Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥
6.08K subscribers
3.87K photos
255 videos
18 files
1.34K links
Channel ini bertujuan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan, kekayaan & kebahagiaan dengan ilmu-ilmu Eksklusif daripada Tuan Zuhairi Nopiah.

Boleh lawat link ni untuk dapatkan karya terkini beliau >>> https://mylink.la/zuhairi3

☎️ 019-415 8809
Download Telegram
Bila konflik tak diurus dengan betul, prestasi jatuh, hubungan jadi tegang, team mula hilang arah.

Itu realiti yang banyak organisasi hadap hari ni.

Baru-baru ni kami kendalikan program Conflict Management & Resolution untuk bantu peserta urus konflik dengan lebih profesional dan jelas.

Apa yang peserta belajar:

• Faham punca sebenar konflik di tempat kerja
• Kenal pasti jenis konflik dalam team
• Guna teknik komunikasi untuk kurangkan salah faham
• Aplikasi strategi penyelesaian konflik yang praktikal
• Kawal emosi bila berdepan tekanan

Program ni bukan sekadar teori.

Peserta terus buat:

• Role play situasi sebenar
• Simulation “Mission Possible”
• Self-assessment gaya konflik masing-masing

Ramai peserta sedar satu perkara penting,

Conflict bukan masalah. Cara kita handle conflict itu yang bermasalah.

Bila approach betul:

• Team jadi lebih terbuka
• Keputusan lebih matang
• Hubungan kerja lebih kuat
.
.
Terima kasih kepada semua peserta yang beri komitmen penuh sepanjang program ini

Kalau organisasi Tuan Puan sedang berdepan isu komunikasi atau konflik dalaman, program ini insyaAllah boleh membantu.

Ia akan dapat bantu team untuk reset cara berfikir dan bertindak dengan lebih tepat dan harmoni.

Fast action, fast result!💪

#TZN
019-320 8809
Sebarkan kebaikan

#ConflictManagement
#HRDCorp #TeamDevelopment #LeadershipSkills #WorkplaceHarmony #ZuhairiNopiah
Baru-baru ni saya dijemput berkongsi dalam sebuah program:

“Majlis Santapan Rohani & Jalinan Insani” anjuran salah satu Pertubuhan Usahawan Bumiputera terkemuka negara.

Saya suka suasana program macam ni.

Tak terlalu formal.
Tak terlalu serius.
Tetapi banyak perkara sampai terus ke hati.

Sepanjang sesi, kami berbincang tentang:

• Gerakerja dan kerjasama
• Cara mengurus konflik
• Kepentingan menjaga hubungan sesama ahli
• Keadaan emosi yang kadang-kadang dipendam terlalu lama

Pendekatan program juga santai dan interaktif.

Ada sesi perkongsian.
Ada simulasi.
Ada aktiviti yang buat peserta diam dan berfikir sejenak tentang diri sendiri dan orang sekeliling.

Bila suasana selesa, orang lebih mudah bercakap jujur.

Bila hati mula lembut, banyak salah faham jadi mudah diselesaikan.

Kadang-kadang organisasi tak perlukan program yang terlalu gah. Cukup ada ruang untuk manusia saling mendengar dan memahami.

Terima kasih atas jemputan dan layanan yang baik penganjur sepanjang program.

Semoga ukhwah kita terus kuat dan organisasi kita sentiasa harmoni dan diberkati.

Percaya Sebelum Berjaya!💪

#TZN
Sebarkan kebaikan

#TeamBonding #Usahawan
#CorporateProgram #NLP
#ConflictManagement
#TrainApaHariNi