Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥
6.07K subscribers
3.87K photos
255 videos
18 files
1.34K links
Channel ini bertujuan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan, kekayaan & kebahagiaan dengan ilmu-ilmu Eksklusif daripada Tuan Zuhairi Nopiah.

Boleh lawat link ni untuk dapatkan karya terkini beliau >>> https://mylink.la/zuhairi3

☎️ 019-415 8809
Download Telegram
Hari ini hadir ke sesi Industries Networking & Briefing on Automation & Smart Manufacturing.

Banyak dibincangkan tentang automasi, teknologi, IR4.0 dan smart manufacturing.

Semua itu penting. Sangat penting.

Tapi ada satu perkara yang semakin jelas dalam setiap perbincangan - teknologi boleh dipasang, manusia perlu dibangunkan.

Mesin boleh dikalibrasi.
Sistem boleh diintegrasikan.

Namun bila berlaku tekanan, perubahan atau konflik, yang menentukan hala tuju organisasi bukan mesin… tetapi manusia dan pasukan yang mengendalikannya.

Sebab itu, di sebalik kemahiran teknikal, industri sebenarnya sangat memerlukan soft skills yang kukuh:

cara berkomunikasi
cara mengurus emosi
cara membuat keputusan
dan cara bekerjasama sebagai satu pasukan.

Tanpa asas ini, teknologi yang canggih hanya mempercepatkan masalah yang sedia ada.

Perbincangan bersama wakil MIDA dan JPK hari ini turut menguatkan satu realiti:

"Industri masa hadapan bukan sekadar perlukan pekerja yang mahir mengendalikan mesin, tetapi insan yang boleh berfikir, menyesuaikan diri dan bekerjasama dalam tekanan!"

Di sinilah peranan program soft skills dan team building menjadi semakin kritikal.

Bukan sekadar aktiviti, tetapi ruang untuk membina kepercayaan, menyelaraskan mindset dan memupuk rasa tanggungjawab bersama.

Akhirnya, organisasi yang benar-benar bersedia bukanlah yang paling banyak teknologi, tetapi yang mempunyai pasukan yang saling percaya dan mampu bergerak sehaluan.

Terima kasih atas perbualan yang matang dan terbuka hari ini.

Banyak yang boleh difikirkan. Banyak yang perlu diselaraskan insyaAllah.

Percaya Sebelum Berjaya!💪

#SmartManufacturing
#IR40 #NLP #Leadership
#SoftSkillsMatter
#TeamBuilding #EffectiveCommunication
#HumanBeforeTechnology
Untuk pertama kalinya dalam tempoh 11 tahun, team berjaya catat sales lebih 5 juta sebulan!

Ia berjaya dicapai selepas program #GoalSetting: Percaya Sebelum Berjaya, alhamdulillah!

Apapun, biarlah gambar berbicara..🤗
.
.
.
Terima kasih Allah. Terima kasih Tuan Mohd Azrik Sapee n team. Terus terbang tinggi insyaAllah!

Untuk rakan-rakan yang berada dalam bidang sales, jom pm tepi untuk tahu apa rahsianya.

Percaya sebelum berjaya!!💪

#ProgramPSB #GoalSetting
#UnitTrust #NLP
#PercayaSebelumBerjaya

Hotline: 019-415 8809
Semalam satu langkah penting telah digerakkan.

Bukan sekadar bengkel, tapi ruang menyelaras niat, hala tuju dan masa depan anak-anak Negeri Sembilan.

Bengkel Latihan Hala Tuju dan Kerjaya Yayasan Negeri Sembilan yang berlangsung di Pusat Bina Semangat Pasir Panjang, Port Dickson menghimpunkan barisan kepimpinan dan pemegang amanah pendidikan negeri dalam satu meja, satu visi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Muhammad Nazri Kassim, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, dengan kehadiran tokoh-tokoh penting antaranya:

YB Senator Dr. Jufitri Johar, Ahli Dewan Negara

Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sembilan

Ketua-ketua Bahagian Yayasan Negeri Sembilan

Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Sembilan

serta pegawai-pegawai Yayasan Negeri Sembilan.

Bengkel ini bukan sekadar berbincang tentang kerjaya di atas kertas.

Fokusnya lebih besar - bagaimana hala tuju pendidikan, latihan dan pembangunan insan dapat benar-benar selari dengan realiti semasa, keperluan industri dan potensi sebenar generasi muda Negeri Sembilan.

Apabila pemimpin, pendidik dan pembuat dasar duduk bersama, kita bukan hanya merancang program.

Kita sedang membentuk ekosistem.
Dan dari sinilah benih masa depan itu mula disemai insyaAllah.

Doakan misi ini berjaya.
Percaya Sebelum Berjaya!💪

#YayasanNegeriSembilan #NSSDC #AKM #MGKK #HalaTujuKerjaya
#TZN #MembangunInsan