Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)
806K subscribers
13.9K photos
260 videos
1.23K files
2.02K links
Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan.
Download Telegram
Ingin dimaklumkan daripada 14 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Daripada 11 kes penularan di dalam negara pula, tiga (3) kes adalah di kalangan warganegara dan lapan (8) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.
KENYATAAN AKHBAR MENTERI KANAN PERTAHANAN
MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) HARI KE-118 DAN HARI KE-33 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP).
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Syabas rakyat Malaysia!

Sikap disiplin dan kerjasama anda yang tinggi dalam mengamalkan Norma Baharu dan mematuhi SOP yang ditetapkan telah berjaya membantu Kerajaan mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Dalam usaha mengekalkan kejayaan ini, Kerajaan amat menggalakkan agar rakyat Malaysia menggunakan aplikasi MySejahtera untuk terus membantu Kerajaan dalam menguruskan penularan wabak COVID-19.

Melalui aplikasi MySejahtera, pengguna boleh melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan fungsi MySejahtera Check-In untuk mendaftar masuk ke dalam premis dengan cepat dan selamat.

Ayuh! Jadikan aplikasi MySejahtera sebagai sebahagian daripada rutin anda hari ini.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi MySejahtera, sila layari laman web rasmi MySejahtera di:

https://mysejahtera.malaysia.gov.my
Terkini #covid19malaysia, 13 Julai
Kes sembuh= 1
Jumlah kes sembuh= 8,520
Kes positif= 7
(kes import= 6, kes tempatan= 1)
Jumlah positif= 8,725
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 122
Kes dirawat di ICU= 4
Bantuan Alat Pernafasan= 3
𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐓𝐀𝐓

Kawalan sempadan negara terus diperketat dalam usaha menghalang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) demi keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan WhatsApp Chatbot KKM bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini berkenaan COVID-19.

Melalui aplikasi WhatsApp Chatbot KKM, rakyat Malaysia tidak perlu lagi menunggu lama di talian. Malahan, mereka akan mendapat respon yang pantas berkenaan pertanyaan mereka!

Anda hanya perlu imbas kod QR yang tertera dalam poster ini. Jadikan aplikasi WhatsApp Chatbot KKM sebagai sebahagian daripada sumber rujukan anda hari ini.
PKPP: Bermula hari ini (14 Julai), sekolah-sekolah memandu boleh laksana latihan memandu dari pukul 8.30 pagi hingga 8 malam - Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇

Malaysia adalah negara berdaulat yang tidak akan memberikan kewarganegaraan dengan mudah, termasuk anak-anak tanpa kad pengenalan.

Kewarganegaraan individu ditentukan oleh status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku, selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 serta perundangan berkaitan.
Terkini #covid19malaysia, 14 Julai
Kes sembuh= 4
Jumlah kes sembuh= 8,524
Kes positif= 4
(kes import= 4, kes tempatan= 0)
Jumlah positif= 8,729
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 122
Kes dirawat di ICU= 6
Bantuan Alat Pernafasan= 2
Pasca Moratorium - Khidmat nasihat percuma bagi individu terjejas kewangan untuk pembayaran balik pinjaman. Bertindak sekarang. Hubungi AKPK di talian 03 2616 7766 atau klik https://www.surveymonkey.com/r/98PKDP6.
SELAMAT KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH KEPADA MURID-MURID.

Terus ikuti Garis Panduan yang disediakan.

Garis Panduan ini boleh dimuat turun di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan ini

https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/gp-buka-sekolah
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
PKPP : SEBAHAGIAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH, TINGKATAN SATU HINGGA EMPAT KEMBALI KE SEKOLAH

Diharapkan pihak sekolah, semua guru dan pelajar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.


#KitaMestiMenang
#COVID19malaysia
#COVID19
#PerintahKawalanPergerakanPemulihan
#PKPP