Hebahan MPP UniSZA
5.06K subscribers
2.03K photos
33 videos
88 files
660 links
Channel ini ditubuhkan bagi memberi anda maklumat terkini berkenaan agenda, perancangan, Inspirasi dan Aktiviti-Aktiviti MPP UniSZA dan UniSZA.

Ayuh Viralkan penubuhan channel ini untuk hebahan. #MPPUniSZA #KamiMestiRajin
Download Telegram
[PEMAKLUMAN: TATACARA PEMBUKAAN AKAUN ASNB MENERUSI APLIKASI myASNB]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin ingin memaklumkan kepada seluruh mahasiswa/i bahawa pembukaan akaun ASNB perlu dilakukan bagi membolehkan pelajar memperoleh akses ke Student Portal.

Sehubungan itu, pihak MPP telah menyediakan panduan ringkas tatacara pembukaan akaun ASNB menerusi aplikasi myASNB seperti yang dipaparkan dalam poster ini bagi memudahkan proses pendaftaran pelajar.

Berikut merupakan pautan bagi panduan tersebut:
https://siswa.unisza.edu.my/v2/custom/asnb/document/ASNB.pdf

Oleh itu, mahasiswa/i disarankan untuk merujuk langkah-langkah yang disediakan dan melengkapkan pendaftaran akaun tersebut bagi memastikan akses ke Student Portal dapat dilakukan dengan lancar.

Sebarang permasalahan boleh menghubungi:

MPP Bidasari: 011-6050 7885
MPP Adila: 011-7218 4517

Sekian, terima kasih.

“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
X: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mppuniszaofficial

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[TINJAUAN: KEBERADAAN MAHASISWA DEGREE,DIPLOMA DAN ASASI YANG BERADA DI KAMPUS PADA HARI RAYA AIDILFITRI 2026]

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA mengambil cakna terhadap sebahagian mahasiswa/i UniSZA yang tidak pulang pada Hari Raya Aidilfitri 2026

Tinjauan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti bilangan mahasiswa yang masih berada di kolej kediaman pada Hari Raya aidilfitri 2026 ini bagi pembukaan kafe.

Oleh hal yang demikian, semua mahasiswa yang berada di kampus diwajibkan untuk mengisi tinjauan tersebut.

Dibawah merupakan pautan berikut: 
https://forms.gle/BpqvCjaUSSZW7sp39

Sebarang permasalahan atau persoalan boleh menghubungi: 

Kampus Gong Badak dan Perubatan:
MPP Bidasari: 011-60507885
MPP Zahira: 019-3773322

Kampus Besut:
MPP Haziq : 013-8146066
MPP Adila : 011-72184517

Sekian, terima kasih.

“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026
*[JEMPUTAN IFTAR PERDANA YDSM]*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA menjemput seluruh mahasiswa untuk bersama-sama memeriahkan Program Iftar Perdana YDSM yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)
🕠 Masa: 5.30 Petang
📍 Tempat: Dakmu, Masjid UniSZA

Marilah kita mengambil peluang ini untuk berbuka puasa bersama dalam suasana penuh keberkatan di samping mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa.

Semua mahasiswa dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.

Sekian, terima kasih.

“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
X: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mppuniszaofficial

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[TAHNIAH]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada Encik Mazlan bin Mohammad atas pelantikan sebagai Pengarah Kolej Kediaman Pelajar (KKP) yang berkuat kuasa pada 15 Mac 2026.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat maju jaya atas pelantikan ini. Semoga dengan kepimpinan yang dibawa ini pengurusan kolej kediaman pelajar akan terus diperkasakan demi memastikan kebajikan serta kesejahteraan mahasiswa sentiasa terpelihara.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA turut berharap agar hubungan kerjasama yang baik antara pihak pengurusan KKP dan mahasiswa akan terus bersama demi mewujudkan persekitaran kolej kediaman yang kondusif, selesa dan sejahtera untuk seluruh warga pelajar.

Sekian, terima kasih.

“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026
📣 UniSZA Undergraduate Students Needed

Assalamualaikum and greetings! 👋

I am a student from the School of Health Sciences, Universiti Sains Malaysia (USM) currently conducting a pilot study on how the digital food environment may influence fast-food choices among university students.

We would like to invite UniSZA undergraduate students to participate in this short survey, which only takes about 3–5 minutes to complete.

If you have a few minutes, we would truly appreciate your participation in helping us reach our target participants and support this student research project. 🥹

🔗 Survey link:
https://forms.gle/JReHQ3z5u4SYjHaw5

If you have any questions, feel free to contact us at:
+601162986989 (aflah) or
+60179074609 (najihah)

Thank you so much for your time and support!
[MAKLUM BALAS: PENAMBAHBAIKAN SISTEM KEMAS KINI AKAUN ASNB DI PORTAL PELAJAR]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Merujuk kepada kemas kini terbaharu sistem Portal Pelajar yang memerlukan pengisian maklumat akaun ASNB, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA sedia maklum akan proses transisi yang sedang dilalui oleh semua pelajar pada masa ini.

Bagi memastikan kelancaran akses portal dan membantu pihak pengurusan menambah baik proses integrasi tersebut, kami sedang menjalankan satu Tinjauan Maklum Balas Pelajar.

Tujuan tinjauan ini dijalankan adalah untuk:

• Mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang masalah teknikal yang dihadapi semasa proses pengisian maklumat.

• Mengumpul maklum balas daripada pelajar berkaitan tahap kemudahan proses pendaftaran, khususnya bagi mereka yang masih belum mempunyai akaun.

• Memastikan setiap isu atau kekangan yang timbul dapat disalurkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan susulan yang sewajarnya.

Kami memohon kerjasama seluruh mahasiswa untuk mengisi borang ringkas ini bagi membantu kami mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan tepat mengenai situasi semasa di peringkat pelajar.

Berikut merupakan pautan borang:
🔗 https://forms.gle/1ZXuYBnqyP12gbYi8

Segala maklumat yang dikongsikan akan digunakan secara kolektif untuk tujuan penambahbaikan sistem demi keselesaan kita bersama.

Sekian, terima kasih.

“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026
[PEMAKLUMAN: PEMBUKAAN AKSES PORTAL SISWA]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikutan sekatan akses yang dilaksanakan di atas keperluan untuk membuat akaun ASNB, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA ingin memaklumkan bahawa Portal Siswa kini akan kembali boleh diakses seperti biasa bermula 19 Mac 2026 (Khamis).

Walau bagaimanapun, seluruh mahasiswa Ijazah Sarjana Muda masih DIWAJIBKAN untuk membuat pendaftaran akaun ASNB bagi melengkapkan keperluan yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, semua mahasiswa boleh menggunakan portal tersebut untuk urusan berkaitan seperti biasa. Segala kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026
[TINJAUAN DAYA TAHAN & KESEJAHTERAAN SOSIO-EKONOMI MAHASISWA 2026]

Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ingin memaklumkan bahawa satu Tinjauan Daya Tahan & Kesejahteraan Sosio-Ekonomi sedang dijalankan bagi mendepani cabaran krisis global dan kenaikan kos sara hidup masa kini.

Tinjauan ini adalah kritikal bagi mengumpul data komprehensif berkaitan:

1. Daya Tahan Kewangan menghadapi kos sara hidup.
2. Akses Keperluan Asas (Makanan, Perumahan, Pengangkutan).
3. Impak Ekonomi terhadap akademik dan kesejahteraan mental.

Data ini akan dijadikan asas utama untuk penambahbaikan bantuan kewangan dan intervensi kebajikan yang akan dibentangkan terus kepada YBM Dr. Zambry Abdul Kadir.

Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa UniSZA adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi tinjauan ini bagi memastikan kebajikan anda terus diperjuangkan.

Pautan Tinjauan:
https://forms.gle/bUJmbU4SmfdKNV7x6

Tarikh Tutup: 8 April 2026 | Jam 12:00 Tengah Hari.

Kerjasama dan keprihatinan semua mahasiswa dalam menjayakan tinjauan ini amat dihargai bagi memastikan suara mahasiswa didengari.

Sekian, terima kasih.

“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026
https://vt.tiktok.com/ZSHaBhwHS/

[DOBI LAYAN DIRI BAKAL DIBUKA !]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berita baik buat seluruh mahasiswa/i UniSZA 👕

Kemudahan dobi layan diri bakal dibuka di Kampus Gong Badak dan Besut tidak lama lagi. Lebih mudah untuk urusan harian tanpa perlu keluar jauh dari kampus.

Sesuai untuk pelajar yang nak jimat masa dan urus pakaian dengan lebih cepat dan selesa.

Nantikan pembukaan rasmi dan maklumat lanjut yang akan diumumkan.

Stay tuned 👀

Sekian, terima kasih.

“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mppuniszaofficial

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[TINJAUAN KEPERLUAN BAS UNTUK PULANG DARI UniSZA KAMPUS BESUT SEMPENA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER SESI 2025/2026]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA sedang menjalankan tinjauan mengenai keperluan bas sempena Cuti Pertengahan Semester dari UniSZA Kampus Besut ke:

Lokasi 📍
1) Stesen Bas Jabi
2) Stesen Bas Kuala Besut
3) Foyer Asrama Unisza Gong Badak
4) Lapangan Terbang Kota Bharu
5) Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Mahasiswa juga diminta untuk mengisi tinjauan berikut untuk memastikan proses permohonan seiring dengan keperluan pelajar.

Dibawah merupakan pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeXoCwuU53yzSAJ9QRxJ3NCnsBXfojnXWpZrEhjA29vLYnaTg/viewform?usp=header

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

MPP Adila: 011-7218 4517
MPP Hamdani:012-9074779
Sekian, terima kasih.

“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026
[TINJAUAN MAHASISWA BERKENAAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA sedang menjalankan satu tinjauan bagi mendapatkan maklum balas mahasiswa berkenaan pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian.

Tinjauan ini dijalankan sejajar dengan situasi semasa yang memberi kesan kepada kos sara hidup, pergerakan pelajar serta keperluan fleksibiliti dalam proses pembelajaran.

Sehubungan itu, semua mahasiswa dijemput untuk mengisi tinjauan ini bagi membantu pihak universiti menilai keperluan dan kesesuaian pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian pada masa akan datang.

Pautan tinjauan :
https://forms.gle/7p4z8nxJ87H7qMPu8

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
MPP Adam : 019-7274588
MPP Nazwan : 012-9986553

Kerjasama dan maklum balas daripada anda amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026