Zuhairi Nopiah ChannelπŸ”₯πŸ”₯
6.08K subscribers
3.87K photos
255 videos
18 files
1.34K links
Channel ini bertujuan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan, kekayaan & kebahagiaan dengan ilmu-ilmu Eksklusif daripada Tuan Zuhairi Nopiah.

Boleh lawat link ni untuk dapatkan karya terkini beliau >>> https://mylink.la/zuhairi3

☎️ 019-415 8809
Download Telegram
Dalam dunia industri hari ini, cabaran bukan lagi sekadar technical competency, tetapi bagaimana manusia di sebalik sistem itu berfikir, membuat keputusan dan mengekalkan prestasi secara konsisten.

Baru-baru ini, saya berpeluang mengendalikan Program Personal Direction & Goal Alignment Workshop.

Terima kasih kepada Puan Siti Khadijah atas kepercayaan. Puan memang awesome!πŸ€—

Program ini melibatkan 2 batch peserta di sebuah kilang di Johor Bahru, merangkumi golongan engineer, eksekutif dan staf sokongan operasi.

Program ini memberi fokus kepada tiga komponen utama pembangunan prestasi manusia:

βœ… Mindset – membina mentaliti ownership, clarity of purpose dan prinsip percaya sebelum berjaya supaya kerja bukan sekadar rutin tetapi mempunyai arah.

βœ… Toolset – penggunaan practical tools seperti Dream Board, visualization technique dan alignment framework yang boleh terus diaplikasikan di tempat kerja.

βœ… Skillset – peserta mempelajari teknik menetapkan matlamat yang jelas, komunikasi dalaman (inner dialogue) dan kaedah meningkatkan fokus kerja harian.

Apa yang sebenarnya dibantu?

Ramai staf tahu apa perlu dibuat, tetapi kurang jelas kenapa mereka buat.

Program ini membantu peserta menyelaraskan matlamat peribadi dengan sasaran organisasi supaya produktiviti datang daripada kesedaran, bukan paksaan.

Program sebegini sangat sesuai untuk organisasi yang mempunyai:

βœ” Technical team berprestasi tetapi kurang engagement

βœ” Pegawai yang hilang motivasi jangka Panjang

βœ” Staf yang bekerja keras tetapi tidak nampak hala tuju kerjaya

Hakikatnya, mesin boleh dibeli. Sistem boleh ditukar.

Tetapi mindset workforce menentukan sama ada organisasi bergerak biasa atau melonjak luar biasa.

Jika anda merasakan staf dan pegawai anda perlukan reset dari sudut fokus, motivasi dan alignment prestasi, sudah tiba masa organisasi anda melalui intervensi seperti ini.

Percaya Sebelum Berjaya!πŸ”₯πŸ”₯

#TZN #NLP
#HRDCorp #TrainApaHariNi
#HighPerformanceMindset
#TrainingThatTransforms
Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨

Dalam kesibukan dan perjalanan masing-masing, mungkin ada ruang yang terlepas pandang.

Raya mengingatkan kita tentang perkara yang paling dekat di hati- keluarga, sahabat dan hubungan yang kita bina dari masa ke masa.

Nilai sebuah senyuman, sebuah pelukan dan kebersamaan itu kadang lebih besar daripada apa pun.

Semoga Aidilfitri ini membawa ketenangan, mengeratkan persahabatan dan mengisi hati kita dengan rasa syukur yang sederhana tapi mendalam.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Moga yang baik-baik sentiasa mengiringi kita semua. πŸŒ™


Zuhairi Nopiah
HRDC Accredited Trainer
NLP & Team Development Specialist

#TZN
#SelamatHariRaya
#MaafZahirBatin
Syukur dapat bertemu kembali Founder Bubbles, Dato' Haji Arifin bin Marzuki setelah bertahun tak jumpa.

Dulu beliau adalah senior saya di Drexel University, Philadelphia USA. Orangnya berkepimpinan dan suka mengambil berat.

Tidak hairanlah beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Drexel University ketika itu.

Kali ini kami bertemu atas urusan kerja. Dapat berjumpa setelah lama terpisah adalah nikmat yang luar biasa dan tidak mampu didustakan.

Terus terbang tinggi Dato Arifin. Moga terus memberi manfaat kepada ummah!❀️

#TZN
Sebarkan kebaikan
Dunia korporat hari ini memang bergerak sangat laju.

Perubahan sistem, polisi, atau teknologi baru bukan lagi satu pilihan, tapi dah jadi norma yang kita kena hadap setiap hari.

Kadangkala, perubahan yang drastik begini boleh buat team rasa tertekan, ada rintangan dalaman, atau rasa sangkut kalau masing-masing tak dilengkapi dengan mindset dan "tool" yang betul.

Sebab itu kami bawakan bengkel Agility & Change Management kali  ni.

Ia satu program khas untuk bantu kita semua lebih 'ready', proaktif, dan kekal tangkas.

Apapun, terima kasih kepada Ustaz Hafiszi Othman dan Az-Zahrawi Education Group atas kepercayaan dan kerjasama baik sepanjang program dijalankan.
.

Apa yang kami bongkar dalam sesi ini?

Kita tak duduk diam dengar ceramah sahaja, tetapi kita lalui sesi interaktif dan activity-based supaya kemahiran ini boleh terus diamalkan di tempat kerja:

1. Mindset Mastery for Change:

Kita belajar macam mana nak bentuk kepercayaan dan sikap positif, termasuklah menggunakan teknik NLP Anchoring untuk bina motivasi diri yang tinggi.

2. Navigating Change & Adaptability:

Saya kongsikan teknik Reframing (NLP) untuk tukar setiap rintangan atau masalah menjadi peluang yang lebih besar untuk berkembang.

3. Professionalism & Team Collaboration:

Kita akan perkuatkan aspek kepercayaan, akauntabiliti, dan kerjasama dalam pasukan supaya kebersamaan tetap padu walaupun dalam fasa transformasi yang mencabar.

4. Personal Action Plan:

Sebelum tamat sesi, setiap peserta akan siapkan pelan tindakan SMART sendiri supaya apa yang dipelajari tidak sekadar jadi nota, tapi jadi hasil nyata di pejabat.
.

Kenapa majikan dan kita perlu ada program macam ni?

Ramai orang nampak perubahan sebagai gangguan atau ancaman, tapi melalui program ini, saya nak bantu peserta nampak perubahan sebagai peluang untuk berinovasi dan menyumbang dengan lebih bermakna.

Apabila setiap individu dalam organisasi mempunyai adaptability yang tinggi, mereka bukan sahaja mampu memotivasikan diri sendiri, malah akan memberi inspirasi kepada rakan sekerja yang lain.

Ini yang akan membina budaya kerja yang supportive dan "future-ready".

Saya nak jemput anda dan team untuk sama-sama "nyalakan api" semangat baru dan jadikan cabaran hari ini sebagai batu loncatan untuk kejayaan jangka masa panjang.

Berminat nak tahu lebih lanjut atau nak saya kendalikan sesi ini untuk organisasi anda?

Pm tepi okeh!

#TZN
Percaya Sebelum Berjaya!
019-320 8809

#ChangeManagement
#NLP #GrowthMindset
#Agility #TeamSynergy 
#HRDC #CorporateProgram