Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥
6.05K subscribers
3.87K photos
255 videos
18 files
1.34K links
Channel ini bertujuan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan, kekayaan & kebahagiaan dengan ilmu-ilmu Eksklusif daripada Tuan Zuhairi Nopiah.

Boleh lawat link ni untuk dapatkan karya terkini beliau >>> https://mylink.la/zuhairi3

☎️ 019-415 8809
Download Telegram
Pada pandangan pertama, tidak ada apa-apa yang pelik. Semuanya nampak seperti meeting biasa.

Tetapi sepanjang meeting itu berlangsung, saya mula perhatikan satu perkara.

Setiap kali manager tersebut bercakap, kebanyakan staff hanya mengangguk dan kurang memberikan eye contact.

Ada yang sesekali melihat laptop, ada yang menundukkan kepala dan ada juga yang hanya menunggu sehingga dia habis bercakap sebelum kembali kepada kerja masing-masing.

Kemudian seorang staff masuk agak lewat.

Manager itu terus memandangnya dan berkata, “Awak ni kenapa lambat?”

Staff tersebut meminta maaf dan terus duduk.

Saya perhatikan wajah staff itu. Dia nampak serba salah dan selepas itu dia hampir tidak bercakap sepanjang meeting.

Beberapa minit kemudian, manager tersebut sendiri bertanya kepada team,
“Kenapa saya rasa staff sekarang susah nak communicate dengan management?”

Saya tersenyum dalam hati.

Kadang-kadang masalah komunikasi dalam organisasi bukan bermula ketika seseorang mula bercakap.

Kadang-kadang, mesej pertama sudah sampai beberapa saat sebelum satu perkataan pun keluar daripada mulut kita.

Cara kita masuk ke bilik, cara kita melihat orang, cara kita duduk, cara kita memberi perhatian ketika orang bercakap, facial expression, posture dan nada suara semuanya memberikan signal kepada orang di sekeliling kita, sama ada kita sedar ataupun tidak.

Dan perkara ini semakin penting apabila seseorang sudah berada lama dalam organisasi atau memegang jawatan sebagai manager, senior atau leader.

Sebab apabila kita sudah berada pada kedudukan tertentu, orang bukan sekadar mendengar apa yang kita cakap.

Mereka juga akan melihat bagaimana kita hadir, bagaimana kita memberi respon dan bagaimana kita membawa diri apabila berhadapan dengan situasi yang tidak kita sukai.

Kita mungkin berkata, “Pintu saya sentiasa terbuka.”

Tetapi kalau setiap kali staff datang bercakap dengan kita, mata masih melihat laptop, tangan masih memegang telefon dan sesekali kita mengeluh ketika mereka sedang bercakap, mesej yang sampai kepada staff mungkin sangat berbeza daripada apa yang kita maksudkan.

Kita juga mungkin berkata, “Saya mahu team saya berani bersuara.”

Tetapi kalau setiap kali ada staff yang memberikan pandangan berbeza, wajah kita terus berubah, suara mula meninggi atau kita terus memotong percakapan mereka, lama-kelamaan mereka akan belajar satu perkara, lebih selamat untuk diam daripada bersuara.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk memperbaiki apa yang kita nak cakap, sampai terlupa untuk melihat apa yang orang lain sedang nampak.

Kalau saya berada di tempat pegawai tadi, saya akan mulakan dengan perkara yang sangat simple.

Sebelum masuk meeting, saya akan simpan telefon dan beri perhatian sepenuhnya kepada orang yang berada dalam bilik.

Saya akan masuk dengan tenang, beri salam, senyum dan mengambil beberapa saat untuk membuat eye contact dengan orang yang ada sebelum saya mula bercakap.

Ketika staff bercakap, saya akan berhenti melihat laptop atau telefon dan benar-benar melihat orang yang sedang bercakap dengan saya.

Bukan kerana saya mahu menunjukkan saya sedang menggunakan teknik body language, tetapi kerana saya mahu mereka rasa mereka sedang didengar.

Kalau ada staff yang datang dengan masalah, saya tidak akan terus memberikan jawapan. Saya akan bertanya dahulu, “Apa sebenarnya yang berlaku?” atau “Apa yang awak fikir kita patut buat?”

Bila ada pandangan yang berbeza, saya akan cuba kawal reaksi muka dan nada suara supaya orang tidak terus menganggap pandangan mereka akan ditolak sebelum sempat diterangkan.

Kalau ada kesilapan, saya akan bezakan antara membetulkan kesilapan dengan memalukan orang yang melakukan kesilapan tersebut.

Sebab seorang manager mungkin mempunyai kuasa untuk membuat orang diam, tetapi seorang leader perlu tahu bagaimana membuat orang mahu bercakap.

Dan bagi saya, di situlah karisma seorang leader mula kelihatan.
Karisma bukan semata-mata suara yang kuat, gaya bercakap yang hebat atau pandai berdiri di hadapan orang ramai.

Kadang-kadang karisma itu lebih jelas apabila seorang leader masuk ke dalam bilik dan orang rasa tenang, apabila dia bercakap orang mahu mendengar, dan apabila dia mendengar orang rasa selamat untuk bercakap.

Jawatan membuat orang perlu mendengar.
Presence membuat orang mahu mendengar.
.
.
.
Pernah tak anda berada dalam situasi macam ni?

Cerita kat comment. Saya nak baca.👍

Zuhairi Nopiah
#TZN #BodyLanguageSecrets
#PercayaSebelumBerjaya
Kadang-kadang kita terlalu sibuk melihat kesedihan sendiri, sampai terlupa ada manusia lain yang sedang berdepan dengan penderitaan jauh lebih besar.

Air mata tetap air mata.
Cuma keadaan di sekeliling kita berbeza.

Biar gambar berbicara..

#TZN
Sebarkan kebaikan
BOSS AIBKAN STAF (luahan hati)

“Saya sekarang menghadapi boss yg mcm tu. Dia minta staff bg cadangan tetapi tidak pernah menerimanya. Cthnya sy minta dipjbt sediakan pembersih udara spt coway ada alat tersebut dan sykt mmg sediada penapis air dgn coway cuma perlu tambah pembersih udara.

Terang2an di mssyuarat tersebut dia menjawab mungkin kita akan cari yg lebih bagus drpd coway. Sy tidak menjadi masalah yg penting adalah pembersih udara tersebut, malangnya tidak disediaka sehingga kini setelah 1++ yg lalu cadangan diberikan.

Dia juga kalau memarahi staff sehingga mengaibkan. Baru2 ni dia marah sehingga keluar ayat yg begini, "nampak sgt skrg ini, staff yg menunjukkan performance yg tidak bagus adalah dikalangan haji dan hajah, sungguh memalukan umat islam"... dlm group mgmt dia bg msg itu... adakah itu wajar?

Sy mmg down sgt2 seminggu tu...
Sy skrg ni bekerja atas 1 tujuan shj sy ada komitmen dgn keluarga anak2 perlukan sy dan sy kerja melaksanakan amanh dan menjaga bahagisn krn staff2 memerlukan sy mengetuai mereka.

Boss sy jugak sepeti seorg boss yg tidak memerlukan kewujudan head2 nya... seolah2 bekerja secara sendirian dan merasakan dia la yg terlalu hebat.

Sy dulu memegang 2 bhg pentadbiran dan kewangan. Pada satu ketika dia ingin memisahkab 2 bhg tersebut tanpa berbincg dgn sy, tanpa sepatah kata, dia hanya mengumumkan dlm mesyuarat bhg saya.

Dihadapan semua staff sy. Sy rasa terkejut dan seperti satu punishment yg besar.. apa salah sy, wajarkah dia berbuat seperti itu?....

Setengah org akan rasa seronok, kerja jadi kurang... tapi bg sy dia dalah hukuman berat yg diterima tanpa dimaklumkan terlebih dahulu..

Satu lg, cara dia tidak telus, bila ada penyewa yg dtg berjumpa dgn dia, especially ada hutang nak discuss penyelesain hutang.. dia hanya berjumpa ber2 tanpa wakil dr staff credit control utk sama2 dgr solution.

Bila dia habis discussion dia akan maklumkan apa solution kami akan bertindak ikut maklumat tersebut... dalih2 drpd penyewa disa ckp cara c, tapi boss maklum kami cara a, kami spt org tgh g jumpa boss maklum penyewa, jumpa penyewa dia kata gini... xberkesudahan dan merumitkan keadaan.

Dlm mesyuarat ccu sy sudah beberapa kali minta boss bila jumpa penyewa bawa lah staff ccu, memudahkan urusan selanjutnya.. sehingga kini masih tidak berlaku perkara itu.

Terus kami tidak lagi berkata apa2, sekadar ikut je la caranya.... Wajarkah begitu?

Sy sudah berada dlm line mgmt ni hampir 23thn sudah 5 boss bertukar, boss sy yg ini la mcm ni... mmg terlalu berbeza... da hampir 7thn diketuai olehnya...

Sy yg teruk kena support staff utk tidak mengalah hanya kerana boss itu. Motivasi diri sendiri utk terus bertahan kerja.

Apakah yg perlu sy buat utk mengatasi situasi ini.... Utk terus kerja dgn boss spt itu dan perlu menjaga staff bhg sy.

Sy syg kerja sy dan staff2 bhg sy.”

=====


Jawapan saya:

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih Puan atas perkongsian. Saya baca komen puan sampai habis.

Saya boleh bayangkan betapa penatnya puan selepas hampir 7 tahun berhadapan dengan keadaan seperti ini, lebih-lebih lagi puan sudah 23 tahun dalam management dan sebelum ini sudah bekerja dengan 5 orang boss.
Puan masih bertahan kerana puan sayangkan kerja, staff dan amanah yang diberikan kepada puan. Saya hormat perkara itu.

Tentang apa yang puan ceritakan, memang ada beberapa perkara yang saya rasa wajar membuatkan puan terasa kecewa, terutama apabila cadangan diminta tetapi tidak ada tindakan susulan, keputusan dibuat tanpa perbincangan dan teguran pula sampai menyentuh perasaan serta maruah seseorang.

Saya juga faham kenapa puan terasa sangat down isu grup Whatsap tu. Bila kata-kata yang keras datang daripada orang yang mempunyai kedudukan lebih tinggi, kesannya memang lain.

Kadang-kadang kita boleh terima teguran tentang kerja, tetapi apabila teguran itu terasa seperti menyentuh diri dan maruah kita, memang mengambil masa untuk kita pulih semula.

Kalau perkara seperti itu berlaku lagi, mungkin puan boleh cuba beri sedikit ruang kepada diri sendiri sebelum memberi respon. Tidak perlu terus menjawab ketika hati sedang terluka. Ambil masa, tenangkan diri dan fikirkan apa yang paling baik untuk puan dan team.

Kalau ada perkara kerja yang perlu diperbaiki, ambil bahagian itu sebagai teguran profesional. Untuk perkara yang membuat puan rasa kurang selesa, puan boleh cuba bincangkan secara baik dan private apabila keadaan sudah reda.

Contohnya,
“Saya terbuka kalau ada perkara tentang kerja saya yang perlu diperbaiki. Saya sedia menerima teguran. Cuma saya harap kalau ada perkara yang saya perlu perbaiki, kita boleh bincangkan secara terus supaya saya lebih jelas dan tahu apa yang perlu saya buat.”

Kalau perkara seperti ini berlaku berulang kali, puan simpan sahaja rekod secara baik. Bukan kerana puan mahu mencari salah sesiapa, tetapi supaya puan sendiri ada catatan yang jelas tentang apa yang berlaku sekiranya suatu hari nanti puan perlukan pandangan atau bantuan daripada pihak yang sesuai.

Untuk arahan atau keputusan yang sering berubah pula, buat follow-up secara bertulis selepas meeting. Ringkas sahaja, sekadar untuk pastikan puan dan team bergerak berdasarkan keputusan yang sama.

Dan puan, saya rasa puan tidak perlu terlalu memaksa diri untuk mengubah boss.

Selepas hampir 7 tahun, puan mungkin sudah cukup kenal cara beliau bekerja. Fokus kepada perkara yang masih berada dalam kawalan puan, terutama bagaimana puan menjaga team sendiri supaya mereka tidak hilang semangat.

Puan mungkin tidak mampu mengawal cara boss bercakap dengan puan, tetapi puan masih boleh memilih bagaimana puan bercakap dengan staff puan.

Puan masih boleh menjadi ketua yang mahu mendengar, memberi ruang kepada staff untuk bersuara dan menjaga maruah mereka ketika menegur.

Mungkin itu antara perkara paling besar yang puan boleh buat sekarang, iaitu memastikan cara seorang ketua melayan puan tidak mengubah cara puan melayan orang yang berada di bawah kepimpinan puan.

Dan satu perkara lagi, jangan jadikan layanan boss terhadap puan sebagai ukuran nilai diri puan. Puan sudah 23 tahun bekerja dan masih memikirkan tentang amanah, staff dan keluarga. Itu menunjukkan puan masih sangat mengambil berat tentang tanggungjawab yang diberikan kepada puan.

Teruskan menjaga kerja dan team puan, tetapi dalam masa yang sama, jagalah diri dan hati puan juga.

InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan puan dan beri puan kekuatan untuk terus melalui perkara ini dengan tenang. Amin YRA.

Zuhairi Nopiah
#TZN
Percaya Sebelum Berjaya
HRDC LEVY MASIH ADA BAKI?

Jangan tunggu sampai hujung tahun baru nak fikir nak guna untuk training.

Kalau baki HRDC Levy masih belum digunakan, sekarang masa untuk mula merancang.

Menjadi tanggungjawan majikan untuk mengambil peluang latihan dan penggunaan peruntukan latihan yang tersedia.

Daripada biarkan baki levy tidak dimanfaatkan, lebih baik gunakan untuk tingkatkan kemahiran team anda.

Antara perkara yang boleh dirancang:

• Leadership & Management
• Communication Skills
• Team Building
• Customer Service
• Sales & Negotiation
• Problem Solving & Decision Making
• AI & Digital Skills
• Body Language & Professional Communication

Yang penting, latihan perlu selari dengan keperluan organisasi dan objektif prestasi team.

Jangan tunggu baki levy hampir luput baru nak cari training.
Semak baki HRDC Levy anda sekarang dan mula rancang program latihan yang sesuai untuk organisasi anda.

Kami sedia membantu dengan FREE consultation untuk anda mengenal pasti program latihan yang sesuai.

Zuhairi Nopiah
019-320 8809
#TZN
Apa yang berlaku apabila kita mula melihat proses kerja dengan cara yang berbeza?

Kadangkala, peningkatan produktiviti bukan bermula dengan mesin baharu atau kos yang lebih tinggi, tetapi dengan cara kita mengenal pasti pembaziran dan menambah baik cara kerja sedia ada.

Baru-baru ini, saya berpeluang bersama Mr. Chan, EXCO NSSDC, mengendalikan program Lean Management untuk Sarawak Skills menggunakan modul Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Antara perkara yang paling menggembirakan ialah feedback peserta yang sangat impressive.

Ramai memberikan respons positif dan berkongsi bahawa mereka memperoleh banyak ilmu baharu, khususnya tentang bagaimana Lean Tools boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah sebenar di tempat kerja.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada pelbagai Lean Tools, antaranya:

• Value Stream Mapping
• Standard Work
• 5S Visual Management
• Kanban
• Poka-Yoke
• SMED Quick Changeover
• 8D
• Total Productive Maintenance (TPM)
.
.
.
Bagi saya, Lean Management bukan sekadar teori atau penggunaan tools.

Yang lebih penting ialah keupayaan kita mengenal pasti pembaziran, memudahkan proses kerja dan membina budaya penambahbaikan berterusan.

Apabila peserta mula nampak bagaimana ilmu ini boleh diaplikasikan dalam operasi harian, di situlah latihan mula memberi nilai sebenar.

Terima kasih kepada Sarawak Skills atas peluang dan kepercayaan yang diberikan, serta kepada Mr. Chan atas kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak penambahbaikan di organisasi masing-masing.

Anyway, apakah pembaziran paling kerap berlaku di tempat kerja Tuan Puan?

Zuhairi Nopiah
#TZN #NSSDC
#LeanManagement #MPC
#SarawakSkills #Productivity