Zuhairi Nopiah ChannelπŸ”₯πŸ”₯
6.08K subscribers
3.87K photos
255 videos
18 files
1.34K links
Channel ini bertujuan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan, kekayaan & kebahagiaan dengan ilmu-ilmu Eksklusif daripada Tuan Zuhairi Nopiah.

Boleh lawat link ni untuk dapatkan karya terkini beliau >>> https://mylink.la/zuhairi3

☎️ 019-415 8809
Download Telegram
Dunia korporat hari ini memang bergerak sangat laju.

Perubahan sistem, polisi, atau teknologi baru bukan lagi satu pilihan, tapi dah jadi norma yang kita kena hadap setiap hari.

Kadangkala, perubahan yang drastik begini boleh buat team rasa tertekan, ada rintangan dalaman, atau rasa sangkut kalau masing-masing tak dilengkapi dengan mindset dan "tool" yang betul.

Sebab itu kami bawakan bengkel Agility & Change Management kali  ni.

Ia satu program khas untuk bantu kita semua lebih 'ready', proaktif, dan kekal tangkas.

Apapun, terima kasih kepada Ustaz Hafiszi Othman dan Az-Zahrawi Education Group atas kepercayaan dan kerjasama baik sepanjang program dijalankan.
.

Apa yang kami bongkar dalam sesi ini?

Kita tak duduk diam dengar ceramah sahaja, tetapi kita lalui sesi interaktif dan activity-based supaya kemahiran ini boleh terus diamalkan di tempat kerja:

1. Mindset Mastery for Change:

Kita belajar macam mana nak bentuk kepercayaan dan sikap positif, termasuklah menggunakan teknik NLP Anchoring untuk bina motivasi diri yang tinggi.

2. Navigating Change & Adaptability:

Saya kongsikan teknik Reframing (NLP) untuk tukar setiap rintangan atau masalah menjadi peluang yang lebih besar untuk berkembang.

3. Professionalism & Team Collaboration:

Kita akan perkuatkan aspek kepercayaan, akauntabiliti, dan kerjasama dalam pasukan supaya kebersamaan tetap padu walaupun dalam fasa transformasi yang mencabar.

4. Personal Action Plan:

Sebelum tamat sesi, setiap peserta akan siapkan pelan tindakan SMART sendiri supaya apa yang dipelajari tidak sekadar jadi nota, tapi jadi hasil nyata di pejabat.
.

Kenapa majikan dan kita perlu ada program macam ni?

Ramai orang nampak perubahan sebagai gangguan atau ancaman, tapi melalui program ini, saya nak bantu peserta nampak perubahan sebagai peluang untuk berinovasi dan menyumbang dengan lebih bermakna.

Apabila setiap individu dalam organisasi mempunyai adaptability yang tinggi, mereka bukan sahaja mampu memotivasikan diri sendiri, malah akan memberi inspirasi kepada rakan sekerja yang lain.

Ini yang akan membina budaya kerja yang supportive dan "future-ready".

Saya nak jemput anda dan team untuk sama-sama "nyalakan api" semangat baru dan jadikan cabaran hari ini sebagai batu loncatan untuk kejayaan jangka masa panjang.

Berminat nak tahu lebih lanjut atau nak saya kendalikan sesi ini untuk organisasi anda?

Pm tepi okeh!

#TZN
Percaya Sebelum Berjaya!
019-320 8809

#ChangeManagement
#NLP #GrowthMindset
#Agility #TeamSynergy 
#HRDC #CorporateProgram
Setiap usaha ikhlas kita membina kekuatan organisasi.

Setiap langkah kecil membawa kemajuan yang nyata.

Fokus pada progression, bukan perfection. Teruskan bekerja dengan disiplin, integriti dan kerjasama.

Terima kasih atas dedikasi semua. Semoga setiap usaha dipermudahkan dan diberi keberkatan.

Selamat Hari Pekerja!πŸ’ͺ

Zuhairi Nopiah
NFNLP, USA

#TZN