “Learn from the Pros”. Dengan sukacitanya ingin saya mengumumkan bahawa mulai tahun 2017, program Fakulti CEO 2.0 akan dimulakan dengan motonya “Coached by the Pros”.
45. Sebagai insentif tambahan, saya menyeru pihak universiti untuk mengambil kira penglibatan pensyarah-pensyarah muda yang mengikut program ini sebagai kriteria kenaikan pangkat di bawah KPI latihan industri mereka.
(APEL)
46. Sehingga kini, lebih 600 rakyat Malaysia telah mendapat peluang melanjutka

n pelajaran menggunakan pengalaman mereka melalui inisiatif Accreditation of Prior Experiential Learning atau APEL (A) (Akses).
47. Antara mereka adalah seorang pemain muzik terkenal negara yang menceburi bidang muzik selama lebih 42 tahun. Walaupun beliau tidak memiliki ijazah sarjana muda, namun melalui APEL beliau boleh terus mengikuti program ijazah sarjana.
48. Selaras dengan Lonjakan 3 PPPM (PT), APEL yang dikelolakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Agency (MQA) merupakan antara usaha Kementerian untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
49. Pada September 2016, saya telah melancarkan inisiatif APEL (C) (atau Kredit) yang membolehkan seseorang itu menggunakan pengalaman untuk memperolehi kredit setelah bermula belajar di universiti. Kredit itu pula dapat mengurangkan jangka masa dan menjimatkan kos pembelajaran.
50. APEL (A) dan (C) mengingatkan kita bahawa pendidikan tinggi yang fleksibel boleh mewujudkan peluang, memberi harapan dan menambah nilai kepada kehidupan.
51. Tahniah diucapkan kepada Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa, Ketua Eksekutif MQA dan pasukan beliau di atas usaha ini.
(MALAYSIA MOOCs)
Hadirin dan hadirat sekalian,
52. Di bawah Lonjakan 9 PPPM (PT), inisiatif pembelajan atas talian secara besar-besaran, atau Massive Open Online Courses (MOOCs) di Malaysia telah berkembang sejak inisiatif kebangsaan Malaysia MOOC dimulakan pada September 2015.
53. Kini, lebih 250 MOOC telah dihasilkan dan ditawarkan oleh universiti awam dan swasta, politeknik serta kolej komuniti.
54. Lebih 220,00 pelajar daripada lebih 170 negara telah mengikuti kursus Malaysia MOOC dengan enrolmen antarabangsa tertinggi pelajar dari Australia dan USA.
55. Pada kesempatan ini, saya ingin mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh warga Jabatan Pendidikan Tinggi amnya dan pengarah-pengarah khasnya, dalam menjayakan dan merealisasikan kesemua inisiatif-inisiatif ini. Terima kasih dan tahniah kepada anda semua.
Hadirin & Hadirat yang dihormati,
56. Pada suatu ketika dahulu, susah terbayang MOOCs mampu dijalankan sehingga terbukti pelaksanaannya oleh Harvard dan MIT.
57. Susah terbayang sebuah universiti tanpa bangunan, sehingga bermulanya Minerva.
58. Susah terbayang pendidikan trans-sempadan sehingga Tsukuba University melakukannya dengan konsep pendidikan Jukebox.
59. Jika orang lain boleh, mengapa tidak kita?
60. Saya percaya, dengan niat yang betul, perancangan yang teliti, dan usaha gigih, inshaAllah, kita boleh. Alhamdulillah, kini kita boleh lihat kejayaan-kejayaan yang mula terhasil daripada inisiatif-inisiatif Mereka Bentuk Pendidikan Tinggi yang saya sebutkan tadi.
D. MOVING FORWARD 2017
61. Mereka Bentuk Pendidikan Tinggi juga memerlukan kita untuk memahami dan mendengar pandangan warga pendidik, mahasiswa, ibu bapa, industri dan masyarakat.
62. Sempena Amanat 2017 ini, selain saluran rasmi, saya telah menggunakan media sosial untuk mengutarakan persoalan “Apakah hasrat dan harapan anda untuk pendidikan tinggi negara pada tahun ini?”.
63. Alhamdulillah, capaian soalan tersebut melebihi 30,000 orang dan saya telah menerima lebih 100 maklumbalas di Facebook, Twitter dan Instagram.
64. Walaupun bukan semua perkara boleh ditunaikan atau dipenuhi, maklumbalas tersebut penting untuk membolehkan saya dan pegawai saya di Kementerian untuk membuat refleksi kendiri dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
65. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang idea dan cadangan. Teguran yang disampaikan juga diterima secara positif and konstruktif. Terima kasih kepada Dzameer Dzulkifli dari Teach for Malaysia, Wan Saiful Wan Jan, CEO IDEAS, dan Lim Teck Hoe.
66. Seterusnya, izinkan saya mengulas beberapa hasrat dan harapan sempena tahun 2017.
TEKNOLOGI BARU MEMACU LONJAKAN PARADIGMA PENDIDIKAN TINGGI. DI MANAKAH KITA?
67. Lonjakan paradigma dalam pendidikan tinggi akan dipacu oleh beberapa teknologi terkini yang sedang berkembang dengan kadar yang pesat.
68. Izinkan saya bertanya. Kenalkah “Jarvis”? Kenalkah “Siri”? Kenalkah “Cortana”?
a. Jar

vis merupakan pembantu peribadi Mark Zuckerberg dan Iron Man. Siri, pembantu Apple, dan Cortana, pembantu Microsoft.
b. Kesemua ini merupakan nama pembantu peribadi (personal assistant) yang berdasarkan kepada teknologi artificial intelligence (kecerdasan buatan).
c. Kita boleh meminta hampir apa-apa sahaja daripada mereka, daripada membuat carian online, memanggil teksi, membeli tiket wayang dan menjadualkan mesyuarat.
69. Yang lebih istimewa lagi, lama kelamaan, mereka akan belajar mengenai kita – tahu benda yang kita suka dan tidak suka. Mereka boleh menasihati kita tentang kesihatan, dan juga mengesan masalah ekoran pertukaran tabiat.
70. Semakin lama, semakin banyak data terkumpul, dan ini pula merupakan big data (data raya) yang membentuk profil kita.
71. Dalam konteks pendidikan, kecerdasan buatan dan data raya boleh digunakan untuk lebih memahami keperluan mahasiswa.
72. Daripada bahan yang mereka baca, tempat mereka pergi, paparan yang mereka kongsi di Facebook, gambar yang mereka suka di Instagram, kita boleh menyediakan sistem pendidikan yang bukan sahaja fleksibel, tetapi juga lebih peribadi (personalised).
73. Selain daripada itu, terdapat perkembangan yang mendadak dalam bidang virtual reality (realiti maya), augmented reality (realiti tambahan), dan mixed reality (realiti bercampur).
74. Pada masa yang sama, saya percaya usaha untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa di kalangan pelajar, terutamanya bahasa inggeris, boleh dibuat menerusi aplikasi sedia ada di pasaran seperti Duolingo, secara percuma.
75. Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah di manakah kita sekarang dalam menggunakan teknologi ini untuk menyampaikan pendidikan?
76. Sukacita juga diumumkan bahawa Kementerian telah melantik Dato’ Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), sebagai Ketua Pegawai Informasi / Chief Information Officer (CIO) Kementerian. Adalah diharap bahawa pelantikan ini akan membolehkan Kementerian memperkasakan peranan teknologi dan teknologi maklumat dalam pendidikan tinggi secara keseluruhannya.
KEMAJUAN TEKNOLOGI MEMERLUKAN KITA MEREKA BENTUK SEMULA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
77. Hadirin & hadirat yang dihormati, dengan adanya pakcik Google, saudara Youtube, abang Facebook, kakak Twitter dan makcik Instagram, maklumat boleh didapati dari mana-mana, pada bila-bila masa, oleh sesiapa sahaja (anywhere, anytime, anyone).
78. Oleh itu, konsep pengajaran dan pembelajaran perlu berubah.
79. Mahasiswa sekarang tidak seperti mahasiswa masa dahulu. Mereka berupaya belajar secara sendiri. Inilah dikatakan heutagogy (self-directed learning).
80. Dulu, mahasiswa merupakan penerima ilmu semata-mata (recipients of knowledge), kini mereka merupakan penghasil ilmu bersama (co-curators of knowledge).
81. Kita memerlukan perubahan minda di kalangan warga pendidik.
82. Kita perlu memikirkan semula reka bentuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi di mana pembelajaran lebih aktif, lebih interaktif dan lebih immersif, serta bersifat cabaran (challenge-based) dan permainan peranan (role-play).
83. Hanya dengan cara ini kita dapat mencapai apex matlamat pendidikan di dalam Bloom’s Taxonomy iaitu bukan hanya untuk mengingati, tetapi untuk mencipta (‘to create’).
84. Dengan itu, saya ingin mengumumkan penubuhan Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 (Reimagining & Redesigning Malaysian Higher Education Awards 2017).
85. Jawatankuasa anugerah ini akan diketuai oleh Dato’ Profesor Mohamad Amin bin Embi, UKM. Pada tahun lalu, beliau telah mengharumkan nama negara apabila menerima anugerah Open MOOC Award untuk inovasi PdP daripada Open Education Consortium di Poland. Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.
86. Selaras dengan Lonjakan 2 PPPM (PT), saya juga menyeru IPT untuk mewujudkan mekanisma insentif bagi pensyarah yang berjaya dalam inovasi pembelajaran dan pengajaran. Moga kita dapat membentuk teras PdP yang selari dengan penyelidikan.
(STEM)
Hadirin & hadirat yang dihormati,
87. Kementerian tetap komited dalam mencapai sasaran 60% enrolmen dalam bid