OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾
26.2K subscribers
15.9K photos
386 videos
66 files
2.42K links
Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.
Download Telegram
💊Ubat Ajaib?? Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat di pasaran

📌 Tujuan kawalan iklan perubatan adalah untuk: ✔️ Mengawal selia kandungan pengiklanan ✔️ Melindungi kesihatan awam dengan mengalakkan pengunaan ubat-ubatan yang selamat.

🔎 Pastikan ubat adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.Contohnya: MAL20011234T (ubat)/ NOT123456789K (kosmetik)
🤔 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐤𝐥𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧.
𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐢𝐤𝐥𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧

Semua iklan ubat mestilah mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU).

👉 Dikongsikan tip untuk mengenali iklan tiada kelulusan daripada LIU.Jangan mudah terpengaruh
Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada

YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan

Atas penganugerahan Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) 2021.
🌏26 September setiap tahun merupakan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia.

Kebersihan Persekitaran merupakan Teras keempat dalam Agenda National Malaysia Sihat (ANMS).

💚Bersama sayangi dan hargai persekitaran kita.

💯Persekitaran yang bersih akan menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan.

#KesihatanPersekitaranTanggungjawabBersama
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 38
(18 SEPTEMBER - 24 SEPTEMBER 2022)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Hospital Tanjong Karang, Kuala Selangor hari ini.
Demensia atau nyanyuk adalah sindrom kemerosotan fungsi otak disebabkan kerosakkan otak secara berperingkat.

Pengurusan penjagaan pesakit Demensia adalah paling mencabar. Setiap pesakit demensia mempunyai gejala utama yang berbeza dari pesakit yang lain. Secara berperingkat, mereka memerlukan bantuan dalam aktiviti asas kehidupan seharian.

Dikongsikan peranan yang perlu dimainkan oleh penjaga.
𝟏𝟎 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢 — 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
📌 7 hingga 9 Oktober 2022
📌 Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
📌9.00 pagi hingga 9.00 malam
Daftar awal kehadiran di 👉🏻 https://bit.ly/JAKMNSEMBILAN

Jom bersama KKM dan pelbagai agensi kerajaan yang lain dalam menyediakan skop perkhidmatan masing - masing untuk siri jelajah AKM , Negeri Sembilan.

AKM juga turut disinergikan bersama jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), sebagai advokasi amalan gaya hidup sihat sejahtera rakyat Malaysia.

📌Temui kami dalam JAKM - ANMS
▶️ 28 September setiap tahun adalah Hari Rabies Sedunia.
Tujuan sambutan ini adalah bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai bahaya 'penyakit anjing gila’.

Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.

👉Rabies atau penyakit anjing gila ini adalah jangkitan virus akut yang boleh menyebabkan kematian.

Lakukan 3️⃣ tingkah laku kesihatan baik (TKB) ini sekiranya digigit anjing.
1️⃣ Cuci luka dengan air mengalir & sabun sekurang-kurangnya selama 15 minit
2️⃣Sapu luka dengan antiseptik atau ubat sapu & balut luka
3️⃣ Dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila digigit/ dicakar

Tindakan segera anda dapat menyelamatkan nyawa.
Saksikan Webinar dan Pelancaran Hari Jantung Sedunia 2022 melalui FBlive Portal Myhealth yang akan diadakan pada 29hb September 2022 (Khamis), bermula pada pukul 10.00 pagi, dengan barisan penceramah dan panel jemputan yang berkredibiliti untuk mengupas lebih lanjut mengenai penyakit jantung.

l Untuk penyertaan dan pendaftaran tuan/ puan adalah dijemput untuk klik pada link di bawah:

https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_umkxIsBdQxOdqNflTLQE7Q



#HariJantungSedunia2022
#HargaiJantungSayangiKehidupan

#UseHeartForEveryHeart
🐕Apakah Penyakit Rabies?

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus dari haiwan seperti anjing, kucing, kelawar atau mamalia lain yang dijangkiti rabies. 🐶🐱🦇

Pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda selepas 20 hingga 60 hari selepas gigitan haiwan.

❗️Demam
❗️Sakit dan lenguh pada tempat gigitan
❗️Kelesuan otot badan
❗️Sakit kepala

🦠Virus yang telah menyerang sistem saraf pusat boleh menyebabkan menyebabkan pesakit mengalami kecelaruan seterusnya sawan sehingga boleh membawa maut.

Ikuti langkah pencegahan seperti dikongsikan bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Semakan Keperluan Pemakaian Pelitup Muka Di Dalam Kapal Terbang
❤️Selamat Menyambut Hari Jantung Sedunia 2022

Tahukah anda, walaupun jantung kita hanya sebesar saiz penumbuk tangan kita sahaja, jantung merupakan organ yang penting, yang berfungsi membekalkan darah yang mengandungi oksigen dan nutrien kepada semua organ dalam badan.

❤️Sayangi kehidupan, amalkan gaya hidup sihat, elakkan penyakit jantung.

#WorldHeartDay2022
#HariJantungSedunia2022
Spot check KK Dengkil. Walaupun perkhidmatan diberi baik tapi kawasan sesak, waktu menunggu lama & parking tak cukup.
Saya meluluskan segera extension bangunan untuk klinik ibu & anak, mesin ultrasound & biochem. Banyak pelaburan diperlukan untuk ⬆️ kesihatan primer.

Khairy Jamaluddin
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SEMPENA SAMBUTAN HARI JANTUNG SEDUNIA 2022