Zuhairi Nopiah Channel๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
6.04K subscribers
3.87K photos
255 videos
18 files
1.34K links
Channel ini bertujuan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan, kekayaan & kebahagiaan dengan ilmu-ilmu Eksklusif daripada Tuan Zuhairi Nopiah.

Boleh lawat link ni untuk dapatkan karya terkini beliau >>> https://mylink.la/zuhairi3

โ˜Ž๏ธ 019-415 8809
Download Telegram
AI: "THE ART OF PROMPTING"

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pengupayaan AI bersama 60 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling dari seluruh Negeri Sembilan yang berlangsung pada 11 dan 12 Jun 2026 di Pusat Bina Semangat Pasir Panjang.

Program ini bukan sekadar memperkenalkan teknologi AI, tetapi memberi pendedahan bagaimana AI boleh digunakan secara praktikal untuk meningkatkan produktiviti, mempercepatkan penyediaan laporan, membantu dokumentasi, menjana idea kreatif dan memudahkan tugasan harian secara lebih sistematik.

Dalam dunia pendidikan hari ini, guru kaunseling berdepan dengan pelbagai tugasan pentadbiran, dokumentasi dan keperluan menghasilkan bahan intervensi yang berkualiti.

Kemahiran menggunakan AI secara beretika dan berkesan membantu mereka memberi lebih tumpuan kepada perkara yang paling penting, iaitu pembangunan dan kesejahteraan murid.

Antara kelebihan yang dinikmati oleh peserta yang mengikuti program ini:

โ€ข Meningkatkan kecekapan kerja dan pengurusan masa
โ€ข Mempercepatkan penyediaan laporan dan dokumentasi
โ€ข Menjana idea kreatif untuk program dan bahan intervensi
โ€ข Mengurangkan beban kerja rutin yang berulang
โ€ข Membentuk warga kerja yang lebih bersedia menghadapi era AI

Untuk lebih maju dan produktif, jabatan dan syarikat perlu melihat latihan AI sebagai satu keperluan, bukan lagi satu pilihan.

Organisasi yang membangunkan kemahiran AI dalam kalangan kakitangan lebih awal akan mempunyai kelebihan dari sudut produktiviti, kecekapan dan inovasi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Negeri Sembilan, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Sembilan (MGKK) dan Team NSSDC atas kerjasama yang amat baik sepanjang program ini berlangsung.

Terima kasih juga kepada Ts. Amirul Najhan atas perkongsian yang mantap, praktikal dan membuka minda peserta terhadap potensi AI dalam dunia kerja masa kini.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan yang lebih cekap, kreatif dan berimpak tinggi.

#TZN
Sebarkan kebaikan

#AI
#GuruKaunseling
#MGKKNS
#YayasanNegeriSembilan
#NSSDC
#ArtificialIntelligence
#DigitalTransformation
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐ž๐š๐ฆ ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ข๐ง๐  & ๐€๐ฆ๐š๐ณ๐ข๐ง๐  ๐‘๐š๐œ๐ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” bersama Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan.

Berpeluang membantu sahabat trainer, Cikpuan Wani Hamdan, dalam mengendalikan program yang penuh dengan cabaran, pembelajaran dan pengalaman bermakna untuk para peserta.

Program ini dirangka bagi memperkukuhkan:

โ€ข Kerjasama berpasukan
โ€ข Kepimpinan situasional
โ€ข Komunikasi berkesan
โ€ข Kepercayaan dan akauntabiliti
โ€ข Keupayaan membuat keputusan di bawah tekanan

Melalui aktiviti seperti Amazing Race, Blindfold Leadership Challenge, Trust Challenge dan pelbagai high-impact team challenges, peserta bukan sahaja diuji dari aspek fizikal dan mental, malah diberi peluang mengaplikasikan kemahiran kepimpinan serta kolaborasi dalam situasi sebenar.

Apa yang paling menarik, setiap aktiviti mempunyai objektif pembelajaran yang jelas dan dikaitkan secara langsung dengan cabaran di tempat kerja.

Terima kasih kepada Premier Consulting Sdn Bhd dan rakan trainer, Cikpuan Wani Hamdan atas peluang yang diberikan.

Semoga semangat kebersamaan, integriti dan kecemerlangan yang dibina sepanjang program ini terus diterjemahkan dalam tugasan harian.

Zuhairi Nopiah
HRD Corp Accredited Trainer
Team Development Specialist
#TZN
Forwarded from TZN NLP CHANNEL
NLP CERTIFICATION PROGRAM (NFNLP, USA)

Certified NLP Practitioner adalah antara Sijil Pentauliahan antarabangsa NLP yang paling berprestij dan diiktiraf di seluruh dunia.

Ramai profesional yang mengimpikan pengiktirafan ini kerana ia telah terbukti berjaya meningkatkan kompetensi, imej dan karier mereka dengan begitu drastik sekali.

Malah ramai orang bisnes yang mendaftar dalam program ini kerana NLP mampu meningkatkan sales, kualiti komunikasi, kehidupan dan kekeluargaan.

Pastikan Tuan Puan tidak ketinggalan mengikuti Program Pentauliahan Antarabangsa ini yang akan berjalan pada:

๐Ÿ“† 19-20 & 26-27 Ogos 2026
๐Ÿ  Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC), Mantin, NSDK
โฐ 9am - 5pm

๐Ÿ’ฐ Yuran asal : ~RM7,000~
๐Ÿ’• YURAN OFFER: RM2990 SAHAJA (terhad untuk 10 peserta terawal sahaja)

Daftar di sini sementara tempat masih ada๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://wa.link/omd99f
https://wa.link/omd99f

โœ… ANLP Academy
โ˜Ž๏ธ 019-418 8809
"Sebarkan kebaikan"